Saturday, August 4, 2012

TEMPAYAN BUDU

kebelakangan ini, yang namanya Raja Badruddin Hakim Shah ternyata lebih over extreme dalam bersuara, cukup lancang hingga dah seperti tersangatlah Sombong dari kata-kata yang tersembul dari fikiran dan perasaannya..

itulah tanggapan yang senantiasa ambe ambil untuk renungan tiap hari,
apakah ambe ini dah terlalu ber Jisbah atau semangat yang berkobar-kobar dalam bercakap sahaja dimedan Social hari ini? ataupun ambe banyak mengutuk orang tetapi tidak sedar bahawa semua kata-kata nya pun termakan sendiri?

persoalan yang dikatakan orang disekeliling ambe jadi naik bosan "alah, mung ni mikir sangat ekpong"..Hingga sewaktu Sahur kelmarin ambe bersama antara Sahabat yang ambe rindukan itupun turut Sound ambe personally akan perkara yang sama yang kata orang Ganu "kena atah butir" ya ini terkena tepat sebijik sepertimana orang lain seringkali pesankan.

namun tiap malam terperangkap dengan prasaan sebegini pun esoknya bermula dengan hari yang lainlah pula, ambe tetap menulis dan memberitahu jikalau ada ruang yang sesuai seperti malam ini untuk menulis, jikalau tidak pun ambe akan perap ingatan itu dan menganggap mungkin sahaja ada perkara yang lebih menarik dimasa akan datang nanti untuk direlate dengan apa ambe sedang perap ini.

tidak semua orang sukakan Budu, tetapi ada pengikut dan penggemarnya yang menyukai Budu dengan cara masing-masing. mereka mengambil risiko dalam consume Budu walaupun ada juga berpendapat bahawa makanan yang diperap ini tidak elok sebabnya kotor, ada telor lalat dan kuman sebagainya yang mengelilingi tempayan Budu tersebut.

ambe antara penggemar Budu, yang adakalanya ambe anggap Budu ni sama seperti maksud "Iyyakanak Budu wa iyya kanastaim" didalam Al-Fatehah oleh kerana waktu ambe kecil dahulu, Pak Saudara ambe pun selalu buat-buat main menyebut ayat tersebut bila hendak makan Budu.
perkara tersebut jadi lekat diingatan dan hari ini dicernakan jadi semacam metaphor kepada Hidup hari ini.
Budu dari ayat A'budu dari Al-Fatihah yang bermaksud "yang Kami Sembah" melambangkan makna Abdi yang setia kepada yang disembah. Agar menjadi antara makhluk yang taat kepada Sang Khaliq, seperti Pokok, Rumput, Tanah, Angin, Air bahkan Api semacam susunan diperlukan untuk mengurus tadbir segala susunan, Buddha memanggil Concept ini sebagai perundangan atau aturan"Karma",
dengan mengetahui makna Karma cumalah di define kepada maksud pada incident yang sudah terjadi, bakal diikuti oleh peristiwa yang seterusnya kesan daripada incident yang pertama manakala yang sudah berlaku akan memberi semacam nikmat darinya bergantung pada incident yang pertama.
What Goes Around, Comes Around pada singkatannya.. Tetapi kita ini bukanlah incident yang co-incident sepertimana yang dicanangkan, kita adalah incident yang sudah ditetapkan sejak Azali didalam Lauh Mahfuz Allah taala lagi akan dimana tempat lahir kita, siapa mengandungkan kita, siapa ayah kita dan sebagainya. Islam memanggilnya sebagai Sunnatullah iaitu segala apapun incident yang past, present dan future adalah pada Allah taala sahajalah yang tahu.
Satu soalan yang simple bahagi kita sama renungkan seketika sebelum ke rangkap seterusnya,
Apakah kita tahu jam berapa kita akan berus gigi esok?

Mungkin sahaja pada soalan ini dianggap remeh, tetapi pekerjaan yang ghaib yang dimulai oleh Esok pada akhir persoalan kita adalah sesuatu yang bersifat tidak tetap. pada sesetengah orang akan rasa mungkin bila set jam alarm pukul 6:30 kita akan berus gigi mungkin pada jam 6:38. tetapi akhirnya kita dapati sesuatu rancangan itu tidak juga semestinya ditentukan kita meskipun pada adatnya, kita lah yang rancang dan tentukan. ataupun mungkin sahaja kita boleh aja punctual dengan timing hingga jam 6:38 itu tepat berada di hadapan cermin kamar mandi seraya mengosok gigi. namun pasti ada sesuatu yang tidak dirancang itu berlaku dalam tidak sedar kita, mungkin sahaja sebahagian gigi sahaja yang sempat digosok pada jam tersebut kemudian kita segera rush untuk mandi menunjukkan kita maseh tidak sempurna dalam apa jua hal kita lakukan. pokok nya, yang rancang maseh kita diatas akal yang diberi, tetapi yang tentukan adalah tetap Allah taala kerana itu lebih hebat daripada akal untuk tampung menerima Hakikat Kebenaran yang senantiasa berpihak kepada Allah juga.

"Tentukan" bukan kita, meskipun ada ketua yang berkarisma dilantik untuk menentukan, itu cuma fahaman Akal kita untuk trima bahawa kita tidak boleh buat setiap perkara ikut suka hati kita aja. Kita terbatas, kalau lah tiada batasan, mengapa kita tidak mampu berjalan diatas air jika kita kehendaki? kerana Jasad kita maseh terbatas untuk diterima air. Sedangkan kita dihidang semacam ceritera keramat para waliullah yang boleh melakukan miracle atau karamah, kesaktian atau Mukjizat (untuk golongan Rasul) yang antaranya adalah ada boleh berjalan diatas air. Ini menunjukkan bahawa ia bersandar kepada setara mana kita Ikhlas kepada BerTuhan, bukannya beramal untuk dikenali sebagai orang yang sohor dengan kesaktian. pada zaman ini mungkin sahaja ada dari setengah kita yang inginkan ini, mungkin sahaja sebahagian itu diizinkan Allah hingga ramai jatuh tertipu oleh helah silap mata Jin sahaja untuk menyesatkan kita agar senantiasa terperangkap didalam minded yang "kalau aku tak dapat tengok sendiri dengan mata, maka aku baru percaya"..
Saidina Ali Karamallahuwajhah pernah ambe diingatkan pada kata-katanya yang agak lebih-kurang sama dengan maksud ini, baginda berkata bahwa "Aku tidak menyembah Allah kecuali aku melihat-Nya"..yang ambe yakini ia banyak bersabit dengan soal keyakinan seseorang dalam menyaksi Allah sebagai apa didalam Hidup kita hari ini, lihatlah betapa ramainya antara kita yang tidak tahu langsung nama Allah serta apa Dia telah berikan.

Kalau Allah sebagai yang Rahman(Pemurah), penuh limpah kenikmatan diberi tak kira kafir atau Islam..apa bukti kita membalas kembali diatas rasa kagum itu? Rezeki tetap dihulur sebagai antara medium Nikmat Hidup kita tetapi apakah sudah berada didalam kadar yang Syukur?

dan dari kesedaran, lebihlah dari Mujarab sebenarnya mulut kita di hari ini minta dari Allah, yang mohon murah rezeki..bersepah makanan yang murah, kita tak nilaikan itu sebagai makbul atau kita ini terlalu cerewet?
kemudian doa mohon panjang umur, apakah tidak sedar daripada kita berapa ramai kanak-kanak terkorban didunia ini diusia muda sementara kita maseh hidup untuk satu hari lagi? dan esok didoakan lagi dengan izin Allah itu maseh perkenan doa panjang umur kita, apakah beribu korban merata Dunia maseh belum cukup untuk kita minta umur panjang lagi tetapi maseh tiada munafaat yang banyak kepada masaalah umat atau mungkin maseh sedikit sahaja munafaatnya?

Ini therapy, buat ambe khursusnya. dibahagi-diberi-berikan agar dengan fikiran sebegini mudah-mudahan kita sedar pada Doa kita yang kita minta, ada kesan kepada saudara kita yang lain juga.  Sebab janganlah kita lupa bahwa bukan kita aja di Dunia yang Islam sedang berdoa, tetapi dikeliling mengadap Kaabah sebagai Kiblat mereka itupun sama.

Kesedaran hanyalah lewat dua detik kita pejam atau celikkan mata kita, meskipun rata-rata antara kita maseh belum BANGKIT sesungguh-sungguhnya untuk berdiri menerima bahawa kesalahan orang lain itu salah kita, kesilapan orang lain itu silap kita, yang sengaja itu adalah kita kerana nisbah Hidup harian kita adalah membenarkan semua berlaku dan berleluasa sementara kita maseh disini, mengumpat mengomel dan antara yang lebih bodoh adalah yang tahu duduk dan menulis apa sahaja dia sukakan seperti ambe sedang lakukan ini.

menjadi Islam pada kenyataan memang dah macam satu "trend", kata seorang pak sepupu ambe lah yang persoalkan hal ini baru-baru ini. padahal anda tidak perlulah anggap ia sebagai satu Threat, tetapi ambe yang suka berfikir macam-macam ni sukalah ambil kira hal ini, berapa ramai yang diamkan termasuklah ambe walaupun cukup sensitive bila sebut mengenai hal Sunnah, kerja hari ini mengamalkan Sunnah memang benar sepertimana pernah disabdakan dahulu, ibarat mengenggam bara api.. Kita dan termasuk ambe, tidak boleh amal Sunnah secara 100% hari ini bila tengok orang berpakaian Sunnah Nabi, rasa sceptic dan kemudian synical dengan pemikiran sendiri anggap itu suatu budaya yang lapuk. kata yang seringkalinya terzahir adalah "eleh, macam lah baik sangat"..
itu SUNNAH NABI-bukan?
bila disebut Sunnah itu bermakna "cara" yang bermakna antara perkara yang Nabi suka buat..itu pun kita dah failed, tiada mujahadah daripada kita yang separa mengamalkan tetapi kita rasa tidak suka. 

ambe pernah berada pada dua kondisi tersebut, dahulu membenci sungguh hal Sunnah dan pernah mencintai Sunnah hingga dibuang class hingga berhenti University kerana Janggut sahaja yang dimana antara Sunnah Wajah Nabi. Fikiran logic ambe ketika masuk U dahulu, kalau tak boleh amal celak-kerana ia akan menimbulkan syak bukan-bukan pada orang lain, tak boleh berserban,kopiah atau bertopi-kerana U tak beri tutup kepala, tak boleh berambut menyentuh bahu-kerana itu dah jadi wajib U mana-manapun tidak suka orang berambut panjang kecuali macam bapuk.. Kadar ambe cumalah Janggut ajalah sejemput simpan, bukanlah panjang macamana hari ni. Hal demikian buat ambe rasa memang satu cabaran lah kepada kita yang cuba practice Sunnah, not to mention itu baharu CARA Nabi je.. Hari ni dah sampai masanya mungkin rasa "i don't care" itu memang membuak-buak..

sama ada pada Sunnah Wajah, Sunnah Pakaian atau Sunnah Perbuatan seru ambe cuba ajalah amalkan bersama, dan lihat sendiri kenyataan betapa jijiknya untuk meng A'Budu kan Hidup kita kepada ajaran Nabi. tak perlu jadi suci untuk sedarkan reality itu kerana tanggapan negative itu sememangnya membusukkan Hidup kita, ambil sahajalah sebagai Kifarah kepada sikap dahulu kita yang memang ternyata degil dan hina.

dan ambe akan teruskan menulis, biarlah apapun terjadi..I'll take my chance for it.
tetapi pada ambe, kalau CARA Nabi je kita dah ada rasa pelik dengan orang yang cuba buat, even the slightest things that matters to them to practice what they preach. Mereka ni ada masaalah dengan Nabi, bukan kita. Kalau kita sayang, teruskan ajalah. 

Seorang lagi Sahabat ambe, A Samad Said pernah beritahu kita (dan ambe teringat akan pepatah ini kerana adinda ambe juga yang beritahu ambe) 
"ramai manusia yang dibentuk keadaan, tapi jarang ada yang membentuk keadaan"

memanglah kata-kata ambe sebusuk tempayan budu sekalipun..tak mengapa,
dari susah-payah yang sangat miniscule jumlahnya ambe ambil lah ia sebagai sebab mengapa ambe terus menulis, 
nak bersyarah..ambe bukan Guru Agama pun, ambil 30 tahun pun belum tentu boleh jadi Ulama.
nak tegur baik-baik macam orang Tua, ambe maseh muda dan mudah dijolok dengan jiwa yang rebel.
nak cakap terang-terangan nanti ada pulak berasa hati, inikan dengan ambe berkata-kata biasa aja orang dah anggap semua synical.
nak nasihat orang ramai, ambe ni belum tentu lah yang sempurna..tetapi nak tunggu bila "sempurna" nya kita ni?

kegemaran ambe dari kecil hanyalah pena dan apa sahaja boleh ambe tulis sejak berusia 3 tahun lagi.
maka ambe cuba ajalah ambil peluang ini dalam kitab digital ambe ni berkarya, dan berfalsa sampah lagi dan lagi..ambe tidak terpengaruh dengan perasaan ambe dilukai, tetapi ambe menulis atas dasar apa sahaja mampu dikongsi. Disini atau dimana-mana, sekolah kita tetaplah Hidup, jika kita menolak satu perkara dari Hidup yang berlaku tanpa menerima Hakikat sebenar, amatlah sayang.
Sebab Allah hanya akan beri hadiah Ujian kepada mereka yang hendak padaNya, ia Kifarah atas Dosa kita juga. Mengapa kita mengaduh? atau mengapa ambe duk runsing dengan kata orang?
kerana dasar Cinta ambe yang Rasulullah ajar pada ambe, begitu juga dengan anda yang ternyata memang ada ketikanya Hati kita pernah diketuk oleh Rasulullah.

Buktinya anda menangis tidak menentu pasal atau kerana hilang punca untuk harus terus hidup ini bagaimana, bukan sebab anda gila, tetapi sesuatu yang sangat sangat Luar Biasa dari Akal untuk terima bahawa seseorang yang Luar Biasa pernah mengajak kita untuk berserta dengannya.

Baginda mengetuk Pintu Hati kita dengan lembut dalam Agamanya..itulah Islam!

Kalau kita Islam, teruskan usaha ber Iman, kalau sudah beriman teruskan mengenal Ehsan Allah taala tlah campak kepada mereka yang adalah Insan.
ketahuilah bahawa "Bangkit" ini pun satu nama Allah iaitu Baiths.
Allah maha membangkitkan jika kita lah yang terus menerus dengan usaha menyukakan KekasehNya.

ambe menulis bukan tandanya serba tahu, tetapi lebih jahil dari membacanya..anda beroleh faedah, bukan ambe, kerana ambe menulispun belum tentu dapat buat belaka dengan sempurnanya. cakap memanglah macam best, tetapi menulis bukanlah sesuatu yang seronok bahagi ambe.
mengambil masa untuk berfikiran jernih agar tidak political dan Ananiah.

HKM