Wednesday, August 1, 2012

MANUSIA CACAT

“Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya."

itulah antara "Wasiat" Rasulullah salallahualaihi wa salam kepada kita(yang maseh hendak menjadi orang Islam yang berIman)..

lalu apakah intention statement Rasulullah tersebut? itu soalan keduanya, kepada yang berakal dan berhati.

satu-satunya sarcastic jokes yang ambe dapati dari perbualan harian adalah berbunyi seperti:

"One reason why a lot of people don't practice what they preach is they haven't the least idea what it is they are preaching"


bila google, ambe jumpa lah dari mana asalnya Quote Jokes berikut iaitu datang dari orang eropah iaitu Jack Haney.

mendengar nasihat dari gelak tawa banyak keberkesanannya, kita dengar method Ustaz Azhar sampaikan kita dalam diam faham how sick the joke actually is, sebab ini Joke dalam Agama bukan Hidup yang Secular hari ni. Sama seperti Ustaz Ismail Kamus yang dahulu kalau ambe ikut ayah ambe gi Kota Bahru mesti akan beli cassete Ismail Kamus. Pada waktu tu ambe baru di sekolah rendah, tidak berapa faham dengan content cuma minat Ustaz Ismail Kamus yang agak pandai jugalah buat lawak kalau ambe nak banding dengan Ustaz lain ketika tu, yang damn serious macam duduk dalam liang lahad je tatkala mendengar.

Hingga waktu ambe tunaikan Umrah kali pertama, seperti satu pertemuan yang cun disusun Allah taala dimana antara childhood Ulama ambe ditemukan di Makkah. Wow! Ismail Kamus..tetapi berbeza dengan fan yang minta Autograph dari Star, ambe cuma salam aja..dan diberitahu oleh Ayahnda kepada Ustaz Ismail Kamus bahawa ambe ni minat dengor dia punya ceramah masa kecik dulu. dan "Autograph" yang sebenar bukanlah gambar atau tandatangan, tetapi kenangan yang sweet disusun oleh yang maha mengatur takdir.

Bila pinjam cassete Ceramah Tuan Guru Nik Aziz pula, Siddiq beliau memang boleh tahan dalam penyampaian. Walaupun pada takat usia muda ambe yang maseh banyak main dari serious, ambe tetap respect lah Tuan Guru, sebab he means business when he talks about Agama matters. Business? Niaga kita dengan pasaran Akhirat la maksudnya.

Kita untung bila kita buat tanpa profit, secara Probono tetapi rugi pasal ada imbuhan dari perniagaan. Sedikit sebanyak kita affected dengan pujian orang. Makang Jek kalau kata orang ganu, sememangnya harapan paling licik dalam diri kita dalam mengharapkan balasan atau respond dari orang lain.

Hubungan memerlukan communication yang berkesan, beribu macam manusia yang sangat complicated jiwa masing-masing memang mengambil masa untuk memahami seseorang, apatah mengenakan sesuatu nasihat dengan cara yang tersendiri.

Bila disebut Hubungan pula, kita bukan sahaja berhubungan dengan Manusia, tetapi juga Makhluk lain. Permasaalahan hari ini kita tidak kenal Kuching ni suka apa, Pokok ni makan baja apa atau Ikan ni boleh hidup dengan air bagaimana? 
Hidup yang menyempitkan membuatkan masing-masing tu ada bidangnya, bila orang nak tolong natang..bidangnya dipanggil Veterinary, bila orang nak tolong tanam pokok atau bunga..bidangnya dipanggil Nursery hari ni, begitulah seterusnya. Walhal zaman dahulu moyang-moyang kita yang kuat Agama ni educated dengan Hidupan yang alami. Alif Lam Mim pada surah Sapi Betina, Boleh diertikan banyak maksudnya, yang Allah lebih tahu sebenarnya, tetapi dalam cubaan itu kita didatangi oleh Kalimat seperti ILMU, ALAM, ALIM, ULAMA..yang datang dari combination 3 Huruf sahaja, iaitu Alif Lam Mim yang disebut pada muka hadapan Surah.
Isi kandung surah banyak berkisar mengenai Hukum Hakam. Lalu bertanyalah pada empunya, kita ni siapa nak Hukum orang pada salah orang lain? Salah kitapun malah tak siapa Hukum. Apakah Hukum itu tanda kita disayangi? ada relevant nya kerana kalau kita tidak dihukum, keberkesanan rasa takut yang absolute itu tidak akan diketahui pun.

berbalik pada Ummul Kitab pun kita dapati bahawa Allah lah yang layak dipuji pada sekalian Alam.. sebab Dia sahajalah Rahman dan Dia sahajalah Rahim.. kerana Raja yang lebih layak itu di akhirat hanyalah sang Malik. Kita memohon bantuan dari siapa dan minta siapa jalan yang lurus? dan Siapalah yang menyelamatkan kita dari jalan yang zalim kepada diredhai?
itu antara Isi kandung yang kita generally tahu lah walaupun ditafsir dengan pemahaman ambe, harapan ambe hanya anda baca lah tafsir yang sebenarnya dari Al-Quran untuk dapat fahaman dari apa dibaca.

Dan apabila bacaan yang patut menganggap sebagai Doa khusus kita pada sang Khaliq. Pasti adalah kerja kita. Yang Nabi demi Nabi Allah jadikan pada Hidup beri kesan pada pengetahuan kita bahawa Hubungan Manusia tu perlulah diperlihara dengan elok, Usaha Dakwah bukan satu hari dan perlu Istiqamah terutamanya pada diri sendiri dahulu. Kalau kita banyak berkata-kata tetapi kerja pun tak ada, apalah moral kita hendak buktikan? Islam ni Point and Shoot je ke?

Nabi tetap berusaha menjaga hubungan sesama manusia jangankan dengan Makhluk, walaupun puak Kafir banyak membaling tohmahan pada fitnah ,ugut,tentang dan khianat. Sangka baik Nabi Muhammad teramatlah tinggi dan superhuman kalau kita betul lah fahami.

Solat maseh tuntutan dan begitu juga dengan Ibadah Puasa kita sedang jalani kini.
Belum tentu diterima sebab kita pun maseh belum ada capacity pengetahuan yang bersungguh untuk baiki, hari demi hari.. Solat cuma tarian kalau tiada rasa bahawa setiap gerak kita itu adalah semata-mata dijalani demi Allah. Bukan perkara senang buat seseorang yang kerja 24 jam sehari untuk commit Solat, bahkan bukan mudah kita isolate Dua Dimensi Dunia dan hal Akhirat bilamana pijak diatas Sejadah untuk melakukan Sembahyang. Bahkan ambe sendiri pun payah untuk maintain rasa "Mati" kita pada Hidup sekeliling untuk tumpu pada Solat walaupun tahu bahawa dengan Qiyam itupun semua jenazah pun turut Qiyam dengan taat hingga ke Liang Lahad.
Kita banyak gangguan fikiran, bila baca Iftitah itu sepatutnya janji dari Roh dan Jasad kita pada sang Khaliq kita maseh hanyut dengan ikatan Hidup Dunia yang mencengkam, bil air, bil api, Mak dan Ayah tanya bila nak balik kampung dan berbagai-bagai bermain difikiran.
Kita curang sendiri dan buatkan Solat itu hanya ridiculous practice. 
Harian kita ber Alhamdulillah, apa kita redhakan dari Allah kalaulah bukti Syukur itu meredhakan yang lain?
Kita tahu kot, bahawa untuk mengetahui Syukur yang satu sahaja pun satu beban yang berat..Alhamdulillah yang budaya kekal sebagai budaya, bukan bahasa kita pada yang maha Rahman.
Assume bahawa ambe Syukur tidak sama dengan menerima ambe Benar-benar Bersyukur dari rasa Sebak didada yang authentic yang disambut dengan linangan airmata taubat kita yang memang rasa sangat Useless pada Tuhan. Kita malah banyak guna Ayat Allah untuk lakukan niaga Dunia kita, seperti ambe garapkan pada petikan sebelum ini..Kita berusaha membina reputation orang untuk terima kita ni Islam kerana bahasa kita sama macam saudara Islam yang lain, sementara kita tidak Practice apa yang kita Preach. Jika adapun, sangat sedikit.

Janganlah dianggap bahawa bila ambe berkata begini untuk berlagak lebih tahu, yang sebenarnya ambe sendiri pun maseh belum pasti pada setengah pandangan ambe sendiri malah. Kerana Allah tetap akan mengagalkan hasrat Ananiah kita yang sangat berupa "Aku" dari "Kami"sementara bertanya apakah nasib "Mereka" pula?

Dengan memahami Doa kita seorang diri, Doakan untuk diri sendiri, keluarga sendiri, sahabat atau kroni kita aja..Matlamat Islam itu hanya bulan Separa. Yang nampak sama seperti Kocek/Pocket aja.
Macam pocket Doraemon yang ditakdirkan untuk bantu Nobita yang sangat Low Self Esteem. Sikit-sikit mengadu, maka Pocket itu jadilah tempat mengeluarkan apa sahaja kemahuan Nobita.

Berapa ramai Pick Pocketer Agama? Ini sudah ambe jelaskan pada garapan lalu pada orang yang ambil munafaat pada Agama untuk diri sendiri sahaja. Asal orang tegur suruh berdakwah, kita bicara dengan risiko-risiko. Takut itu dan inilah.. Pada ketika kita nakal dahulu zaman sekolah, apa kita pernah ada fikir risiko? Majority akan jawab-tidak. Kita terlampau mentah meskipun sudah berakal.

Rasulullah seperti berkata pada kita, bahawa baik tak payah Solat dan Puasa lah kalau perangai pun macam apa dengan orang lain. Problematic 24/7. Kita berAgama bukan untuk tabur benih sentiment yang cancerous, tetapi penawar pada kesulitan Fikir atau Hati kita.

Orang manapun tidak akan memahami kita, jika kita banyak muslihatkan Hal Hidup kita. Semua secret..Entah apa-apa sampai Akhirat nanti pun semua akan terbongkar juga-bukan?

dan salah orang lain kah yang tidak fahami kita?
ada perawi yang bijaksana dari zaman hari ni pun berpendapat bahawa musuh malah Sahabat baik kita, kita kenal Silap dan Salah kita dari Siapa kalau bukan musuh yang sangat jujur dengan diri mereka dari kawan kita yang berterabur dalam list friends Facebook yang Hypocrite kebanyakkannya, yang konon takut nak beritahu, nak jaga hati kawan lah kata kita, akhirnya kita membinasakan mereka dengan kejujuran persahabatan yang palsu. itu perkara yang lumrah pada sejarah.

Melaka dahulu yang gagah tersohor dahulupun diruntuhkan bukan kerana kepandaian Alfonso atau Lopez atau Francis Light atau James Brooke..tetapi orang yang berada antara kita juga kan?

Belajar lah, Belajar dan terus mengaji pada Silap Moyang kita..Kebangkitan generasi kita atau akan datang sememangnya dinanti-nantikan.
Kita tak perlu Bangkit untuk tunjuk Picket tidak puas hati aja, tetapi Bangkit membangunkan mereka yang rebah..

Mula lah dengan diri kemudian beralih pada orang lain yang turut perlukan hubungan ini sebagai kelengkapan asasi sebagai Insan. yang pelupa, yang perlu reminder..

Tak akan ada seorang pun makhluk Manusia yang mampu Hidup sendiri tanpa perlu sedikitpun bantuan orang lain. Mak-Ayah kita pun dah 2 Jumlahnya untuk jadi Asbab kita Hidup di Dunia. Malah mereka perlukan Nenek-Datuk kita pada eksistensi mereka. Hinggalah pada Tokki Adam. Yang paling Awal sebelum Hawa diciptakan kemudiannya..

Kita katakan orang yang fikir datang dari Adam itu mengarut,
sedangkan kita sendiri pun belum secara totally menerima Kebenarannya dengan membenarkan Kaum Hawa berterusan disiksa Batin mereka dengan buat apa sahaja ikut suka hati mereka hingga maruah mereka pun turut tergadai dalam urusan mereka. Hingga pada Hakikatnya dah sama aja seperti Jalang yang dagangkan kecantikan untuk sejumlah Wang sahaja.

Memang lah Wanita semua kata "ok je" bila ditanya "ok tak?"
kerana mereka hendak difahami, bukan setakat mahu dimiliki.
Walaupun cara yang kasar atau terlalu Jujur hingga menyakitkan, itu sahajalah Immunity mereka untuk hadapi Hidup, bila kita sudah tiada.
Mungkin hari ini tidak sedar, kerana dikaburi kehadiran.

Itukan sudah lumrah,
kita lebih menghargai orang yang Mati dari orang yang Hidup.
P Ramlee dulu dan hari ni kalau baca sejarahnya, banyak bezanya..Bahkan dah mati baharu dapat Tan Sri sebagai penghargaan effort individu dalam usaha naikkan mutu perfileman yang bijaksana dan ada moral.
dah tu, Nabi Muhammad?
kita sendiri dengan Aqidah yang macam gigi palsu ni pun belum tentu Islam bahkan antara penentang besar agaknya..

Buah yang enak kita nikmati, sementara datang dari mana atau ditanam oleh siapa dengan sabarnya. Its none of my business pada perbuatan kita yang terzahirnya.
Kita malah hebat dari Raja sekalian Raja.
yang hendak duduk 1st class, all the way in Life. 
Sementara manusia lain kita kutuk sebab tak berfikiran macam kita.

Alangkah rugi..kita sempitkan pada Fikir yang belum tentu dapat bantu orang lain. Yang ambe nampak pada gayanya, kita berfikir banyak lebih untuk kita aja.
Mungkin sebab Kubur suku, Dosa lain-lain yang kita suburkan dalam Jiwa.
Betapa cancerous nya manusia cacat kita hari ini tlah jadi..disamping mencelakakan hidup orang lain dengan manja kita.

yang semua disuap dan terus disuap dengan Ilmu yang dihidang atas meja tamak kita sendiri aja. Sejarah atau Agama kita tak lagi berusaha untuk cari, cuma tunggu ajalah..dan bazir masa dengan lebih mengutamakan Bangkai Hidup jasad kita diisi lebih banyak Najis yang berbagai-bagai..

Kemudian kita cuba buktikan, kita ni lah yang bagus dari orang lain dari perkataan kita.
Apa point kita nak prove sebenarnya? Hebat? Bagus? 

Manja dan cacat, itu reality Hakikat diri kita.
A retard and spoiled brat.
Terima atau tidak, buktinya dimana-mana. ambe sendiri malah mungkin antaranya, sebab kalau tak sensitive jiwa, macamana boleh tahu semua ni kan?

Cuba sahja contohi manusia yang dari azali itu Syndrome atau Cacat anggota, yang tetap berusaha untuk turut jaga hubungan dengan baik walaupun Solat pun ada yang boleh dan ada yang tidak.
Kita yang Puasa dan Solat pulak yang reject dan kutuk mereka dari jauh.
Siapa Cacat dan Siapa Istimewa sebenarnya?

HKM