Thursday, August 2, 2012

UCAPAN HARI KELAHIRAN PADA PARA PEMIMPI

sebuah penulisan yang sering mengelirukan, tidaklah menghairankan..kerana itulah Manusia KAN? KAN?

Hanya perlu kita khuatiri adalah progression kita itu ke arah mana.
Tak ambe maksudkan Dunia itu patut digelapkan untuk di La Duni kan belaka, Dunia maseh Keperluan buat kita berusaha menuju Akhirat. Kalaulah La Duni belaka, kita tidak akan berpijak pada bhumi yang nyata dan banyak berkhayal dari ber-reality. maksud La Duni tu, dalaman kita yang maseh ada pergantungan sangat pada Dunia.

perkara yang menganggu fikiran ambe kali ini adalah pada kita yang melihat Hidup ini sebagai apa, dan apa tlah kita jadi sebenarnya itu none dari kepedulian kita kerana kita sentiasa optimis dalam sedar atau tidak untuk jadi orang yang kita belum jadi lagi.

Pada contohnya pada soal birthday-apa kita nampak sebenarnya?
adalah satu hari yang berbulan kemudian bertahunkan tertentu yang disambut dengan meriahnya..
pada akhirnya, kita adalah tak bernilai apapun kecuali berbalik pada satu juga,
cuba lah sahaja anda tambahkan nombor belakanya menjadi satu angka sahaja.
Mungkin sahaja ada yang berangka 1, ada yang berangka 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9.. 10 ke atas tidak dikira kerana ia sudah menyalahi hukum angka yang satu.

Sebuah kitab lama Arab yang diambil guna pakai tafsir menjadi kitab Melayu dahulu yang dikatakan datang dari para pengkaji Ilmu Falaq, oleh kerana pada zaman Arab dahulukala, mana lah ada Hutan macam kita ni. Padang Pasir ajalah, hanya yang rajin berfikir akan membuat kerja yang mustahil, iaitu yang membilang Bulu Kambing mereka iaitu menghitung Bintang dilangit.. Perkara itu nampak mustahil tetapi kalau ada kesungguhan, ambe tidak tolak kemungkinan dapat dibuat.
Bulu Kambing boleh dikira kalaulah ada 100 orang yang rajin buat kerja itu, tetapi sepertimana anda atau ambe hari ini fikirkan-bila kaji bab hal di Dunia ni, mengarut lah kita ndak buat untuk apa Bilang berapa Butir Beras ada pada satu Guni?
buat apalah kira bilangan Pasir dalam satu Daerah. atau berapa jumlah Molekul Hidrogen dan Oxygen yang ada dalam satu Lautan atau Kolam Mandi?

Curiosity kita pada perkara yang tidak mampu digenggam dengan tangan apatah lagi dicapai itulah menjadi matlamat kita selalunya, maka entah bagaimanalah rajinnya orang Arab dahulu dapat membilang Bintang dilangit hingga dapat semacam theory tentang Angka serta relasinya dengan Manusia, maka digelar padanya Tajul Muluk.
Dikhabarkan orang ni nombor nya demikiran, maka cirinya begitu kemudian perangainya begini..
Ada yang berpendapat ia mengarut maka dia akan reject awal-awal.
Maka yang assume kepada kebenaran dan ada lah faedahnya untuk kenali diri maka kelebihan digunakan untuk munafaat manakala kekurangan itu diterima untuk diperbaiki.
Pada ambe, garis panduan sebegitu lebih elok daripada taksub kuat sangat dengan ramalan ni.
Semua datang dari Allah taala, Tuhan yang sama kita puja tetapi lain orang itu sudah tentunya lain level of understanding kita dapati. Itu sudah menjadi satu lumrah.

Tetapi agak menariknya bila kita relate dengan diri kita, yang bila ditambah semua nombor, yang kemudian ditambahkan jumlah satu demi satu hingga jumlahnya adalah satu angka sahaja, ambe dapati semacam rasa "sunyi". Kerana kita cumalah satu pada asalnya, Adam adalah Satu Jenis Makhluk Tuhan sahaja, dan Allah taala tetaplah Satu sahaja sebelum adanya Malaikat ataupun Iblis, Jin dan lain-lain. Allah tetap tunggal dari apa adanya sepertimana dimaksudkan Surah Al-Ikhlas.

Rasa "Sunyi" tersebut jadi satu Hijrah pada ambe dalam memencilkan hari ulangtahun ambe dahulu sebelum ini. Kerana rasa urge atau dorongan untuk menikmati rasa "Sunyi" itu dengan bersendiri, walaupun bila dikenang kembali, hari ulang tahun kelahiran ambe sering aja tidak lengkap yang membuatkan ambe ni maseh kosong. Maka selalunya ayahnda ambe akan suruh ambe ke KL untuk pergi berjalan dengannya, bukanlah shopping sangatpun tetapi ikut beliau pergi meeting dan ambe tunggu ajalah diluar pejabat mana-manapun ambe pergi. Diketika itu ambe dah berusia 9 tahun gitu lah, yang maseh mentah untuk rasa apapun. Ambe tidak pernah seperti anda yang pernah rasa "Birthday" ni meriah pada hari ambe assume itulah hari special.

Pernah ambe cuba meluahkan kepada bonda ambe sebab rasa macam ayahnda ambe ni tiapkali hari lahir aja tak ada, mungkin aja ambe cuba salahkan tarikh kelahiran ambe pada tidak langsungnya kerana ia awal tahun pada bulan January. Tetapi itulah kalau dah Budak, Budak jugalah dia. Namun ayahnda ambe yang disangka ambe hendak menutup rasa bersalahnya beberapa hari berikut pulang ke Terengganu dengan buat Presentation pula dan memarahi ambe lagi malah untuk highlight bahawa dia ni busy sokmo. Ambe nangis ajalah kerana Manja sangat, hingga pada zaman kemasyhuran ayahnda ambe yang garangnya macam Singa memang teruklah kena.
Lama kelamaan ambe faham, bahawa apa dia marahkan itu bukanlah ego untuk tutup rasa bersalahnya, ia adalah Hadiah yang paling berharga kepada ambe kerana adik beradik ambe yang lain pun tidak dapat treatment sepertimana ambe terima, yang dipukul rotan dan di grounded buat pertamakali dalam adik-beradik ambe tu pun ambe juga kerana commit jenayah pertama dalam keluarga iaitu mencuri.
Hadiah ambe maksudkan adalah fikiran yang berguna, mustahil lah ambe dapat buat kesimpulan hari ini bahawa maksud disebalik perbuatan ayahnda ambe itu adalah untuk beritahu kalau dah jadi Suami itu dah berat, jadi Ayah itu berganda lagilah dan Presentation tersebut yang turut ada Bonda ambe sekali itu pun untuk beritahu kami dalam ayat tersirat seorang ayah bahawa "Tolong lah aku juga pada apa aku dah bantu kamu".
Anda tanya kaum Ayah manapun mereka tidak akan mengaku hal ini, kerana mereka akan tetap belajar  maintain sangka baik mereka terhadap Tuhan bahawa semua ini bagus untuk perbaiki values dalam diri mereka menjadi orang yang lebih berguna daripada dok pakai.

Dengan maintaining mood yang tak adalah berapa sedihmanapun yang dipinjam rasa ini, anda lihatlah pada nombor tadi.
Mungkin anda nombor 2, atau 9 atau sebagainya tetapi SIAPAKAH dikiri-kanan-atas dan bawah itu kalaulah bukan 0 yang Halimunan rupanya?

Untung sahaja anda pernah rasa meriahnya Birthday disambut oleh keluarga yang complete atau dijoin oleh kawan taulan rakan atau sahabat mengelilingi untuk mewujudkan siapa anda sebenarnya.

Everybody adalah Someone, sebab yang hadir(dipaksa atau tidak) pada Hari kelahiran itu indeed adalah orang yang Istimewa. Istimewa Cacat ataupun Istimewa yang Istimewa. Anda lah tentukan pula lepas tu. Hanya ambe ndak beritahu kalaulah kita start at 1, dengan memahami technical Bayi itu jadi Janin dari Mani Bapa, kita dah kenal siapa 2 orang yang penting iaitu orang Tua anda, maka dimanakah tempat mereka mula Hidup itu perkara yang ke tiga, Ibu kita anak siapa dan Ayah kita anak siapa itu dah ke 4, ke 5, ke 6 hingga lah berpuluh-puluhlah angkanya..

Build up hidup untuk lahirkan satu je zuriat umpama kita ni makan masa berapa lama dah, sekarang ni kita dikerumuni orang yang sama dengan anda juga, yang dijalin dari Reverse Numbers ambe cadangkan untuk cuba renungkan seketika itu je..Kita tetaplah 0 dari ada nombor pun sebenarnya dimata orang, kita diterima kerana kita ni anak orang ini dan itu based on reputation ayah atau ibu kita yang orang kenal jugalah. dan so on kita punya cycle pun berlaku lebihlah ke belakang hingga berbalik pada Adam yang satu sahaja, kemudian Allah beri 2 dengan Hidup berpasangan, kemudian kenalkan kepada Iblis dari incident tipudaya itu jadi 3 dan seterusnya hingga berbalik kembali pada kita.

Bergantung pada perspective manapun kita lihat Hidup ini dari awal mula atau dari mula kita mula sedar itu semua tetap me narrow atau sempitkan perspective kita pada sesuatu hal, kalau kita terima dari awal semua dari Allah, kita akan lebih meluaskan fikiran dan perasaan, kalau kita payah terima maka kita adalah orang yang lebih sempit dari kesempitan yang sudah diterapkan, sepertimana orang yang cuba buang air besar yang sudah habis simpanan loji dalam perutnya, tetapi sebab bersungguh lagi maka kita meneran lagi lah hingga kebarangkalian seterusnya buasir. Otak kita pun short circuit.
Maka Aqidah lah perkara yang menyelamatkan kita, ia suggest atau syorkan untuk kita kuatkan foundation of being a fundermentalist. Terima ini dan itu untuk berAgama. Tidak syaratpun, kerana amali hidup pun ada yang membuktikan bahawa orang Kafir yang beri Hidayah dari Allah lebih dahsyatnya Iman mereka dari yang dah 25 tahun jadi Islam.
Jadi tidak payah dan perlulah jadi orang Buddha, Chirstian atau Judaist ke untuk fahami Iman itu apa jika kita dah beranak jadi orang Islam, tetapi janganlah jadi macamana yang tlah difirmankan Allah dalam Al-Quran sebagai Agama Turon Temuron itu. Kerana Islam membawa kita untuk berIman sebagai phase seterusnya..
Ikut ajalah Pandangan Ahlus Sunnah dan Mantapkan Aqidah, itu dah elok dari buang masa jadi Murtad hanya semata-mata hujah kita lebih baik begitu untuk faham Islam ni bagaimana.
Semua ada Fast Rewinding atau Fast Forwarding dalam Hidup. itu pokok pangkalnya, bilamana kita berubah arah, ia akan stall atau Pause perjalanan kita untuk consider keseluruhannya, kaji baik buruk kemudian Play semula. Ada eloknya kalau kita hendak faham Hidup kita alami sebab memang adapun dalam satu ketika kita duduk dan ponder mengenai diri kita yang dikenali sebagai session Muhasab Diri. Tetapi terlampau banyak Pause, ambe bimbang nanti kita pula yang bosan dengan cerita kita sendiri sampai terpaksa tukar CD cerita Hidup lain dan makan masa untuk di adapt pada Hidup begitu.
Tidak perlu rasanya untuk terima Dogma pemahaman orang aja semata-mata, orang keliling beri pendapat terbaik untuk anda buat keputusan yang lebih elok. Tetapi yang menjadi persoalan disini adalah, apakah anda kenal benar diri anda dan kelemahan anda? Sudah tahukah cara hendak atasi kekurangan sendiri?

Kalaulah bimbang kerana takut banyak berfikir dari berbuat, adalah lebih elok kita cuba sambung sahaja Sisa Hidup yang ada ini untuk study bagaimana tidak ulang lagi. Concept Hijrah dalam Hidup itu selalu dah sebenarnya, berhari-hari kita berhijrah dari makan nasi lauk ayam kepada makan roti dengan sardin..Itupun Hijrah pemakanan kita yang hendakkan Diet yang ambe buat sebagai contoh untuk kita sama-sama faham.

Itulah antaranya, adakalanya orang yang mengaku berHijrah, maseh belum 100% pun Hijrah, maseh ada perkara lama diamalkan yang dianggap dah terbiasa sangat hingga jadi tabiat. Orang lain pula yang obsessive dengan kekurangan orang lain untuk sibuk-sibuk apa hal? Kenapa tidak kita sepakat nasihat cara elok dengan menjadikan incident itu sebagai tauladan kita?

Satu-sebab ramai orang lebih gemar berlakon dari berterus terang. Atau kadangkala sebab terlalu banyak sebabnya, merumitkan keadaan bimbang putus hubungan.

Kalaulah kita ini nombor, Siapa yang mencukupkan dan mengurangkan atau membahagikan atau mengkalikan?

tidak siapapun ingin tahu, kecuali ingin keuntungan dari kira-kira itu sahaja.
dan apa kah Birthday ni hebat ke untuk diraikan? Hingga kena ada Hari Cuti Khas apa semua pada orang tertentu? atau dinyanyikan sebagai tanda mengHargai? atau di kirim hadiah? atau dibeli cake atau ditiupkan lilin?

buat mereka yang kenal diri mereka, mungkinlah rasa LAYAK diraikan,
ambe jauh dari kenal diri sendiri inipun, hingga hari ini rasa lebih baik sembunyi dari buatkan semua terpedaya dengan meraikan kebodohan ambe yang Hidup Pinjam Nama orang terdahulu, Pakai Pakaian milik orang Tua ambe yang sara, berselindung belakang Agama Rasulullah yang belum buat apa-apa lagi untuk Agama, berpijak,bernafas, Hidup pun dari Ehsan Allah taala juga..

Pulak tu rasa nak Happy Birthday apa lagi?
Lilin Hindu, ludah atas cake dengan hawa mulut yang tak berapa mujarab dengan Pujian kepada Tuhan lepas tu beri orang lain makan, kemudian rasa seronok..Rasa macam tradisi Childish pun ada.

Nabi Muhammad ketika hidup pun rasanya tidak pernah dengar pun mengada-ngada buat Birthday ni..Sambut dengan majlis Kesyukuran adalah. Kita pulak tiba-tiba Hari Ulang Tahun pi buat spanduk berarak ramai-ramai konon tunjuk rasa Cinta pada Rasul. Syiar begitu baik Syiarkan Ajaran baginda.

apalah yang menyedihkan adalah malah kita kenal pun tidak siapa Rasulullah, tetapi hanya hari tu lah sahaja kita sibuk buat kenal, bahkan bila susah atau nak mampus baru buat nak kenal.

mungkin untuk kanak-kanak kita boleh lah raikan, tapi orang Tua bangka ni kalau sekadar nak bersuka ria ni..kalau ambe kata tak sesuai, pasti ada kata berlagak suci lah pulak. Itu lah, serba tak kena..kalau niat memperingatkan usia makin Tua tu eloklah dalam lawak jenaka kita..tetapi banyak dengan cara begitu kita akan dianggap blow the mood pulok doh.

Dan hal ini melaratlah Childish kita, orang nak kahwin pun jadi susah, dah kahwin nak atau tak nak bersanding itupun jadi susah. Kita tetaplah memperhambakan orang lain, kalau tidak ikut kita lah Raja yang Zalim pulak.

tetapi apapun kita ini, dari 0 juga.
Itulah cabaran hari ini, hendak 0 kan minda dari berfikir tentang Urusan luar dari Solat kita pun payah.
sementara yang dah dapat 1000 darjat ke apa ke dalam Solat itupun maseh lama maseh kuat Sombong dengan orang lain, semua tak kena..apa yang kena nya?
Buang yang keroh, ambil yang jernih ambe tulis untuk berpesan dengan diri harap yang lain mendapat munafaatnya juga lah..Berubahlah pada Ramadhan ini dan berusahalah untuk menjadi Umat Muhammad yang productive setelah ini kerana kita lah "anak-anak Bulan" pada Bulan Ramadhan ini jika kita gandakan fikiran kita atau perasaan kita terhadap masaalah Umat hari ini. Mudah-mudahanlah hari ini lah Kelahiran diri kita yang lebih baik dari sebelum nya. Nak rewind hidup jadi Melayu dengan keris ni outdated la, kita ada kebijaksanaan yang lebih dari sekadar luaran sahaja..iaitulah Iman kita.
Melayu kurang Iman buat apa?
Melayu yang suka pandang salah Bangsa lain hanya untuk buktikan dialah lebih Tinggi, untuk apa?
Tuhan suruh kita kenal-mengenal, luaskan fikiran dan hati kita.jangan ingat Syurga tu Puak kita punya aja. Sementara yang sudah dan sedang berusaha lagi,
Happy Birthday to you!

HKM