Monday, June 11, 2012

MULUT yang MALAS dan BISU


dalam menyelami maksud sebenar dari tajuk utama demikian, tidaklah daripada diri ambe ini mengaku bahawa ambe sudah kenal maksud itu bahkan apa sahaja barang yang di proclaimed akan itu, ambe sendiripun terasa bukanlah hak ambe untuk mengaku..tujuan penulisan ini walhal untuk ambe telanjangkan apa sahaja bentuk macam fikir yang ada agar harapan itu kita tidak lagi terasa bahwa ini aku punya atau itu aku punya sedangkan hakekatnya kita pinjam sementara sahaja.
Suatu masa nanti, tangan ini akan berhenti menulis kerana keterbatasan kita sebagai Manusia. mungkin sahaja mulut menjadi bahan pengantara menyampaikan apapun barang hajat kita, baikpun dari sudut perintah, minta, bincang ataupun bicara..hingga satu saat kita dibisukan juga.
ambe dibesarkan bersama seorang Atuk Saudara yang dahulukalanya bersama keluarga yang kami panggil "Tok Aim" singkata dari Ibrahim, yang juga adalah salah seorang Manusia yang tlah diselamatkan Allah untuk tidak mendengar sebarang fitnah atau hal tidak baik..kerana beliau adalah Pekak dan dinaungi Allah untuk jadi orang yang tidak berkata apa-apa kerana kini beliau adalah orang yang Bisu.
diceriterakan oleh bonda ambe, Tok Aim ketika usia 3-5 tahun boleh bercakap walaupun sudah menunjukkan petanda bahwa payah juga bahaginya untuk bersuara kerana lidahnya yang pendek, tetapi di asbabkan Demam Panas yang mungkin sahaja menjadikan beliau kekal Bisu dalam berkata-kata seperti kita-Wallahualam.

Namun apa yang ambe hendak sampaikan dari kesah pendek ini cumalah menyadarkan kita bahawa kita sebenarnya serba terbatas belaka. kalaulah kita satu masa kagum dengan kepetahan kata-kata Adiputra yang cilik tetapi bijak, Allah taala tetaplah akan datangkan kepada kita dengan penciptaan yang lebih baik daripada adik Adiputra yang dianggap genius. Bahagi ambe, semua kanak-kanak itu memang genius, kerana satu-mereka bebas daripada pengaruh pemikiran bukan-bukan yang complex seperti kita, mereka jelas disabdakan Nabi bahawa mereka ini adalah Ahli Syurga. Andaikata ajal anak-anak yang belum mumayyiz tiba, majlis Tahlil atau Doa untuk meminta Allah ampunkan Dosa buatnya pun tidak perlu. Menunjukkan betapa suci nya mereka, sehinggakan orang Melayu dahulupun sudah mengibaratkan kepada kita bahawa anak ini ibarat selembar kain puteh yang menanti untuk dicorak atau dicoretkan. Kitalah penentu mata Pena Hidup bagaimana akan jadinya anak-anak itu dimasa akan datang nanti, jika ada berkata "tidak juga" maka mungkin sahaja kita tlah menjadi sebahagian subahat menjadikan anak kita itu nanti siapa berdasarkan suasana seperti apa kita sudah campakkan dirinya atau keadaan bagaimana kita membesarkan mereka.
Sebab anak hanyalah Recorder yang Play atau Mainkan kembali tingkah laku kita kemudian hari. sementara kita hanyalah makhluk yang belum sedar diri bahwa keterbatasan itu adalah yang tetap ada.

Kalau Kesabaran Allah itu sangat Maha kadarnya, kita maseh failure kepada Kesabaran kerana membenarkan Amarah bertakhta sebagai Ibu Hati kita, kalau Kemurahan Allah itu sangat Maha Pemurah atau Rahman kepada sesiapa memberi Nikmat kepada sesiapapun tidak kira yang kafir,fasiq atau yang freethinkers bahkan kita yang sama Agama, kita maseh orang yang suka berkira pada pemberian yang datang dari pinjaman juga padahal. terbukti bahawa kita cumalah yang Sombong. Sombong bila dah dapat Nikmat yang berjuta-juta bilangannya, Sombong bila dah tahu Ilmu sedikit tetapi me-limited edition kan hak Allah..paling patut kita bimbang adalah mungkin sahaja satu masa Allah taala mampu berlaku Sombong kepada kita kerana kita pernah berlaku Sombong pada orang hingga membuat orang pun naik meluat daripada prilaku kita yang penting diri.

Bercakap mengenai hal Sombong, ambe teringat kembali kepada perkara yang sudah berlaku setelah ambe bernikah sejak bulan March kelmarin.. Rasa-rasanya bukanlah ambe seorang pun yang mengalami scenario sebegini, tetapi masaalah perception kita selalunya begitulah. Bila ada perubahan, kita anggap Sombong pada yang berusaha untuk berubah kepada hal yang lebih baik dari sebelumnya.
Hairan sungguh kita yang dikelilingi oleh mentality sempit, yang bukanlah datang dari kalangan yang tidak solat, tetapi ajar diri bersuudhzan atau buruk sangka terhadap orang lain. Bahagi ambe, mungkin sahaja betul lah kiranya untuk dikatakan apapun kepada ambe. Itu apa yang dipancarkan kepada mata kita yang mungkin sahaja dah punya masaalah hati kepada orang tersebut awal-awalnya. Tetapi kepada mereka yang benar kenal ambe dengan muka sebegini, memang dah terlampau masyhur sangatlah dengan dikata Sombong pun. Bahkan ada yang cerdik suruh ambe ubah sedikit kening ambe untuk tidak menunjukkan raut yang Sombong. Ataupun mungkin sahaja benar sama sekali Sombong itu ada dari ambe, kerana ambe begitu keras hatinya tidak suka sama sekali menyusahkan orang kerana ambe semata-mata.

Maka masuklah kita kepada Peristiwa hari Majlis Walimatul Ursy ambe yang baharu sahaja selesai segalanya. Yang memang dari berbulan sebelumnya ambe memang hanya mahukan sebuah Majlis Makan sahaja kerana kita sudah selesai bernikah dengan kadar yang sangat sederhana. Tetapi hal ini mungkin tidak kita endahkan, mengikut lumrah selalunya orang buat pada hari Majlis Kenduri Itenary nya adalah "grand" atau "elegant" dan seterusnya.. Obsession utama kita dalam meranapkan Wajah Keluarga yang sedang diusahakan, kita terperangkap dengan Ideology Ke Melayuan yang terlampau banyak tolerate dengan masyarakat yang tlah mengambil Hindu sebagai Agama padahal ianya bukanlah Agama pada asalnya. Maka berlakulah hal-hal Adat yang sedikitpun menyusahkan orang lain kepada suatu perkara yang sangat complex tanpa mengambil sedikitpun masa untuk pertimbangkan pihak lain, seumpama kesah adapun berlaku dalam tempoh sama pada Sepupu ambe yang hendak bernikah dengan orang Melaka hingga terpaksa consider kembali sama-ada perlu dicari option lain ataupun tidak kerana Adat demikian lebih menyusahkan pihak Sepupu ambe yang memanglah disumpah "Tengku" tetapi bukanlah yang Kaya Raya untuk bayar "Tol-tol" yang dikenakan oleh pihak perempuan sebelum sampai ke rumahnya. Duit memang bukanlah hal hari ni, cuma Duit yang benar Halal itu payah kita ndak sediakan dalam kadar yang demikian singkat.

Mungkin kalau ambe kata begini akan ada rasa ambe ni Anti Melayu, nanti dulu sebelum berkata demikian kerana ambe maseh belum selesai, mungkin sahaja dahulu adalah relevant nya kita apply untuk kita fahami bahawa Perkahwinan ini bukanlah perkara mainan, Hendak Seribu Daya, tak ndak Seribu Dalih..maka kita usahakan bersama-sama agar tercapai perkara itu, tetapi hari ini kalau ndak kita buat begitu, dari Niat yang baik pun boleh jadi Niat yang kurang elok, maka perkara lebih dahsyat dari itu terjadi.  Dan andai ada pula ndak berbahas jawab, "Itulah kelebihan Niat yang tetap dihati" mungkin ada benarnya, namun kita tolak belaka dan simple atau ringkaskan sepertimana apa Nabi kita perintahkan, adakah Nabi suruh kita ikut berapa dulang hantaran perlu dihantar dan berapa mas kahwin untuk dihebahkan? atau berapa belanja ndak beri itu semua jadi perkara Wajib? tidak juga, kerana yang ambe difahamkan Nikah hanyalah dimulai dengan Risik untuk ambil tahu siapa orangnya, Pinang untuk sampaikan hajatnya, andai setuju maka dikira bertunanglah, akhirnya setelah bermesyuarat akhirnya disepakatilah akan tarikh Ijab Qabul bahagi menyelesaikan Penyakit Jiwa yang ditanggung pasangan  yang tersebut. Mas Kahwin itupun tidak mewajibkan ianya dalam bentuk Wang, bahkan zaman Sahabat pun cuma hadiahkan Pedang atau Peralatan Perang yang ada sahaja untuk dihadiahkan untuk dijadikan Mas Kahwin. Pokok yang utamanya perkahwinan itu diringkaskan dan mempermudahkan agar mengelak dari berlakunya hal terlarang atau yang memudharatkan, ingat bahwa daripada anak haram itulah potential tinggi kita menghimpunkan lebih ramai lagi tentra Dajjal.

Apa lah salahnya jikalau kita mempermudahkan anak jikalau kita benar Kasehi anak-anak?

ambe bukan berniat untuk kita tanggalkan seluruh pakaian Jasad kita yang ditakdirkan menjadi Melayu, bahkan tidak pula mengajar anda untuk memperamaikan lagi pesta "menunjuk-nunjuk" bahawa kita ni Islam sangatlah. Tetapi ajak para pembaca consider bahwa adakah dengan berpakaian Jubah, berserban atau berketayap itu pakaian Arab sedangkan ianya asli datang dari Nabi Ibrahim. Apabila kita ikut, apakah maksudnya kita Lupa bahwa kita Melayu?
Hang Tuah dah berkata, Takkan Melayu Hilang Didunia, bagi fahaman ambe yang kurang sejengkal ni. Melayu memang tidak akan Hilang kerana apa yang ada pada mereka merangkumi segala ciri  bangsa di Dunia yang ada.
Jikalau maseh kabur dengan itu, cuba tanyakan apakah ciri khas Melayu yang ada sebenarnya? kita tidak ubah hanyalah anak bongsu yang paling akhir wujud buat Dunia. Dari Arab kepada Cina kepada India akhirnya disatukan belaka wujudlah dikatakan Melayu, dari kuat dipengaruhi gaya hidup Hindu yang menyembah Jin-jin akhirnya kita terima Islam di Nusantara yang datang dari mereka yang menunaikan atau merealisasikan apa yang Rasulullah pernah sabdakan iaitu akan ada para-para wali bangkit disebelah Timur sana dinegeri bawah Angin namanya...disuruh Islamkan maka hingga hari ini adalah buktinya.
Melayu itu salutan luaran kita kerana Agama kita simpan didalam untuk diresapkan pada Roh untuk kembali berIman.

ambe pilih Nikah untuk tidak menjadi Melayu lagi kerana ambe utamakan Agama. kalau ada yang hendak perlekehkan atau men synical kan diri sendiri, silakan. tetapi itulah pendirian ambe. Pernikahan ambe adalah untuk dedicate Hidup ambe buat Agama hingga suatu masa nanti mudah-mudahan kita semua kembali berAgama bersama-sama. dan kerana Isteri ambe yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan anak-anak ambe nanti, berilah Agama yang paling Cantik buatnya maka ambe berdegil jualah pada hari Majlis baharu ini dengan menyuruh Sahabat Mulia ambe pakaikannya "Zirah" untuk menghadapi Dunia akan datang. itulah Niqab, yang dahulunya ambe anggap ianya kolot, namun setelah ambe sedar bahawa Isteri Nabi Muhammad pun bahkan ditutupi segala anggotanya sehingga wajah pun disembunyikan disebalik Hijab. dan kerana itu Isteri Nabi hingga hari ini dihormati oleh mereka yang peduli pada Keluarga dan Kerabat Baginda.
Wanita mungkin kita boleh katakan "Hiasan Dunia"..tetapi apakah Hiasan itu layak daripada ambe jadikan ia Pameran dimata orang Asing sebelum mendapat Pandangan dari Allah dan Rasul terlebih dahulu?
ambe maseh jauh perjalanan untuk kembali, kita tidak tahu satu masa kita tersimpang dimana atau tersesat jalan dimana hingga kebuntuan kita menyebabkan kita kekal di Neraka-Nauzubillahiminzalik. Dah tahu itu maka ambe akur dengan memberikan persalinan yang terbaik buat Isteri yang hendakkan dirinya disayangi, kalau tidak suka makanya mungkin itu bukan lagi salah dari ambe kerana tidak sayang. Bahkan menjawab Ijab Qabul itu sendiri Akad ambe dan janji ambe kepada khayalak keluarga untuk berikan yang terbaik dan sedia memikul beban si Isteri sepanjang hayatnya.

dan ambe tak tahu lah samaada ditempat belajarnya itu menerima Isteri berNiqab atau tidak, apapun ambe akan tetap mempertahankan biarlah sekolotmanapun hendak di percept kan.

hanya consider, bukankah Rahsia yang Wujud itu cukup buatkan kita faham bahawa ia sangatlah Istimewa?
satu masa para Sahabat pun Haramkan sesiapa lukiskan kembali wajah Rasulullah. kerana apa?
menunjukkan betapa Istimewanya dirinya Baginda dan Agama yang diajarnya..pada yang pernah bertemu Rasul baik didalam mimpi, hanya empunya sahaja yang tahu.

adil atau tidak "memenjarakan" kecantikkan itu atau mengehadkan kepada pandangan orang ramai?
bukankah Dunia itu sendiri pernah diibaratkan sebagai Penjara bahagi setiap Mukmin?

sepertimana ambe sendiri pernah bergaduh dengan pensyarah hanya kerana issue Janggut, itu bukan hal Political tetapi perihal Pegangan kita dalam cuba praktikkan sedikit Sunnah Baginda untuk memahami itu cukup buat ambe pejamkan segala pendengaran atau penglihatan kepada Manusia yang sememangnya payah untuk menerima perubahan ke arah yang kita usahakan terbaik, demikian sememangnya adalah Tribulation.

Mulut Bekerja adalah mulut mereka yang tlah lalui sendiri betapa payahnya buat sekecil-kecil perkara demi Agama, itupun belum lagi banyak hal lain yang maseh belum terlaksana..sedangkan baharu ndak cuba beriman, belum lagi beriman sepenuhnya atau sesukunyapun lagi. Ambe sendiripun menyampaikan hal Kerja didepan orang atau berucap dihadapan orang pun maseh menggeletar kerana bimbang yang amat tersalah cakap atau termengaku dah buat apa yang ambe belum buat.

sementara Mulut Berkata, begitu banyaknyalah yang ada...semua boleh kata apa yang mereka fikir hendak katakan yang datang dari Hati mereka yang Busuk ataupun Wangi, Kotor ataupun Bersih..Hairan ambe hingga hari ini kenapalah sesama Agama pun kita maseh ada Masaalah yang belum terlesai, sewajarnya Nasihat dan Bantulah Capai Hajat Sahabat yang ada keliling kita, yang salah cara Solat, perbetulkan, salah berkawan..Nasihatkan, bila susah..bantulah, sakit..rawatlah. Tetapi hari ini, kita yang tega menyakiti Hati sesama kita yang mengaku Tuhan itu Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah.

disebabkan itulah ambe berkongsi disini dalam kadar yang adanya. explain dengan penulisan dengan harapan kita sepakat untuk tidak lagi obsess pada perkara kita pun tidak faham sepenuhnya, dan berhijrah membantu permudahkan urusan orang lain agar menjadi asbab kebangkitan diri yang sebenar kita yang disembunyikan.
BerAgama bukan bererti kita lupakan siapa kita, tetapi memberi kan yang terbaik demi Bangsa kita yang Akhir ini. itu sahaja menurut apa ambe sudah lakukan, walaupun agak geli sedikit, tetapi demi memerlihara hati orang-orang yang keliling kita sayangi sebaik mungkin. berbuat jualah sekalipun.
walaupun dipaling hujungnya, ambe ada pegangan ambe terhadap Agama Rasul. bukan ambe punya dan bukan kita punya untuk pinda sesuka hati ikut panduan fikir akan kurang sejengkal kita.

ambe ulang, Islam adalah Agama Rasul..ia Amanah buat kita dan adakah Amanat itu kita kembalikan pada diri mereka yang rindukan mengenali Roh yang sebenar Insan yang perlu diBangkitkan?

Bekerjalah dengan Mulut dengan memerlihara Janji-janji kita bentangkan dari mula buka Mulut hingga ke penutupan Akhirnya. jangan jadi seperti ambe yang tahu menghasut pada Kata-kata.

HKM