Friday, August 31, 2012

DISPLAY ONLY


Budaya "Tengok Sahaja" adalah yang amatlah obvious berlaku dizaman manapun kita pernah, sedang atau bakal tempuhi. Bilamana Panca Indera Mata disempurnakan bersama Fungsinya, kita tahu bahawa Intention Tuhan yang maha mencipta itu mahu kita tengok atau lihat atau saksi atau bayangkan atau pandang, yang lain istilahnya. sudah tentulah lain cara penggunaannya. Ambe  serahkan kepada pakar bahasa sahaja la untuk menafsir atau menterjemahkan pengertiannya. Oleh kerana ambe sekadar hendak anda semua faham bahawa semua orang mampu Menyaksi, walaupun golongan yang Buta tidak dapat membaca Blog ambe ini..Mereka maseh tidak terbatas untuk menyaksi keindahan Hidup disebalik keterbatasannya untuk lihat atau tengok dengan Normal seperti kita ni la kononnya. Bahkan adakalanya bila ada kawan-kawan kita yang memang Buta Physically kita cukup kenal, malahan terasa juga bahawa keterbatasan mereka ni lebih elok daripada yang belum sedar diri bilamana bukan terdiri dari orang yang butapun

Beberapa malam lalu, ketika air teh hijau ambe pesankan maseh lagi terhidang panas bersama renyai hujan lebat ambe dan beberapa sahabat baharu sahaja mulakan argumentasi kami mengenai pandangan masing-masing menyentuh kesah video rakaman CCTV ragut. Kemudian berjangkit topik nya relate pada rakaman CCTV jalan raya yang tlah merakamkan sebuah tragedy anak Cina sekitar 3 tahun usianya, yang dipercayai sumber tersebut datang dari negara China, tempat kurang pasti tetapi yang membuatkan ambe cukup terkesan adalah bukan sahaja kita dapat lihat secara langsung bagaimana seorang anak kecil itu boleh dibiarkan orang Tua nya atau penjaganya atau abang kakaknya itu dilenyek dan dilanggar oleh pelbagai jenis pengangkutan hinggakan kita yang melihat ni pun dapat rasakan, "kalau bangkai kucing sekalipun, orang pun tak tergamak untuk biar dilenyek ditengah jalan sehingga hancur..ini kan manusia?"..

Dan penyakit kami yang rancak berbicara akhirnya pergi lebih jauh ke belakang lagi pada zaman yang dimana CCTV itu cumalah Mata Kepala Nenek-nenek moyang kita ajalah yang adapun untuk menceritakan, iaitu pada zaman dimana Tok Janggut dihukum oleh pihak pemerintah, ataupun Haji Abdul Rahman Limbong yang dibawa bicara dahulu semuanya cuma dibiarkan menjadi seumpama "barang pameran" Sahaja..sementara berpuluhan, ratusan bahkan mungkin mencecah ribuan orang Takkan Melayu Hilang Di Dunia ketika itu cuma tengokkan ajalah, sedangkan yang menghukum mereka-mereka ni cumalah berapa kerat sahajalah orang Penjajahnya?

Teh yang dihidang pun sudah menyejuk, barangkali kerana cuaca Hujan malam tersebut mengasbabkan air nya terkesan dengan cuaca yang berangin serta dingin. Manis pada moment air sampai tadi dianggap Manis malah kini bertukar menjadi Kelat..Tawar..Hambar. Namun maseh mampu dijamu akan Nikmat yang barangkali masyarakat yang dilanda kemarau atau masaalah air di kampung masing-masing.

Lalu melintas langsunglah dikepala ambe mengenai Memory ambe menyelam bermacam kawan yang ada, yang terdiri dari berbagai status cara hidup dan kumpulan yang berkongsi interest yang sama,
dan apabila seseorang dari bulatan itu buat hal aja. Yang lain akan selalu bertindak dingin, dibelakang atau dihadapan itu optional. Tetapi yang sering berlaku adalah golongan yang suka tengok sahaja dan berkata dibelakang. Mungkin Issue ini kita anggap remeh, kerana kita slalu dengar budak-budak perempuan sekolah menengah selalu aja kemukakan issue Hypocrite ini. Yang remeh itulah padahal merebak seperti cancer didalam Jiwa-jiwa kita yang tenang tanpa kita sedari bahawa ia telah membusukkan hati-hati sendiri.

Dihadapan, kita lah bahan ketawa untuk berjenaka dan sebagainya.. Ketawa nya berpanjangan hingga kadangkala ambe pulang kerumah dengan rahang yang letih. Kemudian ada yang jawab, "Dah, takkanlah nak menangis melalak pulak?"
ya memanglah ada kebaikkan dalam menceriakan orang lain, paling tidakpun tension kerja sesama kita pun tangguh seketika oleh kerana cecair Nikmat itu sudah membiuskan Otak kita melebam hingga yang difikirkan adalah setakat Suka sahaja. Yang membingungkan adalah limitation kita dalam melakukan apa sahaja, sememangnya kita terbatas.. theres none of superhuman ever lived on this world kecuali Muhammad bin Abdullah, yang lain cuma hidup didalam imagination sendiri sahaja.

Apa yang menjadi pelik adalah jenis kawan yang selalu puji FULLSTOP, tetapi tak ada suggestion akan Improvisation . Sementara yang lebih pelik adalah yang gemar condemn dibelakang, depan? tak berani. Payah ada kawan yang selalu critique kecuali Musuh.
Mungkin itu sahaja lah optional kita untuk Berubah, terima apa kata Musuh untuk Positive dan baiki. Namun ambe sedikitpun tidak menolak dengan beberapa gelintir Sahabat yang balanced dengan puji dan keji kerana ambe ada, walaupun tidaklah ramai adanya.

Sebagai contoh yang seringkali ambe diperlihatkan adalah jenis kawan yang hanya datang untuk sesuatu, yang pada mulanya begitulah Humble kemudian dah dapat sesuatu..Dialah antara karekter kawan yang Tukang Tambah pada Mesyuarat Kutuk.
ataupun karekter kawan yang Tukang Cari Salah yang menjadi component penting Mesyuarat Kutuk. ataupun saksi palsu yang di Majlis Mesyuarat Kutuk mengaku tetapi bila sampai saat Confrontation dengan mangsa(jarang lah berlaku), dia tarik diri dan berdalih.

Sejujurnya jikalau tiada nilai pada kesabaran di sisi Tuhan, dah lama ambe sendiri menapakkan kaki pertama di muka orang yang seperti itu. Kerana kita sebagai yang memerhati kedua-dua scenario, memang geram dengan sikap sedemikian.

..dan akhirnya kerana tiada Confrontation untuk bantu Mangsa yang ternyata sedang dilanda crisis diri, ambe ambil lah risiko untuk bersemuka dengan mangsa dan beritahu hal sebenar, sesuatu yang ambe sendiri malah bimbang kerana boleh menyebabkan pecah belah yang datang dari kita.
Malahan ambe dan sahabat rapat ambe pun juga pernah nyaris terjebak menjadi macam puak yang memulaukan mangsa itu.

Second Tought, sememangnya berguna.. Lalang tak ada second tought kecuali ikut aja mana angin bertiup. dengan Second Tought lah mengarahkan Situation Sebenar yang sedang berlaku dalam conflict. dan Second Tought hanya mampu dilakukan tanpa pengaruh siapapun, kecuali diri kita dan inner voice sendiri atas segala apa sedang berlaku.

Dan kerana itu jugalah buatkan ambe menyediakan muka dan anggota untuk dihukum sekiranya Mangsa hal ini tidak dapat menerima prilaku ambe sendiri.. Rasa berdebar, memanglah ada. Sebab kita memang ada buat salah yang banyak jumlahnya. Tetapi demi Kemaafan, kita biarkan perkara ini berlaku dengan apa yang tlah ditetapkan. Pendek kata, apa nak jadi hari ni..jadilah. Kita bertawakkal kerana dah rasa cukup obvious dengan tabiat Tengok Sahaja ini.

Pada scenario yang berbeza yang terdiri dari golongan yang lebih miniscule, circle yang sedikit yang hanya tahu cakap tentang brand baju, brand seluar dalam dan bergaya dengan alatan advance seperti Hp Touch Screen ke apa kebenda lain lagi. Yang jadi tidak suka dengan seorang kawan yang berkawan sejak sekolah lagi, tetapi kerana kawan yang satu ini menghadapi Culture Shock kerana perubahan cara Hidup pada keadaan budaya kerja yang berbeza, kawan tersebut mengambil Dadah sebagai subtitute kepada Solution untuk berkhayal pada jangka masa yang tertentu sahaja..Obviously, semakin hari semakin teruk..tetapi kawan yang ada sekelilingnya bukan malah yang tolong nasihat atau bantu tetapi menyediakan cara escapism yang licik sekali.

Ambe ceritakan pada anda akan seorang sahabat yang ambe anggap mulia disisi ambe yang juga tidak kebetulan pun turut terlibat dalam hal ini, yang beri ruang kerja padanya, yang beri kemudahan tempat tinggal untuknya dan justru sedia menyerahkan kepercayaan mengguna kan kenderaannya untuk kegunaan kawan yang baharu sahaja bekerja dengan harapan agar apa si polan perolehi itu dapat bantu keluarga nya dimasa akan datang. Tambahan pada awal sahabat ambe hendak beri kerja padanya, ambe dah beritahu macam-macam mengenai risiko bawa kawan bekerja sama ni, malahan beliau sedia menerima maki hamun dari orang lain kerana sikap kebebalan kawannya. Berbanding dengan kawan zaman sekolah, sahabat ambe ni malah cuma mengenalinya dari kawan-kawan yang lain beberapa tahun sahaja lamanya.

Tetapi apabila dilanda Culture Shock atau Identity Crisis ini, sahabat ambe ni cuba ajalah ceritakan pada yang lebih kenal si polan, tetapi respond yang diterima hanyalah treatment cuci tangan..Tak Berani lah, tak retilah, tak tahu nak kata apalah...dah tu, mu semua kawan dengan dia selama ni tak berani ke tengok blue sama-sama? atau tak reti ke bodek apa-apa? atau tak tahu nak kata apa ke bila kerjanya melalak bersuka-ria mengata-ngata?

Adapula yang mengesyorkan sahabat ambe untuk pukul aja "orang tu" sedangkan "orang tu" pun kawan nya juga malahan sejak zaman budak-budak lagi, dan apakah relevant penyelesaian dengan memukul? Orang yang berjiwa kanak-kanak mungkin akan seriklah, tetapi rasanya kalau dah 20 ke atas ni, dah cukup matang menghadapi risiko walaupun childish adakalanya. Effort pergi beli dadah dari pusher itupun satu risk, walhal memiliki dadah itupun satu risiko jangankan berkata tak tahu untuk soalan "kenapa buat macam tu?" sebab kita ni semua dah reti Hidup bertaraf,
tak ada orang yang berpakaian jenama KIKO tetapi berusia 25 sebab dah faham itu taraf Kanak-kanak..Dah terang jelaslah bahawa semua itu kita tahu, cuma adakalanya kurang faham mengapa kita perlu jadi macam orang lain.

ndak sebut Perkawanan tak sesuai, jadi relation Kawan ini dipinjam jugalah ayat Sahabat untuk sedapkan bahasa menjadi Persahabatan.
Persahabatan adakalanya hanyalah rekaan nama yang bersifat Ideologis,
sedangkan banyak lebih istilah lain seperti Kawan, Rakan, Taulan, Kenalan, Awok-awok, Geng dan sebagainya tetapi kita seolah-olah akur bahawa bila sebut Persahabatan atau Sahabat, kita rasa ia nya superior dari yang lain. Sebab Nabi Muhammad tidak hanya berkawan dengan Saidina Umar, Othman, Abu Bakar atau Ali..namun Bersahabat.

Sahabat datang dari kata yang sama kita Melayu gunakan, yang berasal dari bahasa Nabi iaitu Sahabat. Sahabat bukan atas dasar Interest tetapi Hidup dan Mati, bersifat Long Term. Walau apapun buruk sahabatnya, dia terima, baiknya itu kedua. Kerana semua orang berpeluang menjadi Baik jikalau kita berikhtiar sama-sama ke arah kebaikkan.
Itulah kekaguman ambe terhadap Rasulullah, yang semakin lama semakin ramai bersahabat dengan Baginda..Hingga kewafatan Baginda pun maseh ramai orang seperti kita ini berusaha untuk cuba bersahabat dengan baginda pada percubaan dan usaha untuk berubah dan senantiasa berubah.
Cara Baginda, Kata Baginda, Penampilan Baginda yang dikesahkan oleh Sahabat-sahabatnya, semua itu diambil kira serious kepada mereka yang memang sayang pada Baginda sebagai Sahabat. Bahagi yang Cinta Baginda, buat apa sahaja yang Baginda kehendaki dan pesankan dari wasiatnya..

Ambe lemah, ambe serba kurang, ambe sangatlah bodoh dalam berilmu, kerana itulah ambe tetap ingin bersahabat dan ingin menjaga Persahabatan dengan sesiapapun yang menilai kehadiran ambe dalam hidup mereka. Yang hadir pada Hari Kematian ambe nanti, cuma Sahabat-sahabat..Kawan?
belum tentu. Rakan Kerja?..mungkin mari, mungkin tidak.

Sebelum mencari Sahabat, kenali apa Matlamat anda terlebih dahulu. Berpeganglah pada itu. Allah taala tak akan zalimi Hambanya yang benar hendakkan yang terbaik untuk mengubah dirinya kepada kebaikkan.

Memiliki sejuta lautan Kawan, maseh belum tentu sama dengan beberapa Sahabat.

Lihat di langit pada malam yang gelap,
siapa yang mengarahkan anda kepada arah yang hendak anda tujui?
mungkin boleh aja kita kata Semua bintang tu berguna, tetapi tidak sama dengan beberapa butir bintang yang mengarahkan kita ke arah Kiblat kita.

kepada mereka yang suka sangat tengok saja dengan kebinasaan kawan-kawan, ingatlah bahawa segala ciptaan atau keizinan Tuhan itu(termasuklah apa yang tertulis ini) bukan sekadar Display Only..tetapi berguna untuk sesuatu, malahan memberi banyak munafaat bahagi Hidup dan Mati mu atau aku sendiri. Semua ini ada sedikit sebanyak persamaan dalam Scenario Hidup kita, perhati elok-elok dan fikirkan ajalah.

Apalah sangat dengan Harta, Wanita, Takhta dan Senjata yang kamu miliki?
Semua tu ada dimana-mana sahaja. Dan kalau Allah taala ndak tarik, anytime, anyway or anyhow..He can,could or would. Tetapi tengok sahaja? Itu tak membantu, malah membinasakan..

Ingat kembali apa ambe dah himpunkan dari mula hingga dikaki ini dari kesan kita yang berusaha agar tetap dan terus beristiqamah dengan budaya Tengok Saja. Kita kutuk orang buat benda tak kena di TV, kita sendiri pun belum achieve apapun macam orang yang bekerja di syarikat penyiaran TV. dok mu ar, aku kata ke diri aku gok tu..

Intiha Al-Kalam,
HKM