Friday, May 11, 2012

CHERMIN PENSIL GOREK


teringat ambe pada kata Saidina Ali ibnu Abi Thalib Radhiallahuanhu mengenai faedah menjadi orang yang jujur yang hingga hari ini diabadikan sebagai antara himpunan kata-kata hikmah umat hari ini yang bunyinya seperti ini:

"Orang-orang yang suka berkata Jujur mendapatkan Tiga hal;
Pertama,
Kepercayaan

Kedua,
Cinta

Ketiga,
Hormat"

dan ambe tambahi dengan satu lagi pesanan hikmah beliau yang cukup buat ambe sendiri tertanya kepada diri sendiri iaitu:

"Semua yang baik yang terkandung dalam 3 hal: penampilan, keheningan dan percakapan. Jika mencari tanpa tujuan melihat diri kembali adalah kelalaian, diam tanpa pengantaraan adalah tanpa kesedaran, dan berbicara tanpa peringatan adalah omongan yang kosong. Kebahagiaan akan menjadi milik mereka yang mencarinya adalah pelajaran, yang diamnya.. adalah pengantaraan, yang budi bicaranya adalah peringatan, yang menangisi kesalahan mereka dan dari tangan orang yang aman dari kejahatan. "

wallahualam.

dan daripada dua hal ini kita tahu bahawa untuk memperolehi apapun itu tiada mustahil, kesungguhan untuk mengenali atau merempuh segala-galanya demi kebenaran adalah kuncinya.
berbicara apapun sememangnya mudah untuk didengarkan, susun kata sememangnya cantik dan indah seperti khayalan adakalanya, tetapi ndak buat lah itu selalu jadi hal yang meragu-ragukan kita dengan melakukannya ataupun tidak.

simplify it! atau ringkaskan persoalan sebelum soalan jadi makin bertambah hingga kita terbelenggu oleh bermacam-macam risiko. akhirnya kita tak berbuat apa-apa kecuali termenung dan static dengan penyakit kita consume sendiri.

"to be or not to be"
itu lah kata popular yang sering orang Barat ambil inspirasi dari William Shakespeare hingga mengajar kita-kita ini untuk turut kagumi dirinya ataupun dalam bahasa Melayu kita pula berbunyi "nak jadi atau tidak mahu jadi". Tetapi natijah Sastra sememangnya membawa kesan yang dalam kepada mereka yang menelaah, sebab ia kaya dengan hikmah yang menyentuh deria Akal kita yang sememangnya bekerja sebagai Pemikir. dan kitapun melihat orang Barat yang kaya-raya, kita pun nak macamtu. orang Barat buat begitu, kita pun nak begitu. Hingga runtuh morality keAgamaan sebab kita mahukan sesuatu yang singkat. dan apabila statement sebegini dibuat, kita fikir "oh tidak! jangan beritahu aku yang orang yang tulis blog ni pun terjebak dengan syndrome "prasan alim""..

cubalah kita lihat sendiri dijauh keliling dunia, apa berlaku? ambe fikir, bukannya kita yang cuba menyisihkan nilai keAgamaan demi Duniawi, tetapi turut berlaku kepada masyarakat di Eropah. yang bertaubat dengan paderi atau biksu atau orang-orang suci mereka apabila ditimpa kesusahan sementara bila senang, apapun tak peduli. Hal yang sama turut berlaku kepada orang berAgama lain, bila kita kata orang pesan atau beri nasihat mengenai Agama kita sesama kita aja, kita tuduh Kolot sedangkan yang berkata itu sendiri malah kolot, sebab mereka lah yang menyempitkan pandangan luar sana dan status keAgamaan masing-masing yang tercela juga. Berita buat anda yang tidak tahu atau sudah lama tahu, sebenarnya semua ini sedang berlaku dimana-mana didalam context berAgama.
yang dah berAgama sesat kita dah disesatkan dengan berbagai Agama, sementara yang dah pilih untuk tidak memilih mana Agama lupa bahawa itulah kehendak Dajjal dan Iblis.

tiada apapun yang perlu kita rasa skeptikal dengan Syndrome Prasan Alim, kerana kita bukan Alim pun, hanya tahu sedikit untuk dibahagi-bahagikan. tetapi apakah maksud Alim itu sendiri? bukankah Tahu didalam bahasa Arab?
dan prasan itu hanyalah sesuatu yang unrealistic, kita berkhayalan dengan andaian sendiri tanpa jejak ke tanah untuk trima hakikat bahawa keutamaan yang perlu dibaiki itu adalah kita sendiri..baharulah orang lain. ambe yakin, bahawa mereka yang khuathir dengan Syndrome Prasan Alim ini malahan lebih peka daripada yang langsung tidak hiraukannya.

daripada kata-kata yang rumit yang menyusahkan kita untuk menguasai cara berfikir yang tepat, ambe ringkaskan lagi kesemuanya kepada satu persoalan yang patut dan wajar atau wajib dizaman ini untuk tanyakan kepada diri sendiri.

samaada kita nak buat atau tidak?

itu soalan daripada beribuan alasan kita sering sediakan untuk jawab penafian diri sendiri yang payah trima salah itu sendiri, bukan orang lain.
tiada guna andai belajar Agama hanya untuk rasa cukup dan sombong terhadap orang lain, mengasingkan diri dari orang lain hingga menaburkan bisikkan syak wasangka yang bukan-bukan kepada orang lain hanya semata-mata untuk menyedapkan kepentingan kita sendiri.

ambe kesahkan hal yang pernah berlaku sejak ambe bernikah, tiada kurang nya orang yang memberi respond yang negative dari positive kepada ambe kerana menganggap langsung "Ku Bad dah berubah"..walhal tiadapun sms dari mereka bertanya khabar, ataupun ziarah kerumah ambe yang terbuka tiap pagi dan petang.. anda sebagai pembaca cuba sahajalah nilaikan dengan kesah yang berlaku ini seringkas mungkin, nescaya andapun tahu bahawa sebenarnya orang kita lebih gemar takutkan perubahan daripada hantu lagi! kita berkahwin, dah tentulah ada commitment yang berbeza, perhatikan hidup kawan-kawan kita yang dah berkahwin..mereka lebih mementingkan soal tanggungjawab kerana itulah yang mendewasakan hati dan fikiran orang-orang yang terperangkap didalam mentality budak 9 tahun. maka ahulah bahawa antara tujuan perkahwinan itu untuk belajar dari Hidup agar tidak kebudak-budakkan dengan kata orang, kerana kitapun tahu siapa yang bersusah payah dalam perkahwinan..beribu juta kawan pun belum tentu ada yang sedia memberi bantuan hanya untuk kebahagiaan kita, kerana maseh ditawan penyakit-penyakit penting diri..

apakah benar kita patut takut dengan perubahan mahupun baik atau tidak?
sedangkan kita serba lengkap dengan pelbagai kelebihan dijadikan sebagai Amanah untuk didaya gunakan. Menjadi batu pun makhluk yang banyak gunanya, Pokok yang berbagai-bagai munafaatnya..yang static, lalu apakah kita juga makhluk static ataupun yang bergerak siang malam?
sudah tentulah tidak, oleh itu wajarlah kiranya perubahan itu sememangnya sesuatu perjalanan yang sudah, sedang dan akan kita lalui..

yang dikatakan Bongkak, Angkuh, Sombong, Jahat ataupun Tidak Baik- itu semuanya tetaplah Perception daripada orang ramai. Belum tentu benar. jadi mengapa kita obsess dengan orang-orang ramai kata daripada apa yang Agama kata? kita belajar Agama untuk rasa Baik dah ke ataupun kenal bahawa kita banyak salah?

orang Kata memang tak habis-habis, tetapi itulah antara contoh-contoh cerita ambe untuk kongsikan mengenai ukuran mentality masyarakat kita secara realitynya. dahulu hendak kahwin pun macam-macam halangan dan dugaan orang berikan kepada kita, ambe yang dituduh Pukau Isteri ambe sebelum bernikahpun jadi suatu headline murahan, anda pembaca harian ambe mungkin tahu bagaimana perjalanan ambe. itu sudah cukup untuk dibaca, buat apa ndak layan andai kita tahu Akhirat itu nyata kepada hati-hati yang tidak buta.
tetapi rasa agak kelakar lah juga, sebab orang-orang sebegini hanya tahu baling batu dari jauh dan sembunyi tangannya. kemudian diajak segelintir kelompok untuk bersama sebagai satu Jemaah Komplot yang agendanya hanya untuk memuaskan andaian dan sangkaan sendiri. Mula dengan satu orang beranak pinak jumlahnya. Apapun faedah, entahlah. tetapi hal-hal sebegini memang biasa lah dan sangat general pada zaman kita, yang terdiri dari orang-orang Static fikirannya dan sempit Hatinya.
Politically atau Generally..siapa yang tolak kenyataan ini memanglah Bodoh sangatlah sebab ianya dah terlampau Obvious.

sebab kita kurang Jujur dalam Hidup, bukan pada orang lain tetapi dengan diri.

adapun orang pernah bertanya :

"boleh kah saya melihat Tuhan?"

apa dapat kah daripada kamu melihat diri anda sendiri tanpa menggunakan barangan seumpama cermin?..
kita mungkin tak tahu pun rupa kita yang zahir ini bagaimana tanpa wujudnya Pantulan. banyak masa kita menilik ciptaannya "Tuhan", banyak pula sangkaan kita, banyak pula soalan kita duga mengenai Tuhan. soalan yang sebegini mengingatkan ambe pada Kisah Saidina Ali juga, yang ada muridnya bertanya padanya "Jika Tuhan benar Wujud, bolehkah daripada hamba melihat Tuhan?" lalu Saidina Ali menyuruh muridnya itu untuk melihat Matahari, tetapi muridnya menjawab tidak mampu untuk melihat kerana sememangnya akan buta matanya. dan Saidina Ali bertanyakan soalan yang patut kita pun bertanya pada diri kita sendiri iaitu "bagaimanakah daripada kamu hendak melihat Tuhan sedangkan ciptaan Tuhanpun kita tidak sedia menatap dengan kedua belah mata kita?"..

Pesanan Tauhid beribuan tahun tlah membawa kita untuk mengetahui bagaimana hendak mengenal Tuhan yang bunyinya

AWALUDDIN MAARIFATULLAH
Permulaan Agama itu mengenal Allah

LAYSUL SHALAT ILLA BIN MAARIFATULLAH
Tiada sah solat tanpa mengenal Allah

MAN ARAFA NAFSAHU FAQHAD ARAFA RABBAHU
Barangsiapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya.

"Jujur pada Diri"..cerminkan diri mengenai apa kita buat melalui perlakuan atau percakapan.
kerana kerja Agama bukan cari salah orang lain tetapi perbaiki diri sendiri. Dosa kita pun macam-macam pada Tuhan, yang para Tarekat menghukum Kafir kepada mereka yang lupa pada Tuhan hanya kerana 1 detik keterlupaan kita, kita walhal lebih dari 1 detik lupa. kadang langsung tak perasan adanya Tuhan. terus apakah kita cuma tahu salah dan Anggap Allah itu Ghaffar atau Ghaffur aja dan senang-senang kita go on with life?
orang buat salah dengan kita berpuluh tahunpun kita payah untuk lupa. kemudian kita sibuk dengan berphilosophy agar "Forgive and Forget"..bagaimana kita dengan Tuhan?

samaada kita nak buat atau tidak?
dah ramai orang yang pilih untuk berjaya dalam berAgama dan tak kurangnya orang yang pilih untuk kekal mundur dengan mentality tidak tahu dan semakin tidak tahu. Orang Tua tak usahlah sensitive dengan post yang dahulu, kerana Orang Tua bukan Usia pada ukuran ambe, tetapi hemah mereka munafaatkan dirinya yang sepatutnya sedar banyak pengalaman dan ilmu padanya.

di Syurga ta ada orang Tua, tetapi Tuhan jadikan mereka kembali Remaja..bererti orang Muda lah tu. Kesah ini pernah ada didalam hadist dan Quran. Sepatutnya lebih terbuka dengan pandangan Agama, bukan rasa macam kita ni tak perlu di nasihatkan.
Zaman mereka dah lama ditinggalkan, kita yang Muda yang banyak menjadi mangsa keadaan tangan-tangan mereka, BANGKIT lah untuk menjaga orang-orang Tua kita yang banyak nyanyuk daripada yang ingat. Hormatilah Orang Tua yang Hormat Agama tetapi Hormati lah Agama lebih daripada Orang Tua yang tak ada sedikitpun Hormat pada Agama.

Agama kita, bukan Agama dia sahaja. dan Agama Islam adalah Agama Rasulullah bererti Amanahlah kepada kita. kalau kita senang-senang dengan guna Agama sesedap Nafsu aja, buat Agama lain. jangan rosakkan Agama ini memandangkan kita dahpun banyak rosakkan Bangsa kita sendiri dengan beri tanggapan bukan-bukan..asal cerita Melayu aja 13 Mei, asal cerita pasal Melayu aja 13 Mei..
 wei! cerita Melayu itu aja ke? atau kita sendiri malu untuk mengaku, bagaimana Melayu itu bermula.

ia adalah kerana Agama. dan homework kita sekarang adalah study silap sendiri sebelum kita ni cakap pasal perjuangan. cari cermin pensil gorek sebenar untuk kita asah kalam hati kita untuk kembali mengenal Tuhan & PesuruhNya agar kita dapat ajak yang lain juga, bukan untuk perasan diri inilah Tuhan bila andapun slalu berak dan kencing tiap pagi dan malam.

ambe berpesan pada diri sendiri utamanya. jikalau ada munafaat dari perkongsian ini,
SILA!

KBD