Monday, June 18, 2012

MURID yang serba KURANG bela dan pandai mengAJAR

disuatu masa yang adapun para penjelajah menyangka bahawa Dunia ini sebenarnya rata bentuknya,
kemudian berjalanlah mereka dari satu punca kepada punca yang lainnya,
dan mendapatlah jawab itu bahawa Bumi yang dipijak ini sebenarnya adalah Bulat Rupanya, sama sahaja seperti Bumi Panas yang kita namakan ia Matahari, dan Bumi yang Sunyi yang kita gelarkannya Bulan.

Didalam memerhati jauh lebih ke dalam lagi, kesah men-theory akan ciptaan itu untuk mengenal sang Khaliq sebenar diabadikan dengan kesah Nabi Ibrahim alaihissalam yang pernah mengandaikan "Tuhan" itu adalah Matahari dan Bulan pada period yang sebelum dan selepas kebenaran itu disaksikan kepadanya oleh Allah. Mungkin sahaja ada logic nya bahawa memang pada dasar fitrah kita pun tahu bahawa kita ada sense of relying atau bergantung kepada sesebuah sebab untuk maju ataupun mundur, maka itulah alasannya kita mencari Tuhan. yang logic kepada pemikiran, diterima Akal menurut sangkaan dan bahkan ada tempat yang Istimewa didalam Hati.

Hakikatnya kita sedar bahawa kita lemah, kerana selalunya perbuatan itu membuktikan kelemahan kita, bahkan perkasanya Si Badang, suatu masa Ajal menjadi Kuasa Taqdir yang tidak mampu oleh sesiapapun ingkar..kerana order tersebut datang dari Pencipta itu sendiri.

dalam mendalami Ilmu Ketuhanan, harfiah "Ke" itu sendiri adalah arah, samaada anda memilih untuk KE-Hadapan, KE-Belakang, KE-Kiri, KE-Kanan, Ke-Atas ataupun KE-Bawah. ia adalah semacam indication merujuk arah kita itu dimana sebenarnya kedudukkan sekarang kita ini.
kemudian harfiah makna "Tuhan" itu sendiri adalah dari Sansekerta, sebuah bahasa yang wujud selari dengan era Hinduism. Tuhan bermaksud Kuasa, yang lebih dari yang lain adanya.
idea Ilmu Ketuhanan itu sendiri secara dasar mengajak kita baca arah kita tuju, dan persoalan kepada kita "ke arah mana kita paksikan jalan itu?"

Kesah Nabi Ibrahim alaihissalam sendiri contoh nilaian Usaha untuk cari dan kenali "Tuhan" yang sebenar, baginda lebih dari bergerak terus kehadapan dalam berusaha mencari Tuhan, baik dari Physically atau Mentally walhal Ayahnya itu pembina Berhala yang melambangkan "Idols" atau "Idle" Dewa-Dewi yang dianggap orang ketika itu adalah Tuhan. Mungkin sahaja fahaman Nabi Ibrahim alaihissalam dicerahkan dengan hidayah Allah bahawa "jika itulah Tuhan, mengapa ia tidak berganjak kemana-mana?"..apakah Tuhan itu static ataupun sibuk sebenarnya?
andai Tuhan itu yang sentiasa berusaha menunaikan apa sahaja barang yang dibutuhkan makhluknya, sudah tentulah Tuhan itu sangatlah occupied dengan kegiatan yang ghaib tiada siapa ketahui kecuali diriNya.

dan hari ini setelah kesah Nabi Ibrahim itu jauh dari selesai, kita sudahpun ketahui dan fahami bahawa peranan yang dipikul oleh Khatamul Rasul iaitu Rasulullah sangatlah sibuk dan busy dengan pelbagai tugasan-kerana itulah peranan sebenar Khalifah. Akhirnya melenyapkan andaian bahawa Tuhan Allah itu boleh berada dimana-manapun kedudukan yang Dia kehendaki, samaada Maha Sibuk atau pun Maha Santai..kerana semua ini CiptaanNya..kita tidak perlu digusarkan untuk memikir kan "apa Tuhan sedang buat, atau bagaimana Tuhan mengurus tadbir kerajaanNya" kerana keterbasan kita yang hanya mampu melihat apa yang dihidangkan kepada mata sahaja, menunjukkan bahawa kita sendiripun maseh didalam status order yang di berikan.. bukan yang memberikan. kalau kita mendakwa diri kitalah yang memberi, maka kita maseh gagal untuk buktikan bahawa Allah itu lebih Rahman.

namun apa yang ambe ingin ketengahkan adalah bukan Ilmu Ketuhanan, kerana daripada diri ambe sendiripun maseh banyak kekurangan untuk berani claim apapun..sekadar berkongsi kepada yang ramai apa yang sedang menari dalam benak fikiran ambe sahaja mengenai KeAgamaan, kerana kita pun tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah, berapa ramai yang adapun tersimpang diperjalanan dalam mengertikan Muhammad bin Abdullah hingga ada yang mengakui dirinyalah Rasul atau sebagainya, itu biarkan ketepi seketika..yang lebih baiknya kita cuba sahaja amalkan apa luaran yang adanya untuk baiki diri yang sebenar, yang in-fact bila kita tengok kematian demi kematian, se handsome atau se seksi manapun Manusia ini boleh jadi dihadapan mata kita, semua itu ditinggalkan. Pakaian Mahal hanya Bangkai kepada Makhluk, Kebendaan yang kita punya pun semua nya Bangkai belaka bahkan didalam peninggalan jenazahpun meninggalkan sisa-sisa Najis yang keluar dimana-mana sahaja, kerana system tubuh sudahpun malfunctioned sepenuhnya..

Point disini hanyalah cuba merapatkan lebih lagi pengertian kita kepada mengenali diri sebenar kita, yang didalam kita, yang perlukan Ilmu yang lebih bermunafaat untuk digunakan sebagai kerja kita sementara Masa Hidup diberikan..yang mengharapkan Perasaan yang lebih berquality buat jiwa kita dan alasan itulah kenapa Cinta itu dicari-cari..tetapi tidaklah menjadi alasan mengapa luaran kita secara Syariat ini dilupakan, kerana itu istilah "Mukmin" itu diabadikan bersama orang Muslim yang Islam. Mukmin yang datang dari Nama Allah yang Maha Memerlihara. Maka perliharalah apa yang ada bersama kita, hubungan ataupun pekerjaan kita sama sekali.
Habluminallah akan failed disebabkan Habluminanas kita lupakan..jangankan pula hubungan kita dengan Mahkluk yang lainnya pula.

Tasawwuf yang diertikan kalaulah kita rujuk keseluruhan yang adapun dari Pra Sejarahnya hanya mengajar kita menidakkan eksistensi diri kita,maksudnya adalah Nilai yang perlu untuk kita berdialog kepada diri sendiri dalam Tawajjuh kita, bukannya menidakkan kegiatan kita. Tujuan yang ambe yakini adalah ia untuk menjadikan kita lebih optimis terhadap kewujudan kita yang maseh diberi peluang untuk hidup lagi, hari demi hari. Gunakan Privillege untuk gain atau pertingkatkan maksud sebenar Insaniah, iaitu sekadar Hamba Sahaya, yang cuba berusaha untuk mendapat perhatian Pesuruh Allah, bukannya mengaku menjadi Pesuruh Allah dengan bangganya.

Akhirnya disini, kita bukanlah yang mencari kebenaran untuk kita sahaja, tetapi mengajak yang lebih ramai itu untuk bersama kita, Agama dicipta bukan untuk membidas pada dasar nya tetapi menundukkan Nafsu bahawa cara kita Hidup ada Laws yang tersendiri. Kalau Ubat letaknya di Pharmacy, bukan kedai Hardware. Kalau Pokok diatas tanahlah adanya, mustahil lah Pokok itu ditanam diatas awan-awan kalau kita fikir dengan realistic nya lah.

Tujuan ambe kemukakan Sejarah rupa bentuk Bumi yang disangkakan oleh orang terdahulunya begini dan begitu adalah untuk kita renungkan seketika, apakah dengan andaian kita sahaja itu membenarkan perkara? ada masanya mungkin effective dan selebihnya lebih effective jika kita langsung relate kepada Allah sahaja, kerana kita bukan yang berhak untuk rasa-rasakan itu dan ini, iaitulah pengajaran Aqidah kita yang dominan mengiyakan kewujudan Tuhan yang sebenar.
dan apakah simbolic kepada bentuk itu adalah bidang ambe sedang pelajari iaitu mendalami rupa sedalam mana mungkin, itulah moral menjadi Designer, tidak kiralah Design apapun kita tetap tahu bahawa Bulatan itu Simbolic kepada nilai Unity, yang kalau pergi ikut landasan itu, anda akan bertemu permulaan yang sama juga dan kadar nilai yang kita andaikan bahawa sebanyak manapun bilangan Wang adapun, angka "0" itu jugalah yang menaikkan martabat Nilai tersebut menjadi lebih berNilai.

sebentuk rupa, tidak mungkin tercipta andai tiada titik pada awalnya, maka titik demi titik disambung menyerupai semacam garisan. Diatas kita lah di Dunia Tuhan beri peluang untuk mengetahui makna Tiada awal dan Tiada akhir mengenai Tuhan yang sebenar. Sejarah sudah membentangkan kepada kita kepelbagaian akibat kesan dari risiko yang diambil sebagai moral values kepada kita agar lebih meng execute kepada hal yang lebih bijak untuk dibuktikan disini, tetapi visionnya harus meluas dan melebar menghala ke sana. dan bila dikatakan orang se species seperti ambe yang terlibat dalam seni Reka Bentuk, bukannya kita ini yang Tuhan yang cipta garisan tersebut diatas kertas, tetapi yang mengizinkan gerak laku itu Siapa patut kita tanyakan. Dari terjemah Jiwa kita pada Pena terhadap Kertas hingga Tajalinya ia nyata di atas bumi sebagai Product tidak kiralah anda mereka bentuk botol air ataupun bangunan atau apapun. Akhirnya kita perlu ingatkan bahawa itu semua datang dari Allah juga, dan seperti mana ambe dilahirkan bersama seorang ayah yang Arkitek yang membina Masjid Terapung atau Muzium atau Stadium "legend" dikenali dengan nama Stadium Runtuh hari ini, ambe faham bahawa tiada pride atau kebanggaan pun beliau hendak lahirkan kepada dirinya, jika itulah tujuannya..mungkin hari ini beliau pun terlibat dengan hadist Nabi yang berkaitan dengan orang-orang yang bermegah-megahan dengan binaan mereka.

Dari mata turun ke hati, beliau hanya buat apa yang mampu untuk beri penghormatan kepada kerjanya, dedication dan devotion beliau terhadap minatnya agar apa yang tlah di lukiskan itu menjadi munafaat kepada yang lain, samaada pergi Masjid untuk beribadat ataupun ke Muzium untuk memperoleh Rujukkan yang berharga, atau hidup selesa dibawah rumah yang lebih ergonomic. Raja Bahrin yang ambe kenali adalah orang yang sangat humble, tidak sombong dengan design nya bahkan dia tahu semua itu tidak mungkin tanpa izin Allah. Dalilnya berada pada tanggungjawabnya sebagai Ayah hingga ke hari ini. Menunjukkan Kitaran Hidup itu sendiri menentukan kita ini siapa dan bagaimana. Jika dari first dot kita dah niatnya tidak baik, maka buruklah semuanya..tetap pengajaran dari Pihak Allah diperintah ajar kita dimana silap dan salahnya kita.

Bulatan yang kita diami pada Bumi ini, dan Alam ini berdasarkan garis paksi putaran semuanya adalah membentuk semacam bulatan. Jemaah haji atau umrah yang tawaf, apakah kita tidak sedar bahawa kita maseh berada didalam Putaran Bulatan yang sama landasannya?
Itulah concept Agama yang sebenar mengajak kita untuk BER-Agama. dan apa yang membosankan ambe hari ini adalah betapa commonnya POV kita yang sentiasa Static dengan Ego kita, belajar Agama untuk rasa diri dah baik maka tidak perlu kenal orang lain hanya bergaul dengan sama puak sahaja. dan apa yang menghairankan ambe adalah mereka yang maseh berjiwa Judgementalist dalam BER-Agama, maksud ambe..come on lah, belajar Agama ni untuk bezakan keterbatasan kita dengan orang atau keterbatasan kita dengan Tuhan?
Kita patut Universal dalam Hidup kerana Universal lah memperluaskan Alam ini..Kalau kita sempitkan fikiran kita terhadap satu macam cara sahaja, kita bukan makhluk yang optimis..kita bahkan fail untuk buktikan pada mereka yang bukan Islam bahawa kita ini pembawa Nilai yang Practice what we Preach, Doa dan Usaha-itu hubungannya yang everlasting.
Adik atau Abang, Ibu atau Ayah, Datuk atau Nenek, Cucu atau Cicit, Kawan atau Sahabat..ada yang amin dan ada yang doa kan.

Akhirkalam kali ini, istilah "Tuhan"sememangnya ramai salah gunakan, hinggakan ada kepercayaan yang ada pada zaman dahulu yang dinamai Agama Taslim pada tahun 1946 di Johor rasa "Tuhan" itu adalah yang berada didalam Jasad Manusia. Ambe engganlah mengulas mengenai fakta yang dikatakan dan diceritakan mengenai ajaran tersebut kerana mata yang sebenar ni pun tak berada pada zaman tersebut, namun biar sahaja lah apa berlaku diluar itu dijadikan contoh.
Kita Roh yang Insan pun mengalah kepada Tuhan kerana Yakin Wujudnya Tuhan yang sebenar, mengapa kita pula yang ndak perasan Tuhan dengan mengaku Tuhan atau Pesuruh Tuhan sedangkan kita ini lebih elok buat ajalah kerja yang disuruh Pesuruh Tuhan.

kalau kita fikir cari Jawapan, yang ternyatanya Jawapan itu sudah berada didalam Quran ataupun Hadis, kalau kita banyak mengulas sepertimana ambe yang cakap banyak ini..buruklah padahnya, kerana ambe berada didepan laptop menulis, yang belum tentu seluruhnya betul dan benar pun..dan bahkan menjadi tanggungjawab ambe di Akhirat tanggung kesalahan menulis ini,
 sementara anda membuat kerja yang pertama diperintahkan oleh Allah kepada PilihanNya sepertimana yang kita tahu, Surah Al-Alaq..iaitulah Iqra! pada mukadimah ayat pertama.

membaca itu tidak mesti di buku, tetapi bacalah Hidup yang tergambar didepan mata kita secara amalinya. belajar tidak mesti ke sekolah, kerana sekolah hanya mencari Ijazah sahaja. Ijazah yang kita punya pun belum tentu Rezeki kita bagaimana, kerana fakta nya Rezeki itu dari Allah semata-mata..sudah dijamin diatas Lauh Mahfudz lagi ditempat-tempat yang penuh misteri yang hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak bermakna kita tidak perlu berusaha kerana Allah pun menyuruh kita berusaha mengubah nasib kita sendiri..
Guru membuka Jalan kita, meninggalkan Guru demi Guru mungkin dianggap kurang ajar ataupun lupa daratan atau sombong atau seumpamanyalah oleh anak murid yang lain. Itulah "Tribulation" bila kita inginkan Berubah memberi fungsi lebih bermunafaat dimasa akan datang nanti jika diberi peluang. Dan kita berjalan dalam kehidupan manapun, bukan untuk menjadi siapa yang kita ndak, ambe bahkan geli dengan gelaran nama yang disumpah ini. Kalaulah boleh, hendaklah ditanggalkan semuanya jadi orang yang lebih rendah dari biasa lagi.

dan ayat kedua surah Al-Alaq pun menyusuli untuk menyedari hal nama ini, kerana Allah tidak suruh mereka sebut nama mereka..Ataupun mereka yang dipinjamkan untuk letak nama Allah pada dirinya seperti Aziz, Azim, Ghaffar, Hamid, Jabbar atau nama ambe sendiri iaitu Hakim bukanlah untuk rasa Tuhan itu adalah kita, tetapi menyedari hari demi hari bahawa Allah lebih Hakim dari ambe kerna ambe maseh belajar untuk mengenalinya diatas jalan Rasul tlah sediakan kepada kita semua.

Siapa hendak nama Raja ini? ambil lah, kerana peranan itu bukan ambe cari, cukuplah sekadar menjadi ketua keluarga kepada Isteri yang mungkin akan mendidik Anak-anak menjadi Product Agama yang terbaik. Selainnya biarlah kejadian itu menentukan disepanjang perjalanan hidup, terima qadha dan qadar kita bahawa ketentuan itu adalah dari Allah semata-mata. kita pilih jalan sahaja dan trima risikonya baik atau buruk.

Bangkitkanlah jiwa kita bahawa bila BER-Agama, biarlah Progressive dan sentiasa ada peningkatan didalam menyedari kekurangan kita yang banyak, Nabi ajak berAgama untuk bangkitkan Self-Esteem kita dalam mengimbangi kedua-dua belahnya.. kalau kita kata La Duni 100% itu ada salahnya, kerana Dunia juga adalah Pentas kita duduk hari ni, adalah lebih baik kita consider, duduk diam dan fikir..
kan lebih baik jikalau kitalah Jambatan antara Dunia dan Akhirat ini?
yang Promote Faith kepada berkaseh Sayang, bukannya membusukkan orang yang tahu Agama kurang-lebih macamana kita ketahui mengenai Agama. Share lah dengan elok, nak bahas apa lagi untuk tegakkan yang betul buat kita aja?

Rukun Islam ke Dua, Solat lima Waktu Sehari dan Semalam, tiap-tiap hari menjadi kewajiban kita..apakah dari situ kita pun tidak faham bahawa Allah taala sendiri sedang mengajarkan kita mengenai Discipline, Tanggungjawab, Kebersamaan dan akhirnya Progressive kita untuk senantiasa Improve dalam Hidup setelah selesai Solat?

anda nilaikanlah sendiri, kerana ambe hanya berkongsi sedikit pandangan ambe yang mungkin pra matang lagi untuk dikatakan berguna.
Hanya ambe jadi sedikit hairanlah, kenapa orang Agama hari ni lebih gemar amalkan kebencian untuk pecah belahkan sesama yang ada, walhal Tuhan yang sama juga kita cari.
dan bila dah belajar Ilmu sedikit mengenai Agama, jadi barang membenamkan orang lain, yang mungkin Tabligh, Tarekat, atau Syariat bahkan Makrifat.
Allah Maha Rahman yang ambe Kenali melalui penyaksian dalam Hidup dan Mati ambe sendiri, begitu sangat Maha Kemurahannya beri dan terus memberi..

Bacalah Surah Rahman, berapa kali Tuhan tanya kita; Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu Dustakan?

menunjukkan kita ni payah untuk appreciate dan sukar untuk anticipate pemberian Allah dengan sebaiknya, ada Akal kita buruk sangka, ada Hati kita busukkan sebusuknya.. itu kah kerja kita?

Jadi-jadilah, perluaskan pandangan kita kalau dah berada diatas..tak nampak-nampak lagi ke kerja kita ni banyak yang belum terlaksana?
ini bukan Politik tetapi Hak Generasi akan datang, kita selesa dengan status Raja, Bendahara, Menteri atau Pegawai tetapi anak cucu yang lain kita sendiri biarkan. bahkan lupa dari Sejarah bagaimana susahnya orang Melayu dahulu ndak pertahankan Agama menjelang Akhir Zaman ini.

Sudah-sudahlah "bangsa Bongsu", kita manja sangat dengan obsession "Apa hak kita ndak tuntut" atau "Betapa kuatnya kita dahulu"..fakta ataupun dongeng, tujuannya tetap terserah kepada kita buktikanlah untuk meyakinkan diri bahawa ia relevant, ini kita berbuat baharulah sedikit dah bising sekampung.. belajar Agama bukan beritahu aku buat benda baik, tetapi aku buat benda kurang elok maka aku belajar Agama untuk baiki..beri moral pada orang lain untuk belajar darinya,
bukan membela seekor menatang kita namakan Ego dalam diri yang malu mengaku salah dan suka mencari kesalahan orang lain untuk memenangkan kita..yang berak pun tak adalah wangipun, berdaki dan berbau hapak, yang disaluti Najis walaupun kita tutup dengan pakaian setebal manapun.

Lailahailallah..kalimah yang jelas menunjukkan Eksistensi yang sebenar hanya Allah, kita pinjam nama Nya dalam kerja hidup kita diatas izinNya apakah kita gunakan untuk menyatakan kewujudan kita atau Rasulullah?

kita maseh nobody andai ndak banding dengan somebody yang adalah Rasulullah.
tetapi kita lah yang cepat skeptikal dengan usaha orang yang cuba baiki perception orang awam tentang Agama. yang pandang semacam bila ada orang keliling cakap pasal Agama atau berpakaian Sunnah..tah apa-apa je.


BULAT-kan diri, apa ingin atau PERLU kita isi didalamnya?-menghukum atau membela?
padahal kita yang Tahu sesuatu ini dah sedar, betapa banyak lagilah yang kita tidak Tahu...eh, dah lupa?

itu bezanya nobody dan somebody. kita mudah lupa siapa kita yang sebenarnya.
terimalah bahawa budaya kita hanya tahu berDoa namun malas untuk berUsaha..dalam masa yang semakin suntuk, kita pilih untuk buang masa. dan anda sedang melihat salah satu contohnya. iaitulah penulis yang tahu berkata aja..tetapi berbuatnya hanyalah ditahap menekan keyboard.

Bangkitlah, jangan jadi macam ambe kerana hasutan ini membuang masa sahaja. dah lah tu, murid kurang ajar pulak..pandai-pandai pulak nak mengajar-Angin!


HKM