Tuesday, December 18, 2012

SALAM PENUTUP


Mungkin sahaja ini adalah salah satu penulisan ambe yang bakal menutupi Kitab Digital : Bangkit, bukanlah kerana ambe tidak lagi suka pada menulis atau beralasan kerana tidak memiliki masa tetapi rasanya sudah tiba masanya buat ambe untuk mengakhiri hal kebangkitan ini atas alasan sudah ramai pemuda-pemudi hari ini bangkit dari ketiduran yang panjang lamanya.

Pada akhir ini, ambe ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang terbaca blog ambe dan pernah membuat review dimana-mana mengenai penulisan ambe. Terharu itu memanglah kerana Peluang Allah taala beri pada ambe untuk berkata sedikit sebanyak atas apa ditumpangkan pada fikiran dan perasaan ambe yang kotor lagi jijik ini.
Jazzakallah khairan kasiran.

Sudah setahun genap kiranya ambe bernikah, jadi Suami dan insyaAllah akan menjadi Ayah juga seperti Suami-suami dan Ayah-ayah yang hebat sebelum ambe yang melata dimuka bumi ini.
Dan tidak lupa juga kepada kegiatan yang memakan hampir masanya 7 tahun bersama Kumpulan yang akan menjadi antara Pilihan Hati ambe hingga ke Akhirat. Kumpulan yang banyak mengajar ambe mengenai menghargai Bangsa dan Tujuan Hidup Berbangsa ini dijadikan, ajaran para Sahabat dan Guru-guru didalam Kumpulan yang hebat ini akan ambe abadikan sebagai peringatan dan penegasan dalam hidup kelmarin, hari ini dan kemudiannya.
Kumpulan yang ambe maksudkan adalah Dendang Anak, yang kini Syukurnya dikhabarkan telah mengembalikan hubungan berbudaya dan beragama hingga ke negara jiran. Mudah-mudahan pada doa ambe sendiri, Dendang Anak akan kekal sebagai sebuah Institution yang mewartakan Sejarah Bangsa yang mendokong Agama ini, tidak dipolitikkan dengan apa dihidangkan atau ditawarkan oleh Orang-orang hari ini.

Mungkin juga disini ambe ambil peluang untuk menjawab beberapa persoalan yang sering ditimbukan oleh orang ramai pada ambe seperti:
 "apakah ambe ini maseh ahli Dendang Anak?"
"apakah ambe akan kembali beraksi dengan Dendang Anak?" atau soalan yang lebih intense lagi seperti "kenapa ambe keluar Dendang Anak?"

Pertamanya, ambe serahkan kepada Sahabat dan Tuan empunya Dendang Anak sendiri untuk jawab persoalan yang pertama itu. Apakah ambe maseh ahli Dendang Anak itu buat ambe satu perkara yang ambe maseh fikir iya. ambe tetap ahli Dendang Anak walau jauh manapun atau apapun berlaku..
Dendang Anak pada ambe bukan Artis yang cari glamour tetapi adalah penggiat seni yang mengguna seni untuk kembali mentauhidkan Tuhan disamping menarik minat orang ramai untuk mengkaji sejarah hingga sedar Tujuan Utama Bangsa diciptakan.

Keduanya, kebarangkalian ambe untuk beraksi itu bukan persoalan..ambe bukan musisi walaupun keluarga berlatarbelakangkan seni muzik. Alasan berkeluarga itu bukan alasan, Sahabat ambe dalam Dendang Anak sendiripun ramai sudah beranak-pinak. Ambe lebih suka melihat Dendang Anak yang hari ini malah walaupun ditimpa kesusahan tetapi yang datang untuk serta adalah yang paling bagus daripada yang sebelumnya..terutamanya menyedari bahawa kini sudah ada pelapisnya. 2nd dan 3rd generation of Dendang Anak...kau ada? haha..

Ketiga, alasan atau sebab atau punca ambe keluar Dendang Anak itu sangat pribadi bagi ambe tetapi untuk jawab dengan ringkas, ambe tak ada apa masaalah atau bermasaalah dengan sesiapapun dalam Dendang Anak. Sekali lagi, alasan Nikah bukan alasan dan tiada kena mengena dengan keluarga Mertua pun yang halang ambe untuk bergiat lagi jika ambe mahukan.
Ini semua adalah keputusan ambe sendiri ambil tanpa ada sangkut paut dengan siapapun dan tiada alasan diperlukan. Apa yang berlaku sepanjang itu, adalah dari ambe sendiri bukan kerana ambe bergiat dengan Politic atau sebaliknya. Pada ambe, Dendang Anak wujud sebagai Pendamai yang Neutral, tidak terikat dengan mana-manapun pihak. Jadi harapnya tidak lah timbul lagi soalan-soalan yang tidak perlu ditanya seperti diatas tersebut. Buat Dendang Anak, pesanan ambe biar aja usaha baik itu jadi yang terbaik, orang kata atau hurai aib orang tu perkara yang biasa, sampai kiamat pun tak habis..

Pertemuan ambe dan Isteri sememangnya satu Kenangan, hari kelmarin adalah Kenangan yang ada padanya bermacam Pengalaman..Alhamdulillah daripada Ramadhan, kami dikurniakan Anak.
Berita baik kepada ambe kerana akhirnya berkeluarga juga lah ambe. Walaupun ambe dah beritahu didalam Sarang Lebah yang terdapat Madu yang semanis manapun, ada Lebah yang berbisa juga. Tribulation Hidup sememangnya suatu yang merubah Perspective atau cara pandang kita terhadap defintion "Dunia" itu sendiri.

Bagaimana kita cuba Apply Sunnah dalam Kehidupan, dari Pertunangan hingga kini cabarannya sangatlah hebat dan makin hebat. Seperti Contoh kita hendak minimize akan Pertunangan atau Pernikahan, kita maseh berpaut dengan soal Belanja yang besar-besaran demi kepuasan satu hari semata-mata. Dan kalau anda benar Ikhlas, kita tak perlu cerita la bab belanja berapa banyak perlu keluar, tetapi soal disini adalah kadar kemampuan kita yang boleh gunakan perbelanjaan yang banyak itu untuk keperluan kemudian. yang pentingnya, Duit yang keluar itu apakah Duit Kita sahaja?

Jadi bukanlah untuk mengungkit apa yang tlah berlaku untuk tegakkan siapa benar dan baik, hanya memberi peringatan kepada kita pada apa yang tlah jadi sebelum ini bilamana kita lihat keluarga orang lain didirikan tanpa atau berserta Sunnah-sunnah. Berapa banyak expenses dan upbringing kita dah persiapkan untuk bazirkan keistimewaan yang berkadar 1 hari? Itu semua cumalah Mimpi disiang hari sahaja buat ambe.

Walaubagaimanapun, cara ambe pastinya ada yang tidak betul juga. Kesimpulan didalam kita memantulkan kesah, kaji akibat atas prilaku kita. Kita sebenarnya banyak salah daripada betul, jangankan hendak jadi yang paling benar. Rasa Benar tu boleh lah menurut andaian, tetapi Allah taala jugalah Kebenaran apapun. Terima Kaseh tetaplah dari ambe kepada semua yang mengusahakan atau tidak langsung mengusahakan hari ambe dikahwinkan, malah yang ikhtiarkan agar tidak menjadi pun ambe tetap berterimakaseh diatas peringatan itu dengan nada yang bebas dari Sarcasme.

Untuk penutup siri Bangkit. Apa kita dapati? kalau ambe yang baca sendiri garapan ambe, Pengetahuan itu suatu yang sangat luas. Andai Ilmu Dunia kita bina dalam Akal sendiri, binasa juga. Jangankan membina Akal untuk Kaji dan Kenalpasti Kebesaran Allah taala sememangnya tak tertanggung atau terlintas di Akal. Aqidah mendidik kita untuk set line antara itu, tetapkan Allah taala dalam apa kerja kita kerana Tauhid pada Allah suatu yang wajib bahagi diri. Sungguh anda Ustaz, kita maseh kurang Ilmu dalam Hidup. ada kekurangan kita dibahagian lain pula. Apatah lagi apa ambe hidangkan bukanlah siri mempamirkan kebijaksanaan cuma therapy kepada diri sendiri dalam men-critic diri sendiri agar orang menerima yang lebih elok daripada kita.

Cinta sesuatu perkara hingga ke penamatnya takkan habis diutarakan.
Betul atau Tidak, ia sudah menjadi Fakta kepada kita semua dalam Hidup.

Ambe sering mengambil kesah Permulaan ambe dengan Isteri ambe hari ini sebagai rujukkan yang didatangkan kepada Tuhan buat ambe fikir. Apakah Wajah atau Rupa itu jadi Keutamaan Cinta atau sebaliknya? ambe maseh meneliti hingga hari ini untuk penilaian. Astaghfirullah pada ambe dan Alhamdulillah bahagi anda, ambe Kahwin bukan kerana kecantikkan. Tetapi melawan Kehendak Sendiri walaupun pada dasarnya tampak seperti ambe nak sangat pada Isteri ambe hari ini. Sebaik sahaja bertunang, Sahabat ambe Ustaz Azhar Idrus berpesan sangat-sangat bahawa elaklah pada hal yang boleh menimbulkan ketawa yang berlebihan pada hari ini, Isteri suatu beban yang besar untuk Suami pikul. Bukanlah mainan untuk kita bersuka ria dengan kebolehan "beribadah" kononnya dengan kelebihan melakukan Sex semata-mata. Dan begitu juga pesan Guru ambe yang lainnya, bahawa ambe sedang menuju pada kebinasaan diri.

Ini semua adalah pesan yang bukan menjatuhkan moral kita, jika anda betul-betul mengamati maksud sebaliknya, kita haruslah bersedia atas segala keburukkan dan ketidakbaikkan perkara dari judgement atau keputusan yang kita sendiri tlah buat dan laksanakan. Pokoknya Optimistic.

Lelaki memang pada adatnya diciptakan berakal banyak, Nafsunya satu..Maknanya pengaruh daripada Nafsu itu perlu diperhatikan. Ujiannya dahsyat pada Hakikatnya. Begitu ramai yang bijaksana Jatuh kerana Nafsu nya..Kecenderungan yang ia suka dan dibuat ikut suka hati. Bahkan ada bermacam cerita para Wali yang bertahap tinggi tewas pada Nafsu sahaja diakhir Kalamnya.

Sedangkan Wanita diringankan bebannya dengan dicipta Nafsunya banyak sementara Akal nya satu, bukanlah Bodoh semestinya untuk ditafsir tetapi Hakikatnya itulah sebenarnya..Kurang belajar yang tidak elok daripada yang elok, sebabnya terpedaya dengan kesenangan dan kesedapan zahir sahaja. Banyak Negative untuk tetap memberontak daripada mentaati. Tulang yang bengkok yang hendak diluruskan dengan cantik sangatlah payah, cuma yang wujud keretakkan disini dan disana..

dan bila Cinta jadi alasan maka Nafsu menyaluti setiap lapisannya. Ini ambe sungguh berhati-hati dalam berbuat. Cuba ikhtiarkan Perkahwinan hingga rumahtangga yang ada Sunnah pada setiap sendi-sendi sangatlah mencabar. Sampaikan kita tahu, bahawa Cinta itu tidak layak diletakkan pada Makhluk kecuali Muhammad. Dan benarlah kata Guru ambe bahwa kalau Niat kita Demi Kerana Agama, maka akan terselamatlah mudah-mudahannya diakhirat. Jika kita berNiat pada Pernikahan Kerana Allah, bukanlah itu jadi satu yang salah hanya bimbang kalau setiap Justification kita itu adalah dari Nafsu tetapi kita katakan daripada Allah juga, Natijahnya orang akan mulai berburuk sangka dalam diam pada Allah. Itu malahan lebih parah andai hendak dibandingkan dengan Kerana Agama, kerana tidak hairan kalau ada orang yang buruk sangka dengan Agama jika ia Fasik atau Kafir atau Munafiq.

Sebaiknya perbetulkan sahaja Niat kita Nikah kerana Agama, tetapi iktikad didalam hati demi kerana Allah. Sebab dengan Agamalah kita menuju Allah. Kita ni belum benar Maarifat, jadi janganlah sombong dengan meletakkan semua kehendaknya adalah melalui Allah sedangkan Nafsunya maseh ada didalam Jiwanya untuk diuji.

Cinta datang dari nama Allah, Ya Wadud. Maha Mencintai. Perjuangan kita untuk mencintai sering disalah tafsir hingga perasaan kita ditaruh pada seseorang Manusia yang kita fikirkan kita cintai sedangkan itu dikaburi oleh Nafsu semata-mata. Dan bila Cinta kita letakkan pada makhluk, Ikhlas itu sangatlah jauh daripada diri. Sebab apa sahaja kita buat, dah tentu kita andaikan dengan balasan yang baik juga. Menurut Karma semata-mata.
Man Jadda Wa Jadda, itu sering kita dengari tetapi apa fahaman kita sudah tentulah berbeza-beza. Barangsiapa berusaha pasti mendapat, kata-kata motivasi untuk membangkitkan yang sangat rapuh jiwanya. Tetapi apakah berguna kepada kita yang sudah mendapat pengajaran bahawa semua berlaku diatas kehendak dan keputusan Allah yang kalau dikatakan Kun maka Fa Ya Kun lah ia?..

Manusia memang penuh dengan Kekecewaan, walau hebatmanapun seseorang itu dikenali atau akui dirinya macamana. Pasti ada kekecewaan kita dalam menaruh harapan apatah kita mencintai seseorang. Dan sebab itulah kalau ada yang comment bagus atau hendak belajar dari ambe, ambe akan suruh cari Guru yang Benar pada hal-hal tersebut tetapi bukan ambe..Ambe kenal diri ambe dan tidak mahu beri harapan yang tinggi walaupun "pandai manapun bermain dengan kata-kata" seperti disangkakan.
Cuba sahaja kita Cintai Rasul, yang sebelum wujud kita sekalipun Baginda dah usahakan yang sebaikmungkin bahagi kita hari ini. Sejauh itu Baginda fikirkan kepada kita demi Allah taala kerana berpegang pada Erti "Khalifah", yang turun di Dunia untuk bantu, khidmat, tanggung serta menyelia setiap apapun. Bagaimana dengan kita?

Hari ini kita Bangkit, dengan semangat untuk menurunkan atau menjatuhkan Kerajaan diatas dasar Kesalahan demi Kesalahan, pada satu sudut luar..Memang itu yang kita perlu buat dalam soal Usaha kepada seseorang Anak atau Adik-Beradik kita sendiri. Tetapi apakah sikap bersaudara kita pula ketika kita menyenaraikan kebencian kita ini sekian-sekiannya itu caranya?
Bahkan Nabi Musa pun sendiri berhijrah bilamana sudah tidak ada cara yang lain, sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam sendiri ketika lari ke Madinah. Kerana soal mengundi, itu bukan hal yang dapat kita rasa yakin bahawa pimpinan itu kita tentukan. Jikalau pada Technicalities kita rasa Benar datang dari kita, fikir kali kedua dimana ayat "Allah" ada ketika kita suarakan? kebanyakkan dari kita cuma Rasa Allah itu untuk kita sahaja, tapi bagaimana mereka yang tidak bersalah itu apakah kita cuma biar tanpa diusahakan?
Berbagai Istilah hari ini didatangkan,
bila ambe kata Allah untuk semua..dah orang kata aku ni Pluralist pulok doh.
bila ambe beritahu aja dari pendapat daif ambe bahwa kita tak boleh yakin dengan Undian itu sebagai penentuan..dah dituduh Munafiq dan Play Safe, tak ada perjuangan.
Kita belum amal Sistem Hudud, dah berapa banyak kita Hududkan orang berdasarkan Andaian kita tentang apa Allah mahukan pada orang ini dan itu.
Kesenangan dan Kesusahan menjadi Drama kita dan alasan mengapa kita Tidor tanpa berusaha untuk Bangkit. dan ambe cukup khuatir bila tiapkali menonton antara Movie Kegemaran ambe iaitu Kingdom of Heaven. Dimana bermacam-macam ahli Paderi yang datang dari berbagai Kumpulan Puak bertelagah sesama sendiri dan sibuk melaungkan "God's wills it" dengan ringan mulutnya..Akhirnya kehancuran juga ditemukan, mujur aja kita ini orang biasa tak berpangkat walaupun ada yang naaaaaaaaaaaaaak sangat pangkat dan nama.
Itu sebenarnya cerminan diri kita sendiri tentang diri kita yang sebenar. Yang maseh sibuk dengan Syurga Dunianya, sementara tidak langsung memberi peluang untuk orang Kafir kenal Islam yang diajar Rasulullah.. Apa Rahmatanlilalamin? kita sendiri buat salah jahat manapun Allah beri peluang hidup untuk tebus, bagaimana orang yang tidak kenal langsung Islam? atau rakan kerja atau kawan-kawan kita yang non muslim tidak langsung berminat bertanyakan Islam melalui kita?
kita ni, diam je la..Ilmu besar taik hidung, simpan sendiri, sombong sendiri, penting periuk nasi dengan jual-beli atas nama Agama kononnya.

Kesimpulannya disini dari ambe adalah melihat kembali Cinta, Kemurahan Allah kepada orang Kafir dan Islam Adil dan saksama. Walaupun ada menghina Islam, tak semua dalam sesikat pisang itu buruk-Kan? Allah yang Ya Adil, Ya Hakim, Ya Ghaffur, Ya Wadud. Semua itu menggambarkan Allah taala sendiri..Kita orang suruh Sabar dah melenting macam apa, menunjukkan Api Nafsu kita maseh ada dan maseh Ego untuk akur Allah pun Ya Sabur..yang ke 99 sekali itu pun kita payah nak beramal dengan nama Allah..bagaimana?

Dan pada masa yang sama juga adalah Cinta kita kepada sesama Muslimin, pecah belah dalam Agama sendiri pun teruk..Berpegang dengan Fahaman ini dan itu padahal datang dari satu sahaja Utusan yang menutup sekalian Rasul dan Nabi. Soal Khilafiah jadi pertikaian, Qunut yang baca dan tidak pun dah jadi kecoh pada pondok-pondok hingga dituduh orang kampung sesat. Itu reality yang ambe sendiri saksikan. Mana Baik Sangka dan mana Akhlak kita? ini jadi kerisauan ambe secara pribadi didalam "Kebangkitan" kita sama kita nanti atau esok jika diizinkan Tuhan.
Bahkan Bangkit itu sendiri atas nama Allah Ya Baits, apakah cara beginikah kita guna nama Allah untuk kepentingan kita dengan pertukaran hal-hal kebendaan semata-mata?
"cubalah duduk dan kita renung? Agama kita apa duduk dibawah punggung?"
itu antara bait-bait yang dalam ambe belajar dari lyric lagu Dendang Anak itu sendiri.

Soal Purdah pernah jadi pertikaian dan pertelingkahan juga jadi bahan ejek-ejekkan, ambe amal pada keluarga ambe bukan dengan tujuan menunjuk atau mempamirkan kealiman dalam Agama, tetapi sebab ambe cukup mengerti dengan cabaran Sunnah itu sendiri. Tidak ada kewajiban malahan hanya Sunat. Lalu orang tanya, Sunat ni guna apa ye? tampung kapal kita yang Wajib dibuat sebelum Banjir tiba. Maka gunalah akal masing-masing, tak usah pertikailah hal itu dan persoalkan. Jika Niat awalannya yang salah, Istighfar dan berselawatlah baik-baik sebelum buat atau berkata sesuatu. Pada ambe, itu cuma sebahagian perkara yang dipedulikan kerana Nikah itu adalah Sunnah. Maknanya bila kita ikut Cara Nabi, biarlah usahakan sebaik-baiknya.. Buat apalah kita buat untuk banggakan diri atau bandingkan orang lain, ambe sendiri setakat ini belum adalah obsessed hingga dengan keluarga pun BerNiqab.. Terserah bagaimana, tidak perlu sambung ayat pada hal yang tidak baik dan baik, buat ajalah dan belajar sudahlah pada yang belum sudah dari kita sendiri.

Semenjak didatangi Mimpi Saidina Ali suatu masa dahulu, ambe banyak belajar dan teliti segala kesah beliau. Dan antara yang jadi kecenderungan ambe dalam Hidup belajar daripadanya, sementara para sahabat lain seperti Abu Bakr, Othman dan Omar yang paling setia pada Rasulullah pun ambe kagumi dan sentiasa doakan Kaseh Allah kepada mereka semua. Kelakarnya ambe pernah juga dihukum Syiah kerana banyak utarakan Kalam-kalam atau pepatah Saidina Ali..walhal sebelum-sebelum itu ada aja sertakan pepatah Saidina Abu Bakr, Othman dan Omar kerana ambe maseh rasa mereka semualah pelengkap dan tiang pada Agama Islam Muhammad salallahualaihiwasalam.

Tertarik sebenarnya dengan kesah beliau ketika Allah ya Wadud menimbulkan setitik dzat Cintanya dariantara beliau dan Fatimah Az-Zahra.

Ada rahasia Agung terpendam di Hati Ali yang tak di kisahkannya kepada sesiapapun.
berbisik Ali: "Allah mengujiku Rupannya",
Sebaik menyaksikan Puteri Rasulullah,
lalu Beliau Berjihad menentang Nafsu.

maka Cinta pada Rupa itu sedang daripada ambe maknai sendiri..bahawa memang benarlah kata-kata Baginda Rasul,
andai kita pilih pada Rupa, itu seketika cuma..walhal Gaya Hidup yang bagaimana, itupun sekadar mainan illusion Dunia sahaja, jangankan Kata-kata yang berjanji bermacam-macam..kita bukan Tuhan, bukan Nabi tetapi Hamba yang cuba menyusuli perjalanan para Waliullah, Ulama, Sahabat hingga ke Nabi agar beriman lah mudah-mudahan.. Nikah ambe bukan mengenai Cinta ambe pada Isteri ambe hari ini, tetapi Kaseh ambe terhadap Rasulullah..

Soal Cinta atau Kaseh yang sebenar-benarnya ambe sememangnya hingga hari ini disimpan sendiri, mungkin dibiarkan diluar sana demi kebahagiaan yang ia kehendaki bagaimana..
Ambe tidak menyesal pada tindakkan ambe hari ini, bahkan Redhai ini sebagai Ujian ambe. Kerana sudah diperingatkan dari Al-Quran sendiri, Anak dan Isteri hanyalah Ujian semata-mata dan perhiasan Dunia..Ambe sekadar cuba membentangkan apa ambe ketahui dan fahami sepertimana selalunya dahulu ambe sampaikan disini atau status FB atau Twitter seringkasmana yang mungkin. Kita beritahu kerana kekurangan yang ada pada diri sendiri, bukan sebab kelebihan.

Tidak lama sudah insyaAllah Cahaya mata ambe akan dilahirkan,
harapan ambe pada yang diluar sana, yang maseh menyimpan helaian demi helaian surat ambe melalui email-email, comment, atau sms bahkan diatas kertas itu berbahagialah dengan kebahagiaan yang dikehendaki disamping mendoakan kami.

InsyaAllah hu taala..jika panjang usianya, bersambung lagi dilain perkara.
jika tidak, anggap sahaja lah ini sebagai wasiat ambe kepada anda semua. Cintailah Allah, maka Rasul itu akan kamu kasehi, Sayangilah Isteri-Anak serta Keluargamu dan Saudara seAgama denganmu, Sukailah akan kebaikkan yang lahir dari kehancuran Dunia hari ini walaupun ia bukan Islam sekalipun, tunjukkanlah mereka jalan untuk mengenal Allah sebagaimana anda yang diperkenankan oleh Allah untuk maseh Ingat dan Tahu siapa dia Muhammad bin Abdullah.


"Agama BUKAN bantal empuk untuk kita duduk."
Ingatkan itu pada diri, keluarga dan keturunan semua dan berdiri dan bangkit keranaNya.


Tutuplah Kisah hari ini maka Salam Penutup berakhirlah dengan Akhir yang Baik..

Intiha Al-Kalam,
HKM