Sunday, September 16, 2012

ANAK EMAS


Perutusan kali ini adalah garapan yang datang dari diri Patik ini,
 yang masehlah sedang berusaha sedaya upaya agarnya jadi baik bicaranya kepada diri hamba pacal yang bodohnya sehebat lembu dan hinanya seperti pengembala nian mengukir kata menjadi lah bahasa yang datangnya dari kalam Ibu Jawi yang Melayu namanya,
adalah Patik merakam ampun maaf terlebih-lah dahulu kepada Orang Kaya Besar Dihulu mahupun Dihilir dan Pemimpin yang tersangatlah Adil untuk menilai lagak bahasa hamba fakir yang mengarang dengan buruk gayanya.

Lalu diizinkanlah bahagi Patik mengarut seketika,
mencarut selamanya,
menurut segala Amarah yang tersimpan didalam dada,
semoga contoh yang tiada langsung punya kebaikkan ini menjadi pengajaran yang bakal menangisi Kalbu masing-masing agarnya diabadikan pada iktibar sendiri untuk diikhtiarkan pada masa yang tiba,
andailah Tuhan Allah mengizinkan.

Tuanku-tuanku yang beranak-pinak,
bersepupu-sepapat, bersahabat, berpuak-puak,
bersaudara-maralah kalian diatas Mujahadah orang dahulu(yang kita abaikan sebagai Sejarah),
Kematian Tokku-tokku yang Jihad atas Jalan Tuhan Allah tlah melahirkan orang Malaysia yang kaya Ilmunya..tetapi sayangnya, teramat sempit Akalnya dalam Hukum Agama,
"Tinggi"mu hanyalah dari antara nama-nama Allah yang dipinjam seketika untuk dirasakan,
betapa hebatnya menjadi "yang berkuasa" atau betapa saktinya menjadi "Tuhan" sementara.

Patik Takrifkanlah "Keberanian" diatas kerisauan Tuan-Ku belaka yang ada siap untuk menjamu mata dengan sungguh teliti lah membacanya.
tiada Berani itu jika hanya Perkasa lakunya,
..adi kerna Kegagahan itu tidak semestinya Berani,
..malah Ketegasanpun sekadarlah Batasan..amatlah jauh sekali untuk dikatakan Keberanian,
"Keberanian"..
tidak pernah sama sekali untuk diumpamakan dengan berhimpun pada kadar puluhan, ratusan atau ribuan Sekutu-sekutu yang kurang Berkenan mahupun Bersetuju,

Yang dipamerkan adalah kepengecutan untuk menerima Salah Segalanya bermula dari diri sendiri..bukanlah mereka diatas sana, atau dibawah sini,
tidak juga salah dia ataupun kita akan tetapi Tuan Empunya Jasad yang Bernyawa itu yang maseh serta akan merasai betapa "sendiri" pada akhirnya..
Yang memiliki Roh yang hilang rupanya.
yang dihadiahkan tuah dari Tuhan sepetala Masa untuk menghargai Agama disebalik kemuliaan Bangsa yang tlah Bangsat sekarang kerna kebodohan sikap sesama.

Siapa yang punya pengetahuan yang mampu mendakap semesta untuk berani-berani berkata bahawa itu atau ini-lah "Kebenaran"?,

 biarkan sahaja Kejahilan itu diteruskan jikalaulah Islam itu memang Benar satu-satunya Agama yang sarat dengan Kebencian dan Keengganan untuk kunjung peduli pada erti berkaseh sayang.
Yang mungkin sahja sudah merasakan "Kebenaran" itu hanyalah buat Tuhannya, dan Agamanya sahaja..


Tuanku-tuanku pemegang mohor Rakyat "Malaysia" semua,
Puan Seri- Puan Seri belaka yang "rendah diri" dan "malu-malu" belakanya yang kian ramai mengisi Dunia Malaysia ini yang kini tlah tertabal dengan gelar sendirinya menjadi Anak-anak Raja yang begitu tinggi martabatnya hingga tak terjejak di Bhumi nyata..Gahara atau tidak, mika sudahpun menjadi sebahagian Khazanah Negara yang disayangi. Yang dibelai manja dengan segala kemudahan yang kita katakan kepayahan, yang diusap-usap kepalanya dengan kesejahteraan sejagat yang disangkakan perpecahan..

Adalah mungkin sahaja menurut andaian Patik, Tuanku yang membaca ini tertanya-tanya akan tajuk Patik kali ini dengan pertanyaan Mengapa?
Olih yang demikian Patik segeralah menjawab kebuntuannya,
Kerna itulah sengaja dari Patik namai perutusan ini dengan "Anak Emas Negara"..Bukan Perak ataupun Tembaga, juga bukanlah Timah atau apa macam namanya Besi-besi lainnya. Tetapi adalah sebaik-baik Emas.
Kerna diri Tuanku begitulah berharga buat Patik.

Hinggakan yang Sempurna segalanya Tuan Putera-Puteri Bhumi Malaysia ini dahaga, tlah menjadi bingunglah pada Patik untuk cuba memahami selera Keserakahan semua Tuanku-tuanku, Toh Puan-toh puan, para Gundik-gundik simpanan, Orang Kaya Besar atau Kecil, Menteri, Kuli Istana-istana mahupun kalangan Marhaen Belaka..

Ampun Tuanku, Ampun Tuanku beribu Ampun..
Sembah patik pada Allah taala, Harap diampun.
Daripada Patik,
yang tak bernama.
...............................................................................................................................................

Sebuah peringatan yang ambe sering singgungkan diri sendiri agar terus diperingatkan,
meskipun kata kita Merdeka itu adalah Past Tense sementara Present Continuos itu adalah Keadilan, Kebenaran dan sebagainya.
Ambe menulis bukan untuk dikenali sebagai penulis, tetapi hanyalah penilai akan diri sendiri. Apa ambe tulis menjadi bacaan ambe sendiri jika ia tidak dibacakan oleh sesiapapun. Namun ambe tetap berfikir positive bahawa ada orang diluar sana yang menelaah juga garapan ambe yang serba kurang ini.

Sempena tahun kemerdekaan Malaysia baru-baru ni, telahpun ambe garapkan sedikit pandangan ambe mengenainya. Bukanlah untuk raih pengikut agar kita berkomplot jatuhkan Kerajaan hari ini kerana keadaan sedemikian sama aja macam geng jahat dalam Power Rangers.
ataupun bersama Pembangkang sebab rasa seperti tindakan demikian adalah Noble macam Robin Hood atau siapa lagilah.
Anda boleh katakan ambe ni lalang..tidak mengapa. Hanya pendirian ambe maseh belum terasa well convinced dengan hasutan-hasutan Pihak manapun. Daripada bersekutu, lebih elok ambe mengguna sebelah mata melihat Pihak Pemerintah dan guna sebelah lagi untuk menilai Pihak yang membangkang.. Kesemua itu lebih nampak realistic dari karut.

Anda berbalah dimeja makan dimana tempat terhidangnya sedikit atau sebanyak jumlahnya rezeki yang sememangnya Allah taala dah jamin buat kita hanya kerana fasal Politik?
Mungkin sesetengah orang rasakan ia suatu perkara yang sihat,
mencuit sensitivity masing-masing kepada kepedulian kita dalam bermasyarakat. The good point is there, dimana anda memang ada rasa care pada rakyat juga seperti mereka yang berada pada kasta atas(Pemerintah atau Pembangkang..terserah). Namun point yang tidak sihat adalah dalam tidak sedar, kita sendiri sedang menjana rasa Benci yang meluap-luap pada sesama kita. Walhal, buruk-buruk atau teruk macamanapun Kerajaan kita katakan, mereka tetap tidak tanggalkan kewarganegaraan yang mana membangkang atau mengusir keluar dari Negara walaupun mereka boleh buat begitu. Yang melucutkan Biasiswa sebagai salah satu contoh dari kes Bersih hari kelmarin, hanyalah beberapa orang sahaja..bukan semua. Yang melaksanakannya bukanlah datang dari kesepakatan Pemerintah, cuma Menteri yang seorang itu sahaja. Anda sebagai penilai dan pembaca, percaya atau tidak bahawa didalam entiti Politik itu akan ada Politik lain pula yang mendokong agenda lain?
Sudah tentu ada lah..

Jadi, mengapa kerana hal Biasiswa itu ditarik balik jadi issue yang besar sedangkan kita semua melihat bahkan turut terlibat dalam demo yang diadakan. Fikir logic, kalaulah dibuat semacam Fundraising(mungkin dah buatpun..cuma kita tak tahu) untuk kumpul dana bantuan sambung pengajian mereka yang kita anggap "dianiayai" tu, RM10 dari setiap orang kalau dah 3000 orang atau lebih..Mungkin aja kita boleh buktikan sense of will kita yang tak lapar dan harap dengan Bantuan Pemerintah manapun, kita maseh boleh survive macamanapun oleh kerana kita semua bukan lagi bermasyarakat biasa, tetapi bersaudara.

Cuba aja kita kemukakan pada orang yang benci sangat pada Pemerintah dengan persoalan sebegini, confirm memang ada yang hendak berlawan hujah. Ambe bukan hendak lawan hujah atau debat,oleh kerana kita tetap baca Quran tidak kiralah Politically kita ni sebelah siapapun..  Hanya mempersoalkan "action" atau tindakan kita. Kebelakangan ni, bukan sahaja trend Artis Hijrah jadi Mainstream malahan trend Demo ni pun dah macam satu Tabiat yang kini makin rancak. Perhatikan aja Chronology Sejarah Negara kita, semestinya kita rasa perkara ni dah jadi semakin Obvious dari Biasa.

Pada sudut Pembangkang pula, sememangnya kerjanya cari Issue untuk dijadikan perkara untuk diketengahkan. Kalau tak ada Issue..Itu bukan namanya Pemerintahan yang Dynamic. Sama digunapakai pada mana-manapun bidang pekerjaan sekalipun, kalau tak ada Critique..sampai bilapun kita terus begitu dan tidak berkembang-bukan?
Namun sayangnya, bila Issue diketengahkan..tiada ruang diberikan untuk dinilaikan oleh mata kepala sendiri. Ada media, tetapi tidak semua berfungsi sebagai bahan pengantara. Hanya berpihak pada satu pihak kerana itu lebih untung..katanya.

Kita cerita hal Politik apapun takkan habis, kerana didalam kekotoran laku ahli Politik pun ada Ilmu-ilmu buat kita pelajari. Kalau kita rasa belajar dapat Diploma atau Degree itu belum cukup untuk belajar lah...Dalam Kuala Lumpur yang jelas di Metaphor kan(sengaja atau tidak) sebagai Kuala yang dipenuhi Lumpur, terkandung padanya banyak butir-butir Permata yang sangat berharga. Orang-orang yang bijak pandai, usahawan ataupun visionary yang berkebolehan untuk ubah Negara kita yang mundur ni kepada Negara yang maju dengan kecanggihan Idea dan bernasnya fikiran..Bahkan kita hari ni pun banyak consume end product, idea atau ilmu yang datang dari "KL" walaupun menurut sesetengah orang itu tetap aja menafikan dan benci orang Kay-el.

Ikutlah Pandai mung..Pada ambe ia jelas menunjukkan setiap Manusia yang ada, Allah taala tak pernah sia-siakan kepada tiap kita yang Hidup bersama untuk saling menampung yang kosong.

"Anak Emas" adalah tajuknya, dan ambe banyak bahasakan Patik secara sarcastic kepada pembaca yang rasa lebih dari orang lain..Sedangkan Penulisan ini cumalah Sampah.
dan Perli ambe bukan pada orang UMNO atau BN sahaja, tetapi semuanya..yang rasa berhak untuk claim itu dan ini sedangkan hak kemanusiaan pun belum selesai.
Kelmarin dahulu ketika Nurul Izzah Anuar datang ke Terengganu untuk berceramah, ambe pergi lah untuk mendengar Issue apa..Sekadar ambil tahu ajalah. Sedang syok melayan ceramah terbukanya ditengah tapak ceramah yang dikelilingi Sawah, dengan cuaca baru selesai Hujan sudah tentulah lumpurnya dimana-mana aja, dah dapat tempat strategic untuk berlabuh ambe tercegat ajalah berdiri sepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.

Didepan ambe, adalah beberapa orang duduk berlapikkan surat khabar..Ralit sangat mendengar, adalah satu orang ni lalu depan kami, usia lebih kurang 50 lebih, berkopiah dan berjubah..Tiba-tiba bunyi meletup kecik di atas tanah menandakan ada benda yang dia pijak sedang dirinya melintas. Orang yang duduk dihadapan ambe tadi memang mukanya tak puas hati, kerana yang dipijak orang berkopiah dan jubah ni adalah cuka keropok lekor yang dibuang merata itu tersembur habis dibaju dan seluarnya. Ambe alih pandangan pada orang tua tu, dia buat muka tegang dengan tiada maaf..pergi macam tu aja. Akhirnya ambe tengok ke bawah untuk cari dimana puncanya, rupa-rupanya tak adalah jauh dari ambe hingga ambe pun sedar bahawa ambe pun kena juga..

Tiba-tiba aja ketika tu dalam ingatan ambe terlintas untuk fikirkan apa yang berlaku dipetang hari tadi di daerah Medan, dimana tempat Pengikut PAS dan mungkin para NGO-NGO yang ada buat Demo untuk menunjukkan bantahan keras Filem yang dikatakan mengutuk orang Islam dan Nabi Muhammad. Andaian ambe membayangkan, mungkin aja orang tua tadi terlibat juga kot..kalau tidak pun, kita assume aja bahawa orang yang bersikap demikian terhadap mangsa cuka keropok tadi tu termasuk ambe terlibat. Tengah hari mengakui Islam itu Agamanya, malamnya pula lain cerita. Sememangnya itulah kebimbangan buat ambe sendiri, yang Rasul pernah katakan bahawa akan ada orang diakhir zaman yang Islam pada pagi dan Kafir pada petangnya.
Dan janganlah pulak kata ambe mengkafirkan orang yang cuma TER-pijak cuka tadi sebab ambe bukanlah yang reti menilai siapa kafir dan siapa benar-benar Islam. Hanya perkara ini buat ambe menilai balik apa kita duduk sibuk bising-bisingkan dengan apa kita amalkan dalam Hidup. Adakah sama dan menepati?
Contoh incident cuka keropok yang bodoh tu pun buat ambe fikir, yang orang Tua pun tak reti nak hormat orang muda darinya..macamana nak orang muda Hormat orang Tua?
dan mengenal Allah yang maha Pemaaf, kita ni payah benarlah untuk meng-Ghaffur atau Ghaffar kan diri atau orang lain.

Issue Filem hina Islam dan Nabi kita, ya iyalah ambe pun rasa tak patut buat begitu. Namun difikirkan dengan lebih elok, yang bikin tu orang Kafir, yang mungkin beranak pun dah menganut Agama yang selain dari Islam kerana dikelilingi oleh masyarakat yang Bukan Islam dan duduk di negara Bukan Islam. Sebelum ambe guna lebih banyak ayat Kafir untuk mengkafirkan orang Kafir, ambe ndak ajak anda pembaca belek kembali buku Kamus dan cari Istilah Kafir..Apa maksudnya?
Orang yang Bukan Islam.
Murtad?
Orang yang keluar dari Islam.
jadi menurut pemahaman kitalah, orang yang buat Filem ni..dia ni mungkin aja tlah dididik atau diajar untuk benci Islam atau Agama lain hasil dari Doctrine-doctrine orang tua atau masyarakat nya. Benda ni lebih kurang aja dengan kita (kalau salah tolong perbetulkan ambe), yang terima Islam kerana sejak hari pertama lahir dah diazankan oleh Bapa yang Islam dan keluar dari perut Ibu yang Islam..tetapi tengok Negara jiran kita, Indonesia sebagai contohnya, yang memperbolehkan Nikah campur, Bapa Christian dan Ibu Islam, Bapa Buddhist dan Ibu Christian dan sebagainya sementara nasib anak hanya diketahui bila dah matang, pilih ajalah Agama nya kata orang tuanya..Kita pernah tak rasa bersyukur dengan kedudukan kita yang TIDAK begitu?
lalu apakah Walhasil kita yang tlah dimaktubkan pada Lauh Mahfuz Allah taala bahawa dari hari pertama hingga hari ni, Kita dipilih sebagai orang Islam.

Lalu dengan dilayan dengan Special serba satu, macam ni ke kita tunjuk pada orang yang bukan Islam bahawa Islam ni memang selalu perlukan kekerasan tidak cukup dengan tanggapan yang tlah di set up kan atau disengaja biarkan oleh Pembesar atau Pemerintah Arab-arab sana dengan tragedy yang berlaku berulangkali dan hingga hari ini sepertinya tiada henti?
Siddiq mungkin dipilih sebagai salah satu Option untuk menangani masaalah..Ertikata lain, kalau payah sangat ndak berbahasa sebab dah lama bantu dan tolong individu tertentu..tegurlah dengan mengetengahkan Kebenaran yang sewajarnya..tetapi bukan semua benda kita boleh Protest belaka kerana maseh ada cara pendekatan yang Amanah, Tabligh mahupun Fatonah.

Dahulu ketika ambe bersekolah menengah, jadi Skinhead dan perjuangkan Anti Racism, Protest pada mereka yang Assobiyah/Racist..Orang Melayu dan Orang yang mengaku Islam pun bising, katanya itu ideology Barat, Protest ni tak bagus..Budaya Skinhead merosakkan, ok ambe ikut dan ambe dah sedar dengan kesilapan ambe..Namun hari ni, semua tu seperti mengubah pandangan ambe pada orang-orang yang ambe sendiri harapkan untuk membantu kita.

Hari ni, semua berpecah belah..Itulah kenyataannya. Orang berpegangan Agama dengan Panji Bulan tetapi hari demi hari mengeluhkan Aib orang lain, kalau cerita pasal perlaksanaan kerja tak betul..boleh lah kira ok lagi. Tetapi sampai hal Pribadi pun jadi barang bandingan, kita sebelah ni Suci sangat? Belum tentu..bahkan Iktiraf Suci hanya diketahui pada mereka yang menghindari Kekotoran, bukanlah yang membalas dendam dengan guna Agama hentam orang yang sama Bangsa. Allah jadikan kita berbangsa-bersuku-berpuak untuk tujuan apa? Bukankah untuk kenal mengenal? Kita ni dah kenal sangat ke secara pribadi dengan orang yang kita kutuk tu atau belum?

Kita hentam orang Kafir atau Protest hanya kerana Filem, mungkin pada Allah taala semuanya beres kerana kedua-dua nya dah terjadi dan diizinkan..Hanya kita yang lebih dekat pada Allah dan Rasul sepatutnya, kita hendak buktikan Kegagahan Islam? Zaman Salahuddin Al-Ayyubi atau Othmaniah lebih hebat dari empayar Melayu kita hari ni. Perlu kita adakan sesi Protest untuk tiap 10 kali atau 100 kali Filem lain yang tlah diproduce dan dikesan mengutuk Islam?

Rasanya itu semua hanya Nonsense. Sebab kita cuma membuang masa dengan kebodohan "kita rasa macamtu"..Nabi Muhammad dikutuk, dicaci, dimaki, dihina dilempar najis dan dikhianat malahan di buru untuk bunuh, namun baginda tetap buat tidak tahu,
kerana menyedari bahawa build up Agama Islam itu lebih penting untuk dijadikan Solution Akhir Zaman nanti..

Hal level anak-anak atau adik-adik kita, reti pulak kita kata "alah buat bodo dah la..dia reti la nanti untuk give up"..Issue yang konon rasanya, bukan untuk budak-budak..Kita malahan tunjuk sikap yang lebih Childish.

Mungkin akan ada hujah lain lagi lah untuk beta dan terus beta pendapat ambe, sepertimana ambe beritahu selalunya..Ini hanya satu dari berpuluhan ratusan penulis yang ada. Kalau anda rasa ambe mengarut, anda lebih mengarut..kerana tlah memilih masa untuk baca karut ambe dari menulis sesuatu yang datang dari kepala anda sendiri.


Kamu yang berBangsa Melayu,
apa Saktinya Keris mu yang hanyalah Besi yang tumpul Ilmu?
Kau yang berAgama Islam,
dimana Khidmatmu dijalan Rasul?

Kedua-duanya keperluan bahagi Fitrah/Natural diri kita,
yang berbangsa Allah taala perintahkan untuk kita saling kenal mengenal..
yang berAgama untuk menyatukan kita semua sebagai Ummah yang diharapkan Selamat di Akhirat.
Dok gitu? Tolak satu bermakna anda tolak apa Allah taala sediakan untuk kita.
Memang tak ada Bangsa tertentu masuk Syurga, kalaulah ndak main banding Melayu dengan Yahudi (yang kita suka kutuk atau boikot tu), Yahudi tu lebih layak untuk masuk Syurga(pada logic fikiran bodoh ambe lah) kerana Nabi-nabi pun terdiri dari Bangsa Yahudi juga.
Tetapi Allah taala tidak pilih kita sebagai Bangsa apa, hanya taat pada Agama apa. Bangsa cumalah task kehidupan kita diatas Dunia,
mungkin itulah maksud Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"..
Sebab yang Matinya dan Ditanamnya sebagai Melayu, balik ketanah juga akhirnya..

Nilaikan semua ni, hadam dan fikirkan dengan jernih..
Kita ni sebenarnya Anak Emas belaka, Bumi Putera yang sangat Superior diatas tanah, tak kiralah Cina,India atau siapapun yang duduk atas Tanah Melayu ni, tetaplah Bumi Putera..
kita namakan Malaysia, mungkin selepas ni ubah nama Negara Saka ke apa tu..Wallahualam.

Keruntuhan,kehancuran dan kemusnahan sememangnya akan berlaku dimasa akan datang, kita tak boleh ndak speculate everything to be as it atas apa akal kita corakkan ia menjadi..Kerana ini adalah "Dunia". yang berusia lebih Tua dari siapapun yang ada diatas Dunia sekarang ni.
kita hendakkan "Kebenaran", inilah Janjinya.
kita hendakkan "Keadilan", inilah akan berlaku..kerana Allah taala dah pun berfirman pada Nabi kita kalaulah semua permintaan ditunaikan belaka sepertimana Manusia kehendaki, Musnah Dunia.
Kita lupa diri, kita ni menjalani kerja Khalifah..yang belum tentu Khalifah betul ke tidak, cuma buat kerja sahaja dengan berkhidmat. Tak ada Architect adalah Architect kerana tetap timbul Kesilapan Technical. Maknanya semua kerja ada kegagalannya, kegagalan itu adalah Human Factor..Siapa yang tak expect kegagalan atau kekurangan atau kesilapan..Mungkin sahaja lebih bagus dari menjadi Manusia. Jadi, sudah-sudahlah dengan Iblis Factor yang rasa "aku lebih bagus dari kau"..teruskan Hidup dengan berusaha memperbaiki dan terus baiki maka kitalah yang lebih beruntung.

...jikalau Hendakkan Ke-BANGKIT-an..inilah Kenyataannya wahai Tuanku-tuanku.

Ya, kita adakalanya ataupun TER-selalunya sangat memperasankan Keberanian itu adalah kita,
padahal kita Takut pada Hakikat Diri sendiri yang sebenarnya tiada apa-apa yang boleh offer siapapun. dan sangat seram dan amat "badi" untuk menilik kekurangan diri sendiri..Hingga apa orang kata pada kita, semuanya reject dan pertahankan walaupun kenyataannya dah macam cuba menegakkan benang yang basah.

kalau ada pun, bukan dari kita atau tidak berhak pun untuk mengaku Aku Punya.
kerana "Anak Emas" hanyalah Ujian atau bahagi ambe, sekadar Sumpahan.
Hampir 26 tahun ambe memikul diri dengan nama Raja Badruddin Hakim Shah.
Yakin ajalah, ia tak seindah mana yang anda dapat bayangkan menjadi "Anak Raja" yang digambarkan dalam cartoon-cartoon Cinderella ke apa benda lagi tu..
Itu mimpi belaka, bangkit-bangkitlah dari pembaringan yang lama tu.

Bersahabat kembali,
dan yang lebih pentingnya..Bersaudaralah kembali.

Intiha Al-Kalam,
HKM