Tuesday, August 7, 2012

TUDONG dari NERAKA

the only thing that reminds me of death was by witnessing the tudong itself,
ramai wanita yang bertudong hari ini lebih mengarah kepada fashion,
itu bukanlah satu petanda tidak baik..tetapi berpotensi untuk menyeret mereka ke Neraka..dan bukan juga bila cerita perihal Neraka, semua kena takut dan sering bersangka buruk pada Tuhan bahawa kita hidup di Dunia yang kadarnya ala Dictatorship. Kita belajar Hukum untuk jadi Makhluk yang taat, dan sememangnya ilmu tersebut diperolehi dari merenung pada Makhluk lain yang ada keliling kita.
Tiada Pokok cuba melawan Hukum Sunnatullah yang ditetapkan bahawa kalau Taqdir pokok itu tumbuh disitu, maka disitulah ia hingga akhir hayatnya. Dan begitu jugalah kepada Binatang juga, ataupun cakrawala Alam, yang Bumi berputar menurut paksinya, Planet yang melata berada diatas landasannya..semua Taat kerana Kenal Penciptanya...

2012 pada suatu ketika kita ditakutkan oleh caturan orang Mayan, yang separa bertamadun dan kelihatan lebih enviromental friendly daripada kita hari ini. Hubungan mereka bersama Makhluk Alam seolah-olah memberi mereka faham bahawa Dunia ini ada jangka hayatnya. Setelah menyaksikan kematian demi kematian hingga memberi kesimpulan bahawa tahun 2012 akan berlakunya Kiamat. Sebab akan terjadinya sesuatu catastrophic event yang akan merubah Dunia menjadi lebih parah, kita yang beragama Islam ataupun Agama lain yang maseh mengekalkan concept tauhid kepada Tuhan yang satu tetapi tlah diselewengkan fahaman menjadi Agama berlainan hari ini pun faham bahawa Dunia ini memang dah tua, sangat tua, dan nazak dalam cuba meneruskan kehidupannya untuk terus berbakti kepada Sang Khaliq, jadikan dirinya munafaat agar yang mengisi dalamannya mendapat munafaat yang lebih lah laginya.. kita bagaimana?

Apakah perlu kita menyaksikan sebuah Incident besar-besaran untuk make to the sense bahawa Dunia ini penuh tipu daya? Apa salahnya itu buat Dunia sahaja bila kita menelaah Hadis-hadis yang menunjukkan Nabi sendiri mengutuk Dunia?
Dahulupun ambe pernah menganggap bahawa Dunia ni lah Musuh Utama, kerana Cinta Dunia membuatkan kita malah Takut untuk Mati. Tetapi apa dia makna Cinta Dunia? Apakah bila kita sayang Dunia hanya bersebabkan kita rasa Hidup disini lebih elok, lebih realistic untuk tidak dikufuri menjadikan semacam alasan bahawa kita mestilah rampas dan kumpul Nikmat secara rakus seboleh-bolehnya agar paling tidakpun Mati nanti itu lebih dianggap bermakna. Maka soalan kedua pula timbul, apakah Hidup atau Mati yang bermakna? Kita pun tak ada sebab yang kukuh untuk melogic kannya tetaplah Illusion, bila Kematian menjemput.. Yang ditanam bersama itu bukanlah Aset Dunia kita miliki tetapi hanyalah diri sendiri sahaja, yang malah bertelanjangan disebalik Kafan yang tak berjahit.
Namun kerja di Dunia itu bukanlah satu perkara yang jijik sepertimana dianggap setengah mereka yang suruh jangan kerja dan terus aja beramal 24/7, ramai kot Sahabat Nabi yang kaya raya.. Hanya Adil itu lah perlu jadi sandaran utama untuk Imbang Dunia-Akhirat. Ada dari kalangan kenalan yang ada terus sahaja berhenti kerja, alasannya untuk belajar Agama. Sedangkan tak ada pun syarat katakan berhenti kerja untuk belajar Agama, tetapi rasanya itu tidak perlu lah kita debatkan kerana dua-duanya ada nilai yang murni berdasarkan sangkaan baik. Asalkan jangan rasa dah bagus sangat lah berada pada keadaan yang manapun, kita di Dunia tetaplah yang bersalah, tugas kita menebus salah silap moyang kita yang memang ada tentang Agama dahulu, belot dan munafik dalam berAgama.

2012 hanyalah satu Phase, dan mungkin satu titik mula buat kita mula fikir bahawa theory Kiamat ini memang real, anda sendiripun malah hari demi hari memandang Kiamat secara tidak sedar, cuma mungkin Impact untuk menelan Hakikat itu seringkali dibilas oleh cadangan idea Kafir yang sering kita consume bahawa "everything's gonna be allright". Lalu apakah menjadi hal Wajib untuk jadi Paranoid kepada Kiamat hingga apapun jadi pure pressure, serba tak kena dan tak menentu. Tidak Juga.
Kerana Nabi tlah sediakan Agama buat kita, agar kita belajar imbang baik-buruk menghasilkan sesuatu yang bermunafaat. Kita pun malah tidak berapa hendak faham bagaimana sesebuah Build Up itu dibina dengan sabarnya, 124000 Jumlah penyampai dan penyambung Kalam Ilahi. Diringkaskan lagi menjadi 25 yang perlu diketahui, dan buat yang beriman merasa ia Wajib untuk dikenali kerana itu merupakan subject Keimanan kita terhadap Rukun Iman yang ke-3 adanya.

4 Rasul yang utama untuk kita kenali apa kitab Khususnya, Taurat, Zabur, Injil serta Quran.
Dahlah menjadi makin mudah, 1 Rasul sahaja kita Wajib taat kerana Muhammad Bin Abdullah lah yang melengkapkan dan menutup sekalian hadirnya Rasul, Khatamul Rasul. Itupun maseh sedikit dari ramai yang cuba mendalaminya, malah ambe sendiri dengan kecewanya mengaku terlalu limited maklumat yang ada, banyak lebih cuma untuk menyatakan Pihak tertentu sahaja yang benar sementara yang lain itu palsu, bohong dan sebagainya.. Maka berpecah lah lagi kita kepada Mazhab yang berbeza, yang padahal buat kalangan kita ni aware lah mengapa ada Mazhab-mazhab ni sedangkan zaman Nabi pun tiadapun istilah Mazhab, kita yang tak berapa cerdik ni pun tidak tahu menahu siapa Imam Malik itu siapa dan Imam yang digelar Syafie itu siapa, Pendapat merekapun kita tolak bila dah rasa Pandai walhal sedikit sebanyakpun tidak kerana usaha Ulama-ulama ini lah buat kita duduk di Dunia hari ni dengan selesa. Perbalahan Syiah-Sunni atau section-section dalam Islam yang lain jadi Issue perpecahan, mengapa tiada kesepakatan? itu terserahlah kepada kita yang maseh belum Over atau Under. Nabi tidak pernah menyuruh kita memilih pihak manapun untuk katakan kita ni lah Benar, atau dia sahajalah yang Bathil/Palsu. Capacity pengetahuan yang cetek kita ini jangan sesekali diajar untuk katakan manapun Salah, yang terang Salahpun belum tentu sepenuhnya ianya Salah walhal mungkin disebalik Kesalahan itu ada Kejahilan, maka Kejahilan itulah buat kita rata-ratanya terpisah..berpecah belah. Belajar dari Sejarah serta kajilah Sejarah sesungguh-sungguhnya, bukan kah dengan Hasad Dengki itu sahaja tlah menjadikan Yahudi itu adalah Yahudi? Duduk dan buat Homework anda, bukan kerja kita untuk Hukum Salah orang lain yang mungkin sahaja cuma Silap yang tidak ada orang ajar memahamkan mereka.

Kita semakin mudah, semakin Kaya dengan Harta-harta Ilmu Agama, bersepah-sepah Kitab ada tersedia disitupun kita malas untuk telaah, kita kata "alah, itu orang aja yang tulis..yang ada silap dan salah..tak larilah"..Al-Quran pun tidak semuanya yang Hafiz untuk memahami Erti Ayat-ayatnya padahal kita mengaku Al-Quran dan Sunnah itu cara Hidup yang Islam. Sunnah baharu Cara Nabi, belum lagi perkara yang dalam lagi seperti Fikir kita pada Akal, Kata kita pakai untuk sampaikan Kalam Allah, Hati kita untuk penuhi Rahman dan Rahim Allah ataupun Hakikat Roh Insaniah kita yang sangatlah pelupa dari banyak hal.
Dari berfikir untuk kata 2012 nilah kot Kiamat,
Nabi sekadar menyuruh kita fikir apa kita dah buat dan apakah yang sudah itu sememangnya sudah cukup?

Apa yang berlaku dimasa akan datang sememangnya ada Kiamat menanti, itukan janji Tuhan dan urusan kerajaanNya ajalah, kita ni yang tidak tahu bila, sibuk dengan macam-macam usaha untuk korek rahsia Bila Kiamat, bahkan Nabi Muhammad pun tidak tahu Bila sedangkan baginda adalah Rasulullah dan Habiballah/ Kekaseh Allah. Mungkin kalau menurut sebahagian kita yang kata Rasulullah tahu tetapi sengaja menyembunyikan, ada betulnya juga kerana kalaulah Rasulullah beritahu Kiamat Besar tu bila berdasarkan tarikh, bulan, tahun, hari dan waktu mungkin sahaja kita akan berusaha untuk beriman kerana takut kepada Kiamat sahaja, obsession kita pada kenyataan itu tidak sesekali akan membetulkan Ikhlas kita kepada Allah taala. Syukur ajalah Rukun Iman ini cuma menuntut kita untuk percaya kepada hal-hal Ghaib ataupun tlah Ghaib. Qadha-Qadar, Kiamat, penulis Kitab, Rasul, Malaikat, Allah taala-Bukankah semua itu pada luarannya, adalah hal dan perkara yang Ghaib?
Apakah kita ini Agama yang superstitious dalam berIman?

Tidak juga, sebab hanya yang ada Iman yang sedikit itulah akan berusaha mencari jalan mereka untuk tambahi Iman masing-masing, memberi khabar pada yang lain dalam majlis berbahagi pendapat,pandangan dan Ilmu. Ambe ni sebahagian dari orang yang Iman nya sedikit hanya ada sedikit ajalah level of confidence ambe kepada Agama yang ambe Hidupi dalam amalan harian. Hingga ke hari ini ambe cuba menerima apa sahaja pendapat orang ataupun petunjuk makhluk, dari situ kita akan mula ada concern atau kepedulian. Makin Hari, makin Rindu terhadap Muhammad, dengar orang sebut pun tak dapat ambe nafikan bahawa memang ada lah rasa sebak yang gembiranya..

Babak Tudong Neraka ini bukanlah untuk discourage atau patahkan semangat kaum Wanita yang baharu je minat ndak bertudong, ambe sekadar ingin menyuruh kita twice the effort untuk fikir lebih jauh dari itu. Bertudong bukan Akhir kita untuk kata kita dah berHijrah, kemudian bernafas lega dengan usaha yang baharu sedikit aja tu. Bertudongpun ada syaratnya, macam juga kita fahami dengan etika berpakaian ke Sekolah, iaitu beruniform sepertimana yang dikehendaki, labuhkanlah sikit dengan tujuan tutup dada, bukanlah menampakkan dada. Kalau tidak menjadi lebih kurang sama ajalah dengan orang yang berpakaian tetapi bertelanjangan. Pakai Tudong dah elok, tapi baju dan seluar yang dipakai janganlah sampai ketat walaupun kita dah rasa "longgar dah" akhirnya Singkat. Memang ada benarnya, apa kita pakai bukanlah penentu siapa kita, tetapi anda orang ada pengetahuan Agama (biarlah sedikitpun pada pengetahuan mula ) lebih elok dari orang yang jahil terus, anda lah orang yang mewakili sebahagian orang Islam yang ada untuk perkenalkan Agama anda.."Duta-duta kecil" Agama yang memperkenalkan Syiar Islam ke Dunia.

Fashion mungkin satu alasan yang baik pada permukaan, tetapi apakah itu akan mengajar anda sibuk untuk baiki dalaman kita yang sebahagian hidup jahil kita tlah dimusnah dengan tangan-tangan kita sendiri?
Pendapat ambe yang cetek hanyalah suatu penyakit, yang akan menuntut kita terus ambitious untuk capai pandangan orang ramai, kawan kita, masyarakat yang suatu masa mungkin adalah kalangan pemuji dan sememangnya akan datang untuk mengecewakan anda suatu masa nanti. Itu memang resam Dunia yang adalah sebuah Sekolah yang Besar kepada para pencari.

Main point ambe cuma ketengahkan Pandangan Allah & Rasul,
bila sebut Allah, Dia lah Khaliq, Pencipta kita dan Alam sekeliling.
bila sebut Rasulullah, bagindalah pesuruh Allah yang jelasnya, apa Tuan Empunya suruh, itulah menjadi kerjanya..Bagindalah Raja dihati Manusia tetapi Khadam kepada Allah taala yang dijadikan KekasehNya yang sejati.
Sebab mengapa diambil jadi Kekaseh Allah tak usahlah kita takwil kan, itu sudah Taqdir dari Azali lagi. Hanya mengikut logic panduan akal kita berdasar Hidup pun dah tahu kot, Boss besar sayang sangat kita yang cuma Kuli atau Office Boy aja sebab kita dah achieve sesuatu yang dikehendaki oleh Boss.
Rasulullah dah achieve menyukakan Allah taala kerana Baginda dah siapkan Islam sebagai Agama yang melengkapkan keperluan Hidup seluruh Manusia yang ingin berjaya. Islam itu Agama Rasulullah yang hak dikatakan datang dari titik peluh dan usaha terus menerus Rasulullah.
Buat ajalah apa yang dah disuruh dari Agama Islam, kalau tak setuju..buat lah Agama sendiri dengan mengguna Islam version 2 atau 3 atau 4 tetapi ambe yakin, anda tidak akan mampu mengalahkan apa yang tlah ditentukan oleh Allah & Rasul.

Kerja seterusnya adalah kesederhanaan, bukan pesta pora tunjuk menunjuk, Agama bukan "Trend" tetapi pilihan majority umat hari ini menerima Islam. Ubah perception itu dengan segera.
Kita tak suka dengan Sunnah atau maseh beralasan banyak dengan hal mengapa tidak boleh practice Sunnah Rasul, tak payah cakap lebih-lebih atau ndak kutuk orang lain kerana pakai Jubah atau berTudong labuh ataupun berPurdah.

ambe pun pakai Jeans dan t-shirt untuk bergaul dengan orang ramai hari ini pun terasa takut untuk kata (kerana itu sifat ambe dahulu yang sangat terkutuk).dan terasa respect kepada mereka bahawa mereka at least dah cuba Syiarkan Sunnah iaitu menampung bahagian mana kita kurang atau tidak mampu laksanakan. Kalaulah Islam ini diibaratkan sebagai sebuah Bahtera, sama-samalah tampungnya.

kerana kita(dan ambe sendiri) lebih dari banyak membocorkannya dari membaiki,
kalau dah terbaiki menurut kata kita, cuba tanyakan pada diri kita sendiri..
berapa banyak kita usaha dakwah dan tarbiahkan/ajar pada diri sendiri untuk buat hal yang lebih baik daripada hal yang merosakkan?

2012 tahun yang mungkin sahaja akan menunjukkan sedikit dari kekuasaan pemerintahan Allah yang lebih maha berkuasa, kalaulah Manusia selama ini boleh je ubah tatasusila Insaniah. Mengapa tidak Makhluk Allah seumpama Planet-planet dan serpihan Matahari yang sedikit itu dijemput masuk untuk sedarkan SIAPA kita sebenarnya-kan?

Kiamat atau tidak, itu Wallahualam, pesan ambe tidak perlulah over sangat mikir siang malam sampai apa yang perlu dari kita buat pun tak terbuat, sedikit usaha dari diri pun dah lebih elok dari tidak buat apapun.
Apa yang pastinya, Kiamat kecil kita semua akan hadapi....itulah Mati.
Apakah kita sedar tiapkali kita ditidorkan atau tidor itu adalah Mati Kecil?

Terimakaseh Wanita kerana memberikan peringatan pada ambe dengan memahami Kematian dengan Hijab Puteh anda pakaikan tiapkali Solat.
yang menyedarkan ambe bahawa apapun anda pakai, pakaian Puteh seumpama itu jugalah kembalinya semua.
Bertudong sememangnya panas, menutup aurat keseluruh anggota dan melabuhkan semua memanglah panas..tetapi ia tak setanding Neraka yang lebih lah panas, ini cumalah panas Dunia kita rasai walaupun berada dekat dengan gunung berapi sekalipun.

Tudong dari Neraka memanglah Hukuman yang tidak patut kita kenakan terhadap mereka yang berusaha sesungguh mungkin demi kerja Ikhlas.
Hanya khuatir kita pada para pemakai Tudong yang cuma selindungkan Ahli Neraka dibelakang wajah Agama.
menunjuk-nunjuk itu biar dengan Tuhan udahlah, tetapi Allah nak pandang apa je dari kita ni?
Cantik dengan Tudong Turban atau Najwa Latif atau Hana Tajima atau Tudong Misai Datuk K ke?

Intiha Al Kalam,
HKM