Tuesday, July 31, 2012

TUDONG TURON TEMURON

kata kunci "Hijrah" sebenarnya adalah antara lapuk pada zaman, kita anggap ia suatu pencerahan kerana ia berlaku pada era kita. Politic me-war-warkan ia sebagai satu contoh teladan dari arah Jahil kepada Kebaikkan moga para peminat seseorang "Idola" itu turut berubah kerana Inspired dengannya.. sedangkan ia cuma satu contoh sahaja. Yang mungkin memberitahu kita bahawa Artist pun Manusia.
Bilamana ambe gunakan ayat Artist tidak semestinya orang itu terkenal, adapun antara kawan-kawan ambe yang juga pernah bergiat dalam bidang kesenian ini turut ambe define mereka sebagai Artist kerana itulah maksud Orang Seni, Karyawan atau sebagainya. Mereka mendapat pencerahan Hidayah dari Mimpi atau Incident untuk jadikan alasan "sampai bila aku nak macamni aja?"

Akhirnya sepertimana yang diisytihar pada Facebook yang dimiliki olehnya, semakin hari mereka semakin menunjukkan remarks yang baik dan bagus. Cerita bab Agama dan bagaimana ia dapat buat dirinya berfikir lebih matang kerana banyak fikir tentang akhirat lebih pada duniawi. Hinggakan pada suatu tahap perubahan wanita freehair kepada bertudong ini timbulkan "warna sebenarnya" dimana adalah suatu potensi untuk menerima perubahan yang sebenar.

Penampilan bukanlah suatu yang penting dalam Agama, tetapi syarat Agama adalah yang mengajar anda untuk jadi orang yang "dengar kata" dari buat perkara membabi buta. Bila kita kaitkan dengan Jahil, ia adalah bermaksud "tidak tahu menahu" pada individu tertentu, jadi ikutan, maka ia jadi jamak dipanggil lah Jahiliah. Kita ndak salah kan siapa dalam zaman ini? Mak Ayah senantiasa jadi punching bag kepada orang atasan, kononnya Mak Ayah tak cukup ajar, ada point nya disitu..Tetapi sedarkah atau tidak kematangan akal seseorang itu bermula semenjak Baligh lagi? Dan jikalau kita teliti dengan soal Baligh seseorang anak, Dosa-Pahala yang dimengertikan oleh Agama pun adalah hal mereka sendiri. Berbeza dengan kala belum Baligh dimana tanggungan Dosa-Pahala itu letak pada orang tua masing-masing.

Saat kita ditahap Akil Baligh ini lah kita mula mencari identity kita, kalau kita belajar mengenai Psychology makan akan tahulah bahawa inilah ketikanya kanak-kanak menjadi budak. Ia satu fasa yang crucial yang perlu diketengahkan, kebijaksanaan orang tua adalah priority untuk menggunapakai ke arah mana. Samaada anda orang Tua yang tahu pukul anak macam orang gila ataupun belai anak sampai dah jadi terlampau lembut jiwanya. Tegur sikit, dah melenting dan kemudian panggil puak masing-masing untuk berantam. Tak kiralah level usia manapun anda berada, kita akan mendapati bahawa perkara yang sama ini turut berlaku. Ianya bukanlah suatu kebetulan, scenario yang kebanyakkan berlaku diseluruh dunia turut mendapati hal yang sama cuma peredara zaman yang semakin canggih kadang mengaburi pandangan kita untuk sepakat bersetuju bahawa semua ini adalah sama sahaja. Ada scenario Bully, kena Tipu dan sebagainya.

Bilamana ambe cadangkan bahawa Penampilan luaran bukanlah suatu yang penting dalam Agama, ambe tidak maksudkan bahawa Hati itu sahaja penting..Syariat turut memainkan dasar yang penting dalam BerAgama, kerana tidak mungkin kita dapat Solat dengan berpakaian seluar dalam-kan? atau tidak menutupi bahagian-bahagian tertentu untuk Solat. Kejanggalan itu kita rasa, sebab hal yang sebenar berlaku disini adalah kita sedang practice upacara yang penting dari segi Agama. Tiada pensyaratan untuk pakai Kopiah atau Songkok untuk solat, tetapi menutupi Kepala itu kita ketahui adalah sebahagian Sunnah Rasulullah, penyempurna Agama Islam itu sendiri. Tak semestinya berkain pelekat sahaja dibolehkan untuk pergi masjid kerana pakai Jubah itu adalah Sunnah Rasulullah.
Sunnah bermaksud Cara, kalau kita dah mengerti bahawa Cara orang lain malah banyak bidaah atau keterlampauannya, ringkasnya ikut sahaja Cara Rasulullah bila dah dalami Sirah baginda.
Tetapi dengan Berjanggut buat lelaki hingga ke dada sekalipun kalau sekadar ikut-ikutan tidak padan dengan apa kita pilih untuk jangka masa Selamanya iaitu hingga ke Akhirat. Ambe sendiri berjanggut, ambe pilih berjanggut kerana ambe hendak mengenali bagaimana Rasulullah tlah lalui sepanjang hidupnya berenang dalam lautan Kejahilan masyarakat, ia suatu yang bercanggah kerana dizaman Greek sendiri banyak memperkenalkan golongan yang tidak berjanggut kepada puak Gay. Itu fakta Sejarah, kalau tidak percaya maka ambe cabar untuk cari sendiri.

Tetapi apalah erti jikalau Kulit Sahaja yang keras tetapi Isinya tiada?
Itu soalan mencari Hakikat diri kita, yang ambe sendiri pernah kenali beberapa puak yang gelarkan diri mereka pengamal Ilmu Hakikat yang cuma berani katakan Solat itu "Kulit aje" maka itulah alasannya sebab mereka tidak solat.. ambe ketika itupun turut terkesima dengan pendirian ambe yang kurang ilmu ini serba jahil. Bila memikirkan sejenak, adapun betul juga Solat itu cuma practice luaran sahaja, kepada ambe yang ketika itu tidak sedar dengan mekanisme bacaan kita baca ketika Qiyam, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk ataupun Tahyat. Ini semua ambe kembali rujuk pada perjalanan Tarikah yang ajar kita panduan untuk mengetuk pintu Hati kita.  Beberapa hari yang lalu waktu bersahur sambil membuka TV disebuah rancangan yang ada menceritakan tentang kelebihan atau Mukjizat Air Zam-Zam, para pengkaji yang bukan Islam mengambil initiative untuk mengetahui Rahsia Air tersebut dan ia adalah suatu penemuan yang luar dari kebiasaan kerana Air Zam-Zam yang keluar dari Bhumi yang boleh dikatakan suatu ketika dahulu kering kontang dan tandus itu memiliki Air yang berlipatganda sucinya dari air French Alps seumpama Evian. Dan ditambah lagi dengan kajian pada air biasa yang dibaca pelbagai surah-surah oleh orang-orang yang Alim, membuktikan bahawa air bertindakbalas pada bacaan lantas mengeluarkan semacam zat air yang bersih. Mungkin sahaja bila orang sakit berubat bila minum air bacaan itu boleh baik itu membantu antibody kita untuk lawan penyakit, tetapi kita yang perlu ada Aqidah yang padu perlulah relate pada Allah yang maha memperkenankan Doa iaitu Ya Mujib, yang dijamak menjadi Mujarabah..Kita kenali sebagai Mujarab.
Kalau tiada doa(rasa berharap) dan ikhtiar(berusaha untuk berubat), tak mungkin kita sembuh kan? Itu cadangan ambe lah untuk simplify kan fikiran kita yang banyak minta jawapan yang tak berkesudahan. Tetapi kalau kita rasa Ubat Hospital tu lah dapat ubati, teruskanlah mengkaji, dimana punca segala Ubat itu kalau tidak diambil dari Kuman penyakit itu sendiri dijadikan Penawar juga.
Ini malah memperkuatkan suruhan Solat kita yang dibaca pada perbuatan yang ditentukan, tasbih pada rukuk dan sujud, ada sebabnya mengapa harus demikian dan malah keberkesanannya bukan sahaja dari amalan tetapi bacaan yang kita fahami ada perbezaan tasbih yang dibacakan waktu rukuk dan sujud.

Semua ini diambil kira pada soal perubahan, kita berubah bukan harap hendakkan sesuatu tetapi kita hanya ingin kembali pada azali kita sendiri iaitu mendapat kedudukan yang istimewa dari Allah taala yang menjadikan, berdasarkan pengalaman kita bersyahadah(menyaksi kan sesuatu) dalam Hidup. Yang orang lain tidak nampak, kita jelas nampak tetapi mengambil masa untuk orang lain turut menerima hal tersebut sebagai pencerahan Hidayah. Sementara ada puak yang enggan percaya, kita turut ada naluri yang sama iaitu cuba menegakkan kebenaran sepertimana Nabi-nabi kita cuba usahakan, sungguhpun usaha Nabi tidak setanding dan tak terbanding oleh kita hari ini tetapi kita berjuang kerana itulah contribution kita pada Agama Rasulullah yang disengajakan untuk wujud didunia untuk kembalikan Fitrah kita sebagai apa? dan mengapa kita ada kelebihan yang banyak jika dibanding dengan binatang atau tumbuh-tumbuhan?

Sepatutnya, sewajarnya, seharusnya, semestinya, kejadian kita Manusia(yang membaca ini) adalah untuk membuktikan budaya Rahmatan Lil Alamin, menurunkan Rahmat Allah pada Alam dari usaha murni kita seikhlas mungkin kerana Allah.

Dengar macam best, membaca pula kita ditanggap pula macamlah bagus ambe ni berbahasa, tetapi itulah expectation Tuhan yang ambe yakini ada terdapat pada tiap-tiap diri kita. Yang ada peranan masing-masing yang maseh belum berada pada tempatnya, Allah senantiasa beri petanda dalam hidup, kita buat tak endah dengan anggap semua ini kebetulan sahaja sedangkan ia sudah berada pada aturan yang dirancang sebelum adanya ada. Buktinya kita dapati dari tiap-tiap surah Al-Quran yang diberitahu bahawa setara mana pun anda jahat pada Tuhan, kemaafan itu tetaplah ada..yang penting kita tidak ulangi atau cuba berusaha tidak berulang lagi.

Ada semacam satu garisan halus antara Percaya dan Yakin, kalau kita ikut Agama dari sudut Percaya, kita akan ikut sahaja tanpa soal. Hingga beranak pinak, cucu cicit kita amalkan subur suruhan Agama tetapi tiada jaminan dari itu sangat merbahaya. Kita pernah dengar lagu Raihan bertajuk Iman Mutiara dahulu, dan dalam lyric tersebut kita tahu bahawa Iman tidak dapat diwarisi, dijualbeli meskipun datang dari Ayah yang bertaqwa, sebab Iman adalah Keyakinan yang rare tiba dalam Hidup kita. Ia membangkitkan Tidurnya umat yang lupa menjadi malah concern terus jadi berhati-hati kerana beringat-ingat.

Dizaman ambe duduki hari ini, gembar gembur masyarakat tentang Agama semakin hari semakin cerah, walaupun kegelapan hari-hari kita dengan tragedy pembunuhan, kematian, fitnah berleluasa di seluruh Dunia dengan Agama, kita seolah-olah sekadar orang yang makan hasil tanaman Taqwa mereka. Hana Tajima Simpson seorang yang bukan Islam akhirnya masuk mengenal Islam memperkenalkan Tudong versinya suatu masa dahulu di arus media Mainstream hari ini, iaitu Internet. Jadi ikut-ikutan dan beri semacam indication baik bahawa popularity wanita yang ada hari ini semakin friendly dengan Sunnah Isteri-Anak Perempuan dan Muslimah yang berada bawah pimpinan Rasulullah.

Mungkin agak regid atau sempit fikiran ambe dalam memantulkan kembali perspective tanggapan ambe pada apa tlah berlaku, tidak mengapalah..ambe ambil risiko ini untuk sekadar berkongsi pendapat yang sedikit untuk sama-sama kita nilaikan sendiri asalkan kita guna Emosi yang ramai, bukan kita aja yang rasa. Keterlampauan yang melanda hari ini merunsingkan, hinggakan dah jadi macam Fashion Show bilamana hendak berAgama, orang tidak lagi membicarakan hal permasaalahan dan kekurangan diri tetapi lebih mengetengahkan soal "Tudong jenis apa kau pakai ni?" "Macamana kau pakai Tudong ni?" "Berapa harga Tudong ni?" "Kat mana kau beli Tudong ni?"
daripada soalan yang membina Batin kita yang ingin beriman. Hasilnya, lebih banyak pembaziran dilakukan, jualan tudong jadi makin laris dan memenuhi almari rumah masing-masing. Yang lama dilonggokkan kemudian yang baharu dipakai. Itu satu budaya Bazir jugalah kalau tanya ambe, walaupun ia dikatakan lebih baik daripada beli Tube atau Spaghetti Strings dipasaran.

Dah tu?? semua susah dan tak kena, apa yang kena nya?
sememangnya ini salah satu jawapan yang dibalas bila kita start buka mulut mengenai ini.
Jawapannya senang sahaja,
bukankah Islam menuntut kita untuk bersederhana dalam apa sahaja?

Beramal-ibadatpun Ulama pun dah cukup pesan, boleh tetapi jangan lah sampai ralit dengan diri sendiri, kita juga dituntut bermasyarakat dan berjemaah walau dimana sahaja kita berada.
Tambahan yang patut kita geruni adalah apa yang sedang berlaku didalam jiwa masing-masing, yang mana kita bukanlah ahli yang pandai baca Hati orang lain, atau seperti Professor X yang dikurniakan kelebihan baca Fikiran orang lain.
Kita maseh kekurangan morality dan peradaban kita sebagai Manusia pun kita jarang sekali practice dengan betul, termasuklah ambe sendiri. Lalu kita confident kah dengan Tudong sahaja kita selamat dari azab?

Pengalaman ambe menunjukkan lebih banyak wanita tidak bertudong lebih sopan daripada yang bertudong dalam bicara, mereka banyak bertanya hal Agama dari yang bertudong yang mungkin dah rasa cukup berAgama yang reti bidas dan bahas sahaja untuk ketengahkan budaya Intellect masing-masing. Sebenarnya inilah maksud pada kata ambe tadi, Penampilan bukan suatu yang penting dalam Agama, sebab lebih penting punya rasa hendak belajar dan sanggup berubah demi kebaikkan. Bukankah itu ajaran Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Toyyibah ketika orang mula masuk Islam?
Apakah dengan maksud kita akhiri Solat dengan Bersyahadah tiap 5 kali sehari atau pada Kematian itu juga menunjukkan kita banyak kafir dari Islam? ada juga benarnya disitu dan ada yang tidak juga, tetapi kita cuba memahami mengapa Nabi memerintahkan agar kita sentiasa memperbaharui Syahadah tiap kali itu, mungkin kah kerana perjanjian-perjanjian kita sering mengecewakan orang lain itu sebabnya? Allah malah maha mengetahui dan maha memperhalusi tiap laku kita. Di hidup kita hari ini pun maseh banyak amalan kekafiran dan jahiliah daripada yang Islamic walaupun dinegara Islam. Itu reality sebab kita pada Hakikatnya memang saling memerlukan, kerana kita adalah Insan. yang sentiasa lupa,alpa dan leka..oleh yang demikian largha kita tanpa had itu perlukan orang menasihati, sebab itulah AddinuNasihah.

bila disebut "Hijrah" perkara pertama yang perlu berada diingatan adalah Tribulation, perubahan itu patut ke arah kebaikkan yang bersifat Universal atau Alami. Bukanlah dengan alasan dah berubah, kita gunakan untuk kaut keuntungan atas nama Agama. Malahan Politic pun menjadi mangsa kepada sikap individual, padahal dengan Politic lah Nabi menggunakan untuk menjalin hubungan diplomatic dengan orang Kafir agar pemerintahan itu Sejahtera seluruhnya, seumpama Madinah hari ini.

Berniaga tidak menjadi satu kesalahan atau dosa, tetapi kepada anda yang belum ada pimpinan..Carilah Suami dahulu untuk bantu susun atur urusan, Siti Khadijah seorang peniaga yang berjaya pada zaman Nabi walhal usianya lebihlah tua daripada Nabi Muhammad. Tetapi memilih untuk bersuamikan Nabi Muhammad kerana kelihatan jelas pada watak Baginda yang Husband Figure. Menandakan berjaya manapun seorang working women atau career lady, batinnya tidak lengkap dengan adanya orang yang menundukkan ego nya, hari ini secara logic pun kita tahu faktor usia ini pun salah satu perkara dianggap penting. Cuba sahaja budak lepasan SPM pergi mengurat Janda, lalu apa tanggapan si Janda? mungkin ada yang mahu tetapi kebanyakkannya akan kata "kau tu, muda-muda dah gatal nak orang tua"..itu mungkin yang narrow minded la, padahal perkahwinan itu tak mengenal usia pun.
Mungkin sahaja menurut assumption ambe sendiri, Khadijah tahu bahawa dengan bersuamikan orang Muda seperti Nabi Muhammad yang ketika itu berusia 25 tahun, ego nya yang diterapkan dalam urus-niaga itu tidak affected hingga merosakkan Hidupnya secara pribadi. Kerjaya dan Hidup suatu yang berbeza ternyata, Kerjaya hanya jangka masa..Had tertentu kita pun Pencen dan berehat, Hidup malah sesuatu yang lebih bermakna yang memperbolehkan kita curahkan pada masa kekosongan di kediaman Rumah jika bekerja itu di Pejabat Urusan yang senantiasa sibuk dengan berbagai urusan, maka dengan adanya teman Hidup itulah mengisi Hidupnya akan menjadi lebih adventurous.

 Tidak mustahil dengan Wanita yang berjaya seperti Siti Khadijah itu tak ada orang mahu, lebih-lebih lagi lah dia berharta banyak. Tetapi dengan menilai dan mengetahui diri Nabi Muhammad yang tlah established dengan gelaran Al-Amin nya meng asbabkan Siti Khadijah kenal, bahawa baginda sangat berbeza dari yang lain. Beliau sangat Amanah dan well known atas reputation.

Dizaman hari ini ambe ambil contoh salah seorang sahabat baik ambe, Ustaz Azhar Idrus salah seorang pendakwah bebas yang kini cukup terkenal dengan Humor logic nya, beliau juga berniaga. Malah jual pakaian dan cd-cd ceramah beliau dengan laris..Ada orang kata pada ambe, itu satu kesalahan kerana ia seolah-olah satu niaga jual Agama. Cuba sahaja anda perhatikan dirinya yang Ustaz yang mengajarnya di Masjid, malah pergi ketiap-tiap tempat ceramah diluar Terengganu pun beliau memandu sendiri. Lebih dari boleh pakai Driver. Dengan popularity beliau hari ini, boleh sahaja beliau guna Nama nya sahaja untuk lariskan apa sahaja.. Kerana beliau dah cukup terkenal dan dah jadi public figure Malaysia. Tidak juga guna Popularity itu untuk curi wang dari pocket peminatnya, malah guna pada sumbangan amal pada tiap ceramah beliau. Secara tidak langsung, promote kepada "causes" dari promote yang bukan-bukan yang menguntungkan beliau.
Ambe berani katakan begini kerana ambe kenal siapa yang menjual product beliau, hanya dengan van buruk itulah dibawa ke merata tempat dimana Ustaz Azhar adakan Kuliah dan kedai biasa sahaja hingga hari ini tidak adapun physical yang menunjukkan bahawa Kuliah beliau itu adalah Showbiz semata-mata, malah untuk melengkapkan diri sahabat ambe yang baik ini..tiada apapun kedudukan hingga hari ini beliau pilih untuk terlibat dengan Politic. Kata beliau, hendak belajar dan mengajar sampai mati.

Itu lah semangat, inspiration yang patut kita bangkitkan dari jiwa kita. Bukan sebab mentang-mentang anda orang terkenal dahulukala hari ni anda guna alasan Hijrah untuk jadikan opportunity untuk niaga dengan Agama. Agama bukan tempat untung Dunia, tetapi beri faedah buat penghuninya.. Kalau ndak Dunia, meniaga la cara Dunia dengan menjaga Hukum Agama masing-masing, agar disitu juga ada berlaku Dakwah kepada orang bukan Islam. Tiada riba atau interest bermakna anda tidak mahu untung berlipat ganda, tetapi sekadar yang cukup-cukup sahaja kerana itulah keberkatan.

Sedih dibulan sebegini berlaku scenario niaga Agama. Walaupun intention elok, kalau tidak tahu banyak tentang Agama, belajarlah dari apa yang dah berlaku setidaknya terlebih dahulu. Agama bukan kita yang punya untuk suka-suka rubah dan pinda semudah selera. Dan Agama bukan sekadar mempractice yang payah tidak mengena dengan nafsu kita, tetapi adalah sepertimana dilaungkan dari Azan iaitu "mengajak menuju kejayaan"..Tiap kali kita kawal nafsu kita yang ananiah, tiap kali itu lah kita berjaya untuk jadi makhluk yang Amanah.

Dan kalau ndak bahas tentang Tudong atau Tidak anda tanyakan diri anda dahulu, kalau kata kita hendak beriman lah.. Peraturan untuk jadi orang yang Islam pun anda dah gagal, kerana anda pun tidak tahu apa anda buat, padahal Iman adalah Inti pada Islam. dan Iman adalah Keyakinan dari segi bahasa..Bukan lah memerlukan kita naik bulan baharu ndak faham erti Iman.

Tudong Cantik mungkin suatu tarikkan, ia pun suatu asbab ambe ketemukan Isteri ambe dahulu. Tetapi kecantikkan itu cuma sementara, kita akan tua, itu fakta, apa yang buat kita kekal bersama hingga selamanya adalah setara mana kita Kasehkan sesama kita. Berpurdah suatu yang hampir Sempurna sebagai seorang Wanita Istimewa walaupun hari ini banyak tentangannya dari kalangan Agamawan yang Modern bahkan orang Kafir. Kita pegang pada sirah bahawa Isteri Nabi pun begitu, maka itulah Sunnah Isteri Nabi.. Cukuplah.

Tetaplah Hijrah cuma hal luaran, yang diketahui oleh orang ramai.. Bahkan itu maseh suatu permulaan, bahawa kita SEDIA berubah untuk baiki dalaman kita yang banyak rosak ini. Kita banyak consume yang bukan-bukan, fikiran yang celaru dan keliru bahkan makanan kita pun banyak yang mengarut. Kalaulah ambe salah berkata, maaf kan ambe. Hanya ambe sekadar berkongsi, untuk beri fahaman yang lebih jelas bahawa jadi Islam sahaja bukan matlamat kita, Syiar Iman itulah priority Utamanya. Kerana dengan keyakinan, apapun uji kita, Hati kita tetap terbuka untuk Agama Rasulullah.. bukan sekadar Agama turon temuron. Excited dengan Tudong cantik? itu bukan Pujian yang sebenar, itu baharu salah satu Ujian buat kita bahawa kecantikkan kita ini dari Allah taala ke memang asli dari Kita?
Kalaulah jadi pertunjokkan murahan, ambe rela memuji bidadari-bidadari di Syurga dari yang ada di Dunia. Walaupun ambe tidak tahu untuk ambe atau tidak, tetapi ambe yakin atas khabar yang datang dari Kalam Rasulullah bahwa di Syurga memang ada Bidadari.

Dan Bidadari itu tidak tersentuh oleh siapapun, bahkan Wanita di Dunia diberi peluang untuk jadi Ketua Para Bidadari. Jika ndaklah, kalau rasa seronok Agungkan Kecantikkan diri dan pakaian luaran aja melampau-lampau. Tepuk dada, tanyalah Iman masing-masing. Tahap tu aja ke Manusia?

HKM

Tuesday, July 24, 2012

RIBU-CARA MENGHIDUPKAN YANG MATI


hari ini merupakan hari ke 5 kita bertarawikh, dan hari ke 4 kita berpuasa..
yang bukanlah sekadar tradisi menahan lapar perut tetapi menahan kehendak Nafsu yang masing-masing miliki. Sepertimana yang tlah ambe beritakan dari status FB ambe selesai Sahur tadipun, ambe terdengar dentuman bedil yang menandakan waktu Imsaknya, dimana bukanlah waktu anda berhenti makan atau tidak boleh makan, tetapi adalah "masa kecederaan" bahagi mereka yang penting untuk Solat Subuh daripada asyik menimbunkan najis sahaja didalam Jasad hingga menyebabkan minda itu malas untuk berfikir apatah bekerja.

tidak perlu menjadi "wali" untuk mendapat pemahaman sebegini, hanya cuma pantul kembali pada diri sendiri yang sebenarnya lemah, kita lemah tanpa makanan atau supplementaries Jasad..itu peringatan pertama, sementara peringatan kedua, jiwa kita pun turut memerlukan semacam pemakanan yang berkhasiat untuk Roh kita ambil dan consume menjadi orang yang bersemangat kental menjalani Hidup. Apakah kita lupa dengan mereka yang dilanda kecacatan atau penyakit kronik seperti Kanser yang terlantar di Hospital? Allah taala sudahpun membuktikan secara logic atau tidak bahawa kebangkitan Roh yang dipanggil pergi(Mati) atau yang diberi peluang untuk Hidup hanya memerlukan kebangkitan Jiwa yang menyeluruh, yang memberitahu bahawa daya mengharap kita kepada kuasa yang tiada terbanding itu terbukti secara klinikal, tidak perlu Ubat ini atau itu untuk menyembuhkan tetapi Ikhtiar itu cumalah satu batu loncatan sahaja. Tiada Ubat yang sah dapat mengubati sakit Batuk atau Selesema, hanya ia berfungsi untuk rehatkan saraf dan system untuk pulih. Kerana yang pulihkan tetaplah antibodi kita sendiri yang rata-ratanya adalah cuma Asbab kepada maha Halusnya Allah taala juga dalam memberi sedikit pinjaman kepada kita atas namaNya yang maha Hayyu ataupun yang maha Qayyum hingga akhirnya kita Baiths diatas izinNya..ada antara kita maseh Hidup walaupun jangkaan Doctor cuma ada 3 atau beberapa bulan sahaja untuk Hidup.

Namun pada garapan ambe kali ini bukanlah hendak celotehkan hal sakit atau sihat, tetapi Masa kita diberikan hari ini dan moment kita dibiarkan Allah taala duduk memikirkan seketika mengenai nasib saudara mara kita ditempat lainnya. Mungkin sahaja ambe pada ketika Sahur tadi terkesan dengan video-video di Chernobyl bila menyedari project Lynas yang akan dan dah diadakan di Pahang, perkara yang sama membuatkan ambe terhidang dengan semacam kemarahan yang mendadak bahawa kita ini adakala "tidak pakai otak" untuk mendefinasikan Hidup yang sihat, 
dah puas dicemari dengan budaya rasuah, penebangan balak yang hanya digalakkan untuk tujuan menjana keewangan yang berlebihan untuk beberapa puak hinggalah penggalian minyak yang turut membuatkan kita sesama kita pun bersubahat dengan pencemaran walaupun pencemaran udara itu kita hari ini cuma "rasa" ianya jangka masa pendek kot.
Betapa tidak peduli nya dengan nilai "Rahmatan lil Alamin" yang harus dicontohi oleh kita kepada makhluk-bukan? dan ambe turut menyalahi diri ambe sendiri didalam garapan ini bukanlah untuk tuding salah orang lain sahaja demi perception "oh, akulah orang environmentalist" kononnya.


Sesuap demi sesuap ambe habiskan nasi yang dihidang cantik diatas talam kecil ini kita panggil pinggan, kemudian bersama serunding daging yang ENAK, itulah resam yang selalunya bottomline kita hendak kehendaki pada setiap apa kita consume. Kita hendakkan Quality pada perut, kepala ataupun hati tanpa pedulikan berapa banyak pembaziran dibelakang cerita untuk dijadikan semacam Lauk, atau Movie atau apa sahaja kita dihidangkan untuk mendapat tanggapan ENAK, BAGUS dan sebagainya yang berakhir dengna kepuasan Nafsu juga.

Sesudah itu pula maka ambe ambil gelas yang bersih untuk minum air dari isinya, yang juga MANIS untuk dibantu cernakan makanan tadi didalam Perut, yang akhirnya semua itu dijadikan Najis juga.
dengan tidak malu untuk diminta dimuliakan oleh orang lain, kerana ambe ni "Raja" lah sangat, akhirnya siapapun anda yang rasa mulia itu turut menyimpan Tahi dan Air Kencing yang sangat kotor lagi menjijikkan orang lain.

1000 tahun atau berpuluh ribuan tahun Hidup di Dunia malah kita maseh tidak ubah sebagai penyimpan Najis, yang berat ataupun ringan, yang mahal ataupun yang murah-murah.. Apa perasaan kita tiapkali bersembahyang agak-agaknya bila membawa pemikiran sebegini?
Allah tetap hendak bertemu dengan kita tiap 5 kali sehari meskipun Wudhuk itupun tidak akan menyulingkan darah rasuah atau kencing petai yang kita miliki.

lalu anda ber conclusion, Allah taala tidak pandang kotor itu melainkan Roh kita sahaja ketika Solat.
Apakah itu menurut kepercayaan anda ataupun assumption sahaja? sedangkan Hati dan Fikir kitapun penuh dengan kebusukkan hingga memberi kesan kesakitan kepada Roh kita sendiri yang semakin hari semakin tenat. Hal ini tidak ada yang terkecuali, bahkan Kekaseh Allah pun turut merasa Hina diri didalam mengingatiNya, dalil? Segan mereka yang berpanjangan dalam kehidupan dan menyuruh Umat mereka ketika itu buat mengikut landasan yang sepatutnya.

Antara 3 Landmark Islam hari ini kita ketahui ia diberi nama Al-Aqsa, Madinah dan Al-Haram. Itu menjadi point of view ambe ketika berdentumnya bedil(yang hari ini orang Terengganu gunakan mercun) untuk menandakan tamat waktu anda bernikmat, dan bersiap untuk ke Office anda iaitu Rumah Ibadat yang tidak kiralah dimanapun anda solat baik dirumah atau surau bahkan Masjid lebih baiknya, Office anda tetaplah dimana anda berdiri menghadap arah Kiblat itu.

Sementara melihat scenery hari ini di Masjidil Al Haram, yang kalau didefine kepada maksud Haram itu, ia sepatutnya Haram daripada yang ditetapkan. Penghuni Makkah bahkan seakan-akan melambangkan kepada diri kita sendiri yang sudah lupa pada asal usul sebenar nya, Kemajuan yang disepatutkan itu berada di Madinah kerana disitulah tempatnya Rasulullah berurusan mengenai hal Duniawi, menunjukkan tidak ada salah pun sebenarnya orang yang bekerja, hanya ada ketikanya Rasulullah ke Makkah untuk ajak Sahabatnya mengenang kembali Usul diri itu yang sebenarnya.
Iaitu anda dan ambe, kita dijadikan dari Adam yang dikatakan tanah pertamanya diambil dari bawah Kaabah itu sendiri oleh Malaikat diatas perintah Allah taala, perjalanan Makkah ketika Haji itupun seolah-olah satu symbolic kepada kita menyahut seruan atau panggilan Allah taala untuk kembali bersatu. Kaabah itulah satu sudut yang meng unify kan semua dari kelilingnya. Kita bertawaf mengelilingi berlawanan arus masa menunjukkan kita perlu menyusuli jalan yang terdahulu untuk mengenali diri, melontar itu sendiri bukan sahaja menunjukkan 7 lontaran itu dikenakan kepada Syaitan yang diikat, tetapi Syaitan yang bersembunyi didalam Hati-hati kita ini..

Malang nasib Umat Islam hari ini, kita membina bahkan menggalakkan orang Arab ini untuk bina bangunan demi bangunan mengelilingi Kaabah kononnya itulah kemajuan, dan dengan pengalaman ambe yang sedikit ke Makkah pun menunaikan Umrah walhal menunjukkan betapa drasticnya perubahan tersebut, tiada hotel yang murah berdekatan yang disediakan untuk orang yang kurang mampu bahkan hotel yang mahal dipacakkan keliling Masjidil Al Haram untuk menunjukkan betapa exclusive nya orang kaya yang tamak ini.

Hinggakan perjuangan dan laungan saudara kita dikeliling Dunia mengkhabarkan kekejaman Umat yang daif lagi dizalimi terutamanya di Al-Aqsa pun tidak dipeduli oleh para hartawan Arab yang hari ini layak dikatakan sombong dengan barang yang BUKAN milik mereka sahaja. Mentang-mentang bahasa Al-Quran itu lisan mereka, mereka boleh hentam orang lain? Mentang-mentang budaya mereka maseh ada ikut cara Nabi dan Sahabat, kita dipandang hina? Ini hanyalah pembuka fikir kita, tidak lebih dari itu..Bukanlah mengajak pembaca menjadi Assobiyah tetapi ingat dengan apa yang sudah dikenakan. Bahkan laungan saudara kita di jiran mengenai kekejaman puak kafir, tak adapun orang kaya atau para Imam, Ulama dari Makkah itu datang membantu setidaknya pun untuk meredakan keadaan. Kalau susah pun, sound lah sikit mereka yang berlaku jahat terhadap Islam pun..Salah ke beri Nasihat kepada Pemimpin Dunia yang lain jika ada kezaliman?

Semua tutup mulut, bahkan pentingkan "Amal aku seorang diri sahajalah, aku dah di Mekah tanah Suci"..seolah-olah itu lah jawapan bisu mereka. Kita ada pelbagai Persatuan Islam tertegak tetapi tiada kesepakatan, bahkan maseh bertelingkah dengan golongan atau bahagian dalam Islam itu sendiri seperti peperangan dingin antara puak Sunni, Syiah, Tabligh, Hakekat, Tariqah dengan Tariqah lain, Mazhab Hambali, Maliki, Syafie atau Hanafi dengan Mazhab lain. Tidak habis-habis..padahal kalau kita tengok pada pandangan yang luas, mereka semua tetap mengamalkan apa yang Nabi atau Sahabat amalkan, bahkan setuju dengan Allah sebagai Tuhan mereka.

Tidaklah ambe ini seorang ahli apapun, tetapi panduan ambe dalam mengenali Islam hanya membuka ruang untuk memaafkan, bahawa kita tiada lagi Imam yang Mutlak sepertimana yang dicirikan oleh Al-Quran dan Sunnah bahkan Hadis, atau mungkin kita dah ada tetapi kita tlah menidakkan kewujudan Para Imam yang Inspired diatas amanah yang Al-Mahadi akan bawa kita diakhir nanti. Atau mungkin sahaja kita diambang persediaan untuk menyambut Mahadi dan Isa Alaihisalam.

Semua itu memerlukan keyakinan yang tinggi, bahkan pada level of thoughts seperti para cerdik cendekiawan atau orang bodoh seperti ambe pun belum lagi berani untuk tentukan siapa Al-Mahadi atau Isa yang sebenar sepertimana yang dicadangkan melalui canang-canangkan dalam media Internet seperti Youtube atau lain-lainnya. Tugas kita cumalah mengenal diri terlebih dahulu, study with our concerns within our surroundings, keliling kita ada 3 tempat yang Istimewa pada Agama melebihi yang lain. Al-Aqsa-Madinah-Haram.

dari AL-AQSA kita mengenal kesusahan hari ini untuk cuba menjadi orang yang ber-Iman;
kita ditindas dan dihalang oleh yang menentang perkara Kebaikkan. Yang pernah dijadikan tumpuan utama bahagi Umat Islam seluruh Dunia.

dari AL-MADINAH kita mengenal kemudahan yang Rasulullah tlah sediakan kepada yang sudi menerima Agama Islam;
dimana Nabi Muhammad berurusan dengan adil serta bijak-sana dalam soal berniaga dari segi Economical, tetapi biarlah yang BIJAK itu benar berlandaskan wawasan yang di SANA iaitulah Akhirat semata-mata, menunjukkan ada juga antara mereka yang dijadikan untuk menjadi pakar economy Agama seperti Abdul Rahman bin Auf sebagai contoh ketika pentadbiran Nabi sendiri, atau Sahabat-sahabat baginda pun orang-orang yang kaya juga lah kalau hendak dikirakan. Kalau kita rasa kita tidak mampu ndak kaya, give up dan teruskan menjadi pengabdi Agama sudahlah, baiki itu ini..Sebab bahagi pengetahuan ambe lah yang maseh cetek ini, menjadi orang kaya memerlukan banyak sudut dalam menilai berbagai-bagai hal. Bahkan menjadi orang yang kaya pun tidak mesti dengan material wise, cuma perlu kepada kecerdikkan dan bijaksana dalam mengemukakan solutions. Di Madinah bukan sahaja penduduknya yang Islam, bahkan orang Kafir sekalipun Nabi beri bahagian mereka, jika tidak dari mereka puas hati dengan cara Islam maka orang Kafir boleh lah pergi ke Negara lain dengan elok, tetapi dalam menelaah sejarah ketika itupun Nabi punya PR dengan orang Kafir pun baik, yang banyak buat hal seperti racun atau khianati Sahabat Nabi tetaplah sesama Agama juga.

dari AL-HARAM kita mengenal HITAM-PUTEH kehidupan sebagai seorang Insan.
Asal hidup anda tidak ada apapun, itu fakta, kalau Ibu Bapa anda itu zalim, mungkin sahaja meletakkan anda di Tong Sampah atau ditinggalkan di Jamban sahaja. Tetapi anda tlah di bangunkan dengan semacam kesusahan disebabkan karenah anda(termasuklah ambepun)..
Bahagi yang Yatim Piatu, tidak perlu rasa sedih dengan nasib demikian sungguhpun orang seperti ambe atau lain yang berayah dan beribu pun tidak dapat memahami apa sedang anda rasai kini, anda dibesarkan diatas Naungan Allah taala dan anda(anak Yatim Piatu) lah salah satu contoh dari beribu Umat yang membuktikan Rahim Allah itu memang exclusive buatmu, bahkan Nabi pun menyuruh orang Islam menolong serta memuliakan golongan Yatim Piatu lebih daripada melayani anak raja lagi malah.

Madrasah-Surau-Masjid. Semua itu adalah Rumah Allah..kerana didalamnya ada penghuni yang menyeru dan memuji serta memuja kebesaran Allah taala.
Peringatan buat diri ambe juga, jadikanlah Rumah-rumah mu juga sebagai Rumah yang disinggahi oleh Malaikat yang mungkin sahaja tersalah anggap bahawa ini adalah Masjid, oleh kerana penghuni nya senantiasa memuji dan memuja Allah serta mengamalkan panduan Sunnah Rasul yang kita semua muliakan.

Permulaan yang baik adalah dari diri, ajari diri mengamalkan kebaikkan. Mulalah di Rumah, di tempat kerja anda sebagai medan anda membangkitkan nilai-nilai Mulia yang dipuji Allah. Give good impression in Islam, surely the others will follow. Semestinya setiap perbuatan jujur diri yang tidak mengharapkan apapun balasan itu membanggakan Rasulullah.
Sebab itulah Kunci kepada KeIkhlasan.

Ramadhan baharu bermula, belum terlewat untuk kita berubah untuk bangkitkan jiwa kita. Hidupkan jiwa kita yang Nyaris Mati ataupun pernah Mati(pada nilai Baik) dengan kegigihan yang bersungguh untuk mengakui sebenarnya Solat-Ibadat-Hidup dan Mati kita MEMANG kerana Allah taala.

HKM

Sunday, July 22, 2012

WA-SIAT-siat lu

Kita sering diingatkan pada sirah Sahabat Rasulullah yang menukil Wasiat setiap hari sebelum mereka tidor, maka fahami Wasiat itu apa dan kandungannya apa?
apakah ianya mengisahkan tentang Hak sendiri atau selainnya yang akan ditinggalkan?

sudah tentulah Harta itu dibahagi-bahagikan, pada yang general sememangnya memahami bahawa Harta itu adalah berbentuk Duit, Aset seperti Tanah,Rumah,Kereta atau Syarikat yang sering hari ini kita berbalahkan dalam drama murahan orang Melayu kita ataupun orang spesis rumpun Melayu lain yang menetap di Negara lain? Duniawi wise, maybe..Akhirat wise, surely pesanan itulah lebih berharga daripada yang lain.

sementara ada orang yang sering ikuti penulisan ambe yang kurang seberapa ilmiah malah mungkin banyak emotive, itu belaka hanyalah perception masing-masing dalam kerja penilaian. Kalau rasa "oh, dia ni tengah marah la ni dengan sesuatu sedang berlaku la tu"..itu typical, sementara kebanyakkan hal bukan berupa periodically, tetapi sudah berlaku dan banyak kali dah berlaku sebenarnya hanya disebabkan incident yang berlaku dimata kepala kita sendiri jadi penyebab mengapa sesebuah essay itu digarapkan. Lalu ia merged daripada permukaan yang tenggelam dahulunya.. Ada timbul, maka ada tenggelam juga adakalanya, itulah Issues yang berlaku diserata Dunia hari ini ataupun 200 tahun dahulunya. Jikalau salah daripada assumptions ambe, maka apakah benar rata-ratanya masaalah itu bukan berpunca dari alam semula jadi tetapi masaalah sikap,perangai ataupun kedegilan manusia itu sendiri untuk tidak berkerjasama ataupun berkerjasama yang menzahirkan conflict?

Boleh sahaja kita menyalahi kematian ribuan 100,000 Ummat manusia pada satu kejadian letusan gunung berapi ataupun tsunami, lalu salahnya kita kepada alam dengan headline seumpama "BENCANA ALAM" padahal yang lebih durjana dalam menjadi antara pemegang saham merosakkan system sunatullah Alam hari ini adalah kita juga. Dan dalam banyak-banyak location strategic dari segi geographic pun dah jelas memberi saranan bahawa disini selamat sikit dari duduk dekat gunung berapi walaupun kita akhirnya mendapati bahawasanya dimana-manapun kita pergi kematian itu tetaplah akan datang menjemput kita. Dan ia datang dengan berbagai asbab-asbabnya. Berumah diatas gunung yang tinggi manapun dengan membina semacam rumah ala Istana kayanganpun belum pada tentu menjanjikan bahagia atau kehidupan 1000 tahun lagi sebab semuanya tetap Iradatullah.

Oleh kerana itulah ambe mengambil contoh kepada Kematian untuk dipelajari, mungkin Hikmah incidence-incidences yang menemukan ambe dengan Kematian apatah tidak daripada ambe lupa kenangan menguruskan Jenazah pada malam sahabat ambe yang ada bersama seorang mantan kekaseh yang cantik rupawan dan gayawan bernama Natasha (yang kini dah bernikah pun dengan calon pilihan Hatinya-hahahaha) gigih membuat surprise kepada ambe kononnya ndak menyambut Hari Kelahiran atau Besday ambe sedangkan ambe maseh berada di Bilik Mayat Hospital Terengganu. 


Dalam tidak menyinggung effort mereka ambe pun pergilah singgah walaupun ambe ni bukan jenis suka sangat diraikan(bukan berlagak, cuma kabo kalu dok tahu) kerana ambe hari ni yakin bahawa itu semua sekadar yang lalu dan memberi kenangan, tradisi ingat birthday ada baiknya tetapi banyak membawa kita kearah pemberitahuan palsu mengenai reality, sedikit sebanyak kerana incident Birthday dan Kematian berlaku selisih satu hari ketika itu buat ambe dalam diam memahami mungkin dengan cetek nya akan maksudnya..Kalau kita bangun hari ini dari tidur, malah itu satu Kelahiran Baharu pada pemahaman ambe..Kalau semalam katakanlah anda berusia 29 tahun, dan sudah ditinggalkan 1 bulan  3 hari dari tanggal kelahiran anda. Maka hari ini anda sudah di "lahirkan" dari kelemahan untuk Bangkit untuk sedia hadapi Hidup untuk berusia 29 tahun, 1 bulan dan 4 hari pula. Tetapi kita hari ni tak adalah ndak narsis gila kira macam gitu-bukan? 


Namun itulah antaranya keterbukaan kita pada exposure pengetahuan Masa dan relation maksud Surah Al-Asr dari Al-Quran beri kesan kepada kita mengenai Masa yang sudah dirugikan. Bahkan didalam banyak Surah lain pun Allah taala sentiasa berpesan dengan kalimat seperti "..mereka adalah orang-orang yang rugi amal perbuatannya" atau "..yang merasa benar dan betul sendiri, walhal sia-sia belaka amal perbuatannya" dan banyak lagi(yang buat mereka yang tidak Ummi ini boleh cari dan baca sendiri pada kalimat Arab ataupun tafsiran Bahasa Melayu) segalanya buat pemahaman ambe adalah menekankan sensitivity kita kepada kepenggunaan dari tidak peka langsung. Jika satu masyarakat boleh berteriak menangis hysteric kerana Novel Garapan Twailait satu masa dahulu atau rasa inspired dengan Novel Garapan Kang Abik iaitu La Tahzan, mengapa tidak pada Karya Agung Al-Quranul Karim-kan? ini sekadar saranan, bukanlah paksaan..Jika ada dari anda yang membaca maseh rasa belum terbuka untuk habiskan masa mendalami Isi Al-Quran dan mengenalpasti ayat perintah atau ayat larangan, yang mana mutassyabihat atau yang makiyyah dan sebagainya. Semua ini hanya memudahkan kita untuk mengerti apa kita bacakan, itu je. Dari baca tak faham sendiri walaupun boleh pahala sekalipun, kita tetaplah padan dengan perkara yang mudah dan lebih memudahkan sahaja. Kerana apa kita consume hari ini sudah end product yang dipublish oleh Sayyidina Uthman sendiri agar mudah kita gunakannya dalam harian juga.


Take Time if you can't catch Anytime-
ambil masa jika kamu fikir tidak ada masa untuk mengejar masa. itu antara ayat-ayat yang ambe reka untuk diri ambe, sebab adakalanya ambe ni memang kalut dengan masa.

 But Everytime when time comes and goes by, we are still stuck with it in doing anything or nothing that helps time be something in equal to Quality.
-Dok kira lah masa pergi atau datang, kita masehlah tersekat dengannya dalam cuba melakukan apa sahaja ataupun berusaha untuk tidak buat apa-apapun diatas faedah masa menjadikannya sesuatu yang bermutu.

Because the moral of the idea of time that all those brainiacs have stated for today, Time is just some example or rules (assumed) to be obeyed or to not according to whom youre are truly devoted to, only a devotee will understand what he/she is obsessed with..not me or you.
-Kerana  tiap moral itu ada idea dalam membahaskan masa dan sebab mengapa para pemikir,cerdik cendekia hari lampau reka satu principle Masa (yang kemudian kita tahu ia berdasarkan peredaran Matahari & Bulan) untuk tunjukkan contoh mana golongan kita pilih, orang yang taat setianya dengan masa pada pekerjaan yang ia serahkan hidupnya kepada, hanya pengabdi akan memahami apa dia gilakan dengan..bukan ambe atau anda (untuk menghukumnya).


Seperti dahulu ambe pernah juga mengalami situation disuatu point dimana ambe tahu penderitaan membahagi masa dalam meluangkan dengan orang kita sayangi dengan apa kita buatkan, dan bila ambe cuba usahakan masa dengan bersama yang disayangi seperti keluarga atau kawan, ambe pula dituduh buang masa. Tetapi Hakikat tuduhan itu kita dalam diam sedari bahawa orang kata ke kita "buang masa" itu, sedar tak pada siapa kita dah buangkan? dan issue/case seperti ini dibuang masa tanpa ada kesepakatan, which is lebih sampah dari "buang masa" dengan orang kita sayang untuk menilai sayang itu setara mana kan?


Mungkin case ini bukan ambe seorang sahaja dan luar biasapun, bahkan anda pun lebih banyak tahu daripada ambe. Kita waste masa dengan berbuat gila sendiri, tanpa kita sedari bahawa setiap para Hajjah dan Haji pun BERLAWAN MASA dengan tawaf yang vertical view nya kita tahu pergerakannya menyerupai seperti jam berputar secara Circular yang COUNTER pada CLOCK WISE. Dan malah lebih mengejutkan, tiap perjalanan Haji itu adalah reminiscence pada Sirah-sirah tertentu yang pernah dilakukan oleh para Tokoh-tokoh Agamawan yang berbakti demi kerana Khaliq mereka. Dengan antara morality kita fahami bahawa kita ni tidak boleh jadi macam Nabi, namun kita boleh ikut cara Nabi..cara = sunnah. Hidup hinggalah Mati dalam Sunnah nya. Tetapi inilah mujahadah kita kepada hari ini, time consuming dan wasting. Commitment menjadi prihal palsu adakalanya dan adakalanya ada faedahnya, tetapi buat ambe jika anda seorang Engineer, Manager, Consultant atau siapapun..Janganlah sampai menyalahi kerja anda sebagai alasan mengapa Agama tidak kita pentingkan. Maksud ambe, biarlah kita tahu bahagi masa..Jika ia memberatkan, permudahkan dengan kebijaksanaan kita untuk melihat banyak hal menanti di sana. Hadist dah banyak menceritakan ini, tidak bermakna satu perubahan itu perlu drastic. Sungguhpun makhluk Manusia adalah tetap Gradient cara mereka berubah, Nabi buat usaha pada Sahabat Awalin..


Apa kita tidak faham dari kaedah tatacara pendekatan Nabi? menunjukkan bahawa kita tidak perlu jadi a good thinker(1000 tahun cuba jadi baikpun belum tentu) tetapi kita mampu menjadi a wise thinker, yang reti apply sesuatu pada fungsinya. Ada orang guna pakai kereta mengangkut Beras dan Barangan Rumah dari memuatkan Penumpang dengan menjadi macam Prebet Sapu. Dan ada pula orang guna pakai kereta Ferarri untuk mengangkut 2 penumpang penting untuk semacam urusan dari memuatkan Isteri-anak atau orang Tuanya. Disini ambe hanya hendak cuba buktikan bahawa setiap apapun pekerjaan itu bukan alasan kita tidak dapat cari nilai murni, bagi yang dah commit life 100% jadi abid Agama atau hendak jadi Ulama, department lain tak usahlah kata apapun sebab disetiap apapun pekerjaan yang baik tetaplah bermula dengan Niat yang Baik-Kan?
Jadi tak perlulah sebab kita dah berhijrah, kita rasa orang lain tu tidak ok. Dah kalau dah tahu tidak ok, kenapa tidak kita tegur dulu kan? Jangan tanam berAgama diatas cause kita ni nak jadi baik, tetapi kita nak kenal kebaikkan. Nak jadi Baik memang ambitious, tetapi silapnya ramai terjebak dalam kancah perasan baik dan berburuk sangka pula dengan orang lain. Dimana pada pandangan siapapun, ia satu bad impression.


Masa itu Emas, kata sesetengah orang Bijak. Tetapi Emas cuma boleh beri munafaat kepada hidup di Dunia aja untuk urusan Dunia. Menteri Besar atau Perdana Menteri bahkan Raja pun belum tentu dapat sogok Tuhan atau Malaikat untuk masuk Syurga free setelah menikmati Syurga free di Dunia dengan Istana Mewahnya hanya untuk anak beranaknya(yang akhirnya kitapun tahu semua itu bermula dengan duit cukai). Ambe tak nak katalah duit itu duit rakyat, tetapi duit yang datang itu memang rata-ratanya daripada tangan rakyat, malahan Pihak tertinggi pun Rakyat pada Rasulullah juga jikalau mereka taat pada Agamanya. Kalau ndak balah tentang duit, silakan tetapi akhirnya kita tahu duit tetaplah milik Alam juga..yang emasnya,peraknya,logam-logam lain diguna untuk jadikan Duit itu tetap dari perut Bhumi. Kalau kertaspun datang dari mana??
Hari ini lebih parahnya kita sendiri antara consumer yang guna "api untuk lawan api".
Ranapkan Hutan Rimba dengan trade berjuta-juta tanah pada tangan developer yang hendak jadikan Bandar demi Bandar, suatu masa akan datang(mungkin pekak kita hari ini tidak terasalah) takkan adapun satu pokok hidup ketika itu hasil dari kerja kita yang langsung tak memantulkan nilai "Rahmatanlil Alamin" kalau kitalah Umat Muhammad.

Daripada satu ke satu ambe asyik menaip, sebelum ambe menjadi terlampau ralit maka eloklah sahaja ambe jatuhkan nota pembunuh ini kepada penggulungannya. Wasiat adalah suatu amalan yang memerlukan kita mengarang semacam pesan, pesan itulah Hartanya..Sahabat hingga Ulama setelah Nabi Wafat hanya tinggalkan Harta Pesanan melalui Kitab-kitab yang mencurahkan pendapat-pendapat masing-masing untuk dikongsikan.

Seperti biasalah, anda terima end of product tersebut guane-guane pun. Nok kater gajoh rima pung, memang daripada dialu-alukan. Selalunya memang itulah adat penulis pun, atau pekerja yang menyahut untuk cuba berusaha ke arah kebaikkan yang belum tentu dapat mencapai baik yang menepati berjutaan Rakyat yang adanya..
Orang yang mengemukakan pendapat memang selalulah dilanda critic-critic. Tetapi tidak berbuat apa, pengecut, dan penyembumi tangan yang melontar batu (penghukum rambang dan licik) pada usaha-usaha yang Nabi pun dahulu usahakan (walaupun tidak semua dengan tinta dan kertas) diatas muka bhumi. Sampai bila agaknya kita hendak duduk menjadi consumer sahaja? 20-30 tahun lagi baharu hendak berkata "oh aku nampak dah apa kamu maksudkan atau apa Nabi pesan dahulu"..

Do the MATH dan buatlah ulangkaji sendiri, rujukkan yang ada keliling kita, pegalaman yang ada semua itu sedar-sedarlah berapa banyak jutaan mega-saat masa yang tersisa diatas kebangkitan satu macam rupa anak Adam sahaja.
Jikalau inilah antara Wasiat ambe, biarlah Wasiat ini diketahui dengan menyedari berapa banyak HARTA dah ada tersimpan dan ditentukan kepada kita oleh Allah taala selain Jantina, Rezeki, Jodoh serta Ajal.

Kematian diri kita yang dahulu, biar ditangisi dengan penyesalan. Kelahiran hari ini biarlah dengan kebangkitan yang bersemangat kental. Kita hendak prove function penciptaan Manusia kepada Makhluk Allah di Dunia dengan tanggungjawab kita, keadilan kita dan kebijakkan kita melihat menembusi awan-awan sana.
Progressive dan Tawadhuk diatas Bumi milik Allah dan responsible dengan Agama yang dilengkapi oleh Baginda Rasulullah dengan Kalimat Islam yang unify dan membebaskan keserakahan minda kita yang Taksub dengan pendapat sendiri, jiwa muslimin/muslimah itu Rahmatan lil Alamin...
ambe ulang,
Rahmatan lil Alamin...Alamin. biar luas pemikiran kita meliputi Alam.. Kalau ikut palehotok kiter sokmo, sampai bilapun tidakkan berkembang. Sebab yang cakap banyak banyak buang masa dengan duduk dan type.

dan kerana itulah bila membuat kesimpulan keseluruhan, pendapat ambe sering menyangka bahawa Wasiat Penulis yang sebenar-benar dari sekalian kebenaran adalah satu je(tidak kiralah genre apapun mereka berada atau tujuan apapun mereka menulis) iaitulah:

"Jangan jadi macam kami ni.."
ia satu macam kalimat subliminal dibelakang setiap garapan yang mengisahkan betapa sesalnya mereka menghabiskan masa, hingga akhir nya baca pun rasa tak cukup baik..maka ndak betul-tambah itu banyak makan masa lagi. waktu ambe bertemu dengan Pak Samad Said, kemudian didatangi sahabat ambe lain kami berbicara ringan mengenai apapun hal yang dapat hingga sampai satu point Pak Samad sendiri berkata bahawa beliau menulis Salina, dan tidak pernah baca semula hingga 4 tahun kemudian baharu sedar pada kesilapan yang penerbit awal itu tlah tapis isi kandungnya..
Menunjukkan bahawa masa untuk betul kan itu tak payah la, karya kan perlu jujur sejujurnya?
Jadi ini bukanlah satu sahaja encounter ambe dengan penulis-penulis yang cuba beritahu morality sebalik message "jangan jadi macam kami ni.." yang sama sepertimana diatas tadi.

Buang masa sebenarnya, termasuklah ambe. Tetapi tidak dinafikan lebih ramai diluar sana perlukan pencerahan dibidang ini mungkin sebagai penggemar baca. Kerana itulah perintah Allah taala kepada Nabi kita didalam Wahyu Pertama.
Bahkan Nabi pun tidak menulis Al-Quran itu sendiri malahan cuma sebut dan sampaikan apa yang diwahyukan. Yang menyalin itu adalah Sahabat, sepertimana buktinya hari ini yang kita dapat ditangan kita iaitu Resam Uthmani.
Oleh kerana Nabi Muhammad cuma tahu buat sahaja apa yang Allah perintahkan. Sementara Sahabat Baginda yang menceritakan dari pandangan masing-masing pada masa ketika,suasana yang berbeza-beza..

dan anda sebagai pembaca sepatutnya merasa untung dan teruja kerana posisi anda yang Mulia, dihidangkan macam-macam bahannya. Just be a good practitioner dan bukalah fikiran untuk menerima dan menilaikan pengetahuan yang diterima dan biarkan sahaja golongan sumpama ambe yang hari ini menulis untuk mempelajari ilmu memuji Allah dan Rasul dengan lebih sempurna mudah-mudahan.

ambe tidak kata bahawa pendapat ambe sahaja yang benar, ambe berkata bahawa banyak pendapat yang baik diluar sana menanti anda. ambe cuma "tebas" yang jalan tetap anda,
jika anda jatuh, selamat meraikan hari kebangkitan anda pada hari ini.

HKM

Thursday, July 19, 2012

BERTAWADHUK & KUCHING BERTANDUK

"Tawadhuk"
:adalah bahasa Agama Islam dalam menundukkan ego, ataupun mungkin pada pandangan mata pemerhatian ambe sendiri berdasarkan perubahan dan progress seseorang di zaman ini ataupun kisah demi kisah akan penghijrahan itu benar berlaku terhadap seseorang apabila menerima semacam enlightenment atau pencerahan Hidayah daripada sang Khaliq menerusi pengantara-pengantara yang dimahukan olehNya yang maha ber-Hak daripada kita. Itu dari benih segala hal perlu kita ambil ingat pada diri, sebab keterbatasan kitapun dalam apa jua hal kita buat tetaplah gagal juga dan sekiranya berjaya, kita tidak berjaya kerana DIRI semata tetapi diatas inspiration kita terhadap seruan "Hayya Alal Falah" yang datangnya daripada Kalam Seorang Penyeru yang asalnya Hamba abdi, yang berkulit  hitam kilat yang sehingga hari ini, kita mengabadikan orang tersebut dengan pekerjaannya dengan nama "To' Bilal" kerana dialah satu-satunya hamba Allah yang terpilih untuk melaungkan azan pertama dalam sejarah Islam dengan rasminya di era Rasulullah.

introduction kali ini, ambe mulai dengan usaha mematahkan segala kanji-kanji "keAkuan" yang kian terlekat didalam Hati kita atau Akal kita bahkan menjadi seperti penyakit ulcer yang kronik pada kita pada mulut kita yang banyak berkata-kata seperti yang berjaya achieved something itu adalah "Aku", "Saya", "Ambe" ataupun "Kami", "Kita". Padahal dengan kelenyapan segala bunyi-bunyian suara sumbang manusia atau merdunya Alam yang tidak pernah berhenti bertasbeh kepada Allah taala..ego kita mengecut dan mengakui sendiri bahawa "Aku" hanyalah satu gantinama diri yang sangat membimbangkan oleh kerana secara general atau umumnya, kita banyak failed kepada sifat demikian disebabkan kepayahan kita ajar atau tarbiah diri kita sebagai Insan yang Tawadhuk. Ertikata lain, yang rendah diri.

Mungkin sahaja kita tahu untuk rendah diri bagaimana, asbab melihat bagaimana To' Guru Nik Aziz sebagai contoh hidup dengan kesederhanaan. Maka setidak-tidak boleh kita lakukan dengan daya sendiri, kita ambil seseorang untuk di Idolize dan terapkan nilai tersebut kepada diri untuk jadi Tawadhuk. Jikalau anda bertanya lagi kepada ambe, apakah dengan berbuat begitu sudah dikira cukup? Jawapan ambe tetaplah sesuatu yang tidak memerlukan ambe menjawab oleh kerana jawapan itu terdapat pada kita sendiri untuk mengetahui dari series incident diatas incident yang Allah sengaja jadikan untuk kita senantiasa memandang tiap perkara apapun pada "Hikmah"..

Hikmah difahami bila kita melihat sebalik Incident dan mengenali ada sesuatu yang lebih baik atau elok daripada apa mampu Akal seurat Manusia mampu andaikan. Sebagai contoh kita ambil; Kita bertahun-tahun berusaha ndak menjadi seseorang yang kita inginkan,  yang kita anggap lah pada ketika musim mengakarnya faedah-faedah mampu Nafsu cadangkan seperti Manager kepada sebuah Hotel kononnya, akhirnya bertahun hingga 10 tahun lebih-kurang kita habiskan masa untuk dapat Sijil, Diploma, Degree dan sedikit experience dengan kerja di hotel pelacur(untuk cukupkan syarat Experience aja) akhirnya banyak lah tawaran kerja hotel kita target dahulu yang ditolak, dan kalau adapun mungkin Hotel 5 Bintang tetapi gaji yang langsung tak masuk dek akal, hinggakan kita pun naik buntu sebab banyak Syarikat Travel Agency World Class pula yang offer gaji lebih hebat..

Menunjukkan apa yang kita hendakkan pada Dunia, tidak semuanya menurut apa mampu kita rancangkan. Sebab tukang tetap adalah urusan KerajaanNya, bukan kita. Boleh sahaja mungkin kita anggap (berdasarkan kesah dari contoh tadi) Pelancongan pun sebahagian Industry Perhotelan juga, fikiran logic kita pun setuju dengan menerima bahawa sebab Travel Agencies la Industry Penghotelan dapat diperkembangkan. Ada hotel tetapi tiada marketing strategy, sales atau promotion..tidak guna juga kan? lantas kita menempelak dahi sendiri, hanya sebab kita bersungut dalam diam "kalau aku tahu bidang aku sini, kan jimat masa..tak perlu la aku cenderung dengan urusan dalaman hotel dan commitment hotel yang banyak mengorbankan Hidup aku kepada Kerja Bergaji ni aja"..

Para Pemimpi sekalian yang ambe hormati,
itulah antara technicality "Hikmah" yang tlah dijanjikan bahawa Allah taala dah janji perkara lebih baik dari itu. Maka secara tidak langsung sudah pada cerah lah tahu-nya bahawa "Hikmah" adalah Muqadimah atau permulaan dari modul tarbiah diri kita dalam menjadi orang yang peka terhadap incident-incident yang sebenarnya bukan lah coincidence/kebetulan dan tajam berfikir mengenai sesuatu disebalik mata kasar kita dapati. Sama seperti mereka yang baca tafsir atau ayat-ayat Allah dalam kadar sarat mengandungi Maksud Disebalik untuk diketahui, difahami, diaksanakan sepertimana dituntut.

dan memahami kaedah tiap orang adanya yang begitu abstract jiwanya untuk difahami berdasarkan tiap pemerhatian yang berkadar serba High Definition(dalam hidup kita ndak yang terbaik pun perlukan Visual yang HD untuk dibandingkan dari barang Visual yang flat dan sebu-kan?). Antara pemahaman ambe diatas yang sedikit ambe berbahagilah pengetahuan yang ada ini untuk sama-sama kita bangkit bertanya kepada diri kita, antara nya kisah yang diabadikan dari Surah Kahfi sendiri mengenai beberapa Babak Episodes yang ada dalamnya seperti Kesah Ashabul Kahfi(Pemuda Gua), 2 orang Petani, Nabi Musa menuntut Ilmu dengan Nabi Khaidir hingga Kesah Iskandar Dzulkarnain.
Ke-empat Episodes Siri yang padat dan padu dengan subliminal verses ini pada keyakinan ambe, ada juga berkait dengan prihal "Tawadhuk".

Sebabnya, kalau tidak kerana "Tawadhuk" Pemuda Kahfi yang mungkin sahaja ketika incident tersebut diburu oleh Pemerintah yang zalim ketika itu, mustahil mereka lari dan bersembunyi di suatu tempat yang terpencil. Lalu apakah "Tawadhuk" yang dimaksudkan ambe disini cumalah "Tawadhuk" kepada ketidak ada daya upaya untuk melawan atau bertahan disebabkan suntuknya keyakinan untuk diyakini maka mungkin sahaja tempat yang diperlukan mereka me-evalute atau nilaikan diri masing-masing untuk sedar kebolehan diri itu sehingga ditidurkan secara sengaja oleh Allah taala.

Lantas bangkit mereka pada masa yang telat ditelan zaman lama dari usia logic mereka, dan pada ketika itupun saat mereka keluar untuk pergi membeli keperluan..apa mereka miliki itupun jauh daripada laku pula, menunjukkan bahawa mereka tidak pernah peduli dengan kepentingan mereka sebelum mereka sepakat lari jauh dari kezaliman dahulu. Dan lari mereka dari suasana itu bukan bermakna takut tetapi pergi jauh dari suatu sudut yang terpencil demi memikirkan semacam perkara yang berguna untuk masa akan datang. Sepertimana Nabi Muhammad juga yang memencil diri di Jabbal Nur didalam Gua juga yang kita tahu dengan nama Gua Hiraq untuk memikirkan bagaimana caranya untuk membantu selesaikan masaalah yang dilanda Umat ketika itu. Lalu Allah taala turunkan Wahyu pertama sepertimana kita tahu diatas tuntutan pertama adalah Perintah untuk "Iqra" iaitu Baca, sedangkan Nabi Muhammad seorang Ummiyi yang tidak reti membaca atau illiterate, berkali-kali Jibrail memeluk Baginda apa yang mampu baginya adalah berkata "Maa Ana Biqori"(Aku tidak dapat membaca) berkali-kali hingga bertanyalah Baginda kepada Jibrail "Ma Aqro'?"(Baca Apa?) lalu disambungkan wahyu seterusnya iaitu ayat kedua yang bermaksud "dengan menyebut nama Tuhanmu yang menjadikan"

..dan kitapun tahu apa berlaku seterusnya hingga hari ini bagaimana Influence Rasulullah telah Inspire kepada kita. Bermula dari Tawadhuk untuk mengenali kekurangan diri yang empunya ketahui untuk dibangkitkan, Rasulullah kekaseh sejati Allah yang kesahnya diabadikan sebagai sumber Inspiration dengan mengenali Potential diri yang sebenar kita semua dibekalkan..yang pastinya mula dengan Tawadhuk. Semestinya membingungkan kalau kita samakan Baca dan Sebut(yang turun pada ayat ke dua) kerana ia adalah Kerja yang berbeza. Baca tidak memerlukan buku, walhal memerhati itupun boleh menjadi pekerjaan membaca prilaku setiap perbuatan makhluk selain dari kita atau diri kita sendiri menerusi cermin. Sementara Menyebut perlukan Kalam, tidak semestinya terbit dari pada kotak suara yang diterjemahkan oleh lidah bergesel dengan angin keluar melalui mulut tetapi boleh sahaja berlaku dari sebutan Hati kita yang berbicara sendiri dengan tanpa memerlukan mulut yang bergerak pun.

Bahkan dengan tanpa sedar bahawa Wahyu pertama Baginda itu lah jawapan pada Akal kita untuk menerima atau tidak permulaan Manusia dari segumpal Darah. dan dengan KemurahanNya jualah Allah sudah siap mengajarkan kita dari perantaraan Kalam tanpa kita sendiri ketahuinya. iaitu bahasa pertama kita, Menangis! Kerana itulah bahasa seorang Insan yang benar-benar sedar kepada kelemahan dan kedaifannya bila pertama kali melihat diDunia, bahkan bayi pun takut tidak bertemu jalan pulangnya kepada Penciptanya!..dan hanya seorang Insan sahaja yang begitu kenal dengan sifatnya yang cenderung dengan perangai melampau batas(sebab kita didatangi dengan "Package" Nafsu untuk di Kuasai pada diri)..dan merasa Ujub atau Syok Sendiri pada rasa serba cukup itulah egois-nya Ananiah.

Maka disinilah relation kukuh ambe kepada moral of the story sebalik Episode: Kisah Dua Petani yang satunya bersyukur dan satunya tidak(pada rumusan keseluruhannyalah) dan selalunya ia berkaitan dengan budaya bermegah-megah dengan kata-kata yang lupa diri setelah diberi keuntungan dan Nikmat.. dan apalah salahnya dengan Tawadhuk kita sama-sama bantu membantu berganding bahu?

Kemudian pula kita tahu Episode: Perguruan Nabi Musa dengan Nabi Khaidir, yang memang daripada awal-awal dah warning pada Nabi Musa untuk tidak bertanya jika hendak belajar, dan mengenali erti Sabar dalam menahan curiosity yang terdapat hingga diizinkan guru untuk bertanya. Dalam satu classroom, apakah cikgu mengamuk atau tidak kalau murid-muridnya bising ketika mengajar? sudah tentulah.. kerana yang bercakap itu guru, bukan murid, dan selalunya guru selalu bertanya kepada murid tiap kali habis mengajar "ada apa-apa soalan?" dan pada kebiasaannya murid akan diam kerana malu bertanya(gitu pulok)..

Mungkin sahaja lah(buat pandangan ambe yang daif ini) method pengajaran pun perlu kita teliti kembali, orang kita ni banyak sangat di educate oleh unsur-unsur kekafiran(secara halus) hingga kita sendiri lupa method sebenar Islamic yang diajarkan melalui sekolah-sekolah "tanpa tauliah" di Pondok-pondok seumpama di Pattani, Philipina, Indonesia ataupun di Mesir sendiri. Concept kekeluargaan dan kemesraan yang tidak perlu kepada meja kerusi sementara guru berada di sebuah meja besar tetapi cuma bawa berapa butir buku sahaja untuk diletakkan diatas meja, which is bagi ambe perspective sebegini nonsense ajalah..meja besar untuk tunjuk guru ni banyak perlukan space untuk letak banyak buku ke apa? tak ergonomic langsung(maaf kata lah).. Sedangkan Pengajian Pondok yang lama hanya berbekalkan satu kerusi sahaja sementara murid-muridnya mengelilingi gurunya, semacam session Syarahan atau Kuliah ataupun Khutbah. Tetapi tidak apalah, ini mungkin sahaja POV ambe sahaja-abaikan seketika.

Hanya penekanan ambe cuma untuk tunjukkan perbezaan antara mereka yang datang berguru atau hendak menjadi murid. Dua perkara berbeza tetapi nyaris sama aja ertinya, kerana orang yang hendak jadi datang berguru, mereka belum tentu seorang murid. Sementara yang hendak menjadi murid pula, belum tentu itu gurunya. Jelas hari ini kita dapati bagaimana bezanya Guru yang kesekolah untuk Kerja dapat Gaji ataupun memaknai penyampaian Ilmu itu lebih daripada nilai Gaji itu tersebut.
Ambe dikelilingi hidup dengan berkawan dengan guru-guru sekolah, dan mengenali setiap seorang mereka ada lucunya kerana terpaksa dan ada pula terpaksa posting ke sekolah lain bahkan dibuang sekolah hanya kerana pendapat guru tersebut cenderung kepada Politik Pembangkang. Bahkan ayah mertua ambe pun guru, kalau ndak dikirakan kerja beliau hari ni tak padan dengan dirinya sebab ayah mertua ambe kelulusannya tinggi lebih dari kedudukkannya sekarang. Namun bukan kerana ndak membodek mentang-mentang bapak mertua, tetapi mengenal dirinya dari kesah anaknya(yang kini Isteri ambe) banyak memberi pemahaman bahawa beliau antara guru yang ke sekolah bukan untuk gaji semata-mata..Bahkan pernah terlibat dalam satu peristiwa pergaduhan murid sekolah A dan B hingga beliau sendiri jadi mangsa pukul, hanya ndak leraikan pergaduhan tersebut.

Jadi begitu jugalah umpamanya kesah Nabi Khaidir yang guru yang Tawadhuk kepada Akur nya pada Allah taala walaupun kerja "hilang akal" dilakukan mengorbankan seorang budak kecil demi pengajaran buat Nabi Musa mengenai Ilmu Mengenal Allah dan Hak Nya atas makhlukNya.
Dari kajian ambe, ada juga yang berpendapat bahawa Nabi Khaidir ini bukanlah Nabi, tetapi Jin. Kerana menurut pendapat mereka itu dalam Surah Kahfi pun tiada menyebut akan nama Nabi Khaidir. Wallahualam tetapi cukup sahaja dengan pengetahuan yang sudah ambe cantumkan ini jadi pengetahuan, kalau ndak kaji lagi..itu terserah. Hanya moral itu lebih penting kerana yang jelas adanya didalam Al-Quran untuk difahami akan maksud seorang Murid yang dikehendaki atau Murad, dan Guru yang Murshid/ Menunjukki. Dan Practical lebih effective dari sibuk theorize kan apapun, andaian akan tetap berkembang kecuali kita alami sendiri pada banyak bertanya tetapi sebenarnya tidak mahu tahu sangat pun.

Akhirnya kita dihidangkan dengan kisah Iskandar Dzulkarnain, seorang Raja yang Tawadhuk mengenal Tuhan. Jika tidak ia bersifat demikian, mengapa Iskandar Dzulkarnain berkata:
"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar"..
setelah membina satu tembok yang menghalang dari Yajuj Majuj memanjatnya?
yang ada hari ni pun dah separuh gila rasa bahawa dia ajalah yang hebat, sedangkan hebatnya cuma perintah itu ini aja.. Raja dahulu turun padang dan kenali tiap masyarakat dan membantu apatah lagi mengimamkan Solat sebab kalau Tariqat pun menamakan ketuanya dengan nama Sultan iaitu harfiah kepada maksud Raja/Pemerintah? Maka biarlah apa yang "kuasa" itu dibiarkan bahagi yang maha berkuasa sahaja, kita perlihara yang ane hok ada pun dok gerok mane jugok.
Dan didalam tiap diri kita yang perlu kita tahu ada satu Raja, itulah Hati namanya, rosak disitu habis meranalah kerajaan Lembaga Anggota kita..Mahkota itulah Akal kita, Bendahara/Ulama itu pada Kata-katanya, Permaisuri itulah Maruah dirinya, Putra-putri itulah Pewarisnya. Bagi anda, maseh belum terlambat untuk tidak menzalimi diri sendiri berlaku adil lah pada diri kita dalam usaha berTawadhuk..

Inilah antara azam kita perlu tanamkan kepada diri sendiri, jangan sombong jika beroleh apapun barang kemenangan kerana kemenangan yang mutlak maseh milik Allah juga akhirnya.

dan sebenarnya untuk mengulas dengan pandai-pandai buat tahu aja, ambe kurang berani kerana Agama ini bukan Agama ambe tetapi Rasulullah yang established demi satu jalan pulang pada Allah, ambe biarkan hal itu pada para ahli-ahlinya, kerana ambe tidak ubah sekadar "penebas jalan" yang terhalang untuk mengiyakan reasons yang adanya dari keperluan kita sendiri sebagai Hamba semata-mata kepada sang Pencipta.

akhir kata ambe mohon maaf diatas apapun prilaku atau kata ambe atau layanan ambe selama ini, beramai-ramailah memaafkan sesama kita sebelum Ramadhan kita agar kita dapat beri tumpuan dalaman kita terhadap amal Istiqamah kita untuk pertingkatkan apa. Tak payahlah ndak berangan-angan ambil fikir tahap bangkai yang kata Puasa ni Diet atau peluang untuk turunkan berat badan kalau kita ni dasarnya nafsu pelahap. Baik kita kecutkan Nafsu kita dari perut, Physical hanya temporary state, bukan selamanya.. Ingat tu.

yang baik dari Allah taala dan yang buruk dan hina itu memang dari ambe yang diciptakan Allah juga untuk menguji kita, siapakah yang berjaya nanti di Akhirat kelak dalam persaingan kita yang Sihat dan Progressive menuju Mati yang tidak kita tahu bila tetapi adalah satu janji yang nyata(As seen on TV).

Usaha, biarlah selamanya agar benar tunduk bertawadhuk,
dari duduk saja jaga buah serta menternak Kuching untuk ber-Tanduk.
Amin.

setiap kata Khas buat pencatitnya yang fakir.

HKM

Thursday, July 12, 2012

PANDAi_berANGAN


Seringkalinya tatkala kita mendengar perkataan "Hijrah" didalam kamus sesiapapun, kita tidak lari dengan synonym atau persamaan yang sama yang menyebelahi satu pihak sahaja iaitu "Menetap". Didalam rujukkan sirah ataupun Karya Agung iaitu Al-Quran pun sendiri begitu banyaknya menceritakan moral incidents terhadap mereka yang Bukan Islam(samaada kaum Kafir Quraisy ataupun selainnya) kepada memilih ajaran Rasulullah-iaitulah Islam.

Tribulation sememangnya suatu risiko yang pasti akan diambil oleh sesiapapun yang ingin beriman dari sekadar di cop sebagai "orang yang ada Iman" sahaja. Perbezaan antara dua category orang yang beriman dan orang yang ada Iman pastinya ada, oleh kerana bahagi yang ingin beriman, itu pekerjaan yang diraih dari sejauhmana kita menekan will/keinginan kita untuk beriman. Jalannya adalah pastinya akan lebih payah, oleh kerana para candidate pilihan Allah untuk menentukan kedudukkan mereka nanti diakhirat.

Sedangkan pula bahagi orang yang cuma "ada Iman", maseh belum tentu buatnya selamat secara total, samaada jalan mereka ambil itu selamat ataupun tidak. Pembaca pastinya akan bertanya kepada ambe sekarang, apakah kita sedang mendidik jiwa bersuudhan(sangka Jahat) kepada Tuhan diatas alasan rasa-rasanya macam ambe ini sedang menukil artikel yang mewas-waskan jiwa yang dirasakan "dah beriman". Dan apa yang paling bahaya dari sekalian persoalan itu mungkin sahaja ada bertanyakan secara sinis "apakah layak buatnya untuk pandai-pandai dan suka-suka berbicara soal Iman ni? dia ni beriman sangat dah ke?"

Tenang, dan perlu itu tidak usah lah untuk jadi terburu-buru oleh kerana hidangan kali ini baharu sahaja bermula..dari ratusan jumlah ayat, anda pun rasanya sudah pada tahu, the only thing that matters was the ending of everything..dan kebanyakkan cerita box office dipawagam atau drama TV pun, penonton cuma pentingkan conclusion akhirnya jauh dari permulaan(oleh kerana 5 atau 10 minit pertama sesebuah movie itu hanyalah dihidangkan kepada anda sebelum anda mula berfikir tentang "apa akan jadi selepas ini dan itu"..menunjukkan bahawa asbab yang menarik perhatian anda tadi untuk kini berseteru sebagai kita kini adalah perasaan ingin tahu yang membuak-buak/sense of curious. Dalam benak kesedaran kita atau tidak lagi sedar-sedar, amatlah kasihan kepada filem yang kebanyakkannya memakan budget berjuta-juta Dollar menyara crew-crew, wardrobe, sewa kepakaran gadget, studio dan apa lagi Pelakon Hollywood/Bollywood/Malaywood? dan sebagainya yang gajinya bukanlah RM5 sejam tetapi ber-ratus ribu untuk pelakon-pelakon tambahan sementara pelakon utama pula lebih dari itu, belum lagi kita huraikan post processing yang memakan masa lama dan promosi yang invest jumlah besar wang juga hingga masuk ke pawagam, tetapi akhir-akhirnya yang lebih "star" dari Moviestar manapun atau hebat dari Pengarah manapun tetaplah yang dipanggil "Audience", yang lebih dari comment dari berbuat, itu kalau kita observe Audience yang bersifat "Pengarah"..

Namun kali ini ambe akan bincangkan kepada anda yang sudi berfikir sama mengenai majority orang adanya hari ini yang bersifat Bintang yang langsung tak tentu arah ini, yang hanya tahu mengenai hanya ingin tahu apa berlaku kepada Frodo setelah selesai kembaranya menghancurkan Cincin segala Tuan empunya dalam filem The Lord of The Rings ke Tiga. Lalu "big boss" yang demanding gayanya pula ada pula ndak agar ada sambungan lagi dan terus lagi..Hinggakan ada antara kita rasa meluat pada orang yang tidak padan dengan nikmat yang sudah mereka hidangkan. Itu contoh sekadarnya, tak ada kena mengena dengan apapun hanya ambe ndak ketengahkan soal "Superstar" yang kita andaikan sudah jadi ini dalam tidak sedar.

dan langsung mengaitkan ia kepada symbol bentuk rupa Bintang itu kepada 5 Rukun Islam kita yang ndak jadi orang Islam. Tetapi belum tentu ndak beriman sepenuhnya ataupun tidak, atau mungkin cuma ikut-ikutan sahaja seperti Cult Movement. Lalu ambe simpulkan ia kepada perkaitan dengan Soalan paling utama dari permulaan tadi lagi iaitu; Pandangan/Perception.

Perceptions adalah perkara yang akan timbul dengan rupa yang zahir kita hidangkan melalui Pancaindera kita miliki seperti Mata, Telinga, Hidung, Mulut ataupun deria Rasa, tidak kira samaada ianya static ataupun bergerak setiap dari perkara itu adalah ambil kira kita terhadap apa kita akan nilaikan kemudian pertimbangkan.

Hanya kerana pemilik Mata si pemakai Tudung(yang baharu sahaja pakai 1 tahun lebih atau dah pakai sebab kena paksa pakai dari kecil) tetapi melihat wanita yang Sexy langsung tak tutup aurat, Perceptions yang common akan diperkatakan atau diumpatkan oleh Muslimah lain adalah seperti "dialah yang lebih baik dari itu", tidak bermakna anda berhak untuk berkata mengenai seseorang sedemikian..Sungguh semangnya benar sekali menutup aurat itu lebih baik, tetapi kita (yang maseh belum banyak hal tahu mengenai Agama ni..apatah cara ber-Dakwah) pendapat ambe yang kurang tahu ini juga pun menyarankan adalah cara terbaiknya kita banyak belajar dari berkata apapun mengenai ber-Dakwah, oleh kerana Methodology bertarbiah sememangnya banyak cabang dan cara pendekatannya.  

Sepertimana ambe sendiri pernah menjadi orang yang berambut panjang, yang banyak didatangi oleh pelbagai "Superstars" yang membuta tuli menghukum haram kepada ambe dan ada juga jenis pandang serong semacam sebab dia aja pakai Kopiah dan faseh bahasa Arab sikit dan ada hafal hadis dua tiga kerat.
Walhal issue berambut Panjang ini bukanlah suatu hal yang mengkafirkan orang pun, atau menyamakan dengan Wanita(selagi dia tidak bermake up macam Perempuan atau berkebaya/baju kurung atau berbikini)..
Justeru itu yang menghairankan ambe ketika berada di Kaherah,Madinah ataupun Mekah dahulupun tidak ada yang membantah lantas ada juga sahabat ambe disana yang mengaji disana pun ada mengatakan bahawa ia adalah Sunnah Jibliyyah-Fashion Nabi..

Ini menunjukkan mungkin kita banyak hal yang tidak tahu dan langsung tidak tahu tetapi terus tidak mengambil tahu, permasaalahan hari ini yang dirasakan dari ambe dan mungkin ramai sahabat diluar sana hari ini adalah terlampau ramai-nya orang yang obsessed dengan jiwa Superstar nya yang siapapun tengok Tweet atau Status FB empunya dah menular jadi "Ustazah Internet". Mungkin sahaja pandangan ambe ini buat ramai kurang setuju seolah-olah menyekat kebebasan ber"dakwah", sebenarnya dah terlalu lama memerhati News Feed dan bila timbul rasa ndak tegur elok-elok, dah ada orang tegur-empunya status itu pula yang Emotional. Namun apakala fikir panjang, ambe ambil lah risiko ini maka cuba lah sampaikan dengan sebaikmungkin asalkan suatu masa nanti kita sama-sama mendapat pencerahan dalam mencari Jawapan sebenar.

Dakwah dan Tarbiah itu besar kaitannya dengan common sense, berdasarkan Rukun-rukun Agama tetaplah bermula dengan diri terlebih dahulu. Jikalau kita asyik suruh atau paksa orang lain gosok gigi seraya menceritakan khasiat-khasiatnya ataupun menggunakan comparison diri yang dah cantik giginya oleh kerana senantiasa mengamalkan gosok gigi dengan orang yang gigi-nya rongak atau buruk dikhayalak ramai. Itu bukan Dakwah namanya, itu Tarbiah Kesetanan kita yang mendidik Ananiah diri sendiri yang syok dengan pendapat sendiri. Walhal kita datang dihujung tangga Rumah Allah dahulu dengan perasaan apa? Apakah kita Percept bahawa Tuhan perlu kita kerana kita pakar dalam Strategy Meniaga, Arkitek atau Doctor?

Maka disinilah Isi Penting garapan kali ini, harapan ambe moga kita bersedia untuk membuka fikiran dan perasaan untuk cuba terima dan nilaikanlah sendiri. Hakikatnya kita tetap perlukan Tuhan, dan kita patut terima bahawa bila tertegaknya Rukun Islam pertama, kita sambut Existance Tuhan itu melalui kewujudan Muhammad. Dan kerana itulah dari dasar keyakinan ambe sendiri, Kalimah Syahadah itu disambut dengan Dua Nama Penting untuk tujuan Pra-Kenalan kepada Agama Islam. Seperti Akad kita berniaga atau nikah, ada sebut "Saya Jual" ada jawab "Saya Beli" dan "Saya setuju untuk nikah dengan si fulan" dijawab oleh Perempuan ketika berlangsungnya pertunangan, sementara Lelaki menjawab "Aku trima akan Nikahnya dengan Maskahwin tersebut itu" pada Ijab Qabul. Menunjukkan apabila kita trima Islam, kita akan menuruti segala amalan Nabi Muhammad sebagai Janji kita kepada Tuhan Allah. yang kemudiannya kita tahu bahawa Dia memiliki 99 Nama yang lain untuk tujuan kita menyedari betapa dekatnya kita dengan Tuhan sebenarnya, sehinggakan NamaNya itupun dipinjam dan digunakan kepada anak-cucu kita seperti "Rahman", "Rahim" dan sebagainya..lalu apakah mengetahui itu memperbolehkan kita ini tiru gaya berlagak Tuhan yang boleh buat apa sahaja kita mahu? Mungkin sahaja melalui sejarah kita sedar bahawa ramai mengaku Wali, Nabi, Rasul tetapi jarang sangat-sangat kita dengar ada orang mengaku dia Tuhan kerana mereka sedar dengan risiko demikian, ramai orang akan membunuh atau memburu.. Menunjukkan Naluri Bertuhan itu kita sudah wujud sejak Azali meyakini Tuhan yang lebih maha dari apa yang mampu diandaikan akal kita mengenai Tuhan.

Justeru itulah untuk menjadi orang yang Islamic bukan ber-erti anda perlu jadi macam Tuhan atau Nabi,Rasul atau berlagak walipun. Namun sekadar ikut sahaja cara Nabi sebagai panduan yang selamat, bagaimana baginda dan Isteri-isterinya atau anaknya atau cucunya atau saudara-mara bahkan dengan sahabat serta masyarakat. Sunnah-sunnah tersebut sepatutnya kita hidupkan melalui amalan harian kita.

Dan bagi membahaskan soal Perceptions dalam jadi orang Islam, kita sedikit sebanyak melenyapkan Eksistensi kita ini yang banyak jahil dari tahu berdasarkan Rukun Pertama,
Perkara Kedua pula mengajarkan System cara kita Hidup membezakan dengan mereka yang tidak Islam, bahawa kita ada Discipline yang ajar diri memujuk sendiri agar taat dalam Solat 5 kali sehari-semalam. Masa kita Korbankan demi balik lapor diri dengan sang Khaliq itu sekian hikmahnya. Kemudian secara ringkasnya mengenai bulan yang bakal kita harungi tidak lama lagi dibulan Ramadhan untuk men"jamu" makanan kita yang sebenar iaitu sejauhmana Tenaga kita mempu diberikan pada keadaan yang sihat. Zakat di Perkara Keempat bertanyakan kepada kita akan berapa banyak mampu kita Infak atau Sumbangkan Harta kita kepada golongan yang lebih memerlukan. maka Akhir sekali pada Rukun Islam adalah Menunaikan Haji..

Jikalau kita perincikan semua 5 perkara ini, kita akan capai satu peringkat bersetuju bahawa 5 Kerja ini bertanya kepada kita, apakah kita sanggup atau tidak, Seperti Rukun Pertama yang semua mengaku dia bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan mengaku Muhammad itu Pesuruh Allah.
Andaikatalah kita tanya kepada dalam diri kita, sudah pastinya sedar bahawa kita terbatas kadarnya..Sungguhpun kita diberi pinjam nama Allah yang Maha Sabar untuk berbuat apapun atau menghadapai apa sahaja tetapi Allah lebih Maha Sabar daripada apapun, dan bilamana kita yang ada diberi nama Muhammad pun sendirinya tidak semua mampu menggalas keseluruhan Tugas Muhammad. Hikmahnya disini kerana itulah Rasulullah menekankan hidup berkeluarga iaitu berjemaah, mengelakkan berpuak kerana itu menyimpang dari dasar concept persaudaraan. Jikalau salah daripada ambe berkata begitu, mengapa Baginda mengalakkan kita bermuzakarah? tidak mungkin muzakarah itu dilakukan sendiri melainkan lebih dari dua orang itu sudah pastinya. Tidak mungkin disabdakan fadhilat solat berjemaah lebih baik dari sendiri melainkan tujuannya adalah itu.

Dan apabila kita ceritakan mengenai Solat, yang dituntut itu cuma 5 waktu sahaja. Tetapi yang sunatnya banyak adanya berdasarkan keperluan kita, kalau ada hajat, maka di suruh Solat hajat..jika mohon hidayah, Istiqarah. bila terasa ndak bertaubat maka Solat Sunat Taubat ada.

Bahkan Puasa Sunat berbagai-bagai adanya. Yang dituntut wajib cuma Ramadhan.

Zakat cuma satu kali setahun, tetapi kalau ada yang hendak membahagikan sejumlah pendapatan kita untuk membantu saudara sesama kita yang kurang mampu istilahnya adalah Sedekah. Dan apabila cerita bab Sedekah sekalipun, begitu banyaklah caranya, tidak semestinya dengan wang pun.

Ataupun fardhu Haji, yang bahagi ambe dahulu sangat tertarik dengan ayat sambungan "Jika Mampu" itu sebagai Persoalan kepada keseluruhan Rukun.
Andaian ambe pula berpendapat bahawa kita tiada sebab untuk jawab tidak Mampu kerana kita lebih Mampu dan malah semakin hari semakin dipermudahkan justeru semakin mewah dengan nikmat melimpah ruahnya hingga ambe pun menjadi salah seorang yang buta dalam menyedari reality hari ini. Lalu apakah sudah pergi Haji setelah dirasakan dah berjaya Tunaikan Sunnah Nabi, jaga Solat, Puasa penuh, bayar Zakat itu sudah sempurna namanya sebagai orang Islam?

ramai menjawab-belum tentu.

tetapi jawapan sebenarnya adalah Iya, jikalau ianya diselaraskan dengan Rukun Iman kita. Kalau Rukun Islam itu Terms, Rukun Iman lah Condition kita.
soal mengaku Islam itu hanya dijawab oleh mereka yang pentingkan Perception Ujub Diri atau mungkin Riak kita atau parahnya Ananiah Keakuan kita yang Taksub dengan pendapat sendiri sahaja..kita lupa bahawa bukan sahaja orang di Malaysia sahaja perlukan Agama Islam tetapi Dunia. Kita terlupa mungkin untuk Act Local but think Global bahagi menerima kebusukkan negara kita hari ini, tidak kiralah pemerintah pimpinan manapun tetap kurang sempurna kerana moral segala-gala Incident yang anggap ada Coincidence belaka ini hanya memberi bahan fikiran kepada kita pada Akhir Zaman. Ia bukan dongeng bahkan sedang berlaku, yang kita nanti cumalah Pimpinan yang disabdakan sahaja. Itu sahaja Pimpinan yang Absolute dan almost Perfect seperti Muhammad. Jadi apalah salahnya jikalau pemimpin atau Raja-raja kita trima salah dan lebih optimistic dengan perubahan dan bekerjasama tidak kiralah Kerajaan ataupun Pembangkang. In fact, bukan kah kita semua ini menumpang sahaja? 

Namun persoalan ambe buat diri ambe dan pembaca cumalah sekadarnya bertanya kepada soal Perception.
Apakah kita ini bermatlamat untuk lakukan kerja Islam untuk tunjuk Islam ini hebat? Ambitious namun kita kekurangan tenaga kerja seperti para Sahabat Baginda yang ada, para Wanita Muslimah yang ber-character supportive dan berjiwa Redha dengan kepayahan dan kesukaran..Namun demikian,tidakkah kita belajar daripada Sirah setelah Nabi Wafat? Nabi belum dikebumikan lagi dah bertelagah mengenai Pemimpin. Pada satu sudut memang menunjukkan concern mereka ketika itu terhadap Umat akan datang, tetapi Hakikatnya mereka dan kita sedar..Siapalah kita tanpa Muhammad yang diutuskan Allah?

Oleh yang demikian sudah-sudahlah duk gila sangat dengan kedudukkan, kerja kita banyak belum selesai. Perception Islam itu hebat mungkin dapat membangkitkan kembali popularity Umat menjadi Ummah..yang majority di mata Dunia. Tetapi dengan ada orang seperti ambe sendiripun belum tentu complete kerja Islam, belum tentu terlaksana belaka hak sebagai yang Insan jangankan ndak sebut hal BerIman..betapa miniscule nya kita ini kalau ndak cerita "saya hari ni buat benda baik" hingga mendapat semacam fan pun malah tinggi ujiannya, takut dan bimbang nanti jadi Taksub dengan pendapat sendiri sahaja..kita tidak mahu itu kerana kita bukan ndak Agama tetapi berAgama. Amalan berjemaah dalam kadar yang ramai dan memiliki mutu yang lebih bagus dari kita lagi, ambe yakin begitu ramai diluar sana punya potential mengerjakan amal mulia yang qualitynya mengalahkan quantity yang ada, kerana kita sememangnya hendakkan Perception dari sang Khaliq, sebelum sampai kepadaNya, kembali lah kepada ajaran Kekasehnya kerana itu sahajalah option nya.Sementara ini hanya salah satu garapan mengenai soal Pandangan yang tiada siapapun ambe mohon peduli kecuali ambe begitu bermohon agar kita dapat bersama berusaha ke arah memperbaiki concern kita secara hakikatnya ke arah yang tidak kita kenali tetapi kita degil untuk mengenali, kerana bila berbuat apapun kepada orang hari ini, anda pun tahu apakah tindak balasnya yang sering kita terima..Kecewa juga akhirnya.

Jadi tidak usahlah mengharap pada makhluk terlalu bedo'oh lalu sangat, tetapi jadikanlah ia sebagai force untuk kita terus ke hadapan. InsyaAllah kita bangkit kerana kerosakkan kita sendiri lakukan selama ini.

Jangan sampai anak dan cucu kita semua jadi mangsa dari hasil kerja tangan dan sumbangan subahat kita buat Akhir Zaman kelak.

HKM