Monday, June 25, 2012

TELANJANG dan BANGKIT


tarikkan mata perhatian kita seringkali cenderung dengan persoalan yang agak berbaur lucah, itu umum lah bukan sama sekali ditujukan kepada orang yang jauh dari bidang keAgamaan malahan mereka yang devote hidup-matinya dengan Agama Rasulullah yang ada kini pun begitu cepatlah tersentap prasaan ingin tahunya tatkala terpampang kalimat atau keyword seumpama "Bogel" "Vagina" "Penis" "Zakar" "Faraj" "Tetek" "Buah Dada" "Ranjang" "Rogol" "Ghairah" "diNodai"  malahan "Telanjang"..dan secara judgemental-nya adalah biasanya kita akan membantah mereka yang menggunakan perkataan sedemikian dikhayalak awam atau dihadapan budak-budak yang dibawah umur. Itu dahpun jadi semacam trend kita bahagi mengesan "sesuatu" diatas rasa "curiga" yang dibisikkan oleh anasir jahat seperti Syaitan.

Padahal secara harfiahnya dalam rupa abjad, perkataan tersebut bukanlah aurat pun diatas himpunan penulisan, apabila disebut "Tetek, Buah Dada, Vagina, Penis, Zakar, Faraj, Pelir" itu semua hanyalah anatomical untuk merujuk tempat tertentu bahagi organ atau anggota tertentu yang terdapat pada setiap Makhluk manusia yang dibezakan jantinanya samaada Lelaki ataupun Wanita(salah siapa yang tidak ajar anak-anak yang Akhil Baligh dengan lebih proper?). Kalau di akhbar atau media cetak lainnya popularity yang laris pun menggunakan methode yang sama iaitu meletak Headline seumpama "Rogol" atau "Aksi Ghairah" dan seumpamanya dengan hal berkaitan agar ia laris. Terbukti bahawa keluaran itu paling banyak mendapat perhatian walaupun technic tersebut sememangnya jijik merendahkan lagilah martabat Manusia yang sepatutnya dimuliakan berbanding makhluk lain. Namun itulah fakta yang sebenarnya membosankan untuk sesetengah mengerti sesahih mungkin doctrine yang gelap kita sudahpun di hidang dan makan setiap hari.

Ambe tidak menolak kemungkinan besarnya bahawa ada yang ber reaksi "Apa lah orang ini tulis begini?" pada kali pertama melihat Tajuk ambe, sememangnya ambe sekadar cuba merubah perception kita kepada arah lebih waras yang tidak sahaja terima ketidak setujuan pihak anda, tetapi juga pandangan ambe juga wajar kiranya pihak anda pertimbangkan untuk tujuan penilaian.. Ambe menulis bukan menuntut sokongan malahan lebihlah menyarankan agar kita lebih realistic dengan idea "sokongan" yang sebenar iaitu tidak semua gambaran yang zahir itu menunjukkan kenyataannya, kita juga perlu ingat bahawa tiap perkara pasti ada kesahnya yang tersendiri, yang kitapun tidak tahu sepenuhnya maka kita tidak layak untuk claim bahawa sudah tahu bilamana pertama kali membaca tajuk tersebut. yang disiasat bukan untuk diketahui apa yang berlaku sahaja malahan apa intention sebenar atau Niat kita pada awalannya.

maka disini eloklah ambe jelaskan terlebih dahulu disebabkan kita ini tidak semua yang boleh terima, ada juga golongan "legendaris" yang sudah mula sensitive tidak menentu kerana di critic ataupun mungkin sahaja ada dari kalangan pembaca yang berstatus konon "clean & mean" tidak boleh terima pandangan orang lain kerana rasa dah suci dan jahat sangat dah.

sebetulnya memang, dari diri ambe sendiripun kurang setuju(pada satu tahap) penggunaan kata-kata ini perlu dijaga, barangkali mungkin sahaja menjemput semacam tarikkan kurang sihat yang kita anggap kerana perkataan tersebut adalah tidak berapa proper untuk disebut atau ditayangkan dikhayalak ramai.

sementara penulisan ambe sekadar tujuannya provocation kepada idea menarik perhatian anda terus membaca untuk ketahui apakah isi sebenar bahagi tajuk yang sedang ditelanjangkan ini?

baiklah, kita kata tajuk berunsur lucah sebegini tidak berapa properlah..
cuba tanya pada diri kita berapa banyak kata-kata yang lebih lucah mengguna nama Agama untuk membenarkan hal-hal yang lebih teruk memberi kesan terhadap masyarakat seumpama menyeleweng minda rakyat dari mengetahui hal sebenar? ini bukan sekadar hal Politic kulit luaran kita sedang hadapi bersama issue-issue pilihan raya tetapi lebih teruk mengenai soal kemasyarakatan kita sendiri, yang sama Forum perbincangan atau sama Club atau Commune atau Group atau Kumpulan atau Jemaah tetapi seperti cancer sedang merebak didalam satu Anggota yang sama.

Berapa banyak sesama kita bertelagah sesama sendiri hanya hendak tegakkan kebenaran sendiri demi kemenangan yang anti climax? ambe sendiripun menyaksikan bahkan pernah terlibat dalam hal-hal sedemikian hingga satu tahap pun dah naik Mual dengan sikap yang demikian akhirnya ambe fikir lebih eloknya tidak menjadi siapapun untuk berbuat apapun kecuali menilai nya dari luaran sahaja.. bila kita mendoakan penyelesaian yang baik malahan tiada siapapun menang kecuali Ego yang membodohkan kita kebawah dasar tanah. Kita bahkan antara mangsa kebodohan malahan kita inipun sendiri adalah punca kebodohan yang melampau. Kerana kita biarkan ia sendiri berleluasa..kalau kasar kata ambe untuk gunakan ayat "Kita" yang terlibat dalam punca kebodohan itu maka baiklah, ok..ambe tukarkan ia kepada "Ambe" seorang sahaja..

meskipun demikian, dizaman adanya kita yang serba kuat dari kecil usia hingga evolve meningkat usia jadi matang dan terus matang.. kita seolah-olah dalam diam Bangkit didalam gelapnya tidak tahu itu dengan kadar ber-Telanjang dikhayalak makhluk yang sedar betapa hebatnya sebenarnya Ability To Achieve dan the Will Power of Human yang Hakiki. Kalau tidaklah sehebat itu, kita takkanlah diberi peluang untuk memerintah zaman berzaman hingga hari ini walaupun pemerintahan kita ini tidak ubah membinasakan dan terus membinasakan lebih teruk lagi.. Manusia tetaplah semacam harapan dari Allah taala disebabkan Husnul Dzan/Sangka Baik Tuhan kepada kita sangatlah lebih hebat.

Bila menyentuh soal Kehebatan Manusia, kalau hendak dikesahkan itu sangatlah perinci kadarnya agar anda faham lekat dikepala otak. Dalam pemahaman ambe sahajalah, Setiap Kandungan Isi yang punya dari kita itu pun sangatlah Istimewa, kerana memiliki fungsi-fungsi yang tertentu..Kalau tidak kerana Wujudnya Akal, tidak mustahil lah seluruh atau sesuku Dunia ini pernah ditakluki oleh hanya 1 orang sahaja pada zamannya. Kalau tidak kerana Wujudnya Qalam yang berkata-kata, pengaruh Einstein, Teresa, Plato, Socrates, Ulama dan ahli Falsafah tidak mungkin membiak terus ke pada pengetahuan ramai hingga jadi macam satu panduan hidup yang sentiasa morph kepada menjadi orang tak ada guna kepada yang berguna. dan jangan lagi mula buka kesah adanya Kulit itu untuk apa, Bulu sebagai apa, bahkan Najis pun ada kehebatannya yang tersendiri hinggakan kita sendiri pun pada kitaran kasarnya pun makan Najis kita sendiri, minum Najis kita sendiri dibawah aliran sungai, lautan yang sama juga!
Hebat Manusia yang menghimpun Najis kedalam perut sebanyakmungkin pada suatu hari tanpa rasa jijik bila kadangkala terbebaskan angin kentut diudara mengindicate kepada sendiri dan orang dikeliling yang terhidu bahawa itulah kandungan perut kita itupun langsung tidak rasa betapa kotornya kita ini hingga tidak terfikirpun bahawa orang sebegini ke yang Tuhan pandang?

Orang hari ini mungkin boleh menjawab sehebat mana ia berdebat, pidato ataupun bahas lah berapi-api manapun untuk membakar hangus Speaker atau Audience yang ada. Kita pinjam Ilmu itupun untuk rasa Kagum didepan mata khayalak kita tidak beri credits kepada yang mengizinkan, atau yang beri authority. Akhir-akhirnya kita sedar bahawa pengajian 7-10 tahun di College atau University manapun, kita tlah bazirkan masa hanya untuk please Manusia dengan sekeping Ijazah sahaja. Kerja belum tentu dibidang itu, banyak yang ambe ketemu pun yang kerja tidak langsung ada kena mengena dengan cost mereka ambil dahulu.Meskipun tampak ayat-ayat ambe ini macam discouraging, ambe sekadar ingin point out kepada anda apa yang lebih luas spectrum pemikiran kita tatkala diberi peluang masuk University atau College atau Institute kerana memang, ramai tidak berpeluang seperti kita. Maka janganlah buat mudah dengan apa diberi, perah sehabis-habisnya..janganlah jadi macam orang yang obsessive dengan budaya Taa'sub dengan Pendapat sendiri seperti ambe, yang begitu membantai semua orang macam tidak kena..

Tetapi apakah kesannya kepada mereka yang tidak diberi semacam pencerahan sebegini? Adakah kita bangkit untuk memandang mata-mata reality dengan mata kita yang ada?

Dizaman yang ketika tiada manusia yang malu dengan bertelanjang malah kita dipadankan muka kita dengan manusia yang berani untuk telanjangkan maruah Darjat dirinya yang Manusia dihadapan khayalak ramai..Kita bukan lagi bercakap mengenai Aurat secara Khususnya tetapi Aurat itu juga perlu diketahui akan kita agar faham-faham sendiri lah mengapa Intentions of the Orders yang datang dari Rasul untuk mewajibkan tiap dari kita perlihara lah Aurat yang ada. Baginda naik bersaksi pada peristiwa Israq Mi'raj melihat betapa ramainya kaum Wanita diseksa di Neraka kerana kedegilan. Maka Priority itu dijadikan Objective dalam "menyelamatkan" kaum tersebut, bukannya memenjarakan kecantikkan atau keberbagai-bagai lagilah kata kita pasal Wanita ni patut itu dan inilah.

apa dari ambe tahu dan yakini, kalau benar sayang dan tidak mahu dianggap "Bahan Pameran"..selindungkan sahajalah sebaikmungkin dari Dunia. Ada lebih banyak perlunya dibaiki selain dari luaran iaitulah masaalah dalaman tiap Wanita. Andai ada kurang setuju dan anggap Purdah itu Extreme, itu hal ambe dan amanah ambe diberikan untuk jaga Isteri. Pengertian ambe terhadap Isteri ambe tidak sama seperti Perempuan lain.. maka tidak usahlah main-main compare.

tetapi seghaib manapun muslihat kita hendak tutup-tutupkan cela atau aib itu, kita maklum dengan sedianya bahawa Telanjang itu tetaplah akan kita di Telanjangkan suatu masa nanti.
Samaada anda salah seorang Jenazah nanti yang akan di mandikan tanpa segan silu diketahui oleh Tukang Urus Jenazah itu ataupun disaat semua dihimpunkan di Padang Mahsyar. Kita kelak ditelanjangkan setelanjang mungkin untuk pengadilan yang sangat saksama oleh Mahkamah Allah taala.

Walhal saat membicarakan hal-perihal Hidup itupun "Hebat" yang kita pinjam hari ini pun ditelanjangkan dengan terpisahlah seluruh kepakaran itu, mulut yang dahulu kita guna untuk abadikan hidup sebagai Munafiq, dimasa itu yang menjawab itu bukan lagi daripada kita tetapi Mulut itu sendiri..

memang benar sekalipun kita tidak takut dengan hal-hal demikian kerana kita maseh berpakaian Hebat dan serba Intellect. itu cerita hari ini lah...

tetapi fikir-fikirkanlah betapa kebodohan itu ada pada orang yang bijak sekalipun yang mandi pun terpaksa telanjang, tetapi keluarnya berpakaian, dipecat dan dipakai dan dipecat lagi kemudian dipakai lagi...kita buat kerja bodoh untuk tujuan yang menutup aib..tetapi orang paling bodoh sebodoh-bodohnya adalah ternyata mereka yang tidak sedar Ego yang mereka miliki untuk menutup kekurangannya, hanya kerana alasan bahawa dialah Pemimpin maka tidak boleh di tegur sedikit, tidak boleh dinasihat, tidak boleh bersuarapun akhirnya sangka bahawa Ego yang difikirkan Perlu ada itu lah Pakaian Perisainya yang dijamin Selamat, suatu masa nanti  Ego itu pun akan kembali pada Iblis yang mengasaskannya pada permulaan adanya Adam,
Kebanggaan seumpama itu cumalah Matahari..

ya, mungkin anda boleh panahkan sebanyakmana kepanasan itu semaumu hanya kerana itu semacam tenaga yang kamu diberi pinjam.

tetapi Bulan akan tiba menelan hari-mu.
dan Bulan sahajalah Symbolic kepada rupa Bumi yang berjenis apapun yang sedang Telanjang..

perhatian kita kepada Tajuk "Telanjang dan Bangkit" itu sememangnya membuktikan betapa curious/ingin tahu atau peduli nya anda kepada hal yang kita semua lakukan tiap hari. Sungguhpun "Telanjang dan Bangkit" lebih menjurus ke arah fikiran gambaran lucah kita terhadap Masculine Form. Metaphorically hanyalah merujuk kepada Kepimpinan yang kita perlu semaikan kepada diri kita semua dalam tugas permulaan sebagai Pemerlihara..kerana kita ini adalah "Mukmin"..

ambe mungkin tidak elok dikatakan pendakwah kerana tersangat kasar bahan "hentam" digunakan.. cukuplah sekadar jawatannya sebagai Tukang Besi yang menghentam dan terus menghentam biarlah jadi ia senjata dan perisai diatas nama Agama dan Bangsa Sejagat kita yang berpandangan lebih jauh dari hari ini, cukup lah. (minta lebih-lebih orang dengki pulak)..

Fikirkan sahajalah betapa banyaknya Aib kita Allah taala sudah Hijabkan terutamanya salah-silap lalu dan kini dan niat tidak baik kita. Mungkin sahaja diatas kebanggaan anda menjadi somebody kini anda dapat tutup Aib disebalik kulit-kulit mereka yang anda siat-siatkan agar dijadikan pakaian. Sampai masanya, Telanjang itu Wajib. dan bahkan Nama Illusion "Raja" seperti ambe diberikan sejak kelahiran ini pun akan bertelanjang dihadapan Sang Pencipta.

Tidak usah berfikiran lucah membayangi bagaimana Bogel atau Telanjangnya ambe kerana itu kerja bodoh. Sebaiknya anda bayangkan bagaimana kalau anda teruskan hidup tanpa dipakaikan Hijab Aib sebenar diri kita. Kalau Tamadun lah "pakaian", pakailah dengan penuh penghormatan yang beri munafaat kepada yang lain..Budaya, Bahasa, dan Adat biarlah makan di Akal. Semua tak logic aja, tak guna juga sementara yang logic asyik fakta aja.. tak menarik lah pula.
kita cari Cinta atau terasa Cinta itupun perkara yang memerlukan dua-duanya untuk pertimbangan.
Biarlah seimbang, walaupun satu masa nanti telanjang juga.

HKM