Sunday, August 26, 2012

FALSAMPAH

mengenali Manusia,
mereka takkan berhujah atau berkata apa andaikata kita mula berbicara mengenai hal yang fakta..
tetapi akan mula "masuk line" jikalau ia bersangkutpaut dengan hal yang belum Sahih, dibahagian Agama..Obviously kita akan terus menerus mempertikaikan hal-hal Khilafiah, pada sudut keduniaan, Fitnah antara perkara general yang lebih gemar dibahaskan, Politik ataupun Gossip.
Artis ni ditangkap khalwat dengan Isteri orang lain atau Suami orang ke atau seumpamanya, perkara yang jadi lucu (bagi ambe lah), Issue Anuar Ibrahim meliwat pada tahun yang sudah sekian lamanya tu, maseh lagi ada orang sebut-sebut lagi. Bila kita jawab "Sudah-sudahlah sibuk dengan kerja jaga tepi kain orang lain", mereka yang terasa ni akan tuduh kita ni orang PKR atau Pembangkang pula..padahal hal-hal Personal dan belum jelas macamni, buat kira apa lagi?

Sama la seperti mana ambe kena sendiri dahulu (dengan kes fitnah-fitnah sampah) ataupun ambe pernah tempias kena sekali seperti issue Ustaz Zul dahulu yang orang sibuk canang-canangkan dahulu  hanya kerana ambe pernah Sms pada orang yang beri maklumat palsu itu pada seorang Wartawan yang bekerja dengan sebuah syarikat Akhbar(yang obviously, hanya Paper tu sahaja interested dengan case tersebut)..tak pasal-pasal ambe pun jadi mangsa dalam siri tokok tambah cheritera sensasi yang penuh dengan kepalsuan itu. Hari ni pun tak ada pun kecoh-kecoh dah, sebab yang buat cerita semua Fitnah itu pun dah ketandusan modal. Dari awal dikaitkan dengan Perogol, tak cukup dengan itu dikaitkan dengan Ajaran Sesat pula yang ada macam tentera Al-Maunah la kononnya ada Walkie Talkie la apa la..sememangnya antara kesah-kesah yang mampu menggelikan ketiak ambe, sebabnya orang lain yang consume dengan penceritaan pun sekadar makan dari Akhbar sahaja, yang tidak dinafikan realitynya hanya mengeluarkan topic Berita yang amatlah Obvious dan Predictable, satu minggu Kes Budak Hilang, maka sepanjang minggu tu lah adanya, satu minggu Kes Murtad, sampai tamat tempoh minggu tu lah Kes Murtad ajalah memanjang. Andai tidak jelas buat anda yang membaca faham situation anda sedang makan berhari-hari bersama Teh/Kopi di awal pagi sebagai "Kitab Fardhu Ain Wajib".

Perhatikan ajalah musim Ramadhan-Syawal yang baharu aja kita lalui, bukankah ianya Cliche aja dengan cerita Kemalangan Balik Kampung padahal hari-hari kot orang Accident lebih parah?
dan Tajuk Muka Depan nya adalah seperti "Kurma terakhir untuk Ramadhan", "Tak sempat balik Raya padahal kau boleh balik dan minta cuti seminggu sebelum Raya lagi tapi kau taknak", "Sesak di Lebuhraya hingga terpaksa beraya di atas Lebuhraya dan terpaksa beli Lemang dan Rendang ditepi Lebuhraya aja", "Tayar bocor di Lebuhraya, terpaksa beraya di R&R"..
ambe bukanlah ndak sangat anda senantiasa terperap dalam pemikiran bodoh ambe yang senantiasa Paranoid atau Suspicious atau selalu cuba buat Hidup ni semacam Conspiracy Theory belaka, hanya minta nilaikan sendiri dan lihat pada tahun-tahun yang sudah pada apa benda yang kita tlah disuap-suapkan oleh Media yang amatlah Melodramatic dan Corny. Memiliki pemikiran gini tak semestinya anda ni benci Kerajaan pun, tetapi benci dengan mereka yang rasa berguna untuk Rakyat tetapi sebenarnya tak ada Functionality atau tak pernah Facilitate Kemudahan yang ada kearah menjadi kan kita ni berfikiran Global tetapi maseh sedar diri dengan act Local.

Sementara dua perenggan atas tadi hanyalah Mukadimah pada garapan malam ni, dan Content ambe cumalah sesuatu yang kita suka dan tidak suka. Simply said.
Buat mereka yang maseh belum faseh dengan jenis ambe, buat kali ke 20 atau berapa ntah nya ambe beritahu tujuan atau cara ambe bersocial dalam laman internet ini adalah hanya untuk menampung kebocoran Hidup yang terbatas di alam nyata, selalunya issue yang ambe akan hadapkan adalah cuma Provocation atau Sarcasm atau Point Of View..Harapan ambe hanya untuk "Belajar sesuatu baharu dari itu"..Bahawa ambe agak amused dengan respond segelintir adanya dari list kawan(yang kadangkalanya tertanyalah juga, bila masa aku add atau approve dia ni?)..
Mereka yang kuat melenting..ada, yang cuba jadi smart alec/lawyer burok/tunjuk terrer di wall orang lain..ada, dan macam-macam lagilah.

Dan adakalanya menyeret hal Status ke Hidup nyata ni adakalanya menarik juga, reaction orang yang take things seriously itu memang ada.. Padahal pada pentas Reality kita, apapun tak terjejas. Bahkan baju pun tak adalah berkedut walaupun cara balas comment di Facebook atau Twitter seolah-olah dapat dibayangkan bahawa mereka sedang bercekak baju sesama sendiri dah.

Lalu ini lah wake up call kepada anda yang baharu mengenal ambe, bahawa orang cakap banyak seperti ambe ni sebenarnya orang yang bodoh dan jahil. So, look who's talking and who is buying? Kita sama kita secara tidak langsung seolah-olah cerminan jiwa sendiri.
Dalam menyedari itupun, kita pun dapat tahu bahawa betapa prone atau manja atau mudahnya kita diatas alam yang begitu mudahnya dipisahkan hanya dengan satu click atau satu tekan pada butang power OFF sahaja..atau kehabisan Battery atau DC sebagai alasan yang seringkalinya berlaku dalam era hari ini.

Kita ni bila cakap pasal Agama aja.. nak kata dah capai tahap Alim pun belum, bahkan Maksum pun jauh..Seolah-olah ia ada cop Reserved Khas kepada Kanak-kanak dan golongan Pilihan Allah sahaja yang bersih dari dosa. Namun, menjadi Salah dan Berdosa kah bagi mereka yang Post Pesanan Ulama atau Nabi di Status atau Twitter mereka sendiri? Itu lah persoalan yang seringkali ambe ditanyakan oleh kawan-kawan sebab kalau mereka post aja, kawan-kawan lah akan bidas atau discourage mereka untuk demikian, asalkan kemukakan Hujah sikit aja dah bagi respond "kau ni suci sangat ke?"
Seolah-olah requirement pada mereka yang mungkin dah hebat fikirannya bila berkongsi pendapat dalam Agama, atau post Hadis-hadis yang simply cuma bertazkirah pada kawan-kawan kita secara umum yang memang jarang Solat yang kita tahu sebab kita dulu pun satu geng dengannya..

Soalan yang ditanya kan pada ambe itupun ambe diamkan, kerana ambe pun terasa juga adakalanya pada diri ambe yang slalu Post apa-apa. Apakah itu salah? Setahu ambe, kalau cakap tak buat itu memang salah, namun kalau kita sampaikan hal Syurga Neraka tu dari Hadis yang datang dari Nabi itu, apakah kita kena tengok Syurga-Neraka atau Malaikat sendiri dengan mata kita dahulu ke baharu boleh cakap mengenai hal itu? Ok la, kalau bab itu dah dikira Heavy, kita pergi pada benda paling biasa sudahlah seumpama Hal Haram Arak? Adakah makna disini kita perlu Minum Arak untuk baharu faham sebab mengapa Arak itu diharamkan oleh Islam?
Atau mencuri yang dikenakan Potong Tangan, perlukah kita ni sengaja Curi dan cari orang utk Hukum kita Potong Tangan dan kemudian Post Gambar dan share pada kawan-kawan kita baharu layak untuk berkata "ohh..dosa Mencuri dan ini buktinya adalah tangan ambe"....

Maaf katalah, hari ni lebih ramai dari sedikit itu memang suka pertikaikan kesesuaian Hudud, bila ada menegakkan kita katakan itu Politik, dan ambe pun didakwa orang yang terpengaruh dengan bawaan Politik Pembangkang seumpama PAS ke apa..kita lupa apa maksud "Hikmah"..dimana Allah ndak kita belajar lihat perkara sebalik perintah apapun yang terjadi yang dirancang dan ditentukan olehNya sejak sebelum kita sendiri ada.
Kalau dah takut Hilang Tangan, tak payahlah buat..kan mudah?
Ini Islam-lah, bukan kegilaan melaksanakan Hudud tu untuk penuhi kehendak jiwa Butcher je sepertimana kita difahamkan melalui aliran utama harini. Kita diajar dari Kecil dengan lemah lembut sopan santun Islam, tetapi kita degil maka Hukum dijadikan untuk kita tahu Akibat yang lebih teruk menanti di Akhirat nanti buat mereka yang sudah Akhil Baligh atau ertikata lain Reti Mikir.
Bukanlah mengajar anda untuk timbul rasa takut dengan Hukuman dan rasa terpaksa dengan ikut Islam, tetapi takut itu paling tidakpun boleh divert takut kita pada perkara yang kita belum tunaikan untuk kembali kan seramaimungkin kepada jalan akhir semua pada Allah taala. Ia buat kita lebih concerned dengan Perintah disamping mengenali Larangan. Itu antaranya yang kita akan fahami dari budaya memandang perkara apapun pada "Hikmah".. Kematian pasti ada menjanjikan kerugian pada Jiwa kita, tetapi Kehidupan yang baharu itu pastinya Allah taala tetap menggantikan Jiwa kita agar menjadi lebih untung Kayanya berfikiran Matang. Pada second thought, kita appreciate Life lebih tatkala menyaksikan Kematian. Untung-Rugi tetaplah ada pada pilihan bagaimana kita hendak fikirkan Hikmah.
Tuhan bukanlah seperti seorang Manusia gergasi yang sedang menggunakan Kanta Pembesarnya untuk bunuh Makhluk-makhluk yang lemah sebesar semut di Dunia dengan menggunakan Biasan Cahaya Matahari sepertimana yang cuba difahamkan oleh kita dalam Movie Bruce Almighty..Tetapi Tuhan Allahlah yang memperkenalkan diriNya yang maha Pemurah dan juga maha Pengaseh dalam Hidup kita berhari-hari sedar atau tidak, bahkan itulah permulaan apapun perbuatan kita yang pernah diajar oleh Ustaz-Ustazah atau Ibu-Bapa yang sudah terang dengan Agama Islam.

"Ohh..Pandai sungguh mu cakap dan goreng dalam blog.".."Berlagak Suci"..

faham ajalah orang hari ni macamana,
cakap elok dikata biadab, cakap biadab pula malah dianggap bertaraf Hebat..

Perception kita doh dipulah-cawah dari dulu lagi, mungkin sebab itulah kita mula berminat untuk reject mana yang buat kan Hati kita sakit. Sementara yang dipuji, disetujui atau disogok ayat-ayat cantik, kita rapat-rapatkan. Orang Lupa diri je yang akan buat begitu.

berkhayal lah, tetapi kebodohan itu nyata anda tanamkan dialam yang serba Halimunan dan Complex..yang orang kita namakan Alam Maya atau Alam Mimpi ini, sementara Hidup di Alam Nyata kita dah tak reti untuk berkawan dengan orang biasa macam budak kampung lain.
Fail Dua-dua?

Good Job.

dan pada yang pernah comment pada ambe apapun, fikir lah dua kali.. sebab ambe tak nampak Piala untuk menang Hujah di FB atau lama Social Networking ni.
Cuma Bodoh dan terus Bodoh.

Orang Bodoh sahaja yang suka bercakap atau berfikir menggunakan bara kemarahan Amarahnya.
Kalau anda antara orang yang pernah bengang dengan statement ambe, faham elok-elok bahawa ambe buat Account dimana-manapun bukan sekadar bercadang untuk Perli atau Sindir kamu seorang aja..tetapi beri pandangan secara Umum.

Kalau terasa, cepat-cepat lah belajar baiki dan prevent dari membenarkan Hati dilukai lagi..Sebenarnya, kita yang cakap ni bukan penjenayah Masaalah Hati yang kata orang "tlah sakitkan hati si fulan atau si fulan", tetapi empunya sendiri sahajalah Banduan yang terbebas..
Siapa yang benarkan ia berlaku sedangkan orang yang cuba mengorat dengan kita (sebagai contoh lah) tak kena selera Rupa kehendak kita langsung senang-senang aja kita boleh reject tanpa perlu guna perasaan pun..Jangankan perkara remeh gitu.

Bill Cosby, seorang Pelawak dan Pelakon berkulit Hitam pernah berkata:

"I dont know the key to success, but the key towards failure is trying to please everybody."

Walaupun kita cuba buat usaha untuk senangkan Hati semua orang dalam satu masa, kita akan tentu gagal.. Itu sebenarnya kelemahan ambe alami sejak budak-budak lagi. Dan kenapa ambe suka hari ni bila orang comment negative pada ambe, adalah kerana ambe tahu..kalau orang dah mula benci kita, kita takkan dapat memaksa untuk beritahu orang yang benci itu bahawa kita ni baik atau sebagainya. Or you felt Bothered with it sedangkan orang tu molek ada tidor dan makan kenyang setelah buat kita rasa marah pada seseorang pada suatu hal yang belum tentu jelas sahih lagi, Buang masa lah!

Belajar ajalah dari kesah-kesah Nabi Muhammad yang antaranya kesah Baginda dengan orang Kafir yang hari-hari baling najis atau batu ke rumah Nabi, hingga sampai satu hari tak ada orang yang buat kerja dia kerana jatuh sakit, Baginda pulak yang naik Pelik dan bertanya pada orang lain "kemana pergi orang yang selalu lempar najis dan batu ke rumahku itu?" hingga pergi ke rumah orang tersebut sebab dapat tahu bahawa orang tu sakit, dan siap boleh jaga beri makan minum sehingga sihat. Dan Kesah-kesah Nabi pun kebanyakkannya bukan Nabi cerita, atau heboh-hebohkan agar sengaja angkatkan dirinya, tetapi berdasar kan dari pengalaman Sahabat masing-masing yang berada dizaman tersebut..

begitu bezanya kita dengan Kemuliaan Nabi, hati yang luas tidak sesempit kita. 

Yang bermentality Waja-Evo, berangan Hendak beli Kereta Jenama Jepun seperti Evo tetapi terpaksa Convert Kereta Tempatan Waja untuk jadi macam atau sama seperti Mitsubishi Evo Lancer..
(shhh....orang marah kata gitu, sebab dok mampu)
Dari zaman Kancil-Mira lagi ambe dah perhati kan kawan-kawan yang ada ni suka betul cakap benda yang kelakar ni. Beli yang original, tak mahu..banyaklah alasan padahal habis duit untuk maintenance dan tuka spare parts semua tu bukanlah Murah, bahkan harganya lebih kurang aja dengan harga 2nd Hand atau Re-Cond Kereta Asal yang hendak di Convert tu.
Hujahnya selalu.."orang ge aku ni dok mampu, mu boleh lah beli..kaya, anok Raja boleh pakai Mercs,BNW".

betapa Inferiority Complex nya.
dah tahu kereta Tempatan pun tak ada sense of originality, ciplak dan penuh dengan unsur plagiarism..Simpan ajalah beli yang original dan ada safety. 
Belanja perkara tak pernah berbaloi, bazir lebih lepas tu berbangga pulak tu yang tak tahan..

anda mungkin akan rasa semua ni tak ada kaitannya atau rasa ambe ni pengutuk aja atau tertanya seperti tukang comment sebelum ini yang membalas "aku dok faham mende mung kate"..
ini bukannya Quran,
tak wajib pun baca blog ni padahal.

Lihat pada Tujuannya bukan Hujah atau Madahnya semata-mata, 
kerana ambe dah habiskan masa dengan menulis sebagai salah satu tanggungjawab ambe sampaikan apa yang ambe dapati dari Hidup ambe. Jikalau tiada interest, ambe bukan berbusiness Online menyeru beli itu ini dalam Blog ni.

Kepedulian ambe hanya "Junk Food" kita ambil untuk Makanan Akal dan Hati. Mu nok makan Burger Kucing ke mende ke untuk Otak dan Perut..Tahu sendirilah akibatnya. 
walaupun ternyata orang bermentality Budak 9 tahun ada sedang baca blog ni, tetapi budak berusia 9 tahun mustahil lah nak hadam hidangan ambe hari ni.
Hard to digest dan berserabai susunan point, ambe tahu...Sebab itulah namanya Falsampah,
bukan macam orang handal berbahasa yang pandai berfalsafah.

tu...dengor sangat bahasa sampah mamak tua tu yang nyanyuk tu..Ha! politik pulok la tu.

Intiha Al-Kalam,
HKM