Friday, May 11, 2012

TUAN PENGUTUK KATA-KATA TUHAN


bagaimana rasanya apabila orang yang kita sayangi itu memuji kita dengan ucapan kaseh?

-ada yang terharu seperti baharu sahaja "Hidup" dan menakjubnya ada juga yang cuma rasa ianya sekadar kata-kata yang penuh tipu daya..

kerana mungkin sahaja kita dah terlampau banyak consume kata-kata dari menyedari bahawa setiap kata itu adalah untuk difahami dan diketahui. kalau tiada kata, bagaimana akan wujudnya Bahasa-kan?
hari ni dah berapa puluh bahasa dah wujud bahkan yang kita tidak ketahui dah beratus atau mungkin ribuan bahasa yang ada. dengan Pokok ada bahasanya, bahkan dengan Haiwan pun ada bahasanya yang buktinya jelas daripada segala sirah Nabi-nabi kita diantaranya adalah Nabi Sulaiman alaihissalam yang kitapun tahu boleh berbahasa dengan binatang ataupun serangga seperti semut.
satu sahaja bahasa yang mudah untuk mereka yang tidak menghargai kata-kata kita yang jujur, itulah diam kan sahaja. maka mereka akan mula menelaah sendiri diatas kata-kata kita.

sementara yang rasa macam baharu sahaja "Hidup" ni, mereka adalah Superstitious . kerana Hidup mereka dah start dari belakang sempurnanya Akal. bahagi ambe, tiada apapun yang perlu takut menjadi Superstitious atau Tahyul kerana memang Tahyul itu wujud pada kita yang serba Jahil ini. Kita excited dengan khabar baik, menyebabkan kita tidak sedia dengan berita buruk sebalik keterlupaan kita bahwa hidup Dunia memang semua Terbatas. Awek yang kata sesuatu yang memuji kita melangit sehingga kita terkesan macam gitu, memang bodoh. kerana kita tahu bahawa alih-alih kita jualah yang memikul beban yang berat. sebab ia adalah tanggungan emosi kita, lainlah hal jikalau kita pilih untuk nikahkan agar Awek itu perlu hadkan kata-kata kerana yang layak dipuji itu sebenarnya Tuhan, yang buat kita cantik hari inipun mungkin kerana kita Islam..itupun Agama Rasul. Hakikat nya diatas kaum Adamlah yang menyediakan semacam Hidup yang baharu itu. agar kaum Hawa tidak lagi ulangi silap dan salah mereka lakukan pada orang Tua nya dahulu. Egois ataupun Seksis? bukan Issuenya, kalau Ego Lelaki, kerana Nabi lah kehidupan kita hari ini dapat 2nd chance untuk Hidup. Kalau Seksis pula, mengapa yang diwajibkan cari Nafkah itu adalah Suami bukan Isteri? bermakna Agama pun suruh muliakan Wanita dengan serba kekurangan mereka, dan ajar mereka dengan Agama agar lebih dihormati....


dan bagaimana respond kita kepada orang yang kata kita ni orang Bodoh ataupun Bangang?
-lazimnya kita mengamalkan langsung prilaku Bodoh atau Bangang tadi..kita pula yang buktikan kata orang itu bahawa kita ini memang Bodoh atau Bangang dengan perangai kita yang Sensitive tak tentu hala. sepatutnya Sensitive itu patut ada pada perkara yang kita jaga seperti Agama maka kita lebih peka dari terlupa sentiasa.

tetapi bagaimana pula terkesannya kita kepada mereka yang menyebut nama Allah atau ayat-ayat Allah?
-terlalu sedikit jumlahnya yang timbul rasa Cemburu didalam mengamati kedalaman Rindu untuk Pulang. barangkalinya kerana banyaklah Persinggahan kita dalam perjalanan ini.

Doctor sering cuba menafikan kalimat Allah dapat menyembuhkan sakit, hingga kitapun hilang pegangan dan percaya langsung. Hari ni, Doctor memang kaya raya..dan tiada jaminan untuk baik berdasarkan theory nya.
ambe tak ajak anda benci Doctor kerana itu patut jadi kerja yang baik dan terpuji dalam membantu orang yang memerlukan, sakit sememangnya hal yang general dalam Hidup. Justeru ndak lahirkan kita pun Ibu kita menanggung sakit, Ayah pun tanggung sakit hatinya kerana tak dapat selalu bersama Isteri kerana terpaksa cari keperluan demi keperluan yang semakin hari semakin mahal dan tinggi commitmentnya.
kita pun tak tahu andai tidak diberitahu.

Tetapi ambe hairan kenapa ada Doctor yang sengih sinister bila kita baca ayat-ayat dari Quran untuk ikhtiarkan sakit. Sedangkan jelas bila kita diberi janji manis dalam menerima ayat-ayat Cinta yang Maudhu, atau di kutuk Bodoh dan Bangang sememangnya membuatkan kita cukup terkesan dengan Kata-kata.

Malah bukan Doctor aja perlu kita letakkan highlight namun doctor paling gila adalah kita sendiri, yang bila diberikan Akal yang boleh aja dipertingkatkan IQ kita ketahap doctor yang berpangkat MD sekalipun. Ada Hati yang penuh dengan penawar untuk ubati sensitiviti yang sepatutnya Jujur demi Keikhlasan. kita tahu yang sedih perlu dibantu, kerana itu adalah sakit juga..serta ada banyak kaedahnya berdasarkan pengalaman kita dalam memiliki Hati itu sendiri. 

Pesanan dari Al-Quran..kitapun tak rasa apa. malahan kita ulang dan terus ulang salah-salah kita.
Mungkin kita anggap Al-Quran itu cuma Buku dari bertambun-tambun adanya untuk dibaca.
atau mungkin kerana tiada kenal Tuhan atau ada concern langsung untuk selesaikan hal Iman kita lebih dari yang lain.

tidakkah kita sedar dengan hanya berDoa mohon hajat kita aja, perkara kita hendak itu ditunaikan?
atau pada mereka yang tidak ditunaikan hajatnya yang dah putus asa dengan Doa, walhal Usaha kita pun tak sesungguh apa kita minta atau mungkin sahaja kita tidak yakin bahawa diatas Tuhan lah yang terbaik buat kita. itu berkadar diatas kitalah.

Sihir pun dari kata-kata, itupun dah cukup untuk buktikan bahwa kita ini semua berKuasa diatas Kata-kata kita. ia boleh menjadi Senjata dan juga Penawar. 
Berjaga-jaga lah dengan Kata-kata kerana tak semua kita minta itu perlu dan tak semua kita kata tak mahu itu bermakna kita tak perlu.
Diatas Allah lah yang tahu segala-galanya.

Ya Alim ul Ghaiby Wa Syahadah,
Huwa Rahman nir Rahim.

melatalah Bangsa yang berbudi baik bahasanya, jikalau anda Melayu atau Cina atau India atau Arab yang baik kekalkan begitu sementara yang sedar ketidakpedulian kita akan nasib Melayu yang dirosakkan hingga hari ini, bertaubatlah dan berusahalah wahai Bangsa-bangsa. kerana kita Hidup-Mati kerana Agama..bukan obsess dengan Bangsa sampai kita lupa tujuan Agama itu agar kita BER-AGAMA. 

Bangkit dan Berkatalah sesuatu pada perlaksanaan kerana kita punya kuasa untuk melindungi Agama kita yang adalah jalan kita menuju Akhir(kepada yang yakinilah maksud ambe).

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata."

"Cinta Bukan sekadar Kata-kata indah."

"Kata adalah Senjata."

"Banyak berkata, banyak berbohong"

"Kata-kata adalah Doa"

berapa banyak Kata-kata untuk beri kita sedar sendiri akan fungsi Kata yang punya Kuasanya yang tersendiri diatas Izin Allah? Kalau padan main Kata-Mengata, apapun Static. Kita tak kemana kecuali terjerat dengan kata-kata sendiri. luar sana, itu apa?
entahlah. barangkali kita sendiri suka mengutuk kata-kata Tuhan kita dengan Kata-kata sahaja. Tahu berdoa tetapi malas berusaha. Rajin berusaha tetapi lupa berdoa..Sombongnya.

KBD