Sunday, April 29, 2012

MUKA pertama yang TAK MALU


kalau anda berada disekolah ataupun kini mengaji di U atau College atau mana-mana institusi yang ada kait dengan Business. anda pasti familiar atau biasa dengan Consumerism.
Consumerism dari kata akar nya adalah Consume atau Guna. Consumerism adalah Kepengunaan.
Idea utama Consumerism datangnya dari beberapa orang ideologist yang mungkin andapun tahu siapakah orangnya.. tetapi ambe bukan hendak membangkitkan perjuangan mereka tetapi memetik kata "Guna", atau menjadi Pengguna ataupun memahami Pengguna...siapakah mereka?

anda adalah orangnya. sama seperti ambe yang juga adalah Pengguna yang diguna atau yang terguna atau  yang sedang menggunakan. ternyata bila kita beredar dipaksi kehidupan yang berserba ini baik di dalam eksistensi ataupun diluar eksistensi kita tetap adalah yang Guna.

Ibu bapa hantar anak-anaknya ke sekolah untuk memenuhi syarat kepuasan diri mereka sebagai penjaga yang bertanggungjawab kononnya, lantas berhasrat agar anaknya itu dijadikan pertaruhan kepada Dunia sebagai "Orang Berguna"..
sebab yang seringkali kita didengarkan adalah "Orang Berguna" ini orang yang pandai, orang yang bijak dan sebagainya..namun cuba kita perhalusi lagi dan tanyakan betul kah orang yang pandai ini adalah orang yang berguna ataupun Pengguna?
kalau Pengguna, pastinya dia akan memakaikan Akal Benarnya untuk memimpin orang disekelilingnya kepada Kebenaran. lalu apa berlaku hari ini adalah orang yang sedemikian digunakan oleh tangan-tangan zalim untuk buat kerja yang lebih merosakkan amanah yang diberi. Sepatutnya kita panggil orang-orang yang dah rasa Pandai, Cerdik atau Pintar untuk berlagak diatas ini adalah orang yang "Diguna".

tanyakan sekeras-kerasnya pada diri, siapakah yang melacurkan mereka kepada fahaman Kafir ataupun Barat kalau bukan kita sendiri?
ataupun mungkin sesetengah mereka yang tidak setuju dengan concept hantar anak ke Sekolah Kerajaan itu pula akan optimis mendirikan semacam cita-cita yang lucu kononnya akan menjadikan anaknya sebagai orang yang berguna untuk puaknya sahaja sedangkan tuntutan Agama selalunya menyuruh kita untuk bantu dan berbuat baik pada semua?

kedua-duanya ada point yang betul dan kedua-duanya ada negative sides juga. tidak lari dari itu tetapi apa yang ambe hendak pembaca tahu disini adalah mengenalpasti risiko-risiko yang menanti generasi akan datang nanti. ini sekadar Friendly Advice dari ambe tidak lebih dari itu, kerana difikirkan adalah kerana ia satu Tanggungjawab. Sementara menjawab soal "Tanggungjawab" kalau diikut pada harfiah bermaksud sedia menanggung dan sedia menjawab bukan?
bererti bila ambe dipersetujui oleh Saksi saat Pernikahan sehingga Sah..yang Menanggung seorang Wanita sebagai Isteri itu adalah automatically jatuh pada Suami, dan yang akan menjawab segala kelakuan Isteri di akhirat nanti pun adalah Suami. dan sebagai sagu hati lah, walaupun bukan suatu yang mesti dengan Orang-orang Tua kita bila kita membuat keputusan untuk Isteri. kita tetaplah dituntut untuk Hormati atas sebab-sebab yang munasabah untuk dihormatilah. Maka tanda Hormat itu kita execute mungkin dengan merujuk mereka diatas sebab kita buat ini atau itu ataupun selainnya kerana scope Hormat ini luas, tidak semestinya berdiri dan tabik atau angkat sembah macam apa tu..

dan scenario bekerja dibawah Boss pun punya concept Tanggungjawab juga. kerana Hak Premis tempat kita bekerja itu adalah dibawah milikan bertulis Boss kita. maka atas dasar itu kita Hormat dan melakukan kerja yang terbaik untuk mendapat hasil usaha penat lelah kita berkerja.

apa yang wajar dan patut dikhuatiri bukanlah jawab dengan Pemimpin kita yang patah pinggang itu, tetapi pada Rasul atau Pesuruh Tuhan yang akan menanti dihujung sana untuk membawa kita ke kampung abadi nanti(bahagi mereka yang Yakin lah)..namun buat yang maseh belum positive dengan wujudnya kehidupan selepas mati, berpuas hati lah dengan "Tuhan-Manusia" anda pilih kerana apa yang pasti buat ambe, walaupun berkuasa manapun dan Agung manapun jawatan orang itu dimata Dunia.. tanpa kita, dia mungkin menganggur sama seperti kita hari ini..jadi dimanapun sohornya theory pemikiran anda mengenai tidak logicnya Agama, sedarlah bahwa maseh belum terlewat untuk merubah fikiran. lebih-lebih lagi menjawab keserabutan kita dalam menentukan masa depan anak kita apabila menilik zaman sekarang yang semakin gila dan menggila.

Kaitan antara Kepenggunaan dengan anak adalah haluan bahagi mereka, orang menghantar anak ke sekolah-apakah ibunya bodoh sangat ke? itu selalu ambe terfikirkan dahulu..
ataupun kita ini menyusahkan oleh sebab itulah kita dicampakkan ke sekolah?
kalau menyusahkan, kenapa tidak digunakan untuk menyenangkan. ini tidak, kita hantar budak ke sekolah dan anak buat hal yang mereka copy-paste dari Al-Hasil bersekolah kita pula pergi blame pada Sekolah kerana bertanggungjawab dengan generasi yang Kurang Ajar.

"Mak Bapak kau tak ajar" itu antara sebutan yang sering dizahirkan melalui filem-filem Allahyarham P. Ramlee. hari ini, memang betul jelas. Mak Bapak yang tak bertanggungjawab, ingat duit dan masa mereka habiskan tu je lah modal untuk anak sedar.
kita lupa mungkin anak itu adalah amanah dan kita mungkin ingat anak itu sialan..sebab itu kita kurang peka atau tidak faham dengan karenah anak sendiri, padahal itulah perangai kita sendiri..


dengan memahami beberapa scenario diatas, kita tahu bahwa disetiap main Topic bidang yang diper-Tanggungjawab-kan itu adalah bersandarkan level kita yang diperbolehkan Guna Privilege yang terdapat didalam sesebuah tempat yang kita ditempatkan, bahagi mereka yang kurang faham maksud Privilege ia bermaksud Hak Istimewa atau Khusus yang boleh digunakan sebagai fungsi kita untuk terus ke hadapan. semakin tinggi pangkat, semakin banyak Privilege, semakin banyak kita menggunakan, semakin keliru kita membezakan atau memakainya hingga semuanya jadi keliru-keliru.

sidang pembaca, inilah zamannya.. dan kitalah generasi yang Muka Tak Malu. Pinjam dan Tumpang Kadarnya, tetapi kita maseh ada hati untuk berlagak seperti Tuan tanah. Consumer yang sentiasa merancang untuk gagal kerana kita tiada idea untuk menerima silap dan salah sendiri kerana budaya kita adalah tetap tuding salah orang lain sebagai bantal busuk kegemaran kita-bukan?

hari ni angguk, esok lupa. itulah selalunya berlaku bila kita lupa untuk Bangun dan Ungkitkan Hak yang sebenarnya Milik Siapa.
muka pertama yang TAK MALU mohon berhenti dahulu.

KBD