beberapa tahun lalu, umat berAgama Islam merusuh dan tlah menyatakan kebencian mereka terhadap karya seorang Cartoonist Denmark yang melukis susuk wajahnya Rasulullah sebagai bahan ejek-ejekkan.
dan demikian untuk menyelaraskan lebih "menghasut" lagi lah pihak pembaca dengan "Sentiment" yang lebih panas..
apa maseh ingatkah kita kepada Ahmed Salman Rushdie yang dahulunya pernah menghasilkan The Satanic Verses sekitar tahun 1988(setahun selepas tahun kelahiran ambe).
yang mengutuk keras Islam dengan jelas, hingga lebihlah terang lagi bersuluhnya mendapatkan semacam pembelaan daripada UK, pada tahun seterusnya hubungan demokrasi antara UK dengan negara Iran terputus gara-gara fatwa yang difatwakan oleh Ayatullah Ruhollah Khomeini sebagai memurtadkan orang Islam hinggakan penerbitan tersebut diharamkan oleh rata-ratanya negara yang mengamalkan Agama Islam termasuklah Indonesia, Thailand, Singapura(Malaysia? ambe tak tahulah, seingat ambe cuma 12 negara).
sehinggalah diceriterakan, sampai tukang tafsir Satanic Verses tersebut (Hitoshi Igarashi) pun tlahpun dibunuh dengan alasan Subahat, kalau anda google kesah ni maseh ada lagi chronology nya yang lebih tersusun daripada apa ambe cuba sampaikan secara ringkas disini. Sekitar tahun 1998 hubungan diplomatic antara UK-Iran dijalin kembali.
oleh kerana ambe juga adalah antara peminat kumpulan U2, terkejut jugalah ambe bahawa kesah Salman Rushdie dan Ayat Setannya itu juga mendapat peduli daripada kumpulan tersebut, sekitar tahun 2010 ketika persembahan mereka di Wembley..mereka tlah memanggil Salman Rushdie untuk tampil diatas pentas dan orang ramai yang ada di stadium tersebut ketika itu berteriak-teriak sakan. Apapun andaian dapat anda berikan terhadap kesah ini, ambe biarkan anda sendiri google dan youtube kan ia sendiri.
hanya disini ambe ingin kesahkan adalah soal kita. yang semakin hari semakin meminiscule kan apa adanya, sedangkan kita sepatutnya meminiscule kan keadaan kita dengan diri kita, yang sangat lemah dan terus lemah..andai tiada Nasrunminallah/ bantuan dari Allah.
bahkan kesedaran yang paling general untuk disadarkan bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain tidak LANGSUNG pandang dan rasakan ajaran yang terselindung sebalik kalimah ALLAHUAKBAR.
Jikalau Allah lah maha Besar, mengapa issue sekecil manusia ini dibesar-besarkan dari issue kembali kepada Allah? ya, betullah kita perlu peka dengan tiap issue namun tidakkah adanya solusi untuk menjalin kebersamaan dari pecah belah yang tlah diwujudkan sejak wafatnya Nabi Muhammad?
satu ketika, kita berperang sesama Agama, Sunni dan Syiah dan Wahabi atau Khawarij..satu ketika lainnya pula kita setuju, menunjukkan bahawa kita tetaplah in line/ dalam landasan yang sama tetapi persinggahan kita itu tidak. ada orang yang hendak ke KL tetapi singgah di Temerloh, ada yang lain singgah di Gambang ada pula di Maran, tidak lagi kita ceritakan dari arah MANA kita yang menuju ke KL, adakah dari Johor, Singapura, Melaka, Perlis, Terengganu, Kelantan?
ataupun dengan APA kita pergi ke KL samaada dengan Kapal Terbang, Kereta ataupun Boat.
belum lagi kita cerita mengenai jenis Kapal Terbang yang kita akan naiki samaada Private, MAS, Firefly atau Air Asia sebagai contohnya. dan kita belum bercakap lebih mendalam lagi mengenai perincian SIAPA kah yang mengendarainya? sudah tentulah kita cari orang yang tahu dan pakar mengenai Ilmu Jalan untuk ke KL jika destinasi kita adalah KL.
Conceptual kepada kita yang berguru dengan sesiapapun, ada yang memilih berguru melalui orang yang ada, ada yang pilih berguru dengan Hidup sendiri dengan berpengalaman dan ada pula pilih berguru dengan Kitab. Ketiga-tiga methode berguru buat ambe relevant, kerana ianya bergantung kepada diri kita yang sudah tentulah punya kaedah berlainan cara untuk di tarbiahkan.
Cuma hikmah berguru dengan orang, kita dipermudahkan segalanya..System observe as what i've did, done and will be doing seumpama kesah Nabi Khaidir dan Nabi Musa.
kalaulah kita diletakkan kepada keadaan orang yang suka berguru dengan Hidup sendiri sudah pastinya apa yang dihidangkan didalam pengalaman tidak semuanya senang untuk dihadam. Yakin lah apa yang ambe cuba beritahu ini. Kita pada kebanyakkannya pun sudah melaluinya sendiri dan terkena dengan akibat kita yang cari sendiri. Tragedi patah tangan, kaki, accident, kecewa bercinta dengan awek, kesah mak-ayah yang bermain kayu 3 atau apa lagi lah macamnya, the harder it gets, the higher you're going.
Perception kita selalunya kalau orang itu malang, orang itu memang malang..itu salah sebenarnya, malahan martabat yang Allah taala cuba kurniakan kepada kita adalah lebih baik daripada sangkaan kita mampu sangkakan walaupun memang terbukti orang itu salah dan dihukum mati didunia, tidak bermakna contoh jahat dilakukan tidak bermunafaat kepada kita yang hidup ini..pasti mereka pelajari daripada kesan yang berlaku, maka itulah bahagi ambe Hikmah Hudud. Walaupun pada luarannya menunjukkan bahawa Islam ini Kejam dan tidak berperikemanusiaan tetapi fahaman sebaliknya kita setuju bahawa setiap kesah yang ada, pasti ada self-improvement yang berupa progressive dan lebih well improviced.
Christian menggunakan Alat Siksaan sebagai Symbolic Agama mereka, mungkin untuk mengajar arah yang kita harus terapkan pada diri. Secara Theory ambe yang membuat kajian mengenai Symbol Cross. ianya tetap menunjukkan satu arah, walaupun arahnya datang dari Kiri dan Kanan atau Atas dan Bawah. Observe kepada habit orang Christian yang sering buat tanda Salib kepada diri, dari Kepala turun ke Dada, Kanan dan Kiri. Arah yang centered tetaplah ditengah sudut tersebut, dimana?
bukankah arahnya di Hati?
dan adakah kita sedia admit atau terima kenyataan hari ini bahawa kebanyakkan orang yang berbuat usaha Kaseh Sayang itu adalah Chirstian? yang sediakan peruntukkan untuk kebajikkan? yang beri semacam perlindungan kepada siapapun yang datang kepada kita, siapa?
kita hari ini (maaf), jangankan pengemis datang kerumah kita usir, kawan kita pun molek ada kita cuba cari jalan untuk hambat. Walhal kalau kita perhati intention Nabi menyuruh muliakan anak-anak yatim bukanlah menyediakan rumah khursus untuk campak mereka semua kedalam itu, tetapi kita sendiri yang membela mereka, beri ajaran sepatutnya kerana hanya yang tahu kemuliaan itu tahu bagaimana hendak memuliakannya.. bukannya pegawai rumah anak yatim mereka perlukan, tetapi keluarga!
Christian terbukti hari ini menjadi macam satu Symbol Kaseh Sayang, padahal mereka belajar dari Kekejaman yang diandaikan bahawa itulah Isa yang disalib oleh puak Yahudi ketika itu.
demikian pernyataan ambe ini bukanlah untuk membenarkan Agama manapun untuk dibandingkan, pendirian ambe terhadap Islam tetaplah yang supreme namun pengajaran hingga ke tahap itu terpaksa ambe berikan. Memang benar bahawa Christian pun ada terbelah dengan berbagai-bagai golongan macam kita, Protestants, Catholic, Orthodox dan sebagainya. tetapi soal disini adalah sejauhmana kesanggupan kita commit terhadap Agama itu sendiri.
ambe tanya anda, siapa didunia ini setuju 100% kepada seorang pemimpin 100% dan sedia berbuat apa sahaja dengan bebas menerima apa sahaja?
kita dan Nabi pun walhal bukanlah dapat practice 100% seperti mana yang Nabi suruh menunjukkan terdapat juga jiwa-jiwa dalaman yang memberontak, jangankan orang biasa-biasa..lebih lah lagi-bukan?
dan itulah Ananiah. "Aku"-yang sepatutnya kita buang,
setelah itu pula, kita Assobiyah "berpuak"-yang sewajarnya kita himpunkan menjadi satu rangkaian Jemaah yang lebih besar,
Tabligh ada practice perkara ini, tetapi sayangnya kita pilih tidak campur dengan Tabligh kerana kita Tarekat ini dan itu, atau orang Hakikat dan yang lebihlah malunya, mereka yang tlah Makrifat/ Mengenal.
sewajarnya kita jadikan Tabligh sebagai Pergerakkan yang Execute untuk panggil lebih ramai,
sementara Tarekat sebagai Perusahaan yang Bangkitkan nilai diri yang lebih membangun,
dan sebagainyalah..
ambe bukan orang yang bijak pandai untuk kata semua ini dan itu sepatutnya macamni dan begitu, tetapi hanya sekadar mengajak yang mana membaca membuka minda lebih luas dalam melihat "ideology" Rasulullah sendiri terkandung didalam kalimah ALLAHUAKBAR!
menjadi apapun adalah halangannya, amat kasihan bilamana ambe mendengar penderitaan sahabat ambe Farish Noor atau Pak A Samad Said sendiri hari ini.
sejujurnya ambe pernah diberi peluang oleh Allah untuk bertemu sendiri dengan Pak Samad sendiri di Terengganu. dan ambe tanyakan Pak Samad apakah Bersih yang digembar gemburkan hari ini hingga jadi threat kepada pemerintah ini Solution kita? hingga perlukah Bersih dilakukan hingga 10.0?
Pak Samad hanya berkata: ".. adalah saya sekadar lakukan apa yang semestinya dari orang yang berusia 77 tahun lakukan, mungkin ada yang anggap saya nyanyuk tetapi jiwa kita tidak nyanyuk, kita maseh sayang pada Bangsa kita yang kaya pertahankan Agama.."
mungkin pada membaca ini, anda menganggap ambe ini orang berpolitik pulak dah. tetapi hakekatnya tidak kerana ambe Yakin bahawa concept berjemaah itu harus lebih luas scope nya, bukan bertumpu kepada satu puak sahaja. dan ada pula accusations terdapat bila ambe keluar dari berjuang bersama Dendang Anak yang sememangnya sebuah pergerakkan yang ambe Yakin ia mengajak kita kembali bersatu dalam berAgama, kepentingan ambe adalah meneruskan apa yang ambe nanti-nantikan untuk laksanakan. Hakikatnya, perjuangan Dendang Anak itu kekal wujud bersama ambe.
Demikian ambe berkahwin baharu-baharu ini demi sebuah motivational value bahawa tanggungjawab itu bukan mainan dan kepimpinan itu adalah penyakit yang harus dimatikan bersama peranan yang patut kita buat daripada membazir setengah atau sesuku pendapatan kepada awek-awek yang terdahulu kerana dasar perasaan yang sememangnya akan berubah-ubah. ia unrealistic jika anda tanya ambe mengenai theory awek-pakwe atau Girfriend-Boyfriend.
Semalam lebih kurang jam 2 pagi ambe turun dari bawah apartment untuk ke 7 Eleven(kerana itu sahajalah yang ada kedai 24jam) seketika keluar dari membeli, ambe terlepas pandang kepada kejadian yang demi Allah pun ambe jadi terketar pada jiwa sendiri,
adapun dua lelaki dan seorang wanita yang mungkin sahaja Melayu belaka sedang bergomol didalam kereta sementara seorang dari dua lelaki itu sedang "cover line" sementara lelaki yang satu lagi mengasak wanita itu diseat hadapan kereta yang berada di hadapan 7 Eleven yang terang benderang, berada di persimpangan jalan yang besar dihadapan Nomad Hotel.
bilamana ambe cuba berlalu dari situ, ambe melihat adapun 2 Security Guard yang menjaga bangunan Ampwalk tidak berbuat apapun. ambe lihat kepada diri yang membawa barangan didalam plastic bag itu tergamam dan terkesima hingga naik bingung macam kena tumbuk dikepala rasanya.
lantas ambe teringatkan Isteri ambe yang berada di Terengganu padahal ambe ini di Kuala Lumpur atas urusan kerja. ambe tidak tahu kalaulah ambe ini zalim kerana membiarkan kezaliman itu berlaku ataupun ambe ini yang tidak lagi layak untuk mendapat authority untuk banteras maksiat kerana ia berlaku sangat cepat dan spontaneous. Fikiran ambe pun tidak pantas untuk tangkap apa sedang berlaku walaupun zahirnya begitu. boleh jadi apa-apa sahaja kalaulah tindakan tersebut diambil oleh mereka yang tidak ada "iktiraf" kepada kuasa seumpama ambe, yang observe dan beri semacam contoh kepada anda betapa hebatnya jalan kita sedang lalui kini, dan pantulan kepada perbuatan antara kita sesama kita juga yang biarkan berlaku kepada diri atau sesama kita..wallahualam. bersangka baik kepada Allah dan keadilan Allah, kerana atas Allah lah segala-galanya. Dia lah maha Hakim dari ambe yang cuma pinjam namanya tanpa memintapun.
tetapi kecekalan Pak Samad sememangnya patut kita kagumi dan jadikan satu kekuatan kepada kita dan daya Inspiritaion terhadap arah yang lebih berguna dan beri munafaat kepada yang ramai. kalaulah Pak Samad itu benar "Nyanyuk"..tidak mungkinlah daripada beliau menghantar sms kepada ambe 2 kali sebelum dan selepas hari kenduri majlis perkahwinan ambe yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir.
secara peribadinya, Pak Samad cerah pemikiran orangnya.. dahulu disanjung tinggi oleh pemerintah tetapi kini dianggap threat hanya kerana berpakat dengan pembangkang untuk jatuhkan pemerintah hari ini..demi kesadaran.
Nabi sendiri pernah mengingatkan kita bahawa Manusia ini rata-ratanya Tidor kadarnya.
Bangkitlah dari Tidor itu kata para-para penyair yang ada sejak dahulu belum kita adapun lagi, dari telinga ambe mengarah ke Barat, hingga ke Timur..bahkan berzaman-zaman walhal Para Wali tlahpun menyeru masyarakat Hindu ketika itu untuk "Bangkit lah dari Tidor" melalui lagu Lir Ilir..
kerana kitalah masyarakat yang pra matang kadarnya,
yang cepat bertindak mengikut prasaan tetapi tidak ada realistic value untuk digabungkan, kita bergaduh kerana untuk mengangkat Ananiah sendiri dan kemenangan kita raih adalah untuk menyenangkan tidor kita seorang diri sahaja sementara orang yang kita sakiti tidak mampu tidor lena diatas dasar memikirkan kesalahan yang seperti tidak boleh diperbaiki lagi.
orang contoh yang tidak makan dari di critique, tidak boleh disentuh kerana Ananiah kepada Achievement yang bukan daripada kita datangnya tetapi Allah jua kembalinya.
Dah tahu perjalanan itu tidak ada masa untuk kita main-main lagi, kita buang masa. Facebook kita hanya diwujudkan untuk lihat berapa ramai Like agar kita rasa selesa bahawa "oh, memang aku tidak sendiri dalam hal ini yang setuju"..mengapa tidak kita sampaikan apa patut sebaikmungkin kerana itu adalah shortcut sebenarnya untuk tidak lagi kita usahakan berjalan dan ajak fikir lebih realistic dan mature. Kalaulah anda tidak percaya maka google lah dan lihatlah berapa ramai para Artist hingga ke Pemimpin sendiri yang agak "terganggu" kerana kata-kata Jujur yang dikhabarkan?
tidak perlu dari ambe terangkan pun kerana semua mampu berfikir sebaiknya, tidak perlu mengarahkan itu ini lagi kerana sudah ramai mula celik pada kewujudan Allah yang berserta kepada mereka yang benar Sabar.. satu demi satu, Demokrasi diruntuhkan dan digunakan Demokrasi untuk diruntuhkan.
Hairannya apa sekarang ni?
cuma maseh ada antara golongan kita yang fikir ianya relevant untuk mengecilkan puak-puak yang ada, kita mengecilkan sendiri kebesaran Allah taala dibawah prilaku sendiri yang gemar pecah belahkan puak besar kepada suku-suku lain pula. ambe tidak katakan ini didalam context Politic sahaja tetapi cukuplah kita lihat community kita berkampung pun tidak seperti dahulu, yang amal hidup ber jiran, jangankan jiran tak kenal jiran..saudara tidak kenal saudara sendiri yang sedaging pun ramailah kadarnya..bergaduh pasal harta kita belum bentangkan lagi..lihatlah kenyataan kita yang tinggal dibumi yang kaya tetapi jiwa kita???
Childish!
Bangkit dengan jiwa yang luas, bukan bebas. kerana kita di Dunia tetaplah didalam Penjara..kalaulah kita ini mengaku seorang Mukmin.
bahagi yang lupa maksud Mukmin. ia bermaksud Pemerlihara. di "Pinjam" dari nama Allah Al-Mukmin..kita yang terkenal sebagai Bangsa hari ini yang pemusnah, boleh kah kita "Pinjam" atau kalau tidak boleh pun, "perlihara" lah nama baik Allah dan Rasulullah..bukan nama Keluarga mung aja.
sebagai alunan kesedaran yang ambe fikir tepat untuk terangkan keadaan kita, cubalah faham lyric dan dengarkan lagu dari Dream Theatre bertajuk Sacrificed Sons.
seram dengan kenyataan? ubah lah, BANGKIT lah dari pemikiran yang sekecil zarah yang orang yang maseh belum achieve apapun kecuali bercakap banyak. itulah dari ambe dari antara yang adanya memberitahu dan membebel seperti lelaki yang sakit haid.
dan oleh kerana ada yang berkata Miniscule itu salah ejaannya kerana mendakwa adapun katakan Minuscule. ketepikanlah terlebih dahulu, biar SEBUTan itu benar. bagaimana anda nak sebut dengan betul? anda sudahpun membaca dari yang paling atas sebelum anda berakhir disini.
HKM