Friday, May 4, 2012

PErmainan LUPA


semua menangis pada saat pertama kelahiran mereka di Dunia,
dan itulah tandanya bahwa sebenarnya kita ini adalah Penakut sebenarnya,
 dan bukan itu sahaja..apa yang kini berada pada Fikir kita ini pun sebenar-benarnya adalah Pinjaman Sahaja..dan hujung usia itu pun kita akan menjadi salah seorang Pelupa ataupun bahsa biasa kita gunakan istilah "Nyanyuk" merujuk kepada sang pelupa.

dan apabila kita dilamun hasutan ambe berikan ini, ambe tak rasa untuk tanyakan pada anda siapakah yang wajar kita salahkan memandangkan memanglah dah jadi budaya kita hari ini untuk tidak terima salah sendiri melainkan menyalahkan orang lain sebagai perkara utama. Hal ini adalah reputation hingga ianya tidak kita sedari lagi menjadi lazim. Dunia berputar mengikut putaran Jam sementara kita bercelaru dengan haluan yang mana yang kita patut atau perlu pilih.

ambe jadi terfikir seketika bilamana memberikan keterangan tersebut kepada Isteri ambe setelah selesai Maghrib tadi, bilamana Penakut lawannya adalah Berani, maka Berani menjadi kata kunci pada jawapan yang ambe cari. Tetapi progressive pemikiran kita yang berakal akan develop dan terus develop(walaupun mungkin Pra-Matang atau tidak Matang sekalipun) kekerdilan dan kekecilan sedang ambe hadapi dengan soalan besar ini semakin menenggelamkan ambe menjadi bertambah kelu,
"di saat bila agaknya kita mula jadi Berani dan Berani itu dipakai untuk apa pula setelah keberanian itu diberi pinjam?"

ternyata kita sudah Nyanyuk pada usia yang demikian muda, ataupun yang sudah berumur semakin Nyanyuk dengan cara hidup yang conservative atau kononnya non conservative.

dan sebagai orang yang menulis dan menyampaikan, ambe tak fikir perlu diperap usia hingga jadi tua bangka baharu kita boleh berkata.. yang sepertimana perception kebiasaan kita harini katakan hanya orang lebih tua layak kita dinasihati sedangkan pesan Nabi hanyalah Addinu Nasihah.. tidak menyatakan tahap usia atau kematangan manapun bahagi yang ada Agama untuk beri nasihat, secara logicnya, semua yang lahir dalam kelompok ada Agama dah pun ada Agama bahaginya sementara yang tidak sejak lahir tiada paksaan dalam memilih manapun Agama yang ada melata. yang patut kita risaukan adalah apakah kita hanya pengikut Agama yang secara trend sahaja dan budaya sahaja? kalau begitu, kita hanyalah mencari Tuhan yang Betul sahaja. bukannya Tuhan yang Benar. Tuhan yang Betul selalu hadir didalam sangkaan kita sendiri, ataupun prasaan sendiri..sementara yang tidak logic atau tak terjangkakan kita tolak kerana menurut kita yang satu dari sejuta atau berbilion ini tidak relevant. lalu apakah Agama ini hanya untuk kegunaan anda seorang diri sahaja atau untuk authority anda seorang sahaja untuk dakwa serta hukum orang lain mengenai betul atau salah?

jawapannya tetaplah yang Palsu kerana anda hanya mengharapkan Tuhan yang cuma mengisi andaian anda sendiri..yang predictable. sedangkan Allah taala adalah unpredictable kerana Dia senantiasa bersifat Memperbaharui segala yang baharu.. itulah soal Kebenaran. dan Kebenaran Agama yang disampaikan oleh Rasul adalah untuk kita BER-Agama.. bukanlah untuk claim anda sudah ada Agama kemudian fullstop. maka disini ambe hanya hendak mengatakan bahawa jika kita tiada hormat dalam berAgama menerima dari manapun peringkat usia yang beri nasihat. Perception seperti itu buatkan kita semakin Rigid atau sempit dalam mengenal Islam. Sebab Islam adalah satu Agama yang sangat luas yang diperkayakan Ilmunya untuk dimunafaatkan, dalilnya adalah apa kita gunakan hari ini..rata-rata semuanya lahir dari kalangan ahli fikir Islam zaman dahulu dan termasuklah penciptaan theory Lensa dan Camera yang datang dari Al Hayytham!

oleh kerana kita dinyanyukkan oleh dakwaan sendiri dan kehendak sendiri..orang Kafir pun menggunapakai hasil orang-orang kita gunakan. dan Kekolotan kita yang sibuk claim ada Agama untuk bergaduh dan berhujah buatkan kita jadi macam badut yang bodoh. Salah satu contoh ambe paling meluat hari ini adalah program Pidato antara para Imam Muda dan Ustazah Pilihan. beri tahu ambe apa mereka dan kita dapat dari berbahas setiap hari sedangkan sekecil-kecil hal tuntutan Agama pun kita lupa untuk usahakan iaitu melebarkan nilai positive kepada yang belum kenal Islam. kalau kita letak pengetahuan yang kita sangat bodoh itu aja untuk diperdebatkan agar ada result mengatakan siapa Menang aja..kita hanyalah kalangan yang membuang masa seperti mana yang dimaksudkan dalam Al-Quran.

tanyakan pada saat kebangkitan diri anda dari jaga, Siapa beri kekuatan itu?
Siapa beri izin untuk bersuara atau berfikir atau menikmati rasa aman didada?
dan kekuatan kaki anda nikmati untuk kemana sahaja pun tempat tidak kiralah tempat yang baik atau tidak, Tuhan Allah tetap mengizinkan pergerakkan atau perbuatan itu.. serta kesombongan yang tinggi melonjak ego nya dengan sesama kita ada. Siapa yang beri kita Kekuatan itu?

Padahal kita hanyalah makhluk serba Daif dahulu. Lemah yang teramat sangat..jangan buat lupa bahawa kita semua adalah Bayi dari Usia Bulan hingga ke Tahun demi Tahun.
apakah anda seorang Pegawai? atau Orang Kaya? atau Raja yang perintah Negeri ketika itu?
kita bukan apapun dan kehidupan itu hanyalah bergantung pada belas Ehsan semata-mata..

dan jika anda Nyanyuk lagi dengan persoalan ambe yang utama tadi, tanyakan sekali atau berkali-kali lagi.

Sejak bila kita Berani sedangkan kita asalnya adalah Penakut dan begitu serba retarded nya?
dah tu, kenapa perlu ada rasa hendak balas pada kesilapan orang lain sedangkan Allah sendiri pun maha Pemaaf pada Umatnya?

Sebaiknya kita Bangun dan Ungkit dengan mengira berapa banyak salah sendiri sebelum kita mula menuding jari Syahadah kita tegakkan untuk menyatakan Tuhan yang kita cari tetaplah yang Satu.
Kita bukan Nabi, kita bukanlah Tuhan. Kita Peminjam Agama Nabi yang mencari jalan yang terbaik untuk berTuhan.

Hentikan PErmainan LUPA itu jikalau sudah sedar ia sudah bermula,
atau cegahlah sebelum terkena..

KBD