Friday, August 31, 2012

DONGENG RAKYAT

Tanah Melayu pada dahulukalanya amat terkenal diseluruh Dunia,
jikalau reference kita adalah dari Buku Sejarah edisi Sekolah Rendah-Menengah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Ketamadunan Melayu, Hikayat Tamim Habibul Ad-Dar, Sulalatus Salatin, Bustan Salatin, Mitsal Melayu, Negarakartagama, Hikayat Hamzah Fansuri, Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan, Tajul Muluk, Kesah Wali Songo/9, Hikayat Sangkuriang, Hikayat Raja Ali Haji atau kesah mulut ke mulut yang menceritakan Lagenda Sang Kelembai, Megat Panji Alam, Parameswara, Abdul Rauf Singkel, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Nujum Pak Belalang, Sang Nila Utama, Syeikh Abdullah Qahar, Tok Janggut, Mat Kilau,Tokku-tokku, dan kesah Puteri-puteri.. Sebenarnya, kita maseh belum Khatam sepenuhnya(padahal dengan yang adapun tersenarai ini tidak semua pun kita baca untuk ambil tahu), kerana dari kajian yang didapati, lebihlah banyak archives Melayu sebenarnya tlah disimpan oleh para Penjajah dahulu yang pernah datang di negara kita, dipercayai hampir 10,000 bahkan lebih lagi jenis naskah Melayu yang maseh belum dijumpai atau sengaja disembunyikan. wallahualam.. Hanya sa nya daripada ambe untuk memberikan conclusion atau kesimpulan disini adalah kita ni sebenarnya kesuntukkan Ilmu mengenai Sejarah kita sendiri. Dan lantas kita terperangkap dengan sentiment "Kehebatan" sekadar tempat kita bersandar sahaja. Sebagai Contoh yang amat Obvious "Dia tu keturunan Megat Panji Alam..bukan sembarangan orang" atau "Jaga-jaga, susur galur dia tu Ulama zaman-zaman Melayu dulu mula diisytiharkan"..

Agama sememangnya sudah cukup mengajar kita Hormat orang yang berstatus, selagi mereka menghormati Agama mereka sendiri dengan menjaga sensitivity masing-masing, "status" disini tidak semestinya khusus kepada golongan Bangsawan atau Berada, atau Kerabat je namun berkhusus kepada apa yang Allah taala sudah takdirkan pada mereka dalam Hidup, malahan status orang yang Malang yang sering kita define kan hari ni lebih layak menerima kemuliaan apatah lagi kehormatan.
Anak yatim menjadi keutamaan sebab itu pun tergolong pada tuntutan dari Surah Al-Maun, orang Kaya Hati tetapi Miskin Duit lebih elok kerana mereka yang Pemurah lagi dermawan, orang Alim dimuliakan bukan kerana dirinya tahu dirinyalah Alim tetapi kerana orang dikeliling yang memang nampak jelas darjah Kealimannya yang hari ini, dinamakan Wibawa. Dan seumpamanya.. Status disini adalah Keadaan, dan andaikata kita fikirkan lah hal Status ni, kita pun malah ber-Keadaan. jadi mengapa obsessive dengan penghormatan siapa lebih dan siapa kurang? anda jawablah soalan itu sendiri..

Akan tetapi apa yang utama daripada itu adalah soal Sejarah kita,
tak dinafikan bahwa hanya kerana Sejarah Moyang kita sahaja menempatkan kita di keadaan hari ini, anda sebagai siapapun orang Hormat bukan kerana kita melakukan perkara yang terhormat, tetapi kerana Ayah-Datuk-Moyang anda membuatkan anda dikenali. 
Melayu yang Leka akan kekal bebal kerana tiada tunjuk ajar atau belajar dari kesah kejatuhan Melaka..sebuah Negeri yang dahulunya sohor dengan Kegemilangan Tanah Melayu dahulu.
hingga hari ni,
sayang sekali perjuangan Melayu hari ini maseh belum tepatkan Janji itu.
maseh gagal menyambung usaha orang terdahulu membangkitkan kembali keSultanan Melaka sebagai Pusat Pemerintahan Islam dahulukala yang terkenal dengan Hukum Kanun Melaka, Muamalat dan sebagainya kita ketahui. Hinggakan timbul Peribahasa "Masuk Melayu" dari menggunakan Masuk Agama Islam (yang ambe yakin adalah ketika era tersebut), tlah membuktikan sedikit sebanyak bahawa Melayu(yang dahululah) sangat Manja dengan Nilai Keislamannya dalam menerapkan Keagamaan dengan Bijaksananya pada zaman yang dimana kuat pengaruhnya Hindu-Budha.

dalam mendefine atau refine akan nama bangsa penghujung, paling akhir ini iaitu "Melayu",
bukan setakat di Malaysia aja yang layak dibahaskan Kemelayuan, bahkan orang Jawa sekalipun adalah antara Rumpun awal ataupun dengan ertikata lain "Pelopor" kepada mewujudkan "Melayu" ke permukaan,
demikian juga pada mereka yang Sunda ataupun Minang,Banjar, Bugis yang juga terdiri daripada Suku-suku yang menyambut eksistensi "Melayu".

dengan wujudnya Bahasa Melayu pun kita malah maseh bertikam lidah dengan cuba menegakkan Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia. Walhal bahasa yang digunakan hari ini pun maseh tidak lari dari accent Sansekerta dan Arabic kerana sememangnya kita "pinjam" belaka.
Budaya pun kita (dari Negara manapun kita berada) maseh berperang untuk saling claim rights masing-masing dengan tarian itu ini..Jadi dimana conclusion akhirnya? atau solution kita ke arah menyelesaikannya?

kita mungkin maseh jauh dari menerima Hakikat bahawa Semua ini maseh dalam terma yang satu,
iaitu; "Pinjam".

Hari ini, tepat 31 August 2012 kita sedang menyambut kebebasan didalam Negara yang penuh gesaan dan paksaan. Yang dimana Kebenaran maseh belum mampu melegakan buang taik kita dari lubang atas atau dibawah sana.

Merdeka? 

lagu pinjam, logo curi, jalur gemilang pun mirip Amerika, seolah-olah kita lah yang tendang punggung kita sendiri dengan menyadari kenyataan ini.

Nabi kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam pernah lari ketakutan dari Jabbal Nur ke rumah pada saat Baginda menerima wahyunya yang pertama..Malahan jatuh Gering kerana "Kebenaran" yang didatangkan oleh Allah taala melalui Jibrail Alaihisalam.

itu Nabi..(kata kita),
yang terima Kebenaran dari Allah yang begitu bimbang takut tidak terlaksana apa yang diperintahkan..

soalnya,
apakah kita ini sudah bersedia dengan "Kebenaran"?
sedangkan pengetahuan itupun maseh belum selesai..

ya,
kita sudah Merdeka 55 tahun(katanyalah),
tetapi Jiwa kita maseh terikat dengan ketakutan pada Dunia sentiment sendiri..paling menjijikkan kita sendiri maseh akur dengan semangat bersatu sedangkan tradisi berpimpin tangan beramai-ramai masehlah jenaka reality,
alangkah didalam Solat sekali pun fikir kita banyak bercelaru. Perhatikan sahaja dimana anda susun selipar diluar balai penghadapan rumah Allah taala. Semuanya huru hara.. Anda pun kadang lupa atau mencuri selipar atau kasut saudara anda sendiri tanpa ada rasa apapun bersalah.

Merdeka hanyalah Dongeng Rakyat, sebab kita sendiri malah takut dengan "Kebenaran" walaupun me rephrase kan ia berulang kali hingga kadang rasa agak annoying.
Bebaskan cara anda berfikir pada Akal dan merasa dengan Hati,
mungkin sahaja kita akan di Merdeka-kan. Namun akankah kita salahkan Islam pula setelah menyalahkan Melayu yang mengongkong Hidup kita?
Dunia Adalah Penjara bahagi setiap Mukmin, itu pepatah yang tersangatlah sahih.
Buatlah apapun, semua tak kena. yang kena adalah cuma Memerdekakan diri kita yang Gila kerana Allah sahaja. Martabat itu, orang-orang Gila yang ada depan mata kita pun sedang dibersihkan dosa mereka sebelum menemui Ajal. Kita ni sakit luaran atau dalaman sikit dah mengaduh macam apa..

Kata orang ramai termasuk ambe sendiri tak menjamin apapun, tetapi kata Nabi adalah Janji yang sudah ditepati. Hanya Nabi suruh kita jaga Solat dan Umat. Kita hari ni jaga diri pun belum tentu mampu.. hanya boleh mengampu dan terus mengampu, zalim, taghut dan jahil guana pun tetap "Baik Tuan Ku".

dah tu? ticket Syurga la satu.

oleh kerana ambe ni pelupa, ambe nok peringatkan la..Berhentilah kagumi ambe atau Idolakan ambe. walaupun agak hampeh statement itu, Hakikatnya memang sedang berlaku. Bukan ndak berlagak Humble ke mende, cuma tolonglah singkirkan ambe dari di Idola kan..itu semua malah akan buat ambe lupa pada diri ambe. Ambe maseh jauh bahkan belum hampir untuk dikatakan sudah berjaya.

ambe rayu, Merdekakan lah ambe ni dari menjadi Tuan..

Mungkin agak Bias atau Racist dari ambe kerana Melayu itu Jasad ambe, dan Islam itu pilihan Allah kepada ambe, kalaulah maseh tidak setuju. Mungkin yang bermasaalah itu bukanlah Pemimpin yang corrupt, tetapi adalah diri kita sendiri.


Intiha Al-Kalam,
HKM