Tuesday, December 18, 2012

SALAM PENUTUP


Mungkin sahaja ini adalah salah satu penulisan ambe yang bakal menutupi Kitab Digital : Bangkit, bukanlah kerana ambe tidak lagi suka pada menulis atau beralasan kerana tidak memiliki masa tetapi rasanya sudah tiba masanya buat ambe untuk mengakhiri hal kebangkitan ini atas alasan sudah ramai pemuda-pemudi hari ini bangkit dari ketiduran yang panjang lamanya.

Pada akhir ini, ambe ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang terbaca blog ambe dan pernah membuat review dimana-mana mengenai penulisan ambe. Terharu itu memanglah kerana Peluang Allah taala beri pada ambe untuk berkata sedikit sebanyak atas apa ditumpangkan pada fikiran dan perasaan ambe yang kotor lagi jijik ini.
Jazzakallah khairan kasiran.

Sudah setahun genap kiranya ambe bernikah, jadi Suami dan insyaAllah akan menjadi Ayah juga seperti Suami-suami dan Ayah-ayah yang hebat sebelum ambe yang melata dimuka bumi ini.
Dan tidak lupa juga kepada kegiatan yang memakan hampir masanya 7 tahun bersama Kumpulan yang akan menjadi antara Pilihan Hati ambe hingga ke Akhirat. Kumpulan yang banyak mengajar ambe mengenai menghargai Bangsa dan Tujuan Hidup Berbangsa ini dijadikan, ajaran para Sahabat dan Guru-guru didalam Kumpulan yang hebat ini akan ambe abadikan sebagai peringatan dan penegasan dalam hidup kelmarin, hari ini dan kemudiannya.
Kumpulan yang ambe maksudkan adalah Dendang Anak, yang kini Syukurnya dikhabarkan telah mengembalikan hubungan berbudaya dan beragama hingga ke negara jiran. Mudah-mudahan pada doa ambe sendiri, Dendang Anak akan kekal sebagai sebuah Institution yang mewartakan Sejarah Bangsa yang mendokong Agama ini, tidak dipolitikkan dengan apa dihidangkan atau ditawarkan oleh Orang-orang hari ini.

Mungkin juga disini ambe ambil peluang untuk menjawab beberapa persoalan yang sering ditimbukan oleh orang ramai pada ambe seperti:
 "apakah ambe ini maseh ahli Dendang Anak?"
"apakah ambe akan kembali beraksi dengan Dendang Anak?" atau soalan yang lebih intense lagi seperti "kenapa ambe keluar Dendang Anak?"

Pertamanya, ambe serahkan kepada Sahabat dan Tuan empunya Dendang Anak sendiri untuk jawab persoalan yang pertama itu. Apakah ambe maseh ahli Dendang Anak itu buat ambe satu perkara yang ambe maseh fikir iya. ambe tetap ahli Dendang Anak walau jauh manapun atau apapun berlaku..
Dendang Anak pada ambe bukan Artis yang cari glamour tetapi adalah penggiat seni yang mengguna seni untuk kembali mentauhidkan Tuhan disamping menarik minat orang ramai untuk mengkaji sejarah hingga sedar Tujuan Utama Bangsa diciptakan.

Keduanya, kebarangkalian ambe untuk beraksi itu bukan persoalan..ambe bukan musisi walaupun keluarga berlatarbelakangkan seni muzik. Alasan berkeluarga itu bukan alasan, Sahabat ambe dalam Dendang Anak sendiripun ramai sudah beranak-pinak. Ambe lebih suka melihat Dendang Anak yang hari ini malah walaupun ditimpa kesusahan tetapi yang datang untuk serta adalah yang paling bagus daripada yang sebelumnya..terutamanya menyedari bahawa kini sudah ada pelapisnya. 2nd dan 3rd generation of Dendang Anak...kau ada? haha..

Ketiga, alasan atau sebab atau punca ambe keluar Dendang Anak itu sangat pribadi bagi ambe tetapi untuk jawab dengan ringkas, ambe tak ada apa masaalah atau bermasaalah dengan sesiapapun dalam Dendang Anak. Sekali lagi, alasan Nikah bukan alasan dan tiada kena mengena dengan keluarga Mertua pun yang halang ambe untuk bergiat lagi jika ambe mahukan.
Ini semua adalah keputusan ambe sendiri ambil tanpa ada sangkut paut dengan siapapun dan tiada alasan diperlukan. Apa yang berlaku sepanjang itu, adalah dari ambe sendiri bukan kerana ambe bergiat dengan Politic atau sebaliknya. Pada ambe, Dendang Anak wujud sebagai Pendamai yang Neutral, tidak terikat dengan mana-manapun pihak. Jadi harapnya tidak lah timbul lagi soalan-soalan yang tidak perlu ditanya seperti diatas tersebut. Buat Dendang Anak, pesanan ambe biar aja usaha baik itu jadi yang terbaik, orang kata atau hurai aib orang tu perkara yang biasa, sampai kiamat pun tak habis..

Pertemuan ambe dan Isteri sememangnya satu Kenangan, hari kelmarin adalah Kenangan yang ada padanya bermacam Pengalaman..Alhamdulillah daripada Ramadhan, kami dikurniakan Anak.
Berita baik kepada ambe kerana akhirnya berkeluarga juga lah ambe. Walaupun ambe dah beritahu didalam Sarang Lebah yang terdapat Madu yang semanis manapun, ada Lebah yang berbisa juga. Tribulation Hidup sememangnya suatu yang merubah Perspective atau cara pandang kita terhadap defintion "Dunia" itu sendiri.

Bagaimana kita cuba Apply Sunnah dalam Kehidupan, dari Pertunangan hingga kini cabarannya sangatlah hebat dan makin hebat. Seperti Contoh kita hendak minimize akan Pertunangan atau Pernikahan, kita maseh berpaut dengan soal Belanja yang besar-besaran demi kepuasan satu hari semata-mata. Dan kalau anda benar Ikhlas, kita tak perlu cerita la bab belanja berapa banyak perlu keluar, tetapi soal disini adalah kadar kemampuan kita yang boleh gunakan perbelanjaan yang banyak itu untuk keperluan kemudian. yang pentingnya, Duit yang keluar itu apakah Duit Kita sahaja?

Jadi bukanlah untuk mengungkit apa yang tlah berlaku untuk tegakkan siapa benar dan baik, hanya memberi peringatan kepada kita pada apa yang tlah jadi sebelum ini bilamana kita lihat keluarga orang lain didirikan tanpa atau berserta Sunnah-sunnah. Berapa banyak expenses dan upbringing kita dah persiapkan untuk bazirkan keistimewaan yang berkadar 1 hari? Itu semua cumalah Mimpi disiang hari sahaja buat ambe.

Walaubagaimanapun, cara ambe pastinya ada yang tidak betul juga. Kesimpulan didalam kita memantulkan kesah, kaji akibat atas prilaku kita. Kita sebenarnya banyak salah daripada betul, jangankan hendak jadi yang paling benar. Rasa Benar tu boleh lah menurut andaian, tetapi Allah taala jugalah Kebenaran apapun. Terima Kaseh tetaplah dari ambe kepada semua yang mengusahakan atau tidak langsung mengusahakan hari ambe dikahwinkan, malah yang ikhtiarkan agar tidak menjadi pun ambe tetap berterimakaseh diatas peringatan itu dengan nada yang bebas dari Sarcasme.

Untuk penutup siri Bangkit. Apa kita dapati? kalau ambe yang baca sendiri garapan ambe, Pengetahuan itu suatu yang sangat luas. Andai Ilmu Dunia kita bina dalam Akal sendiri, binasa juga. Jangankan membina Akal untuk Kaji dan Kenalpasti Kebesaran Allah taala sememangnya tak tertanggung atau terlintas di Akal. Aqidah mendidik kita untuk set line antara itu, tetapkan Allah taala dalam apa kerja kita kerana Tauhid pada Allah suatu yang wajib bahagi diri. Sungguh anda Ustaz, kita maseh kurang Ilmu dalam Hidup. ada kekurangan kita dibahagian lain pula. Apatah lagi apa ambe hidangkan bukanlah siri mempamirkan kebijaksanaan cuma therapy kepada diri sendiri dalam men-critic diri sendiri agar orang menerima yang lebih elok daripada kita.

Cinta sesuatu perkara hingga ke penamatnya takkan habis diutarakan.
Betul atau Tidak, ia sudah menjadi Fakta kepada kita semua dalam Hidup.

Ambe sering mengambil kesah Permulaan ambe dengan Isteri ambe hari ini sebagai rujukkan yang didatangkan kepada Tuhan buat ambe fikir. Apakah Wajah atau Rupa itu jadi Keutamaan Cinta atau sebaliknya? ambe maseh meneliti hingga hari ini untuk penilaian. Astaghfirullah pada ambe dan Alhamdulillah bahagi anda, ambe Kahwin bukan kerana kecantikkan. Tetapi melawan Kehendak Sendiri walaupun pada dasarnya tampak seperti ambe nak sangat pada Isteri ambe hari ini. Sebaik sahaja bertunang, Sahabat ambe Ustaz Azhar Idrus berpesan sangat-sangat bahawa elaklah pada hal yang boleh menimbulkan ketawa yang berlebihan pada hari ini, Isteri suatu beban yang besar untuk Suami pikul. Bukanlah mainan untuk kita bersuka ria dengan kebolehan "beribadah" kononnya dengan kelebihan melakukan Sex semata-mata. Dan begitu juga pesan Guru ambe yang lainnya, bahawa ambe sedang menuju pada kebinasaan diri.

Ini semua adalah pesan yang bukan menjatuhkan moral kita, jika anda betul-betul mengamati maksud sebaliknya, kita haruslah bersedia atas segala keburukkan dan ketidakbaikkan perkara dari judgement atau keputusan yang kita sendiri tlah buat dan laksanakan. Pokoknya Optimistic.

Lelaki memang pada adatnya diciptakan berakal banyak, Nafsunya satu..Maknanya pengaruh daripada Nafsu itu perlu diperhatikan. Ujiannya dahsyat pada Hakikatnya. Begitu ramai yang bijaksana Jatuh kerana Nafsu nya..Kecenderungan yang ia suka dan dibuat ikut suka hati. Bahkan ada bermacam cerita para Wali yang bertahap tinggi tewas pada Nafsu sahaja diakhir Kalamnya.

Sedangkan Wanita diringankan bebannya dengan dicipta Nafsunya banyak sementara Akal nya satu, bukanlah Bodoh semestinya untuk ditafsir tetapi Hakikatnya itulah sebenarnya..Kurang belajar yang tidak elok daripada yang elok, sebabnya terpedaya dengan kesenangan dan kesedapan zahir sahaja. Banyak Negative untuk tetap memberontak daripada mentaati. Tulang yang bengkok yang hendak diluruskan dengan cantik sangatlah payah, cuma yang wujud keretakkan disini dan disana..

dan bila Cinta jadi alasan maka Nafsu menyaluti setiap lapisannya. Ini ambe sungguh berhati-hati dalam berbuat. Cuba ikhtiarkan Perkahwinan hingga rumahtangga yang ada Sunnah pada setiap sendi-sendi sangatlah mencabar. Sampaikan kita tahu, bahawa Cinta itu tidak layak diletakkan pada Makhluk kecuali Muhammad. Dan benarlah kata Guru ambe bahwa kalau Niat kita Demi Kerana Agama, maka akan terselamatlah mudah-mudahannya diakhirat. Jika kita berNiat pada Pernikahan Kerana Allah, bukanlah itu jadi satu yang salah hanya bimbang kalau setiap Justification kita itu adalah dari Nafsu tetapi kita katakan daripada Allah juga, Natijahnya orang akan mulai berburuk sangka dalam diam pada Allah. Itu malahan lebih parah andai hendak dibandingkan dengan Kerana Agama, kerana tidak hairan kalau ada orang yang buruk sangka dengan Agama jika ia Fasik atau Kafir atau Munafiq.

Sebaiknya perbetulkan sahaja Niat kita Nikah kerana Agama, tetapi iktikad didalam hati demi kerana Allah. Sebab dengan Agamalah kita menuju Allah. Kita ni belum benar Maarifat, jadi janganlah sombong dengan meletakkan semua kehendaknya adalah melalui Allah sedangkan Nafsunya maseh ada didalam Jiwanya untuk diuji.

Cinta datang dari nama Allah, Ya Wadud. Maha Mencintai. Perjuangan kita untuk mencintai sering disalah tafsir hingga perasaan kita ditaruh pada seseorang Manusia yang kita fikirkan kita cintai sedangkan itu dikaburi oleh Nafsu semata-mata. Dan bila Cinta kita letakkan pada makhluk, Ikhlas itu sangatlah jauh daripada diri. Sebab apa sahaja kita buat, dah tentu kita andaikan dengan balasan yang baik juga. Menurut Karma semata-mata.
Man Jadda Wa Jadda, itu sering kita dengari tetapi apa fahaman kita sudah tentulah berbeza-beza. Barangsiapa berusaha pasti mendapat, kata-kata motivasi untuk membangkitkan yang sangat rapuh jiwanya. Tetapi apakah berguna kepada kita yang sudah mendapat pengajaran bahawa semua berlaku diatas kehendak dan keputusan Allah yang kalau dikatakan Kun maka Fa Ya Kun lah ia?..

Manusia memang penuh dengan Kekecewaan, walau hebatmanapun seseorang itu dikenali atau akui dirinya macamana. Pasti ada kekecewaan kita dalam menaruh harapan apatah kita mencintai seseorang. Dan sebab itulah kalau ada yang comment bagus atau hendak belajar dari ambe, ambe akan suruh cari Guru yang Benar pada hal-hal tersebut tetapi bukan ambe..Ambe kenal diri ambe dan tidak mahu beri harapan yang tinggi walaupun "pandai manapun bermain dengan kata-kata" seperti disangkakan.
Cuba sahaja kita Cintai Rasul, yang sebelum wujud kita sekalipun Baginda dah usahakan yang sebaikmungkin bahagi kita hari ini. Sejauh itu Baginda fikirkan kepada kita demi Allah taala kerana berpegang pada Erti "Khalifah", yang turun di Dunia untuk bantu, khidmat, tanggung serta menyelia setiap apapun. Bagaimana dengan kita?

Hari ini kita Bangkit, dengan semangat untuk menurunkan atau menjatuhkan Kerajaan diatas dasar Kesalahan demi Kesalahan, pada satu sudut luar..Memang itu yang kita perlu buat dalam soal Usaha kepada seseorang Anak atau Adik-Beradik kita sendiri. Tetapi apakah sikap bersaudara kita pula ketika kita menyenaraikan kebencian kita ini sekian-sekiannya itu caranya?
Bahkan Nabi Musa pun sendiri berhijrah bilamana sudah tidak ada cara yang lain, sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam sendiri ketika lari ke Madinah. Kerana soal mengundi, itu bukan hal yang dapat kita rasa yakin bahawa pimpinan itu kita tentukan. Jikalau pada Technicalities kita rasa Benar datang dari kita, fikir kali kedua dimana ayat "Allah" ada ketika kita suarakan? kebanyakkan dari kita cuma Rasa Allah itu untuk kita sahaja, tapi bagaimana mereka yang tidak bersalah itu apakah kita cuma biar tanpa diusahakan?
Berbagai Istilah hari ini didatangkan,
bila ambe kata Allah untuk semua..dah orang kata aku ni Pluralist pulok doh.
bila ambe beritahu aja dari pendapat daif ambe bahwa kita tak boleh yakin dengan Undian itu sebagai penentuan..dah dituduh Munafiq dan Play Safe, tak ada perjuangan.
Kita belum amal Sistem Hudud, dah berapa banyak kita Hududkan orang berdasarkan Andaian kita tentang apa Allah mahukan pada orang ini dan itu.
Kesenangan dan Kesusahan menjadi Drama kita dan alasan mengapa kita Tidor tanpa berusaha untuk Bangkit. dan ambe cukup khuatir bila tiapkali menonton antara Movie Kegemaran ambe iaitu Kingdom of Heaven. Dimana bermacam-macam ahli Paderi yang datang dari berbagai Kumpulan Puak bertelagah sesama sendiri dan sibuk melaungkan "God's wills it" dengan ringan mulutnya..Akhirnya kehancuran juga ditemukan, mujur aja kita ini orang biasa tak berpangkat walaupun ada yang naaaaaaaaaaaaaak sangat pangkat dan nama.
Itu sebenarnya cerminan diri kita sendiri tentang diri kita yang sebenar. Yang maseh sibuk dengan Syurga Dunianya, sementara tidak langsung memberi peluang untuk orang Kafir kenal Islam yang diajar Rasulullah.. Apa Rahmatanlilalamin? kita sendiri buat salah jahat manapun Allah beri peluang hidup untuk tebus, bagaimana orang yang tidak kenal langsung Islam? atau rakan kerja atau kawan-kawan kita yang non muslim tidak langsung berminat bertanyakan Islam melalui kita?
kita ni, diam je la..Ilmu besar taik hidung, simpan sendiri, sombong sendiri, penting periuk nasi dengan jual-beli atas nama Agama kononnya.

Kesimpulannya disini dari ambe adalah melihat kembali Cinta, Kemurahan Allah kepada orang Kafir dan Islam Adil dan saksama. Walaupun ada menghina Islam, tak semua dalam sesikat pisang itu buruk-Kan? Allah yang Ya Adil, Ya Hakim, Ya Ghaffur, Ya Wadud. Semua itu menggambarkan Allah taala sendiri..Kita orang suruh Sabar dah melenting macam apa, menunjukkan Api Nafsu kita maseh ada dan maseh Ego untuk akur Allah pun Ya Sabur..yang ke 99 sekali itu pun kita payah nak beramal dengan nama Allah..bagaimana?

Dan pada masa yang sama juga adalah Cinta kita kepada sesama Muslimin, pecah belah dalam Agama sendiri pun teruk..Berpegang dengan Fahaman ini dan itu padahal datang dari satu sahaja Utusan yang menutup sekalian Rasul dan Nabi. Soal Khilafiah jadi pertikaian, Qunut yang baca dan tidak pun dah jadi kecoh pada pondok-pondok hingga dituduh orang kampung sesat. Itu reality yang ambe sendiri saksikan. Mana Baik Sangka dan mana Akhlak kita? ini jadi kerisauan ambe secara pribadi didalam "Kebangkitan" kita sama kita nanti atau esok jika diizinkan Tuhan.
Bahkan Bangkit itu sendiri atas nama Allah Ya Baits, apakah cara beginikah kita guna nama Allah untuk kepentingan kita dengan pertukaran hal-hal kebendaan semata-mata?
"cubalah duduk dan kita renung? Agama kita apa duduk dibawah punggung?"
itu antara bait-bait yang dalam ambe belajar dari lyric lagu Dendang Anak itu sendiri.

Soal Purdah pernah jadi pertikaian dan pertelingkahan juga jadi bahan ejek-ejekkan, ambe amal pada keluarga ambe bukan dengan tujuan menunjuk atau mempamirkan kealiman dalam Agama, tetapi sebab ambe cukup mengerti dengan cabaran Sunnah itu sendiri. Tidak ada kewajiban malahan hanya Sunat. Lalu orang tanya, Sunat ni guna apa ye? tampung kapal kita yang Wajib dibuat sebelum Banjir tiba. Maka gunalah akal masing-masing, tak usah pertikailah hal itu dan persoalkan. Jika Niat awalannya yang salah, Istighfar dan berselawatlah baik-baik sebelum buat atau berkata sesuatu. Pada ambe, itu cuma sebahagian perkara yang dipedulikan kerana Nikah itu adalah Sunnah. Maknanya bila kita ikut Cara Nabi, biarlah usahakan sebaik-baiknya.. Buat apalah kita buat untuk banggakan diri atau bandingkan orang lain, ambe sendiri setakat ini belum adalah obsessed hingga dengan keluarga pun BerNiqab.. Terserah bagaimana, tidak perlu sambung ayat pada hal yang tidak baik dan baik, buat ajalah dan belajar sudahlah pada yang belum sudah dari kita sendiri.

Semenjak didatangi Mimpi Saidina Ali suatu masa dahulu, ambe banyak belajar dan teliti segala kesah beliau. Dan antara yang jadi kecenderungan ambe dalam Hidup belajar daripadanya, sementara para sahabat lain seperti Abu Bakr, Othman dan Omar yang paling setia pada Rasulullah pun ambe kagumi dan sentiasa doakan Kaseh Allah kepada mereka semua. Kelakarnya ambe pernah juga dihukum Syiah kerana banyak utarakan Kalam-kalam atau pepatah Saidina Ali..walhal sebelum-sebelum itu ada aja sertakan pepatah Saidina Abu Bakr, Othman dan Omar kerana ambe maseh rasa mereka semualah pelengkap dan tiang pada Agama Islam Muhammad salallahualaihiwasalam.

Tertarik sebenarnya dengan kesah beliau ketika Allah ya Wadud menimbulkan setitik dzat Cintanya dariantara beliau dan Fatimah Az-Zahra.

Ada rahasia Agung terpendam di Hati Ali yang tak di kisahkannya kepada sesiapapun.
berbisik Ali: "Allah mengujiku Rupannya",
Sebaik menyaksikan Puteri Rasulullah,
lalu Beliau Berjihad menentang Nafsu.

maka Cinta pada Rupa itu sedang daripada ambe maknai sendiri..bahawa memang benarlah kata-kata Baginda Rasul,
andai kita pilih pada Rupa, itu seketika cuma..walhal Gaya Hidup yang bagaimana, itupun sekadar mainan illusion Dunia sahaja, jangankan Kata-kata yang berjanji bermacam-macam..kita bukan Tuhan, bukan Nabi tetapi Hamba yang cuba menyusuli perjalanan para Waliullah, Ulama, Sahabat hingga ke Nabi agar beriman lah mudah-mudahan.. Nikah ambe bukan mengenai Cinta ambe pada Isteri ambe hari ini, tetapi Kaseh ambe terhadap Rasulullah..

Soal Cinta atau Kaseh yang sebenar-benarnya ambe sememangnya hingga hari ini disimpan sendiri, mungkin dibiarkan diluar sana demi kebahagiaan yang ia kehendaki bagaimana..
Ambe tidak menyesal pada tindakkan ambe hari ini, bahkan Redhai ini sebagai Ujian ambe. Kerana sudah diperingatkan dari Al-Quran sendiri, Anak dan Isteri hanyalah Ujian semata-mata dan perhiasan Dunia..Ambe sekadar cuba membentangkan apa ambe ketahui dan fahami sepertimana selalunya dahulu ambe sampaikan disini atau status FB atau Twitter seringkasmana yang mungkin. Kita beritahu kerana kekurangan yang ada pada diri sendiri, bukan sebab kelebihan.

Tidak lama sudah insyaAllah Cahaya mata ambe akan dilahirkan,
harapan ambe pada yang diluar sana, yang maseh menyimpan helaian demi helaian surat ambe melalui email-email, comment, atau sms bahkan diatas kertas itu berbahagialah dengan kebahagiaan yang dikehendaki disamping mendoakan kami.

InsyaAllah hu taala..jika panjang usianya, bersambung lagi dilain perkara.
jika tidak, anggap sahaja lah ini sebagai wasiat ambe kepada anda semua. Cintailah Allah, maka Rasul itu akan kamu kasehi, Sayangilah Isteri-Anak serta Keluargamu dan Saudara seAgama denganmu, Sukailah akan kebaikkan yang lahir dari kehancuran Dunia hari ini walaupun ia bukan Islam sekalipun, tunjukkanlah mereka jalan untuk mengenal Allah sebagaimana anda yang diperkenankan oleh Allah untuk maseh Ingat dan Tahu siapa dia Muhammad bin Abdullah.


"Agama BUKAN bantal empuk untuk kita duduk."
Ingatkan itu pada diri, keluarga dan keturunan semua dan berdiri dan bangkit keranaNya.


Tutuplah Kisah hari ini maka Salam Penutup berakhirlah dengan Akhir yang Baik..

Intiha Al-Kalam,
HKM

Saturday, October 27, 2012

MATI - HIDUP = KEMBALI


ambe pernah Mati (dalam sebuah kemalangan sekitar tahun 2004),
dan di-Hidup-kan semula..itu tidaklah Kelakar.

yang kelakarnya adalah melihat orang yang tidak dinyariskan dirinya merasai keakraban Mati dengan Hidup pada kenyataannya,
diberi Hidup demi Hidup namun sekadar melihat Keadaan orang yang Nazak bertarung Nyawa,
melempar Kasihan dan Airmata Simpati yang sementara,
bukanlah berdoa kecuali berkata-kata,

ambe terbaring di atas jalan raya, dengan limpahan darah dan kaca yang kepala ini tlah hempaskan pada cermin belakang sebuah kenderaan,
dan berdiri dengan sendiri dalam kadar yang terdaya-terupaya,

hingga terbaring semula kerana kehilangan darah.

ketika sedar di Hospital, mata menyaksikan bagaimana pembelotan itu berlaku.
Apa itu kecurangan, dari tidak tahu hingga kunjung mengenal bagaimana buruknya prilaku kita antara kita yang mampu melakukan.
Apa itu sendiri tanpa siapa-siapa dikeliling melainkan Pejuang Nyawa.

dan Allah menemukan ambe dengan seorang Sahabat yang senasib dengan ambe,
bahkan mengalami Mati itu selama berbulan lebih lamanya..buat ambe, dialah yang melengkapkan diri ambe,
adapun mungkin pada ambe kerana itulah kami sering bertemu satu titik fahaman dan satu fikir yang spontaneous atau serentak.

Kami Bangkit dari Mati untuk bercerita,
Kami "Hantu" kepada sesetengah bahkan sebahagian besar Manusia,
kerana tidak faham..apa yang Kami sampaikan dalam bahasa Jiwa.

Blog demi Blog ambe menulis, bukan untuk dikenal sebagai Penulis Blog terkemuka atau Sasterawan baharu. Sekadar menyampaikan dengan apa yang ambe tahu,
bukanlah bererti ambe tahu belaka..tetapi ambe berusaha dengan mengambil tahu semampunya yang dapat dilakukan untuk anda. Setakat bercakap, berapa ramai pembohong hari ini tlah berjaya?

Apalah Moral Kematian setakat menyadari bahawa pada Hidup ini, kita suntuk melakukan sesuatu yang ditunda-tunda..We've nothing to lose.

Betapa Mudah buat mereka yang Hidup dan terus Hidup untuk menetapkan sesuatu kepada ambe, ambe sering aja membiarkan..mengalah hingga diperbodohkan tanpa ada rasa Hormat langsung melihat sesama Manusia lain. Kitalah malah Makhluk Superior kononnya. Untouchable dan sebagainya..apa mahunya itu jika diinginkan sangat maka ambil lah belaka.
Mengapa harus kita berlaku sedih dan terkilan dengan membuang-buang air mata bila ia merosakkan?
Kenapa perlu kita kejar dengan dua kaki, bila kita tidak terdaya untuk mengejarnya?

take it or leave it..

Beberapa hari kebelakangan ini, ambe terngiang-ngiang dengan audio dan visual yang datang dari sebuah Filem yang ambe diajak tonton bersama adinda-adinda ambe yang begitu gemar tengok cerita hantu ni, tajuknya Sinister dan kalau hendak diikutkan jalan cerita..Predictable dan Obvious, dan kita sebagai penonton cuma consume ajalah apa dihidangkan.
Cuma yang memberi kesan pada ambe adalah ketika watak yang dimainkan Ethan Hawke menjadi penulis Novel bercerita akan kesah Pembunuhan itu membuat siasatan mengenai suatu pembunuhan yang agak tragic hingga terjumpa Film Reel mengenai Pembunuhan demi Pembunuhan.
setelah balik dari menonton, ambe maseh teringat akan nyanyian dan gambaran scene bilamana Film Reel tersebut diputarkan.
ambe cari di Youtube dan bertemu lah dengan tajuk lagunya, menonton lagi dan lagi visual dan audio keratan dari Movie tersebut.

dan selang dua hari ambe pulang ke Terengganu, maseh terdengar dan agak terkesan..Bahkan bersebelahan Isteri yang sedang lena tidor pun ambe maseh didendangkan akan lagu tema Sinister itu. Hingga timbul Ketakutan ditengah 3 pagi yang pekat gelapnya. Mata tak mampu lena walaupun Jasad memang dah penat, Kepala maseh berfikir tentang motive apa yang berlaku..

tatkala memikirkan, ambe memang rasa agak seram dengan kenyataan yang benar terjadi antara kita-kita ini. Manusia mana pun sedar bahawa mereka semakin hari semakin memburuk, dalaman atau luaran.. Itu kenyataan.
Apatah lagi mencerminkan diri ambe yang sudahpun Mayat suatu ketika, tetapi orang Hidup hari ini. Disarungkan diri dalam Badan yang pernah Mati tetapi merelevant akan diri ni sebenarnya suci dan bersih dengan usaha mendandan atau mencantikkan diri, apa anda rasa agaknya?

tidak lupa, dengan keadaan Roh yang seperti apa tlah kita layan selama Hidup ini..Samaada Sihat dengan nilai Keikhlasan ataupun, ketidakjujuran. Tidakkah semua itu membuatkan kita ini rasa betapa busuknya Hati bila penuh dengan penyimpanan hasad dengki atas kebahagiaan, kesenangan atau kejayaan orang lain, bahkan sanggup melapah daging saudara sendiri secara Hakikat dengan Umpatan dan Fitnah.
semua ini benar berlaku,
dan kita sahaja cuba menanam Hakikat kebenaran ini didalam dasar untuk tidak difikirkan.

Kepercayaan,
adalah suatu hal yang kita perlukan buat Akal atau Hati "membeli" nya,
penjual kepercayaan yang menjual kepada pembeli Akal, akan segera selepas ini memuntah kannya jika mendapati ia adalah palsu..kerana sudah tentunya Akal cuma ada Dua pilihan buatnya, terima atau tidak.
tetapi yang sering menjadi masaalah adalah Hati yang membeli Kepercayaan, yang tidak berfikir melainkan merasa sahaja. Dan menyimpan untuk diseksa Hati hingga melebur sendiri.
Berapa ramai orang keliling kita meninggal asbab Patah Hati? atau berubah menjadi jahat kerana dikecewakan Harapan yang disimpan Hati?..ramai sebenarnya. tetapi itu maseh dikatakan Kejujuran dan Roh nya yang sihat atau sakit tetaplah maseh Hidup lagi. Kerana itu tetaplah perkara yang Jujur dari Hati.

hanya yang malah lebih menyeramkan adalah yang mereka Simpan pada tiap-tiap dalam diri akan kebusukkan itu, sebanyak mungkin dengan topeng senyuman, nilai-nilai Murni yang dipelajarinya berselang seli dengan layanan istimewa sehingga tidak pada menyangka bahawa dirinyalah Hantu sebenarnya. yang datang dari belakang untuk menyerang, ditikam atau dicekik atau dibunuh Jiwa seseorang mangsa itu secara perlahan-lahan..Bahkan ia boleh jadi dari kalangan Ahli Keluarga anda, yang berada ditepi anda sekarang yang tidor sebantal dengan anda. Insecure?

Ignorance is a bliss, ketidakpedulian adalah kebahagiaan.

antara perlu, ingin, sekadar mahu atau hendak.
kita perlukan ketidakpedulian dalam Hidup demi mencapai Matlamat sesuatu perkara. dan kita juga tidak perlukan ketidakpedulian dalam Hidup jika kita tidak pasti dengan Matlamat yang ingin dicapai. dan kita samaada mahu atau tidak pada ketidakpedulian demi kepentingan. atau kita berkehendak sahaja kita peduli akan ketidakpedulian.

Berapa masanya kita habiskan untuk melihat diri sendiri pada cermin?
mungkin saja bila kita hendak menyisir rambut..kita melihat, dan pada masa lain anda menyibukkan diri dengan tidak melihat.
tetapi menjadi Fitrah tindakan reflex setiap Manusia melihat pada perkara yang memantulkan seumpama cermin ataupun cermin jika ditegur sesuatu yang tidak kena pada muka.

pada masa lain? kita Berbahagia dengan apa kita Perlu, Keinginan, Mahu atau Hendak.
Perlu melihat diri sendiri adalah soalan Tarekah,
Ingin melihat diri adalah soalan Hidup yang mencari Tujuan,
Mahu melihat diri..siapapun begitu,
Hendak melihat diri..tidak semua begitu.

bersabit dengan Hidup dan Mati tadi, pertanyaan ambe kepada anda adalah mengapa kita tidak terfikir Perlunya dalam rasa Teringin, memujuk Mahu agar dikehendakkan diri melihat diri sendiri itu pada suatu saat dimana kita dipisahkan dengan pelbagai kesibukkan?

masa yang sesuai cumalah Malam, dimana anda dan diri anda mungkin sahaja yang terjaga untuk dinikmati.
ambil beberapa ketika, untuk lihat diri sendiri dicermin..apa anda rasa? atau anda sudah dapat bayangkan rasa takut itu?

mungkinkah "Hantu" yang dimomokkan itu adalah kita sendiri atau orang dirumah, dipejabat atau diluar kehidupan social anda alami masing-masing?

ini cuma sekadar saranan dari ambe yang tidak dimestikan untuk dibuat,
hanya semacam contoh dalam menyedarkan diri sendiri, seberani manapun kita akui dihadapan orang.. kita tetap tewas kepada diri sendiri. kita yang semakin hari semakin membusuk dan merosakkan bahkan binasapun, kita me-logic akan kewujudan kita dengan pelbagai perkara dengan orang lain.

ada masanya, kita katakan masa dahulu itu bahagia..maka kita kunjung rindu, tetapi kebanyakkan masa yang kita penuhi dengan ketidakpedulian untuk tidak terima bahawa apa yang tlah berlaku itu adalah salah satu perkara yang agak menyeramkan walaupun ia sedang SENYUM kembali pada anda, sebab kita tahu..dibelakang tabir diri tiap seseorang, bersembunyinya Rahasia yang gelap. ambe sekadar bertanya, betapa gelap nya senyuman kita dihadapan cermin diri itu?
kita ajalah yang mengerti..

kini Syukurnya ambe melafazkan ramai sudah berminat untuk tahu cerita Nabi-nabi, tetapi perjalanan kaki kita sendiri balik mengembara zaman lalu sebenarnya adalah menakutkan. Kita jumpa orang ini atau itu sebelum kunjung tahu..berapa tahun sebenarnya Nabi lahir? dan jaraknya dengan kita pastinya banyak kesah-kesah yang tidak dibukukan atau diceriterakan. Seram?

yang mana lebih Seram didalam menyedari kita dihari ini yang mementingkan diri untuk berbahagia hari demi hari, bukanlah dengki atau menyuruh anda tidak bahagia hanya meminta sedikit masa dari anda melihat cermin diri, siapakah yang lahap memakan dan menebang pohon-pohon munafaat yang ditanam oleh nenek moyang dahulu tanpa pedulikan siapa yang lebih memerlukan?
didalam ayat yang lebih jelas, daripada pembunuhan kejam atau pembunuhan diatas nama Jihad, kita dari gelintir kecil ini sahaja yang merampas faedah dan munafaat senang itu demi kepentingan.

Memahami Sinister-ism pada Kebenaran,
mengetahui wujud orang lain yang dah lama kenal sekalipun adalah tetaplah Stranger. Walaupun Adik-beradik, Kegelapan Rahsia disimpan dalam hati buatkan Roh semakin hari semakin tersiksa dan memburuk..

kalau tidak percaya, lihat cermin dan tenung diri sendiri sedalam mana mungkin..apakah anda Hidup didalam diri yang Mati atau yang Mati didalam diri yang Hidup?

Mati atau Hidup kita tetap Kembali.
Jasad diserah kembali pada Tanah, tetapi diri yang sebenar dijenamakan Roh ini..tenang atau maseh menghantui?

Kembali ke Cermin.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Thursday, October 25, 2012

BAHASA DIAM


Diam ambe buat satu jangka masa yang lama, barangkali takjub dan speechless dengan peristiwa demi peristiwa yang berlaku dihadapan mata. InsyaAllah dengan Izin Tuhan jika ruang itu ada, akan ambe kongsikan bersama-sama dari masa ke semasa...

Beberapa hari aja lagi kita akan melalui satu Phase atau Fasal Penting sebagai orang BerAgama.
kita kata Raya Korban, Raya Aidil Adha atau Raya Haji..
ada juga antara kita melihat Lembu/Kambing/Sapi aja, teringat Hari yang mulia ini walaupun belum kunjung tiba.

Ambe selalu rasa hairan dengan concept men"jenama"kan erti "Hari Raya"..Kerana seawal usia budak dahulu, ambe dimomokkan oleh kesah Hantu Raya, menjadi peduli hingga memenuhi segenap ruang Akal Mentah mengenai rasa Ingin tahu-Curious.

Persoalan kenapa Hantu Raya itu perlu ada Raya?atau jalan yang besar disebut Jalan-Raya, atau JKR tu perlu ada Raya juga. Apakah sama erti Raya dengan perkataan Rai? dan apa pula hubung-kait antara Hantu Raya-Jalan Raya-Jabatan Kerja Raya atau Pasar Raya?
semua seakan-akan tidak munasabah buat ambe ketika itu, doesn't make sense at all..
Mungkin sahaja Istilah Hari Raya kini adalah penerjemahan dalam bentuk Cultural, Kebudayaan..
Erti "Raya" digambarkan dengan kemeriahan, sambutan atau perhimpunan sesebuah puak atau kumpulan demi memaknai sesuatu diatas tujuan dan matlamat tertentu.
Seumpama Hari Raya kita lalu baharu ini, pemahaman umum sering merasakan bahawa perlunya diadakan semacam sambutan menjelang hari tersebut diatas alasan berbagai-bagai seperti alasan yang selalunya dijawab bahawa "kita dah 1 bulan berpuasa, apa salahnya kita makan lebih sikit dihari tersebut kan?"
memberi semacam tanggapan pada orang berAgama lain yang juga turut cuti, seraya memerhati akan hari Raya Aidil Fitri disambut seperti Pesta Lahap dan Serakah. Ini reality apa yang jujur diberitahu oleh Kawan-kawan ambe yang bukan berAgama Islam.

Falsafah pernah memperkenalkan sejenis Proses yang dinamakan "Epistimology" diambil dari ayat Yunani, datang dari hasil perkahwinan antara dua ayat "Episteme" bermaksud Pengetahuan dan "Logos" iaitu Theory. Digabungkan untuk menterjemahkan Theory mengenai Ilmu dan Pengetahuan..Bersesuaianlah kiranya jikalau Agama turun untuk mengajak kita Berfikir dan terus berfikir akan perkara berguna dan lebih berguna(dalam context Epistimology),
hanya persoalan disini yang hendak ambe kongsi bersama adalah kenapa "Raya" perlu wujud demi mengertikan Hari-hari KeAgamaan sedangkan itu sahajalah hari untuk kita duduk dan benar-benar berfikir seketika mengenai peristiwa tersebut bukan secara Budaya semata-mata tetapi adalah yang lebih daripada itu.

Dan tidaklah ada yang salah dari ambe, apatah lagi untuk seru anda pembaca menafsir bahawa kita tak perlu beriya-iya sangat dengan Perayaan KeAgamaan hanya mengajak bersama-sama menelaah. Serta menilaikira apa kita tlah persiapkan sepanjang Bulan atau Waktu sebelum hari yang dinamakan "Raya" itu tiba.

Kita Puasa di bulan Ramadhan hanya sekadar Perut Sahaja, Mata kita menjamu dalam muslihat dengan menilik salah-silap orang lain, Telinga kita memburu umpatan dengan sembunyi, Anggota kita secara keseluruhannya bahkan belum secara total untuk mengatakan bahawa "aku dah control diri aku sepenuhnya"..

dan seandainya kita tetap berkeras untuk merasa "dah ok belaka",
layakkah kita meraikannya dengan cara-acara kita fikirkan patut seperti sebelum ini?
jawapan pada anda,
pada ambe hanya sekadar menjawab "entahlah"..ambe bukan dapat menetapkan apapun untuk didengarkan, bahkan diajar pun bukan semua dapat diikut sepenuhnya.

Disebabkan pertanyaan tadi, ambe dapat sambung kata dan berpendapat bahawa Aidil Fitri yang lalu kita baharu sambut kebanyakkan dianggap sebagai Accessory Budaya. Walhal, Substancial Aidil Fitri dan Adha bukanlah setakat itu sahaja.
Lebih elok jikalau kita menganggap sebagai Hari Kembali, kerana sah nya memang tujuan Hari Penamat Ramadhan ini untuk ajak kita bersama kembali mengenang dan kembali kepada Fitrah, Kesejatian diri disamping bersiap secara Physically dan Mentally mengenai "Korban".

Korban pula adalah ayat yang adakala mengelirukan, menakutkan dan sering difahami secara bahasa menyeret fikiran ke atas Negativity, merelakan dan mengandalkan pelepasan sesuatu dari seseorang kepada orang lain melalui suatu ritual atau peristiwa yang sebenarnya tidak dikehendaki.
Korban Harta, Korban Bencana, Korban Perang dan seumpamanya.Apa kita nampak?
Dipandang sebagai sesuatu yang dark dan menakutkan, menyempit dan menyukarkan. Padahal, "Korban" yang Haq adalah berlainan sama sekali. Kerana ia bererti menyampaikan(bukan memberikan) sesuatu yang merupakan milik kita kepada sesuatu, orang, Makhluk lain atau Tuhan.

Apa sahaja disajikan mengenai Kesah Ibrahim dan Ismail, kita faham bahawa itu dalil "Korban".
Secara ringkasannya, Ibrahim menyembelih dengan rela Ismail kerana itu datang dari Tuhan dan terus FULLSTOP. Kita menggesa anak muda dan kanak-kanak untuk consume gambaran sedemikian tanpa ada usaha untuk memerah sedikit Curiosity Kebudak-budakkan agar faham Kehendak dalam Maksud Sebenar.
Pandangan kita membayangkan betapa beratnya perkara yang perlu dilakukan, yang lebih dari keperluan tetapi adalah kemestian.
Ambil masa, fikir lebih dalam dan dalami Moral disebalik Moral yang tlah di sedia adakan sebagai contoh. Apakah Sanggup Ismail dan Rela Ibrahim itu sahaja menceritakan kita sebagai Symbolic Korban?

Anda akan kunjung faham mengapa kami mengatakan bahawa ia berkisar mengenai Keikhlasan menyampaikan,
apa yang Milik Tuhan kembali pada Tuhan.
perkataan yang sesuai disini adalah Serah,

Serah-yang merupakan method untuk melebur, menyatu atau bertauhid kepada, dengan, bersama atau bersatu dengan yang mencipta.

Dengan mengetahui Wujudnya Anak didalam Rahim seorang Isteri sememangnya pengalaman yang cukup Istimewa, buat ambe atau Ayah-Ibu manapun di Dunia.
Belum dilahirkan, dah timbul pelbagai Jawapan.
Kita yang Manusia ini sendiripun, tidak pernah tahu menahu mengenai kelahiran kita sendiri, jangankan merancang, apatah meniatkan bahawa kita akan lahir dan menjadi seorang Manusia. Memilih Ibu dan Ayah yang kita sendiri belot, curang, kutuk atau benci hari ini, kita pun tidak tahu-menahu.
Ambe sendiri tidak pernah minta untuk berada pada posisi anak seorang Arkitek dan antara Contoh Ayah yang ada dimukabumi ini pernah menyelamatkan Abang serta Kakak ambe.
Apa lagilah memilih nama "Raja Badruddin Hakim Shah" sebagai tanda Existence diri ini, untuk membezakan ambe dan orang lain yang juga ada bernama sama, tetapi rupanya berlainan, atau mungkin dipertemukan ambe dengan kembar yang semiripmanapun (Rupa dan Nama), ambe tetaplah ber bin kan Raja Kamarul Bahrin di Dunia, dan di tanam ke Bhumi ber bin kan Nurilah Salleh.

Siapapun tak pernah menyangka akan diberi Pinjam, dan dianugerahkan ini atau itu untuk diproclaim apatah lagi "layak" untuk dikatakan memikul beban yang dinamakan Amanah. Apalagi ada sesuatu sebagai Milik(dalam context Pinjaman juga akhirnya).

Kita berjalan dengan Kaki bukan milik kita tetapi diberi "sewa", kemana kita melangkahpun akan dihisab belaka..kata Ulama yang terus menerus menceritakan kesah Kehidupan selepas Mati nanti.

Jelaslah disini,
apa Ibrahim dan Ismail lakukan bukan untuk menunjuk-nunjuk semata-mata untuk membuktikan apa-apapun, tidak seperti kita hari ini..yang buat kerana kita hendak Endorse Product sendiri atau Parti kita sendiri sebagai yang Benar dan Patut diikuti sementara yang lain itu semua salah.

Adil Allah memaknai Islam sebagai sesuatu Agama untuk semua, build up Islam sebagai Islam sejak Adam hingga ke Muhammad..berapa banyak Kesah yang Buruk berlaku? Kita puji hari ini kerana sudah nampak yang mana elok.
betapa kejamnya Contoh-contoh yang membinasakan Akal kita hari ini dalam menembusi Fikir yang lebih luas seperti Kisah Nabi Khaidir membunuh Budak atau Ismail disembelih,
kita nilaikan sendiri dan disamping itu cuba diingatlah kembali pada apa ambe tlah ceritakan diatas tadi mengenai kewujudan Manusia,
yang adalah "Kita" juga pada 20-40-60 tahun dahulu.

Peleburan Ibrahim dan Ismail melenyapkan Existence "diri" masing-masing, adalah tamparan kepada ambe bahawa mereka tidak pernah ada apatah berani mendakwa apa saja itu adalah miliknya..

Memahami demikian kita dapat mengatur pelbagai soalan lain lagi, yang perlunya kita cari mengapa harus begini dan begitu agar diyakini. Cuma berdasarkan Manusia yang maseh merasai Dunia ini milik mereka sehingga mewujudkan System aturan Hak Milik. Tidak cukup kita hanya membezakan bahawa Idiom "Pemilikan" itu adalah bahasa Formal sementara "Pinjaman" adalah bahasa Agama. Dan hingga membahayakan sebahagian lain menanggap apabila Agama terlalu diletakkan hanya dalam pemahaman Sosiologis seperti itu. Sedang Puak berperang mengenai "Pemilikan", Dunia dirosakkan sehingga Umat hilang tempat untuk mengadukan penderitaannya.

Kehidupan Manusia menjadi jauh dari nilai dan menilaikan, kesan dari kekeliruan menggunakan Agama.
Pada Misalan sahaja, Aidil Fitri atau Aidil Adha bersabit dengan "Egosentrisme" kekuasaan atau monopoli economy. Bahkan juga bentuk Primodalism, Exclusivism dan kesepihakkan yang lain dalam berbagai dimensi Kehidupan.
Ibrahim diperintah oleh Tuhan Allah- secara Substansif-bukan untuk sembelih Ismail, melainkan untuk menaklukkan dan memusnahkan kesepihakkan dan Egosentrism rasa memiliki diri sendiri dan rasa memiliki anaknya. Padahal memang benar dihati seorang Ayah atau Ibunda, ada sifat Possessiveness, anda punya Isteri atau Suami atau Boy/Girl Friend sebagai Teman atau Tunangan pun bahkan turut menikmati derita Possessive itu(jangan bohong lah).
Diri Ibrahim dan diri Putranya Ismail adalah Milik Allah dan harus disampaikan kembali pada Nya..

Beberapa hari lalu, ambe ke rumah Imam Hoslan Hussein berdua dengan ayahnda menziarahi Kepulangan beliau bersama keluarganya setelah beberapa bulan hampir setahun lamanya dipenjarakan hanya kerana membaling Selipar kepada Hakim di Mahkamah diatas ketidakadilan orang-orang yang menyeleweng dana Masjid yang beliau ditugaskan.
Rumah Flat Kos Rendah adalah Istana buat ambe, kerana sekecil rumah itu jika hendak dibandingkan rumah ambe, terasa betapa "Berkat" nya..Mengingatkan ambe pada rumah Keluarga Mertua ambe yang juga kecil tetapi dipenuhi anak-cucu. Meriah. Kalau hendak dibanding dengan Istana yang pernah ambe pergi dahulu, Penuh kerana Acara..Dihari lain, kosong hanya beberapa kerat sahaja orangnya. Bosan dan Menakutkan.

Kami disambut dengan kesederhanaan, dahulu cuma didengarkan Kesah aja mengenai Imam Hoslan di Surat Khabar, kini diketemukan oleh Allah taala. Kalah rasanya jika hendak dibandingkan kalau rasa berdebarnya jumpa Artis Pujaan.. Beliau hanyalah orang Biasa, dan ditegaskan banyak kali dalam perbualan kami tanda beliau ingat siapa beliau, yang cuba mengislamkan orang dipenjara pun jadi threat. Banyaklah kesah yang jadi sebahagian Element Kekuatan bahagi ambe dan ayahnda dalam meneruskan perjuangan kami yang mungkin berlainan haluan tetapi sama tujuannya.

Beliau mengorbankan dirinya bertindak sebagai orang "Gila" atau Bodoh dimahkamah yang sarat dengan orang-orang bijakpandai..Berbohong atau Bercakap benar, itu Pilihan masing-masing lah.
Dipenjara malah mengorbankan zaman "Suami-Isteri" atau "Ayah-Anak" yang sepatutnya diluangkan beliau bersama Anak-Isterinya. Anaknya 11 orang, meninggal 4 orang..Kini bertujuh.
tatkala ambe memerhati raut wajah beliau, terasa betapa "Tabah" nya seorang Pemimpin Rumah-Tangga ini, ambe ni guane gamoknya? itu soalan ambe dalam hati.

Hairan sebenarnya bagaimana pertemuan singkat begitu, attachement itu memang rasa. Macam dah lama kenal. Ambe yang pada awalnya memang berhajat untuk dapatkan no HP beliau, agar dapat diadakan program untuk jemput beliau di Terengganu namun rasa segan, beliau pada ambe macam "Bintang" di langit, hendak dicapai itu mustahil lah. Yang sibuk ndak bergambar tu Ayah ambe, dan ambe lah yang memukul gambarnya. Tiba-tiba aja sebelum melangkah keluar Istananya, beliau pula yang ajak ambil gambar dan kemudian minta no HP ambe..
Bukanlah ambe ndak beritahu ambe ni lebih hebat, hanya terkesima dengan bisikkan hati ambe yang pastinya Allah taala yang gerakkan.

Kami pulang setelah beberapa jam disana, ambe teringat kembali wajah Ayahnda ambe yang turut menangis (dalam lagak maintain Machonya) bersama Imam Hoslan kerana menyedari nasib mereka lebih-kurang sama, Ayah ambe dilawan dan berlawan oleh Pihak Mahkamah Australia, Luar Negara yang penuh dengan orang Kafir sahaja..Sementara Imam Hoslan di Mahkamah Negara sendiri.
Masing-masing tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya diatas nama Agama.

Dengan rasa Overwhelmed, ambe pun sms lah Beliau bagi menyatakan rasa Syukur pada pertemuan tadi dan pada mengingatkan pada beliau bahawa meneruskan berjuang walaupun tanpa bantuan Ahli Politik sekalipun.

Betapa banyaknya "Ibrahim" dan "Ismail" hari ini lahir hasil dari Hari Aidil Adha ini.
Ceritanya bukan Sembelih semata-mata, atau Haji yang diterima atau tidak,
tetapi Sanggup.
berkata Sanggup berKorban itu mudah,
Namun,
Korban tidak selalu lewat pada Akal bahagi membahas Logic atau Relevance sesuatu hal.
Korban adalah apa yang ada pada kita yang dapat kita kembalikan..

bertanya lebih baik akan perkara yang kita mesti kembalikan dari menghitung benda baik kita dah buat,
Flush ajalah itu semua ke Jamban,
kalau Ikhlas..

Berbahasa Diam lebih elok.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Monday, September 24, 2012

TEMAN JAMBAN



pada sandaran angan para tuan dan puan,
pastinya teridam dengan iklan-iklan Dunia mengenai kemewahan & kekayaan..

baik lah ambe terangkan,
molek sahja ambe padankan,
kedaluwarsa ambe maktubkan,
akan kesah seseorang ini,
yang ambe kenal dan menjadi sangat mengerti akan seseorang "teman rapat" dalam hidup ambe,
bahwa ayahndanya tukang bina bangunan,
tidak mustahil lah bahwa dia tidak memiliki Istana berserta dayang-dayang khas dari jauh untuk melayan anak-beranak yang ramai jumlahnya..
semuanya, segalanya..adalah lebih cantik untuk diabadikan pada ceritera bahkan Happy Beginning atau Ending Fables manapun maseh dikalahkan dari Kenyataan sebenar.

meski Teman itu terpenjara diatas tujuan keselamatan kekandanya,
senyuman tetaplah diukir,
ketawa meluah hati fakir,
walau diam menyimpan yang sir,
fikir..tetaplah difikir,
berhenti jikalau sudah ditemukan yang akhir,

merantau, dimana sahja dia ni..belajar, berpindah randah..
bila ambe tanya kepadanya "apa kau belajar?"
dijawab:
"meniti disempadan Hidup-Mati, melihat kanan dan kiri, menilai karib atau harbi, mencari perempuan atau Isteri"

pada luarannya, memang tampak goyang, dia menilai kebanggaan suatu kehinaan baginya, kebencian yang amat yang dirinya hendak benar melunturkan nama agar Orang Keliling tidak lagi mengenal Manusia daripada sekadar Nama.
diamnya adalah Sombong,
bicaranya adalah yang Takkabur,
pandangan yang dilontarkan darinya adalah yang sentiasa Salah orang Lain,
luahannya adalah yang meracuni ketenangan pendengar, hingga orangpun sedikit demi sedikit memulaukannya tanpa sadar.

tetapi kini dia sudah bertangga,
rumahnya maseh belum punya,
bila ambe tanya..Kenapa?
dia jawab:
"apa kau nak tahu kah sebabnya bilamana kau pun belum ada apa-apa?"
..sarcastic, benar pada apa kata Ibunya pada ambe suatu masa dahulu. Sangat Satire bahasanya, dimana celah kejujuran sekalipun, tidak lari dari melontarkan kata yang sering aja menyakiti Hati orang kelilingnya..
tetapi kerana dialah satu-satunya "Teman" ambe yang paling-paling setia,
ambe mendengar, dan diamkan jawapan itu setakat itu.
mengulang kan jawapan tersebut berpuluhkali hingga kunjung sedar.
aku malah yang jauh darinya,
aku lebih mengaduhkan dari merawat,
aku sibuk mengira berapa ekor semut yang sedang melintas dihadapan timbunan gula, mengangkut gula dengan sepenuh tenaga, namun tidak disedari langsung akan sarang yang demikian membesar dibangunkan mereka yang kini jauh dari mula..alangkah takjub makhluk yang ditugaskan oleh Tuhan Allah untuk berkeliaran di Dunia untuk mengajar akan Ilmu Sunnatullah tanpa Bahasa, tanpa mengenal sama ada kau anak Raja atau cucu Gundik yang mana.. diatas tanah yang hangus hitamnya, makhluk tanpa Akal menyampaikan Syarahan yang lebih bermakna dari Syarahan Guru Agama di Pondok Bangunan 10 Tingkat..dari kerendahan mengangkat derajat pemikiran Hormat pada Sekecil-kecil Makhluk yang cuma berusaha..

ambe semakin faham kepada Teman,
yang diam bila tidak ditanya, yang bising bila bersuara..
menjadi orang yang "sama" adalah Pura-pura yang paling bahaya dari menjadi Kafir penentang Agama.
dan tatkala dirinya membawa kaki kembali ke Istana lamanya,
"Bahang" Peperangan yang tercetus pada Perkahwinannya maseh berlegaran didalamnya,
katanya seperti Museum sahaja Istana ini,
yang ada hanya Sejarah..kian siapapun sudah pada menyisihkannya.

Gambaran yang melukakan Jiwa siapapun bilamana mengenang yang belakang,
ditinggal bagai orang yang lupa dari mana ia datang.
Kemegahan suatu masa itu cuma khabar,
yang disebut pada angin dan luput dihujung mata angin,
Kemewahan maha ada apapun yang mampu Wang beli..
namun zaman sudah berganti,
ada tujuan yang lebih maknawi perlu dicari..siapa mau pakai Honda Cup Buruk di KL kecuali taraf Pak Guard Security-bukan?
alangkah kejam dominasi keinginan Dunia,
Setan yang manakah yang mengajarkan Syarat pada Penyembah Allah bahwa Hidup di Dunia perlu dengar katanya?
tidak kiralah apapun..kemesraan yang pernah terjalin untuk dijadikan Kenangan,
akan wujud pada Ingatan yang maseh tegar hatinya,

Untung orang senang hari ini-katanya; "Duit bukanlah penghalang", tetapi senang bukanlah datang daripada Wang, tetapi dengan memijak kepala rakan yang lain hanya untuk menikmati sepenggal masa menjadi orang "Atas" yang maseh belum bertemu dengan Tuhan disaat Kenaikkan Darjatnya.

Untung orang susah-yang Halal mengalir dari Air Sirap sejuk yang diteguk pada tengah hari yang terik, seraya dikongsi bersama seorang anak dan Isteri. Yang maseh mampu ketawa dari kesedihan yang sememangnya tidak mampu kita menerima Kenyataannya. Barangkali sahaja kitalah yang mengutuk Tuhan dengan Kecelakaan yang dirasa.

Namun itulah Hakikatnya,
Teman ada semua pada bentuk benda dan mengadu dombakan kekurangannya Jiwanya,
Suatu masa,
penghuninya tetap tiada,
kemegahan hanyalah kosong sahaja..

Diam dan berbulan sudah ambe mengambil masa menafsir akan dirinya,
bertemu jawabnya,
mengapa tidak dia menjadi Masyhur seperti dia yang dahulu?
dan kenapa yang mudah dipayahkan belaka?
Jawab ambe,
mungkin kerana itulah dia berpindah dan lebih sanggup menumpang,
kepada anda yang bijaksana lebih arif ambe kirakan sudah tahu akan kebarangkalian sebabnya pula,
maseh ada Teman yang bodoh seperti yang ambe kenali ini
 tidak sanggup untuk menipu Suri-nya atau Putra-Putri nya nanti dengan momokkan Hidup aman, tenteram dan bahagia di Istana itu lagi..
Ada kawan yang ramai yang beraliran lebih kurang sama, sudah pada tentulah dia cukup "Badi" dengan itu.

dan mungkin sahaja "Nama" ini pun tidak lagi penting, penyair atau pengampu..
Siapa yang tidak menuju binasa tatkala berhijrah Hidupnya?
semua bahkan akan kelak Hilang maksud Dirinya sedikit demi sedikit...walaupun berlawanlah selamanya,
Teman yang paling setia,
terimakaseh kerana sudi menjadi Pakaian Jasad yang berguna buat ambe.
Moga Kesah ini ada yang memahaminya,
untuk memaknai Hidup-Mati yang lebih bermakna. Usah dilihat sebagai suatu kerja Mulia kerana sebenarnya adalah yang paling Hina.
kerana ambe sedang menceritakan kesah seorang Teman yang paling setia dari Kecil hingga Kini untuk ke Jamban.

apakah anda sudah mengenal akan Teman mu sendiri untuk ke Jamban?
dialah dirimu..yang pastinya Tuhan tidak pernah ciptakan Manusia sama seperti Setan.
(Tetapi mungkin lebih teruk la..kalau Pilihan tak mengenal Padan)

Intiha Al-Kalam,
HKM

Friday, September 21, 2012

TUNJUK PERASAN


Menjadi teramatlah sukar buat seseorang menghargai seseorang oleh kerana BEZA yang disangka atau pun dirasai..Politikal hanya ukuran kepada kecenderungan, kalau anda orang Merah atau Biru atau Hijau, POV atau Point of View atau Cara kita melihat itu ternyata berbeza,
dimana ada pihak melebihkan Kemelayuan dari Keislaman, dan ada pula melebihkan Keislaman dari Kemelayuan hingga adakalanya perlaksanaannya tampak seperti yang manapun mengelirukan, walhal kecenderungan itu hanyalah cadangan..meskipun kita mencabut pilihan raya raya undi hingga menang Parti Pilihan kitapun,

reality nya yang menang itu tetaplah Allah taala.. Kalaulah salah pada statement ambe ini.
Cuba aja jawab persoalan Siapa yang tentukan bahawa kita Lahir dan Hidup atau Mati kita?
Apakah kita boleh menjawab ia datang daripada Sang Ayah ataupun Sang Ibu?
segalanya masehlah Asbab..Maka mula bicara ambe kali ini hanya untuk me-reality check akan Cara kita menganggap sesuatu hal atau peristiwa, sehingga percuma belaka dan mudah buat kita katakan semua ni adalah Kebetulan sedangkan ia adalah lebih berarti dari Kebetulan kerana itulah Kebenaran atau Haq dari Allah sendiri dalam menyusun tiap apapun kejadian dengan sebab utama bahawa meng-educate Makhluk yang bernama Manusia untuk sentiasa berfikir akanNya..
Akhir cerita Politik hari ini, Bangsa bukan Politik, Agama bukan Politik malah Warna apapun tiada kena mengena dengan Politik..pada asal-usulnya.

Cuma, golongan Intelectual menyarankan Politik itu sebagai Kaedah menuju pada jalan penyelesaian dengan Idea-idea yang bernas..Masaalah akan kekal sebagai Masaalah, itu sudah adat Hidup jikalau kita tidak buat sesuatu untuk mengatasi Masaalah tersebut maka kekal lah ia dalam permasaalahan yang sama hingga ke akhir usia sekalipun.

Warna dijadikan Tanda yang berkadar seketika untuk merujuk pada identity sesebuah pertubuhan atau gerakkan seperti Parti, namun Hitam tetaplah Hitam. Dipinjam oleh Dakwat yang likat sifatnya untuk diibaratkan Hitam. Biru dipinjam adakalanya oleh kita untuk mengibaratkan Langit pada fikiran Budak-budak..walaupun berbagai Warna berubah pada Siang dan Malamnya tidak menentu masanya kerana ia bergantung pada apa Sang Pencipta perintahkan padanya..Boleh jadi Merah itu warna Langit, Kuning pun ada, Kelabu dan sebagainya..

sementara,
Agama dijadikan Haluan yang berkadar sementara dalam menuju matlamat seseorang yang hidupnya pasti akan berJemaah hingga menemui Climaxnya, maksud sementara itu adalah Agama diguna-pakai pada saat kita Hidup disini, yang sudah dilalui akan memberitahu bahawa faedahnya adalah disana..Iman adalah pengalaman Batin kita sendiri mengalaminya, dan panduan Tarikat kita adalah merujuk apa Rasulullah salallahualaihi wa salam perna beritakan, atau para sahabat malah alim ulama pernah kongsikan kepada kita. Hakikat Agama adalah yang Peribadi, hanya untuk mendapat pemahaman, kita memerlukan orang lebih berpengalaman untuk mengemukakan pendapatnya agar ditambah pengetahuan, menjadi barang Ilmu sekiranya diamalkan.
Kata orang Alim, Hilang Iman..luputlah Agama darinya,
dan seringkali ambe mengambil pesan-pesan ini belaka sebagai reminder buat diri, kalau dipejabat ambe ada Stick Notes untuk ditempel pada Notice board. Karya orang lama ambe cuba letak atau tampal diingatan.
Antara orang yang maseh dianggap dekat pada zaman kita ini yang berpengaruh buat Jiwa ambe adalah karya Raja Ali Haji dalam Gurindam 12 nya, ambe meneliti belaka dan cuba mengupasnya dari rujukkan dan pengetahuan yang ada(walaupun ambe ni, bukanlah Bersarjana Bahasa ke apa..dari dahulu, minat ambe adalah Bahasa), dari pemahaman ambe yang kurang ni ambe boleh rasakan bahawa penyusunan 12 macam gurindam tersebut bukan sekadar Art Sake semata-mata tetapi adalah Step by Step dalam Hidup kita sendiri,
ambe cuba ambil Fasal 1 iaitu Fasal permulaan atau muqadimahnya, selainnya ambe harap anda cubalah kaji dan bahaskan sesama anda untuk tujuan memahami mudah-mudahan:

Fasal Pertama Gurindam 12,

"Barang siapa tiada memegang Agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat."

Ndak cerita betapa telitinya orang lama memilih kata, Raja Ali Haji memilih ayat Memegang dari Membela atau Menjaga Agama..Soalnya kenapa dan apa tujuan permulaan demikian adalah itu?
Didalam kebiasaan, kita sedar sebenarnya kita adalah Melayu, Cina atau India pada Zahiriah.
Hendak atau tidak, realitynya adalah kita Melayu, dan sepertimana pada Adat Hidup pun, orang Cina lah yang akan memahami dan menghargai bahasa Cina nya. Kalau kita bahas hari ni, ada orang dilahirkan di India tetapi tidak bertutur Bahasa Urdu atau Sansekerta atau Tamil, itu memanglah dah ramai..Cuma ambe hendak beritahu disini adalah Perkara yang awal-awal dahulu Melayu itu adalah Melayu bagaimana atau India adalah India bagaimana, kalau ndak compare dengan hari ni belaka orang kita malah ramai Lupa Diri dari ingat Diri kita ni siapa, buktinya adalah dari sikap dan perangai kita zahirkan-dok gitu ke?

"Memegang"
pada pemahaman ambe, relate dengan sabda Rasul mengenai Akhir Zaman, yang Baginda bersabda dalam Hadis Akhir Zaman bahawa kelak nanti mereka yang mengamalkan Sunnah serta Sirah sama seperti MEMEGANG bara Api.
Raja Ali me-metaphor atau mengibaratkan Agama yang orang dahulu amalkan dengan zaman kita tidak lagi sama, jika dahulu adalah Mujahadah..kita malah menerima kesenangan, kepayahan. Hingga kita pula terasa seperti mengamalkan satu sunnah pun macam satu butir bara Api.
Hari ini, reality metaphor bukan lagi sekadar kiasan atau perumpamaan..adakalanya orang dah Anggap pun sama macam Api..

Soalannya apa kita sanggup pada mengenggam bara Api hingga menanti jadi abu?
belum tentu..kerana yang dipentingkan selalunya adalah credibility dirinya..jatuh ke tidak kalau buat? rugi atau untung? menduga berbagai perkara sedangkan pada nama sendiri pun sudah Jamil(Cantik) , Toyyib(Baik), Khairul(Baik), Husnul(Baik), atau dalam tidak sedar akan maksud nama sendiri pun kita tidak sedar bahawa kita sedang meminjam nama Allah taala sebagai panggilan orang pada kita..Aziz(yang Agung), Rahman(yang Pemurah), Rahim(yang Pengaseh) dan banyak lagi..
Kalaulah kita bekerja dengan Sebuah Syarikatpun pasti orang akan kata kita antara wakil promosi walau ke jamban pun kita akan dikenal begitu pada orang yang tahu..Kita mengheret nama Makhluk Manusia Paling Mulia pernah Allah taala sedia kongsikan pada kita untuk bantu nasib kita, pun Muhammad cuma lah nama kita..Alasannya sebab ayah kita beri nama, dah tu sebelum mu adapun beribu-ribu Manusia yang mungkin beribu juga jumlahnya kini dalam kubur pernah hidup cuba mempromosikan Agama dengan Nama Muhammad sahaja..yang kita ketahui bahawa nama Ahmad, Mamat atau apa lagi orang Melayu/Arab pakai sebagai nama Default untuk panggil seseorang yang mereka tidak kenali. Yang asalnya dari Inspiration nama Muhammad yang satu itu sahaja.
Itu baru dua baris dari gurindam 12, tak pegang Agama, jangan Panggil Nama.. Kerana itu sama seperti Syaitan yang pura-pura jadi Manusia aja.

dan kata beliau lagi seterusnya;
"Barangsiapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang Ma'rifat"

sebenarnya banyak benda yang berkait dengan angka empat, contoh yang ada adalah Kitab-kitab yang paling Asas diturunkan Allah taala pada 4 Rasul Nya.
Taurat dari Nabi Musa alaihisalam, Zabur dari Nabi Daud alaihissalam, Injil dari Nabi Isa alaihisalam, dan akhir sekali dilengkapkan belaka atau compress belaka pada satu Kitab yang Paling Suci iaitu Al-Quran dari Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam.
yang lain seperti Arah atau Paksi yang asas; Utara,Selatan,Timur,Barat..dari manapun anda berada, Kiblat anda tetaplah pada Kaabah tersebut. yang juga bersegi 4 juga..

dan status Ma'rifat(mengenal) yang paling tinggi adalah Marifatullah..yang Yakin bahawa semua dari Allah, pengharapan sebenar pada Allah dan Hidupnya bukan lagi Hidupnya sahaja tetapi adalah Sollati, Wanusuki, Wamahyaya, Wamamati lillahi robbil alamin. Solat, Ibadat, Hidup, Mati demi Tuhan sekalian Alam..

Wallahualam buat hal ini, ambe harap agar usaha meneliti dan memahami hingga diyakini bagi kita diteruskan lah..kerana ambe bukan hendak "test-power" pengetahuan, sekadar membuka fikir kita mudah-mudahan fahamlah bahawa jika kita hari ni salahkan Melayu aja, itu salah..Kerana anda sedang menuding jari pada cerminan sendiri yang begitu payah untuk diterima salah itu sendiri. Macam gitu ke Islam ajar kita lihat orang?
Sementara yang dah terasa Islam sangat hingga ralit dan tenggelam dengan diri sendiri..Jangan sesekali pernah terlupa dari Sejarah kelmarin bahawa kalau tidak kerana Asbab orang Melayu dahulu jugalah missing link antara kita hari ni dengan link zaman Rasulullah pun mustahil kita terima keselesaannya..Anda boleh jadi pandai hari ni pun jangan lupa, Bahasa kita guna ni tetaplah dari Melayu..yang pinjam dari semua bahasa yang ada untuk tujuan Unite kan belaka semua ke arah kebersamaan..
Ambe ulang, ini bukan Blog Politik..ini garapan ambe yang maseh fikir tujuan Allah jadikan kita sebagai apapun.

Kerana hari ni pada kenyataannya, Kecanduan itu memang jelas..Melayu makin lupa ia Melayu,
Islam makin alpa bahawa ia Islam.

Tetapi itulah yang dikatakan Kebiasaan-nya,
yang kita memang suka sangat sibuk mencari perbezaan tetapi tidak mengusahakan persamaan yang sudah terutus sejak azali pada tiap pertemuan.
Allah jadikan kita yang Perempuan, nak jadi macam Lelaki baik pada Pakai-Gaya-Pemikiran atau Perasaan..kerana rasa tak ada beza pun dengan Lelaki. Hingga main peranan jadi Lelaki, hasilnya kita tahu lah End Product nya adalah Pengkid, mewujudkan golongan Homosexual yang Lesbian.
atau scenario lainnya pula adalah bila Lelaki tidak facilitate kan peranan Suami dengan sepenuhnya, yang senantiasa lebih kehadapan dari sudut pemikiran..Buat keputusan, berusaha kerja dan bela mahupun buat kebajikkan untuk orang atau Keluarganya. Biarkan Isteri berkeliaran seraya bekerjaran dengan Suami orang lain atau Lelaki lain, atau sebagainya..Ini semua adalah "batu tanda" buat ambe dalam melangkah perjalanan sebagai Suami dalam pengalaman pertama kali ini..Dan itulah antara hasil pemerhatian untuk diatasi belaka..rasa-rasanya, yang membaca malah lebih arif dari ambe. Cumanya ambe begitu berharap akan untuk menjadi "Suami", kalau Mitsali, itu bukan dari assumption ambe tetapi pada mata yang memandang..maka ambe fikir tak perlulah ada perasaan untuk jadi Suami Contoh..cukup ajalah jadi "Suami" yang berusaha untuk bertanggungjawab dan fikir selangkah maju ke hadapan dengan mengambil risiko apapun dikehidupan luar,
biar lah orang ndak kata ambe "Malas" kan Isteri kerana kerjanya dirumah sahaja,
yang berumah tangga pun faham-fahamlah..Kerja Rumah bukan kerja yang senang sesedap mata melihat atau telinga mendengar sahaja.

Ambe, ulang sekali lagi ayat tadi,
memang sudah menjadi pada kebiasaannya,
yang Hidup jarang menghargai yang Hidup kerana Mati belum wujud dariantaranya,
bila dah Mati(baik dari zahir ataupun bathin) baharulah hendak menghargainya..

sedangkan semuanya sudah terlambat.

didalam Al-Quran ada sepotong ayat Popular daripada surah Al-Hujarat para Alim Ulama mentafsirkan dan sesetengah Ilmuan menggunakan sebagai rujukkan bagi mengetengahkan tujuan Bangsa itu dicipta..bahawa:

 Allah taala telah menerangkan sedikit dari antara tujuan "Penciptaan",
dimana bila Lelaki ada, Wanita pasti ada, kemudian membiak sebagai Kelompok Suku, Kaum bahkan Bangsa tiada tujuan lain melainkan menyuruh kita agar saling kenal-mengenal.

Kenal-mengenal sering disalah ertikan,
bila dinamakan sesi kenal-mengenal, sebenarnya tahap yang dicapai baharulah sekadar mengambil tahu..

1st time anda bertemu seseorang, pasti yang ditanyakan adalah nama, tinggal dimana, adik beradik berapa,ayah dan ibu kerja apa dan sebagainya yang maseh dianggap perkara asas.
apakah 1st time tersebut buat anda langsung kenal seseorang?
belum tentu..oleh kerana pada logic nya, pengetahuan tersebut maseh belum diuji akan kesahihannya. Boleh jadi aja orang tersebut sedang berbohong, boleh jadi bercakap separa jujur dan menipu lebih..dengan Akal, kita mungkin boleh lagi menjangkakan atau agak pada sesuatu aksi..adalah predictable. Namun dengan Hati, Rahsia sebenarnya hanya diri empunya dengan Allah taala sahaja yang tahu.

Terus bagaimana dikatakan tepat pada maksud "kenal"?

Ambe ambil dari pepatah Melayu yang biasa kita gunakan pada harian, iaitu;

"Tak kenal, maka tak Cinta."

sejujurnya, martabat Cinta yang paling sejati tidak pernah letak pada Makhluk kerana keperluan Cinta itu adalah demand paling tinggi berbanding Beras di Hypermarket.
Cinta adalah Essence sebenar yang membuatkan diri Insan itu lengkap sungguhpun maseh kurang sempurna.
Ramai hari ini tersilap langkah, bahkan ambe sendiri tersalah tapak untuk menduga Cinta itu adalah buat Awek,
maka Awek pada satu ketika itu dijadikan idol pengabdian kita dalam harian,
disebut berhari-hari seperti kena pukau..disuruh apapun malah seperti terkena Nasi Kangkang dah diturut apa sahaja.
itukah Cinta yang kita diperkenalkan menerusi Filem Twilight yang sesuai sahaja kita volunteer Saleem untuk nyanyikan lagu Cinta Tiga Segi buat menjiwai watak Bella?

Bilamana pencerahan kita terima dari Penyampaian para Ulama atau Guru kita, salah satu Philosophical Value kita terima adalah Syurga dibawah telapak kaki Ibu,
sementara Syurga Ibu terletak dibawah telapak kaki Suaminya. Suami yang Mitsali atau Contoh adalah penghuni Syurga(kata kitalah) tetapi jikalau contoh yang digambarkan tidak baik..Bagaimana angan kita pada akhirat?
Sudah tentulah Panduan yang perlu Suami ikut untuk menjamin matlamat untuk kembali ke Syurga adalah melalui Syafaat, iaitu Networking kita dari Hasil Usaha Sungguh menuruti Perintah dan Larangan Rasulullah.
secara tidak langsung, perasaan yang dirasakan hendak menjaga belaka adalah datang dari Hati yang Pilih Kaseh, kita anggap bahawa Bagindalah sebaik-baik Kekaseh pada kita.
Rasulullah berusaha sedaya upaya kerana Cinta nya kepada Allah yang teramat-amat sangat.
buat ambe, itulah Cinta yang paling Ultimate.
buat kaum Wanita yang sudah bersuami tidak menjadi bersalah untuk menCintai suami kerana Tuhan. Malah itulah yang dianjurkan dalam Islam jikalau Imam Solatnya adalah Suaminya, bermaksud Suami yang Benar Cinta kepada Allah.

dalam soal Kenal;
Penceraian-Nikah menjadi rujukkan buat kita mengenai soal Kenal atau Tidak akan seseorang,
Bila seseorang Memohon atau sudahpun Bercerai dari lafaz Talak..Alasan selalunya adalah Tiada Persefahaman atau Tidak Sehaluan,
Alasan tersebut(yang mungkin bila disenaraikan boleh mencecah hampir 1001 macam yang lain) disandarkan sebagai penutup Kegagalan.

Ambil iktibar dari hal tersebut yang mungkin sudah berlaku dikeliling Hidup kita sendiri bahkan didalam keluarga kita sendiri,
kita maseh gagal menyempurnakan perintah Allah yang menyuruh kita untuk saling kenal-mengenal. Dan tak malu mukanya dah mengaku Gagal BerCinta,
menjadi down se-down down nya kerana kita memang pada keadaan yang hampir selangkah lagi untuk berada pada posisi "down" for good iaitu Down to the Ground.

Hari ini adalah antara hari yang istimewa buat ambe,
kembali pada tempat dimana ambe dilahirkan ke Dunia..iaitu Hospital Besar Terengganu..
Berbeza dengan adik beradik lainnya, ambe sahajalah yang dilahirkan di Hospital Kerajaan.
Mengenang belaka, bertalu-talu diserang macam-macam penyakit ambe tetap dikembalikan di Hospital. lebih dari 10 kali dah rasanya dan lebih 40 hari tidak silapnya jumlah hari ambe berada disana, ada orang Badi dengan Hospital tetapi semakin banyak hari ambe habiskan, semakin suka.

Pelik?

Bukanlah ambe suka tengok orang sakit kerana tersiksa itu..tetapi reminder note yang dipanggil Memory itu dituliskan dengan pengalaman mengurus kesunyian sepanjang keberadaan, melayan karenah Pesakit lain disebelah katil atau melawat kawan-kawan di ward lain, memerhati Pekerja yang commit life sesungguh-sungguh hati mereka untuk bantu orang lain seumpama Doctor atau Nurse ataupun memandikan dan mengkafankan Jenazah buat ambe adalah Hadiah paling bermakna buat ambe.

Tatkala hari ni menjadi visit regular ambe yang lama dah ambe tinggalkan semenjak dua menjak ni, ketika ambe dan Sahabat ambe tunggu ayahnya siap diurus untuk dibawa naik ke ward, ambe perasan bahawa Nurse-nurse atau Jururawat yang ada, memang ramai dan malah makin bertambah jumlahnya..Kerana dengan duduk di Emergency Ward pun boleh dapat gambaran mereka yang baru masuk kerja atau balik kerja itu memang ramai..Berkumpulan-kumpulan, melucukan kerana kadang dapat gambarkan seperti Kumpulan Ikan-ikan Bilis yang adanya di dalam sebuah Kolam yang berpusu-pusu lalu lalang menyibukkan diri masing-masing..dalam 2 jam, lebih kurang 10 kumpulan yang lalu lalang..cuba bayangkan kalau di Hospital Besar lain lagi dan tambahkan belaka jumlahnya. Ramai tak Jururawat dari Doctor?

Fikiran itu menggambarkan pada ambe pada Nisbah semakin ramai Wanita ada menjelang Akhir Zaman, bukanlah hendak menakutkan tetapi ambe hendak cuba lah beri pencerahan pada lelaki diluar sana yang rasa down kerana Cinta nya akan jumlah Wanita yang ada menantikan orang yang baik seperti anda. Cinta pada awek memang mengecewakan, sebab itulah Nabi suruh kita ber Cinta pada Allah sahaja sudahlah. Ikut apa Nabi ajar, cukup.

Sementara kepada Wanita pula, bersyukur itu sepatutnya disaingi lebih dari kaum Lelaki..Kerana yang Berat Tanggungan itu buat Suami, yang mewujudkan "Syurga" pada "Rumahku" adalah tugas Suami..Where every wishes are made possible.
Hanya dengan memahami erti "Beza" tadi,
kita pun malah faham bahawa apa benda di Dunia pun, buat atau usaha bagaimanapun,
kita maseh lah gagal diatas ketidaksempurnaan..bila kita Hilang Pedoman pada Eksistensi Tuhan.

Allah taala sentiasa melengkapkan kita membuatkan kita tampil Sempurna,
dihadapan Makhluk lain.

Mu ingat Allah komang ke mende?
Siapa yang berfirman pada ayat yang mengatakan bahawa Manusia ni adalah Sebaik-baik dan semulia-mulia PenciptaanNya?

Ayoh mung ke Tok mung?

dan explanation kenapa Tuhan Cipta kita sebagai Makhluk yang Grand ini pun tak tercapai akal, hanya kadang Manusia sendiri tersasar fikiran menjadi taksub hingga anggap Nabi Isa itu sebenarnya Anak Tuhan. Atau Keterlupaan kita berterusan hingga Bangsa dijadikan bahan Pecah Belah kerana lupa perjuangan Asal nya..
Sama juga terjadi pada Umat Islam hari ini, yang sibuk mempamerkan kekecohan hanya kerana angkara satu Filem yang kutuk Nabi Muhammad.
Sejujurnya, memang ambe pun akan marah..mu gila ke menda dok maroh.
Tetapi orang tu Kafir, dari kecik sampai besar Kafir, bila tengok orang Islam punya sikap hari ni makin jadi Negative la makanya..

Argumentation akan sentiasa berlarutan,
Demo ke mende ke bukan jalan selesai..cuma "TUNJUK PERASAN"..
Alangkah lebih elok kita ni lebih MATANG dari itu..mengetengahkan Solution sebagai cadangan pada Dunia bahawa Islam bukan begitu?

Itu baharu satu Filem yang diketahui atau satu Kartun yang disedari menghina Islam..
Kita sendiri yang sesama kita yang Prolong kan Issue ini,
orang seberang ketawa dan gelakkan karenah kita..tak rasa ke Humiliated?

Mungkin sahja hari seperti kini,
Agama dan Bangsa yang sibuk kita pecahbelahkan ni berhenti mengamalkan pendekatan "Show and Tell like you care"

..kerana kerosakkan itu dah total.

Perlukah,Perlunya menjadi lebih Realistic atau tidak,
lihat belakang Kulit Kitab Sejarah dimana lebih ramai Orang yang "Lapuk" tu lah duduk buat kerja Nabi Muhammad kita,
yang ambe yakini adalah method "Just Do because you really care about it".
Yang juga adalah antara Perkara mengapa kita perlu ber Bangsa dan ber Agama..

Guna logic akal, kalaulah Nabi Muhammad peduli gila pasal kita hari ni..dah lama Baginda lenyapkan orang Kafir dengan pengaruhnya serta bantuan yang gerenti Allah taala akan sedia membantu dengan himpunan para Malaikat atau Nabi lain yang digambarkan sangat dahsyat Mukjizat mereka yang memiliki semacam Superpowerlah pada bahasa hari ni.

Nabi Muhammad tak pilih itu, bahkan pernah di offer untuk beri bergunung-gunung emaspun..Kaya Duit was NEVER in his list. Padahal boleh beli macam-macam kelengkapan perang ataupun malah bina kubu hebat yang mampu kita sembangkan imaginasi tu bagai ndak rak tak akan habis-habis..

Kerana Baginda tahu serta faham akan apa Allah taala kehendaki pada Manusia ni,
suruh buat Kerja dengan Ikhlas je. Jujur dengan kekurangan serta munafaatkan sahaja kelebihan..tak perlu lah tunjuk kuasa atau kemarahan.

sekejam Hitler pun maseh tinggalkan Yahudi sedikit dan meninggalkan pesan bahawa jika dia hendak lenyapkan Yahudi atas mukabumi ni, bolehlah diusahakan dengan askarnya yang ada..
tetapi sengaja ditinggalkan untuk kita kenal siapa Yahudi tu..tidaklah niat ambe untuk samakan Nabi dengan Hitler pulak, hanya dari ambe ini cuma mengembangkan fikir..

Musuh sebenar kita bukan Yahudi, kerana sebahagian Nabi pun dari golongan Yahudi juga tetapi musuh sebenar adalah mereka yang aniaya orang lain yang belum diberi peluang untuk mengenal Islam. Boleh jadi orang Islam sendiri (sepertimana ambe pernah cerita pada tajuk GERHANA BULAN sebelum ini) ataupun siapapun.

Nabi Muhammad pada zaman kita ini seolah-olah cuba berbisik ke dalam Hati-hati kita sahaja,
seraya memberitahu kalaulah Baginda boleh membantumu..Nescaya Baginda bantu kerana Sejarah tlah membuktikan Kenyataan diri Baginda..

Namun jikalau Baginda bantu kita buat semua kerja kita Zaman ni,
apa guna kita Wujud?
 dan apakah tidak cukup serta kerja sia-siakah Perang Uhud,Badar,Khandaq dan semua peristiwa lainnya tu?

Bermakna Baginda dah commit Hidup-Mati semua demi Akhir Zaman ni..Agar semuanya mudah.
Memang mudahpun, tetapi kitalah yang buat payah pula bagi orang yang minat untuk berAgama kembali atau masuk Agama Islam atau "Masuk Melayu"..yang itupun jadi benda yang juga diambil kecoh.

Tuan, zaman Melaka dulu satu Dunia bertumpu untuk berdagang hingga ramai jatuh Cinta dengan Melayu yang Islam. Hingga "Masuk Melayu" jadi label kononnya Racist sedangkan berpandukan sejarah, itu impact dari Hikmah ber Bangsa yang di Isytihar sebagai Melayu..

ini lah antara wal hasilnya bila kita cuba mencari Perbezaan untuk dijauhkan diri lagi.
Padahal dengan bertumpu dengan persamaan dan diusahakan itu je pun beri macam-macam faedah.

Menjadi Hairan pada ambe bila ramai Filmakers, Directors, Casts, Videographer atau Photo, Scriptwriter ke apa lagi yang bantu industry of filming ni,
Sementara Orang Arab di Saudi atau disini belaka yang kaya raya tu dengan menjadi Billionaire atau Milionaire, tak ada pula ndak invest atau suruh buat filem-filem yang bertaraf Hollywood untuk ketengahkan Sejarah Islam.

Itu malah salah satu persaingan yang tidak memerlukan kita berkata apa kecuali buat filem dan bersaing dengan elok.
Protest atau Demo cuma Memanjangkan Masaalah..itu pada ambe lah.
tapi kalau dah rasa semua orang lain kata tak betul,
semua orang salah.
tak kiralah siapapun atau Parti mana pun.

Beza..memang berbeza.

tetapi Tujuan Membezakan ada faham atau tidak?

Intiha Al-Kalam,
HKM

Sunday, September 16, 2012

ANAK EMAS


Perutusan kali ini adalah garapan yang datang dari diri Patik ini,
 yang masehlah sedang berusaha sedaya upaya agarnya jadi baik bicaranya kepada diri hamba pacal yang bodohnya sehebat lembu dan hinanya seperti pengembala nian mengukir kata menjadi lah bahasa yang datangnya dari kalam Ibu Jawi yang Melayu namanya,
adalah Patik merakam ampun maaf terlebih-lah dahulu kepada Orang Kaya Besar Dihulu mahupun Dihilir dan Pemimpin yang tersangatlah Adil untuk menilai lagak bahasa hamba fakir yang mengarang dengan buruk gayanya.

Lalu diizinkanlah bahagi Patik mengarut seketika,
mencarut selamanya,
menurut segala Amarah yang tersimpan didalam dada,
semoga contoh yang tiada langsung punya kebaikkan ini menjadi pengajaran yang bakal menangisi Kalbu masing-masing agarnya diabadikan pada iktibar sendiri untuk diikhtiarkan pada masa yang tiba,
andailah Tuhan Allah mengizinkan.

Tuanku-tuanku yang beranak-pinak,
bersepupu-sepapat, bersahabat, berpuak-puak,
bersaudara-maralah kalian diatas Mujahadah orang dahulu(yang kita abaikan sebagai Sejarah),
Kematian Tokku-tokku yang Jihad atas Jalan Tuhan Allah tlah melahirkan orang Malaysia yang kaya Ilmunya..tetapi sayangnya, teramat sempit Akalnya dalam Hukum Agama,
"Tinggi"mu hanyalah dari antara nama-nama Allah yang dipinjam seketika untuk dirasakan,
betapa hebatnya menjadi "yang berkuasa" atau betapa saktinya menjadi "Tuhan" sementara.

Patik Takrifkanlah "Keberanian" diatas kerisauan Tuan-Ku belaka yang ada siap untuk menjamu mata dengan sungguh teliti lah membacanya.
tiada Berani itu jika hanya Perkasa lakunya,
..adi kerna Kegagahan itu tidak semestinya Berani,
..malah Ketegasanpun sekadarlah Batasan..amatlah jauh sekali untuk dikatakan Keberanian,
"Keberanian"..
tidak pernah sama sekali untuk diumpamakan dengan berhimpun pada kadar puluhan, ratusan atau ribuan Sekutu-sekutu yang kurang Berkenan mahupun Bersetuju,

Yang dipamerkan adalah kepengecutan untuk menerima Salah Segalanya bermula dari diri sendiri..bukanlah mereka diatas sana, atau dibawah sini,
tidak juga salah dia ataupun kita akan tetapi Tuan Empunya Jasad yang Bernyawa itu yang maseh serta akan merasai betapa "sendiri" pada akhirnya..
Yang memiliki Roh yang hilang rupanya.
yang dihadiahkan tuah dari Tuhan sepetala Masa untuk menghargai Agama disebalik kemuliaan Bangsa yang tlah Bangsat sekarang kerna kebodohan sikap sesama.

Siapa yang punya pengetahuan yang mampu mendakap semesta untuk berani-berani berkata bahawa itu atau ini-lah "Kebenaran"?,

 biarkan sahaja Kejahilan itu diteruskan jikalaulah Islam itu memang Benar satu-satunya Agama yang sarat dengan Kebencian dan Keengganan untuk kunjung peduli pada erti berkaseh sayang.
Yang mungkin sahja sudah merasakan "Kebenaran" itu hanyalah buat Tuhannya, dan Agamanya sahaja..


Tuanku-tuanku pemegang mohor Rakyat "Malaysia" semua,
Puan Seri- Puan Seri belaka yang "rendah diri" dan "malu-malu" belakanya yang kian ramai mengisi Dunia Malaysia ini yang kini tlah tertabal dengan gelar sendirinya menjadi Anak-anak Raja yang begitu tinggi martabatnya hingga tak terjejak di Bhumi nyata..Gahara atau tidak, mika sudahpun menjadi sebahagian Khazanah Negara yang disayangi. Yang dibelai manja dengan segala kemudahan yang kita katakan kepayahan, yang diusap-usap kepalanya dengan kesejahteraan sejagat yang disangkakan perpecahan..

Adalah mungkin sahaja menurut andaian Patik, Tuanku yang membaca ini tertanya-tanya akan tajuk Patik kali ini dengan pertanyaan Mengapa?
Olih yang demikian Patik segeralah menjawab kebuntuannya,
Kerna itulah sengaja dari Patik namai perutusan ini dengan "Anak Emas Negara"..Bukan Perak ataupun Tembaga, juga bukanlah Timah atau apa macam namanya Besi-besi lainnya. Tetapi adalah sebaik-baik Emas.
Kerna diri Tuanku begitulah berharga buat Patik.

Hinggakan yang Sempurna segalanya Tuan Putera-Puteri Bhumi Malaysia ini dahaga, tlah menjadi bingunglah pada Patik untuk cuba memahami selera Keserakahan semua Tuanku-tuanku, Toh Puan-toh puan, para Gundik-gundik simpanan, Orang Kaya Besar atau Kecil, Menteri, Kuli Istana-istana mahupun kalangan Marhaen Belaka..

Ampun Tuanku, Ampun Tuanku beribu Ampun..
Sembah patik pada Allah taala, Harap diampun.
Daripada Patik,
yang tak bernama.
...............................................................................................................................................

Sebuah peringatan yang ambe sering singgungkan diri sendiri agar terus diperingatkan,
meskipun kata kita Merdeka itu adalah Past Tense sementara Present Continuos itu adalah Keadilan, Kebenaran dan sebagainya.
Ambe menulis bukan untuk dikenali sebagai penulis, tetapi hanyalah penilai akan diri sendiri. Apa ambe tulis menjadi bacaan ambe sendiri jika ia tidak dibacakan oleh sesiapapun. Namun ambe tetap berfikir positive bahawa ada orang diluar sana yang menelaah juga garapan ambe yang serba kurang ini.

Sempena tahun kemerdekaan Malaysia baru-baru ni, telahpun ambe garapkan sedikit pandangan ambe mengenainya. Bukanlah untuk raih pengikut agar kita berkomplot jatuhkan Kerajaan hari ini kerana keadaan sedemikian sama aja macam geng jahat dalam Power Rangers.
ataupun bersama Pembangkang sebab rasa seperti tindakan demikian adalah Noble macam Robin Hood atau siapa lagilah.
Anda boleh katakan ambe ni lalang..tidak mengapa. Hanya pendirian ambe maseh belum terasa well convinced dengan hasutan-hasutan Pihak manapun. Daripada bersekutu, lebih elok ambe mengguna sebelah mata melihat Pihak Pemerintah dan guna sebelah lagi untuk menilai Pihak yang membangkang.. Kesemua itu lebih nampak realistic dari karut.

Anda berbalah dimeja makan dimana tempat terhidangnya sedikit atau sebanyak jumlahnya rezeki yang sememangnya Allah taala dah jamin buat kita hanya kerana fasal Politik?
Mungkin sesetengah orang rasakan ia suatu perkara yang sihat,
mencuit sensitivity masing-masing kepada kepedulian kita dalam bermasyarakat. The good point is there, dimana anda memang ada rasa care pada rakyat juga seperti mereka yang berada pada kasta atas(Pemerintah atau Pembangkang..terserah). Namun point yang tidak sihat adalah dalam tidak sedar, kita sendiri sedang menjana rasa Benci yang meluap-luap pada sesama kita. Walhal, buruk-buruk atau teruk macamanapun Kerajaan kita katakan, mereka tetap tidak tanggalkan kewarganegaraan yang mana membangkang atau mengusir keluar dari Negara walaupun mereka boleh buat begitu. Yang melucutkan Biasiswa sebagai salah satu contoh dari kes Bersih hari kelmarin, hanyalah beberapa orang sahaja..bukan semua. Yang melaksanakannya bukanlah datang dari kesepakatan Pemerintah, cuma Menteri yang seorang itu sahaja. Anda sebagai penilai dan pembaca, percaya atau tidak bahawa didalam entiti Politik itu akan ada Politik lain pula yang mendokong agenda lain?
Sudah tentu ada lah..

Jadi, mengapa kerana hal Biasiswa itu ditarik balik jadi issue yang besar sedangkan kita semua melihat bahkan turut terlibat dalam demo yang diadakan. Fikir logic, kalaulah dibuat semacam Fundraising(mungkin dah buatpun..cuma kita tak tahu) untuk kumpul dana bantuan sambung pengajian mereka yang kita anggap "dianiayai" tu, RM10 dari setiap orang kalau dah 3000 orang atau lebih..Mungkin aja kita boleh buktikan sense of will kita yang tak lapar dan harap dengan Bantuan Pemerintah manapun, kita maseh boleh survive macamanapun oleh kerana kita semua bukan lagi bermasyarakat biasa, tetapi bersaudara.

Cuba aja kita kemukakan pada orang yang benci sangat pada Pemerintah dengan persoalan sebegini, confirm memang ada yang hendak berlawan hujah. Ambe bukan hendak lawan hujah atau debat,oleh kerana kita tetap baca Quran tidak kiralah Politically kita ni sebelah siapapun..  Hanya mempersoalkan "action" atau tindakan kita. Kebelakangan ni, bukan sahaja trend Artis Hijrah jadi Mainstream malahan trend Demo ni pun dah macam satu Tabiat yang kini makin rancak. Perhatikan aja Chronology Sejarah Negara kita, semestinya kita rasa perkara ni dah jadi semakin Obvious dari Biasa.

Pada sudut Pembangkang pula, sememangnya kerjanya cari Issue untuk dijadikan perkara untuk diketengahkan. Kalau tak ada Issue..Itu bukan namanya Pemerintahan yang Dynamic. Sama digunapakai pada mana-manapun bidang pekerjaan sekalipun, kalau tak ada Critique..sampai bilapun kita terus begitu dan tidak berkembang-bukan?
Namun sayangnya, bila Issue diketengahkan..tiada ruang diberikan untuk dinilaikan oleh mata kepala sendiri. Ada media, tetapi tidak semua berfungsi sebagai bahan pengantara. Hanya berpihak pada satu pihak kerana itu lebih untung..katanya.

Kita cerita hal Politik apapun takkan habis, kerana didalam kekotoran laku ahli Politik pun ada Ilmu-ilmu buat kita pelajari. Kalau kita rasa belajar dapat Diploma atau Degree itu belum cukup untuk belajar lah...Dalam Kuala Lumpur yang jelas di Metaphor kan(sengaja atau tidak) sebagai Kuala yang dipenuhi Lumpur, terkandung padanya banyak butir-butir Permata yang sangat berharga. Orang-orang yang bijak pandai, usahawan ataupun visionary yang berkebolehan untuk ubah Negara kita yang mundur ni kepada Negara yang maju dengan kecanggihan Idea dan bernasnya fikiran..Bahkan kita hari ni pun banyak consume end product, idea atau ilmu yang datang dari "KL" walaupun menurut sesetengah orang itu tetap aja menafikan dan benci orang Kay-el.

Ikutlah Pandai mung..Pada ambe ia jelas menunjukkan setiap Manusia yang ada, Allah taala tak pernah sia-siakan kepada tiap kita yang Hidup bersama untuk saling menampung yang kosong.

"Anak Emas" adalah tajuknya, dan ambe banyak bahasakan Patik secara sarcastic kepada pembaca yang rasa lebih dari orang lain..Sedangkan Penulisan ini cumalah Sampah.
dan Perli ambe bukan pada orang UMNO atau BN sahaja, tetapi semuanya..yang rasa berhak untuk claim itu dan ini sedangkan hak kemanusiaan pun belum selesai.
Kelmarin dahulu ketika Nurul Izzah Anuar datang ke Terengganu untuk berceramah, ambe pergi lah untuk mendengar Issue apa..Sekadar ambil tahu ajalah. Sedang syok melayan ceramah terbukanya ditengah tapak ceramah yang dikelilingi Sawah, dengan cuaca baru selesai Hujan sudah tentulah lumpurnya dimana-mana aja, dah dapat tempat strategic untuk berlabuh ambe tercegat ajalah berdiri sepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.

Didepan ambe, adalah beberapa orang duduk berlapikkan surat khabar..Ralit sangat mendengar, adalah satu orang ni lalu depan kami, usia lebih kurang 50 lebih, berkopiah dan berjubah..Tiba-tiba bunyi meletup kecik di atas tanah menandakan ada benda yang dia pijak sedang dirinya melintas. Orang yang duduk dihadapan ambe tadi memang mukanya tak puas hati, kerana yang dipijak orang berkopiah dan jubah ni adalah cuka keropok lekor yang dibuang merata itu tersembur habis dibaju dan seluarnya. Ambe alih pandangan pada orang tua tu, dia buat muka tegang dengan tiada maaf..pergi macam tu aja. Akhirnya ambe tengok ke bawah untuk cari dimana puncanya, rupa-rupanya tak adalah jauh dari ambe hingga ambe pun sedar bahawa ambe pun kena juga..

Tiba-tiba aja ketika tu dalam ingatan ambe terlintas untuk fikirkan apa yang berlaku dipetang hari tadi di daerah Medan, dimana tempat Pengikut PAS dan mungkin para NGO-NGO yang ada buat Demo untuk menunjukkan bantahan keras Filem yang dikatakan mengutuk orang Islam dan Nabi Muhammad. Andaian ambe membayangkan, mungkin aja orang tua tadi terlibat juga kot..kalau tidak pun, kita assume aja bahawa orang yang bersikap demikian terhadap mangsa cuka keropok tadi tu termasuk ambe terlibat. Tengah hari mengakui Islam itu Agamanya, malamnya pula lain cerita. Sememangnya itulah kebimbangan buat ambe sendiri, yang Rasul pernah katakan bahawa akan ada orang diakhir zaman yang Islam pada pagi dan Kafir pada petangnya.
Dan janganlah pulak kata ambe mengkafirkan orang yang cuma TER-pijak cuka tadi sebab ambe bukanlah yang reti menilai siapa kafir dan siapa benar-benar Islam. Hanya perkara ini buat ambe menilai balik apa kita duduk sibuk bising-bisingkan dengan apa kita amalkan dalam Hidup. Adakah sama dan menepati?
Contoh incident cuka keropok yang bodoh tu pun buat ambe fikir, yang orang Tua pun tak reti nak hormat orang muda darinya..macamana nak orang muda Hormat orang Tua?
dan mengenal Allah yang maha Pemaaf, kita ni payah benarlah untuk meng-Ghaffur atau Ghaffar kan diri atau orang lain.

Issue Filem hina Islam dan Nabi kita, ya iyalah ambe pun rasa tak patut buat begitu. Namun difikirkan dengan lebih elok, yang bikin tu orang Kafir, yang mungkin beranak pun dah menganut Agama yang selain dari Islam kerana dikelilingi oleh masyarakat yang Bukan Islam dan duduk di negara Bukan Islam. Sebelum ambe guna lebih banyak ayat Kafir untuk mengkafirkan orang Kafir, ambe ndak ajak anda pembaca belek kembali buku Kamus dan cari Istilah Kafir..Apa maksudnya?
Orang yang Bukan Islam.
Murtad?
Orang yang keluar dari Islam.
jadi menurut pemahaman kitalah, orang yang buat Filem ni..dia ni mungkin aja tlah dididik atau diajar untuk benci Islam atau Agama lain hasil dari Doctrine-doctrine orang tua atau masyarakat nya. Benda ni lebih kurang aja dengan kita (kalau salah tolong perbetulkan ambe), yang terima Islam kerana sejak hari pertama lahir dah diazankan oleh Bapa yang Islam dan keluar dari perut Ibu yang Islam..tetapi tengok Negara jiran kita, Indonesia sebagai contohnya, yang memperbolehkan Nikah campur, Bapa Christian dan Ibu Islam, Bapa Buddhist dan Ibu Christian dan sebagainya sementara nasib anak hanya diketahui bila dah matang, pilih ajalah Agama nya kata orang tuanya..Kita pernah tak rasa bersyukur dengan kedudukan kita yang TIDAK begitu?
lalu apakah Walhasil kita yang tlah dimaktubkan pada Lauh Mahfuz Allah taala bahawa dari hari pertama hingga hari ni, Kita dipilih sebagai orang Islam.

Lalu dengan dilayan dengan Special serba satu, macam ni ke kita tunjuk pada orang yang bukan Islam bahawa Islam ni memang selalu perlukan kekerasan tidak cukup dengan tanggapan yang tlah di set up kan atau disengaja biarkan oleh Pembesar atau Pemerintah Arab-arab sana dengan tragedy yang berlaku berulangkali dan hingga hari ini sepertinya tiada henti?
Siddiq mungkin dipilih sebagai salah satu Option untuk menangani masaalah..Ertikata lain, kalau payah sangat ndak berbahasa sebab dah lama bantu dan tolong individu tertentu..tegurlah dengan mengetengahkan Kebenaran yang sewajarnya..tetapi bukan semua benda kita boleh Protest belaka kerana maseh ada cara pendekatan yang Amanah, Tabligh mahupun Fatonah.

Dahulu ketika ambe bersekolah menengah, jadi Skinhead dan perjuangkan Anti Racism, Protest pada mereka yang Assobiyah/Racist..Orang Melayu dan Orang yang mengaku Islam pun bising, katanya itu ideology Barat, Protest ni tak bagus..Budaya Skinhead merosakkan, ok ambe ikut dan ambe dah sedar dengan kesilapan ambe..Namun hari ni, semua tu seperti mengubah pandangan ambe pada orang-orang yang ambe sendiri harapkan untuk membantu kita.

Hari ni, semua berpecah belah..Itulah kenyataannya. Orang berpegangan Agama dengan Panji Bulan tetapi hari demi hari mengeluhkan Aib orang lain, kalau cerita pasal perlaksanaan kerja tak betul..boleh lah kira ok lagi. Tetapi sampai hal Pribadi pun jadi barang bandingan, kita sebelah ni Suci sangat? Belum tentu..bahkan Iktiraf Suci hanya diketahui pada mereka yang menghindari Kekotoran, bukanlah yang membalas dendam dengan guna Agama hentam orang yang sama Bangsa. Allah jadikan kita berbangsa-bersuku-berpuak untuk tujuan apa? Bukankah untuk kenal mengenal? Kita ni dah kenal sangat ke secara pribadi dengan orang yang kita kutuk tu atau belum?

Kita hentam orang Kafir atau Protest hanya kerana Filem, mungkin pada Allah taala semuanya beres kerana kedua-dua nya dah terjadi dan diizinkan..Hanya kita yang lebih dekat pada Allah dan Rasul sepatutnya, kita hendak buktikan Kegagahan Islam? Zaman Salahuddin Al-Ayyubi atau Othmaniah lebih hebat dari empayar Melayu kita hari ni. Perlu kita adakan sesi Protest untuk tiap 10 kali atau 100 kali Filem lain yang tlah diproduce dan dikesan mengutuk Islam?

Rasanya itu semua hanya Nonsense. Sebab kita cuma membuang masa dengan kebodohan "kita rasa macamtu"..Nabi Muhammad dikutuk, dicaci, dimaki, dihina dilempar najis dan dikhianat malahan di buru untuk bunuh, namun baginda tetap buat tidak tahu,
kerana menyedari bahawa build up Agama Islam itu lebih penting untuk dijadikan Solution Akhir Zaman nanti..

Hal level anak-anak atau adik-adik kita, reti pulak kita kata "alah buat bodo dah la..dia reti la nanti untuk give up"..Issue yang konon rasanya, bukan untuk budak-budak..Kita malahan tunjuk sikap yang lebih Childish.

Mungkin akan ada hujah lain lagi lah untuk beta dan terus beta pendapat ambe, sepertimana ambe beritahu selalunya..Ini hanya satu dari berpuluhan ratusan penulis yang ada. Kalau anda rasa ambe mengarut, anda lebih mengarut..kerana tlah memilih masa untuk baca karut ambe dari menulis sesuatu yang datang dari kepala anda sendiri.


Kamu yang berBangsa Melayu,
apa Saktinya Keris mu yang hanyalah Besi yang tumpul Ilmu?
Kau yang berAgama Islam,
dimana Khidmatmu dijalan Rasul?

Kedua-duanya keperluan bahagi Fitrah/Natural diri kita,
yang berbangsa Allah taala perintahkan untuk kita saling kenal mengenal..
yang berAgama untuk menyatukan kita semua sebagai Ummah yang diharapkan Selamat di Akhirat.
Dok gitu? Tolak satu bermakna anda tolak apa Allah taala sediakan untuk kita.
Memang tak ada Bangsa tertentu masuk Syurga, kalaulah ndak main banding Melayu dengan Yahudi (yang kita suka kutuk atau boikot tu), Yahudi tu lebih layak untuk masuk Syurga(pada logic fikiran bodoh ambe lah) kerana Nabi-nabi pun terdiri dari Bangsa Yahudi juga.
Tetapi Allah taala tidak pilih kita sebagai Bangsa apa, hanya taat pada Agama apa. Bangsa cumalah task kehidupan kita diatas Dunia,
mungkin itulah maksud Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"..
Sebab yang Matinya dan Ditanamnya sebagai Melayu, balik ketanah juga akhirnya..

Nilaikan semua ni, hadam dan fikirkan dengan jernih..
Kita ni sebenarnya Anak Emas belaka, Bumi Putera yang sangat Superior diatas tanah, tak kiralah Cina,India atau siapapun yang duduk atas Tanah Melayu ni, tetaplah Bumi Putera..
kita namakan Malaysia, mungkin selepas ni ubah nama Negara Saka ke apa tu..Wallahualam.

Keruntuhan,kehancuran dan kemusnahan sememangnya akan berlaku dimasa akan datang, kita tak boleh ndak speculate everything to be as it atas apa akal kita corakkan ia menjadi..Kerana ini adalah "Dunia". yang berusia lebih Tua dari siapapun yang ada diatas Dunia sekarang ni.
kita hendakkan "Kebenaran", inilah Janjinya.
kita hendakkan "Keadilan", inilah akan berlaku..kerana Allah taala dah pun berfirman pada Nabi kita kalaulah semua permintaan ditunaikan belaka sepertimana Manusia kehendaki, Musnah Dunia.
Kita lupa diri, kita ni menjalani kerja Khalifah..yang belum tentu Khalifah betul ke tidak, cuma buat kerja sahaja dengan berkhidmat. Tak ada Architect adalah Architect kerana tetap timbul Kesilapan Technical. Maknanya semua kerja ada kegagalannya, kegagalan itu adalah Human Factor..Siapa yang tak expect kegagalan atau kekurangan atau kesilapan..Mungkin sahaja lebih bagus dari menjadi Manusia. Jadi, sudah-sudahlah dengan Iblis Factor yang rasa "aku lebih bagus dari kau"..teruskan Hidup dengan berusaha memperbaiki dan terus baiki maka kitalah yang lebih beruntung.

...jikalau Hendakkan Ke-BANGKIT-an..inilah Kenyataannya wahai Tuanku-tuanku.

Ya, kita adakalanya ataupun TER-selalunya sangat memperasankan Keberanian itu adalah kita,
padahal kita Takut pada Hakikat Diri sendiri yang sebenarnya tiada apa-apa yang boleh offer siapapun. dan sangat seram dan amat "badi" untuk menilik kekurangan diri sendiri..Hingga apa orang kata pada kita, semuanya reject dan pertahankan walaupun kenyataannya dah macam cuba menegakkan benang yang basah.

kalau ada pun, bukan dari kita atau tidak berhak pun untuk mengaku Aku Punya.
kerana "Anak Emas" hanyalah Ujian atau bahagi ambe, sekadar Sumpahan.
Hampir 26 tahun ambe memikul diri dengan nama Raja Badruddin Hakim Shah.
Yakin ajalah, ia tak seindah mana yang anda dapat bayangkan menjadi "Anak Raja" yang digambarkan dalam cartoon-cartoon Cinderella ke apa benda lagi tu..
Itu mimpi belaka, bangkit-bangkitlah dari pembaringan yang lama tu.

Bersahabat kembali,
dan yang lebih pentingnya..Bersaudaralah kembali.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Tuesday, September 11, 2012

GERHANA BULAN


entah daripada mana dan tiba-tiba sahja kalimah ini menari dihadapan Mata ambe, seolah-olah mengejek akan reality dan mematahkan semangat fantasy sendiri:

"Al-Islamu Mahjubun bil Muslimin"

yang ditafsirkan kepada Bahasa kita bermaksud,
Islam ditutup oleh Muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri.

Kalau Saddam Hussein itu Zalim dan Dictator, yang salah itu Islam.. Andai Ghaddafi itu Perosak Agama, yang salah itu Islam.. Begitu juga Pemimpin Negara lain (yang maseh mengaku berAgama Islam) atau Taliban-taliban yang dihukum oleh Amerika diatas alasan Keganasan.

Untung aja yang salah semuanya orang lain, sedangkan para pemimpin-pemimpin itu mungkin terhijab dari Hidayah oleh kerana Rakyat-rakyatnya menerima faedah yang lebih berlipatganda jasa dari sang Dictator atau siapapun Pemimpin yang "tidak adil" kita gambarkan..
Mudah sungguh Hidup yang kita biarkan orang lain dihukum dengan tuduhan,
sementara kita jadikan semua kesah itu menjadi bahan Umpatan dikedai-kedai kopi kononnya untuk belajar menjadi Orang Islam yang lebih elok begitulah caranya,
kita hukum natijah orang lain dalam Hidupnya untuk menyelamatkan punggung sendiri.

Kita jangkakan Perubahan,

Malangnya sehingga hari ini, morality kita sendiri maseh tiada perubahan.
padahal istilah "Islam" sendiri adalah Agama yang memperbetulkan diri serta keadaan.

Keadilan dan Rahman Allah taala tidak terbatas hingga seperti telahpun menghadiahkan Peluang didalam pemberian semacam Privilege kepada Orang yang belum Islam untuk menilai Zahirnya Islam.
tetapi yang buat malu dengan Agama itu, tidak dapat dinafikan, tidak mampu disembunyikan...maseh lah mereka yang tergolong dari antara diri kita sendiri.

mungkin kita boleh usir Irshad Manji diatas "attempt menyelewengkan cara fikir orang Islam menjadi Liberal".
Tetapi tanggapan tersebut akan kekal lekat dikepala orang-orang Kafir ataupun mereka yang maseh belum tahu untuk pilih Agama mana menganggap bahawa Islam ini ganas dan tindakannya sangat extreme hingga melupakan soal perikemanusiaan.

Memang ada istilah "Laqum din nuqum waliad-din",
 Agama mu adalah Agama mu dan Agamaku adalah Agamaku.
tetapi apakah itu alasan untuk menceraiberaikan semua Orang lain dengan cara "Islamnya" kita sementara orang lain juga terdiri dari fahaman Islam yang didapati dengan cara yang tersendiri?
Pendek kata, tak boleh ke tegur dengan cara elok dan confront dengan kaedah "Islam" yang berkaseh sayang?

Kelmarin adalah antara hari-hari yang lebih-kurang sama macam hari lain,
Tatkala ambe melukis gambar Ustaz Azhar Idrus yang mimic-kan Statue of Liberty America, macam biasalah- oleh sebab ambe ni bukanlah Artist Conventional yang guna medium Canvas bersama Berus dan Cat..cuma berkarya guna A4 paper dan Mechanical Pencil sahaja.
Ada lah Hamba Tuhan sorang ni mari menyampuk, tanya Hukum boleh ke lukis gambar orang Hidup?..Pada Profile Picture nya, seperti ambe jangkakan lah..Gambar Kaabah aja dia, Islam.
Satu perkara yang kadang kita lupa untuk ambil ingat adalah apa kita catitkan atau comment di FB, akan dibaca dan difahami oleh sesiapapun..Kecuali anda Private kan.
Dah tu, buat menda ada Facebook tetapi Private belaka? It all seemed Irrelevant, (jika ada kata atau rasa Relevant dengan Private memPrivate ni) due to todays limitless knowledge, everything that has been saved is indeed Hackable.
Menyambung kesah Hamba Tuhan ni bertanya macam tu, ambe terpaksalah balas sedikit. Berpendapat kalau Niatnya hendak menyampaikan sesuatu berguna, itu boleh lah. Kemudian dibalas lagi(ambe ingatkan dah selesai), buat lebai dan comment lagi. Malas ndak layan ambe post ajalah Video Ustaz Azhar sendiri jawab di Youtube. Yang dah lama gila berada di Youtube, hanya nanti di Search aja..Sebenarnya dah dari semalam ambe terfikir tentang Saudara ni, dia ni pengikut Tega UAI memandangkan dia bukan dari Friendlist ambe, takkanlah tak boleh Search aja di Internet?

Timbul rasa Kelakar dan Terhina pada masa yang sama.
Anda kerja Bank America tetapi Islam, namun bersubahat dengan Pengagihan Harta Riba juga. Kerja Insurance namun aniaya orang tetapi menggunakan teknik pendekatan yang berbahasa Hadis dan Sahih untuk yakinkan bahawa ia Islamic dan anda Islam tetapi Boss Syarikat Insurance tetaplah Kafir.. Mana mau lari jika kita mula buat pertikaian begini?
Itu bahagian Kelakarnya.

tetapi bahagian terhina, ada beribu-ribu tan perkara yang orang yang dah rasa Superior dengan Ilmu Agamanya sedikitpun tidak rasa risau dengan Ujian Berat mereka dikenakan atau sedang hadapi atau barangkali bakal dihadapkan, bukan setakat menghadapi Syaitan tetapi diri sendiri yang boleh berubah hati jadi Syirik dengan diri sendiri hanya dengan sedetik kiraan masa sahaja.
Ambe, terdiri dariantara penggiat-penggiat seni yang adanya melata di Bumi ini. Kerja kami, memang buruk pada mereka yang kerja Kerajaan ataupun Swasta..

Pada kehidupan Hari-hari Pemikiran Makhluk Conventional Otak Longkang ni kutuk Penggiat Seni sana sini.. Namun saat Hari Kenduri Perkahwinan,
kamu ajak siapa datang duduk bawah canopy 5-6 jam tengah panas terik untuk Meriahkan Majlis tu? paling tidakpun..CD atau Mp3 pun adalah pasang di Radio untuk disalurkan bunyi-bunyian di Speaker. Kamu panggil siapa Design Card? atau Hias Pelamin atau Baju? semua memerlukan kerja Halus iaitu Seni..

Berbusking atau main music dijalanan, sememangnya buat ambe sendiri kena "diatas dahi sendiri" dan menamakan ia sebagai Pengalaman Hidup. Kita bernyanyi lagu M Nasir atau Ramli Sarip dijalanan, orang yang kelihatan sangat Warak dengan gaya pakai datang bertanya "Kamu rasa Music ni buat Tuhan marah tak?"..dan teruskan lagak Ustaz Know it all.
Nabi Muhammad berdakwah pun tak adalah semua hendak hentam melainkan bersama dahulu dengan puak-puak Largha ni kalau betul benar Largha berhari-hari hingga terbiasa dan mesra baharu lah ditegur dengan elok, Ustaz manapun rasanya kalau tak ditanya..takkanlah nak test power kot.
ambe tergamam, terkesima sebab statement Tuhan yang dipersoalkan itu langsung tiada hesitation untuk berfikir sebelum bertanya..Kebiasaan, ambe senyum dan diamkan ajalah orang gini kerana ambe tidak rasa convinced dengan statement sesetengah orang hari ini yang rasa Islam tersebah kerana berlawan Hujah atau Debat..Sememenangnya ada dan pernah berlaku tetapi ambe tak fikir itu je cara ndak ber-Fathonah. Ambe sendiri memang bodoh, sebab tu ambe tahu dan kenal apa itu Bijaksana.

Namun tatkala adapun mendakwa Music itu Haram, ambe tak pertahankan, tidak juga biarkan..Kerana dari asbab Music jugalah Hinduism atau Buddhism menerima Islam suatu ketika dahulu, apa kita langsung tidak berfikir terlebih dahulu sebelum memberi statement-statement bodoh sedemikian? Barangkali orang-orang seperti ini lah agaknya berketurunan Majapahit yang menentang keras perjuangan Sunan Bonang. Itu, baharu satu-dua kesah... Ndak cerita sini tentang zaman Andalusian yang malah lebih kaya dengan kesenian, kebudayaan baik dari Music hingga Literacy ataupun Lukisan..Sehingga dapat dibayangkan bagaimana orang seni bergabung dengan ulama-ulama untuk berusaha tauhidkan Agama Islam.

Hari ini?

Persoalan Popular,
Katanya kerja bahagian Seni itu tak ada Salary tetap.

Sabar mereka jauh daripada Kesabaran CEO Corporate Company yang bersepah di KL sana,
sebab? Mereka tak pernah Predict Future mereka, melainkan berusaha,berikhtiar dan berserah..Tawakkaltu Al Allah...berbanding dengan UsahaSawan-usahaSawan yang bekerja pada bidang yang mereka pun kadang tak suka, tapi nak buat macamana..yang ada menyimpan bara impian "Malayan Dreams" mereka untuk jadi Jutawan dan sudah tentulah..Memiliki Kereta Bermeter 200km atau 300km agar suatu hari itu mereka ditempatkan diatas dijalan yang hanya limit lajunya adalah 110km sahaja.
Dua tiga tahun, sebab cekal dan berusaha sungguh..Mereka dapat belaka sepertimana kawan-kawan sekolah ambe hari ini dah capai. Namun semua itu Predictable dan Boring oleh kerana tersangat lazimnya berlaku hari ni(tapi hairannya selalu memenangi hati Editor Majalah atau Paper dalam column Inspiration).
Kaya hanya Duit, tetapi Nikmat Hidup dan Hargai tiap Hari itu tiada, sebab? Kepala dah set untuk berada di tempat Impian kita berada iaitu pada ketika Kaya itu benar-benar terjadi..Semua yang dipijak hari ni dan esok pada mereka dah macam tiada,
kerana Jiwanya dah terpacak dihujung Climax mereka..Mencapai Impian 9 Tahun.
Dah kaya, hendak lagi kaya, dan terus kaya....mana Hujung? What a Restless life of Nothing..

Berbeza dengan mereka yang dinyatakan tadi, ambe dapat umpamakan Side B perbandingan ini seperti sahabat-rakan ambe yang ada dibidang Kesenian mereka masing-masing, Photography suatu ketika orang pandang remeh..Hari ni jadi antara sumber saradiri yang paling laris. Atau Pelukis mahupun Penulis malah Penyanyi ataupun Penulis Lirik dan Lagu..Mereka yang Istiqamah dengan cara masing-masing..Keluar modal dan gerakkan Syarikat dengan Intiative seorang diri atau berdua mahupun berkumpulan. Ambe tumpang gembira diatas kecekalan mereka yang maseh memperkayakan Seni diatas Negara yang Jarang Hargai Orang Seni..

Barangkali kerana terlalu warak atau ralit dengan kegiatan Syok Sendiri.

Anda hendak berTuhan atau berAgama, amalkan dengan cara elok-elok. Mula dengan berhati-hati dengan orang lain, kerana itu kita lupa selalunya. Perasaan orang tidak sama seperti kita, cara berfikir orang lain tidak semestinya memenuhi kehendak kita.

Apakah kita lupa dengan struggle kita untuk sekadar ber-SABAR disaat-saat kita rasa tercabar atau tergugat? padahal SABAR atau SOBUR itu pun antara Nama Allah taala juga.

Malangnya duduk sebut sangat Quran dan Hadis tetapi sikap macam budak yang baharu start class mengaji lepas maghrib di rumah Tok guru.
yang diketika ndak pergi mengaji bukan main buat baik dengan Jiran tetangga,
 sebab ndak pergi sama-sama..Tapi dah habis mengaji aja sanggup tinggal kawan yang kena giliran terakhir tu balik seorang diri dalam gelap pekatnya malam..It all seemed Foolish and as the Real Fool of all is Us living today by that Stupidity of Selfishness.

dan dengan me rephrase akan statement:
"Al-Islamu Mahjubun bil Muslimin"

ambe kirakan anda dah jelas dengan perception hari ini yang semakin menggerhanakan Bulan Penuh tersebut. Kita lah mengundang kebencian orang lain pada Sunnah Rasul, kitalah yang menyebabkan Islam semakin Botak dari Kehormatan..Kitalah yang saja-saja rasa jengkel dan sinister dengan amalan orang lain yang juga berAgama sama..

Guna Akal, dan fikirkan berapa banyak kerosakkan kita dah buat bila kita ni mengaku salah seorang Mukmin iaitu Penjaga?
Siapa yang gelapkan Dunia dari mengenal Agama?

Kalau dalam Movie Eropah selalu guna ayat "..a Christian Way" hingga dah jadi semacam label atau branding bahawa Baik itu synonym dengan Christianity. Bukanlah ndak ajak perang tetapi tak ada rasa Malu ke?? Ambil kaki sendiri, tendang punggung sendiri..

ambe disini bukanlah berkhutbah atau bersyarah, hanya menyampaikan apa dari ambe.
Dosa gok ke tu?

Ludah di langit, tunggu langit Jawab apa..

Intiha Al-Kalam,
HKM