Monday, September 24, 2012

TEMAN JAMBAN



pada sandaran angan para tuan dan puan,
pastinya teridam dengan iklan-iklan Dunia mengenai kemewahan & kekayaan..

baik lah ambe terangkan,
molek sahja ambe padankan,
kedaluwarsa ambe maktubkan,
akan kesah seseorang ini,
yang ambe kenal dan menjadi sangat mengerti akan seseorang "teman rapat" dalam hidup ambe,
bahwa ayahndanya tukang bina bangunan,
tidak mustahil lah bahwa dia tidak memiliki Istana berserta dayang-dayang khas dari jauh untuk melayan anak-beranak yang ramai jumlahnya..
semuanya, segalanya..adalah lebih cantik untuk diabadikan pada ceritera bahkan Happy Beginning atau Ending Fables manapun maseh dikalahkan dari Kenyataan sebenar.

meski Teman itu terpenjara diatas tujuan keselamatan kekandanya,
senyuman tetaplah diukir,
ketawa meluah hati fakir,
walau diam menyimpan yang sir,
fikir..tetaplah difikir,
berhenti jikalau sudah ditemukan yang akhir,

merantau, dimana sahja dia ni..belajar, berpindah randah..
bila ambe tanya kepadanya "apa kau belajar?"
dijawab:
"meniti disempadan Hidup-Mati, melihat kanan dan kiri, menilai karib atau harbi, mencari perempuan atau Isteri"

pada luarannya, memang tampak goyang, dia menilai kebanggaan suatu kehinaan baginya, kebencian yang amat yang dirinya hendak benar melunturkan nama agar Orang Keliling tidak lagi mengenal Manusia daripada sekadar Nama.
diamnya adalah Sombong,
bicaranya adalah yang Takkabur,
pandangan yang dilontarkan darinya adalah yang sentiasa Salah orang Lain,
luahannya adalah yang meracuni ketenangan pendengar, hingga orangpun sedikit demi sedikit memulaukannya tanpa sadar.

tetapi kini dia sudah bertangga,
rumahnya maseh belum punya,
bila ambe tanya..Kenapa?
dia jawab:
"apa kau nak tahu kah sebabnya bilamana kau pun belum ada apa-apa?"
..sarcastic, benar pada apa kata Ibunya pada ambe suatu masa dahulu. Sangat Satire bahasanya, dimana celah kejujuran sekalipun, tidak lari dari melontarkan kata yang sering aja menyakiti Hati orang kelilingnya..
tetapi kerana dialah satu-satunya "Teman" ambe yang paling-paling setia,
ambe mendengar, dan diamkan jawapan itu setakat itu.
mengulang kan jawapan tersebut berpuluhkali hingga kunjung sedar.
aku malah yang jauh darinya,
aku lebih mengaduhkan dari merawat,
aku sibuk mengira berapa ekor semut yang sedang melintas dihadapan timbunan gula, mengangkut gula dengan sepenuh tenaga, namun tidak disedari langsung akan sarang yang demikian membesar dibangunkan mereka yang kini jauh dari mula..alangkah takjub makhluk yang ditugaskan oleh Tuhan Allah untuk berkeliaran di Dunia untuk mengajar akan Ilmu Sunnatullah tanpa Bahasa, tanpa mengenal sama ada kau anak Raja atau cucu Gundik yang mana.. diatas tanah yang hangus hitamnya, makhluk tanpa Akal menyampaikan Syarahan yang lebih bermakna dari Syarahan Guru Agama di Pondok Bangunan 10 Tingkat..dari kerendahan mengangkat derajat pemikiran Hormat pada Sekecil-kecil Makhluk yang cuma berusaha..

ambe semakin faham kepada Teman,
yang diam bila tidak ditanya, yang bising bila bersuara..
menjadi orang yang "sama" adalah Pura-pura yang paling bahaya dari menjadi Kafir penentang Agama.
dan tatkala dirinya membawa kaki kembali ke Istana lamanya,
"Bahang" Peperangan yang tercetus pada Perkahwinannya maseh berlegaran didalamnya,
katanya seperti Museum sahaja Istana ini,
yang ada hanya Sejarah..kian siapapun sudah pada menyisihkannya.

Gambaran yang melukakan Jiwa siapapun bilamana mengenang yang belakang,
ditinggal bagai orang yang lupa dari mana ia datang.
Kemegahan suatu masa itu cuma khabar,
yang disebut pada angin dan luput dihujung mata angin,
Kemewahan maha ada apapun yang mampu Wang beli..
namun zaman sudah berganti,
ada tujuan yang lebih maknawi perlu dicari..siapa mau pakai Honda Cup Buruk di KL kecuali taraf Pak Guard Security-bukan?
alangkah kejam dominasi keinginan Dunia,
Setan yang manakah yang mengajarkan Syarat pada Penyembah Allah bahwa Hidup di Dunia perlu dengar katanya?
tidak kiralah apapun..kemesraan yang pernah terjalin untuk dijadikan Kenangan,
akan wujud pada Ingatan yang maseh tegar hatinya,

Untung orang senang hari ini-katanya; "Duit bukanlah penghalang", tetapi senang bukanlah datang daripada Wang, tetapi dengan memijak kepala rakan yang lain hanya untuk menikmati sepenggal masa menjadi orang "Atas" yang maseh belum bertemu dengan Tuhan disaat Kenaikkan Darjatnya.

Untung orang susah-yang Halal mengalir dari Air Sirap sejuk yang diteguk pada tengah hari yang terik, seraya dikongsi bersama seorang anak dan Isteri. Yang maseh mampu ketawa dari kesedihan yang sememangnya tidak mampu kita menerima Kenyataannya. Barangkali sahaja kitalah yang mengutuk Tuhan dengan Kecelakaan yang dirasa.

Namun itulah Hakikatnya,
Teman ada semua pada bentuk benda dan mengadu dombakan kekurangannya Jiwanya,
Suatu masa,
penghuninya tetap tiada,
kemegahan hanyalah kosong sahaja..

Diam dan berbulan sudah ambe mengambil masa menafsir akan dirinya,
bertemu jawabnya,
mengapa tidak dia menjadi Masyhur seperti dia yang dahulu?
dan kenapa yang mudah dipayahkan belaka?
Jawab ambe,
mungkin kerana itulah dia berpindah dan lebih sanggup menumpang,
kepada anda yang bijaksana lebih arif ambe kirakan sudah tahu akan kebarangkalian sebabnya pula,
maseh ada Teman yang bodoh seperti yang ambe kenali ini
 tidak sanggup untuk menipu Suri-nya atau Putra-Putri nya nanti dengan momokkan Hidup aman, tenteram dan bahagia di Istana itu lagi..
Ada kawan yang ramai yang beraliran lebih kurang sama, sudah pada tentulah dia cukup "Badi" dengan itu.

dan mungkin sahaja "Nama" ini pun tidak lagi penting, penyair atau pengampu..
Siapa yang tidak menuju binasa tatkala berhijrah Hidupnya?
semua bahkan akan kelak Hilang maksud Dirinya sedikit demi sedikit...walaupun berlawanlah selamanya,
Teman yang paling setia,
terimakaseh kerana sudi menjadi Pakaian Jasad yang berguna buat ambe.
Moga Kesah ini ada yang memahaminya,
untuk memaknai Hidup-Mati yang lebih bermakna. Usah dilihat sebagai suatu kerja Mulia kerana sebenarnya adalah yang paling Hina.
kerana ambe sedang menceritakan kesah seorang Teman yang paling setia dari Kecil hingga Kini untuk ke Jamban.

apakah anda sudah mengenal akan Teman mu sendiri untuk ke Jamban?
dialah dirimu..yang pastinya Tuhan tidak pernah ciptakan Manusia sama seperti Setan.
(Tetapi mungkin lebih teruk la..kalau Pilihan tak mengenal Padan)

Intiha Al-Kalam,
HKM

Friday, September 21, 2012

TUNJUK PERASAN


Menjadi teramatlah sukar buat seseorang menghargai seseorang oleh kerana BEZA yang disangka atau pun dirasai..Politikal hanya ukuran kepada kecenderungan, kalau anda orang Merah atau Biru atau Hijau, POV atau Point of View atau Cara kita melihat itu ternyata berbeza,
dimana ada pihak melebihkan Kemelayuan dari Keislaman, dan ada pula melebihkan Keislaman dari Kemelayuan hingga adakalanya perlaksanaannya tampak seperti yang manapun mengelirukan, walhal kecenderungan itu hanyalah cadangan..meskipun kita mencabut pilihan raya raya undi hingga menang Parti Pilihan kitapun,

reality nya yang menang itu tetaplah Allah taala.. Kalaulah salah pada statement ambe ini.
Cuba aja jawab persoalan Siapa yang tentukan bahawa kita Lahir dan Hidup atau Mati kita?
Apakah kita boleh menjawab ia datang daripada Sang Ayah ataupun Sang Ibu?
segalanya masehlah Asbab..Maka mula bicara ambe kali ini hanya untuk me-reality check akan Cara kita menganggap sesuatu hal atau peristiwa, sehingga percuma belaka dan mudah buat kita katakan semua ni adalah Kebetulan sedangkan ia adalah lebih berarti dari Kebetulan kerana itulah Kebenaran atau Haq dari Allah sendiri dalam menyusun tiap apapun kejadian dengan sebab utama bahawa meng-educate Makhluk yang bernama Manusia untuk sentiasa berfikir akanNya..
Akhir cerita Politik hari ini, Bangsa bukan Politik, Agama bukan Politik malah Warna apapun tiada kena mengena dengan Politik..pada asal-usulnya.

Cuma, golongan Intelectual menyarankan Politik itu sebagai Kaedah menuju pada jalan penyelesaian dengan Idea-idea yang bernas..Masaalah akan kekal sebagai Masaalah, itu sudah adat Hidup jikalau kita tidak buat sesuatu untuk mengatasi Masaalah tersebut maka kekal lah ia dalam permasaalahan yang sama hingga ke akhir usia sekalipun.

Warna dijadikan Tanda yang berkadar seketika untuk merujuk pada identity sesebuah pertubuhan atau gerakkan seperti Parti, namun Hitam tetaplah Hitam. Dipinjam oleh Dakwat yang likat sifatnya untuk diibaratkan Hitam. Biru dipinjam adakalanya oleh kita untuk mengibaratkan Langit pada fikiran Budak-budak..walaupun berbagai Warna berubah pada Siang dan Malamnya tidak menentu masanya kerana ia bergantung pada apa Sang Pencipta perintahkan padanya..Boleh jadi Merah itu warna Langit, Kuning pun ada, Kelabu dan sebagainya..

sementara,
Agama dijadikan Haluan yang berkadar sementara dalam menuju matlamat seseorang yang hidupnya pasti akan berJemaah hingga menemui Climaxnya, maksud sementara itu adalah Agama diguna-pakai pada saat kita Hidup disini, yang sudah dilalui akan memberitahu bahawa faedahnya adalah disana..Iman adalah pengalaman Batin kita sendiri mengalaminya, dan panduan Tarikat kita adalah merujuk apa Rasulullah salallahualaihi wa salam perna beritakan, atau para sahabat malah alim ulama pernah kongsikan kepada kita. Hakikat Agama adalah yang Peribadi, hanya untuk mendapat pemahaman, kita memerlukan orang lebih berpengalaman untuk mengemukakan pendapatnya agar ditambah pengetahuan, menjadi barang Ilmu sekiranya diamalkan.
Kata orang Alim, Hilang Iman..luputlah Agama darinya,
dan seringkali ambe mengambil pesan-pesan ini belaka sebagai reminder buat diri, kalau dipejabat ambe ada Stick Notes untuk ditempel pada Notice board. Karya orang lama ambe cuba letak atau tampal diingatan.
Antara orang yang maseh dianggap dekat pada zaman kita ini yang berpengaruh buat Jiwa ambe adalah karya Raja Ali Haji dalam Gurindam 12 nya, ambe meneliti belaka dan cuba mengupasnya dari rujukkan dan pengetahuan yang ada(walaupun ambe ni, bukanlah Bersarjana Bahasa ke apa..dari dahulu, minat ambe adalah Bahasa), dari pemahaman ambe yang kurang ni ambe boleh rasakan bahawa penyusunan 12 macam gurindam tersebut bukan sekadar Art Sake semata-mata tetapi adalah Step by Step dalam Hidup kita sendiri,
ambe cuba ambil Fasal 1 iaitu Fasal permulaan atau muqadimahnya, selainnya ambe harap anda cubalah kaji dan bahaskan sesama anda untuk tujuan memahami mudah-mudahan:

Fasal Pertama Gurindam 12,

"Barang siapa tiada memegang Agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat."

Ndak cerita betapa telitinya orang lama memilih kata, Raja Ali Haji memilih ayat Memegang dari Membela atau Menjaga Agama..Soalnya kenapa dan apa tujuan permulaan demikian adalah itu?
Didalam kebiasaan, kita sedar sebenarnya kita adalah Melayu, Cina atau India pada Zahiriah.
Hendak atau tidak, realitynya adalah kita Melayu, dan sepertimana pada Adat Hidup pun, orang Cina lah yang akan memahami dan menghargai bahasa Cina nya. Kalau kita bahas hari ni, ada orang dilahirkan di India tetapi tidak bertutur Bahasa Urdu atau Sansekerta atau Tamil, itu memanglah dah ramai..Cuma ambe hendak beritahu disini adalah Perkara yang awal-awal dahulu Melayu itu adalah Melayu bagaimana atau India adalah India bagaimana, kalau ndak compare dengan hari ni belaka orang kita malah ramai Lupa Diri dari ingat Diri kita ni siapa, buktinya adalah dari sikap dan perangai kita zahirkan-dok gitu ke?

"Memegang"
pada pemahaman ambe, relate dengan sabda Rasul mengenai Akhir Zaman, yang Baginda bersabda dalam Hadis Akhir Zaman bahawa kelak nanti mereka yang mengamalkan Sunnah serta Sirah sama seperti MEMEGANG bara Api.
Raja Ali me-metaphor atau mengibaratkan Agama yang orang dahulu amalkan dengan zaman kita tidak lagi sama, jika dahulu adalah Mujahadah..kita malah menerima kesenangan, kepayahan. Hingga kita pula terasa seperti mengamalkan satu sunnah pun macam satu butir bara Api.
Hari ini, reality metaphor bukan lagi sekadar kiasan atau perumpamaan..adakalanya orang dah Anggap pun sama macam Api..

Soalannya apa kita sanggup pada mengenggam bara Api hingga menanti jadi abu?
belum tentu..kerana yang dipentingkan selalunya adalah credibility dirinya..jatuh ke tidak kalau buat? rugi atau untung? menduga berbagai perkara sedangkan pada nama sendiri pun sudah Jamil(Cantik) , Toyyib(Baik), Khairul(Baik), Husnul(Baik), atau dalam tidak sedar akan maksud nama sendiri pun kita tidak sedar bahawa kita sedang meminjam nama Allah taala sebagai panggilan orang pada kita..Aziz(yang Agung), Rahman(yang Pemurah), Rahim(yang Pengaseh) dan banyak lagi..
Kalaulah kita bekerja dengan Sebuah Syarikatpun pasti orang akan kata kita antara wakil promosi walau ke jamban pun kita akan dikenal begitu pada orang yang tahu..Kita mengheret nama Makhluk Manusia Paling Mulia pernah Allah taala sedia kongsikan pada kita untuk bantu nasib kita, pun Muhammad cuma lah nama kita..Alasannya sebab ayah kita beri nama, dah tu sebelum mu adapun beribu-ribu Manusia yang mungkin beribu juga jumlahnya kini dalam kubur pernah hidup cuba mempromosikan Agama dengan Nama Muhammad sahaja..yang kita ketahui bahawa nama Ahmad, Mamat atau apa lagi orang Melayu/Arab pakai sebagai nama Default untuk panggil seseorang yang mereka tidak kenali. Yang asalnya dari Inspiration nama Muhammad yang satu itu sahaja.
Itu baru dua baris dari gurindam 12, tak pegang Agama, jangan Panggil Nama.. Kerana itu sama seperti Syaitan yang pura-pura jadi Manusia aja.

dan kata beliau lagi seterusnya;
"Barangsiapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang Ma'rifat"

sebenarnya banyak benda yang berkait dengan angka empat, contoh yang ada adalah Kitab-kitab yang paling Asas diturunkan Allah taala pada 4 Rasul Nya.
Taurat dari Nabi Musa alaihisalam, Zabur dari Nabi Daud alaihissalam, Injil dari Nabi Isa alaihisalam, dan akhir sekali dilengkapkan belaka atau compress belaka pada satu Kitab yang Paling Suci iaitu Al-Quran dari Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam.
yang lain seperti Arah atau Paksi yang asas; Utara,Selatan,Timur,Barat..dari manapun anda berada, Kiblat anda tetaplah pada Kaabah tersebut. yang juga bersegi 4 juga..

dan status Ma'rifat(mengenal) yang paling tinggi adalah Marifatullah..yang Yakin bahawa semua dari Allah, pengharapan sebenar pada Allah dan Hidupnya bukan lagi Hidupnya sahaja tetapi adalah Sollati, Wanusuki, Wamahyaya, Wamamati lillahi robbil alamin. Solat, Ibadat, Hidup, Mati demi Tuhan sekalian Alam..

Wallahualam buat hal ini, ambe harap agar usaha meneliti dan memahami hingga diyakini bagi kita diteruskan lah..kerana ambe bukan hendak "test-power" pengetahuan, sekadar membuka fikir kita mudah-mudahan fahamlah bahawa jika kita hari ni salahkan Melayu aja, itu salah..Kerana anda sedang menuding jari pada cerminan sendiri yang begitu payah untuk diterima salah itu sendiri. Macam gitu ke Islam ajar kita lihat orang?
Sementara yang dah terasa Islam sangat hingga ralit dan tenggelam dengan diri sendiri..Jangan sesekali pernah terlupa dari Sejarah kelmarin bahawa kalau tidak kerana Asbab orang Melayu dahulu jugalah missing link antara kita hari ni dengan link zaman Rasulullah pun mustahil kita terima keselesaannya..Anda boleh jadi pandai hari ni pun jangan lupa, Bahasa kita guna ni tetaplah dari Melayu..yang pinjam dari semua bahasa yang ada untuk tujuan Unite kan belaka semua ke arah kebersamaan..
Ambe ulang, ini bukan Blog Politik..ini garapan ambe yang maseh fikir tujuan Allah jadikan kita sebagai apapun.

Kerana hari ni pada kenyataannya, Kecanduan itu memang jelas..Melayu makin lupa ia Melayu,
Islam makin alpa bahawa ia Islam.

Tetapi itulah yang dikatakan Kebiasaan-nya,
yang kita memang suka sangat sibuk mencari perbezaan tetapi tidak mengusahakan persamaan yang sudah terutus sejak azali pada tiap pertemuan.
Allah jadikan kita yang Perempuan, nak jadi macam Lelaki baik pada Pakai-Gaya-Pemikiran atau Perasaan..kerana rasa tak ada beza pun dengan Lelaki. Hingga main peranan jadi Lelaki, hasilnya kita tahu lah End Product nya adalah Pengkid, mewujudkan golongan Homosexual yang Lesbian.
atau scenario lainnya pula adalah bila Lelaki tidak facilitate kan peranan Suami dengan sepenuhnya, yang senantiasa lebih kehadapan dari sudut pemikiran..Buat keputusan, berusaha kerja dan bela mahupun buat kebajikkan untuk orang atau Keluarganya. Biarkan Isteri berkeliaran seraya bekerjaran dengan Suami orang lain atau Lelaki lain, atau sebagainya..Ini semua adalah "batu tanda" buat ambe dalam melangkah perjalanan sebagai Suami dalam pengalaman pertama kali ini..Dan itulah antara hasil pemerhatian untuk diatasi belaka..rasa-rasanya, yang membaca malah lebih arif dari ambe. Cumanya ambe begitu berharap akan untuk menjadi "Suami", kalau Mitsali, itu bukan dari assumption ambe tetapi pada mata yang memandang..maka ambe fikir tak perlulah ada perasaan untuk jadi Suami Contoh..cukup ajalah jadi "Suami" yang berusaha untuk bertanggungjawab dan fikir selangkah maju ke hadapan dengan mengambil risiko apapun dikehidupan luar,
biar lah orang ndak kata ambe "Malas" kan Isteri kerana kerjanya dirumah sahaja,
yang berumah tangga pun faham-fahamlah..Kerja Rumah bukan kerja yang senang sesedap mata melihat atau telinga mendengar sahaja.

Ambe, ulang sekali lagi ayat tadi,
memang sudah menjadi pada kebiasaannya,
yang Hidup jarang menghargai yang Hidup kerana Mati belum wujud dariantaranya,
bila dah Mati(baik dari zahir ataupun bathin) baharulah hendak menghargainya..

sedangkan semuanya sudah terlambat.

didalam Al-Quran ada sepotong ayat Popular daripada surah Al-Hujarat para Alim Ulama mentafsirkan dan sesetengah Ilmuan menggunakan sebagai rujukkan bagi mengetengahkan tujuan Bangsa itu dicipta..bahawa:

 Allah taala telah menerangkan sedikit dari antara tujuan "Penciptaan",
dimana bila Lelaki ada, Wanita pasti ada, kemudian membiak sebagai Kelompok Suku, Kaum bahkan Bangsa tiada tujuan lain melainkan menyuruh kita agar saling kenal-mengenal.

Kenal-mengenal sering disalah ertikan,
bila dinamakan sesi kenal-mengenal, sebenarnya tahap yang dicapai baharulah sekadar mengambil tahu..

1st time anda bertemu seseorang, pasti yang ditanyakan adalah nama, tinggal dimana, adik beradik berapa,ayah dan ibu kerja apa dan sebagainya yang maseh dianggap perkara asas.
apakah 1st time tersebut buat anda langsung kenal seseorang?
belum tentu..oleh kerana pada logic nya, pengetahuan tersebut maseh belum diuji akan kesahihannya. Boleh jadi aja orang tersebut sedang berbohong, boleh jadi bercakap separa jujur dan menipu lebih..dengan Akal, kita mungkin boleh lagi menjangkakan atau agak pada sesuatu aksi..adalah predictable. Namun dengan Hati, Rahsia sebenarnya hanya diri empunya dengan Allah taala sahaja yang tahu.

Terus bagaimana dikatakan tepat pada maksud "kenal"?

Ambe ambil dari pepatah Melayu yang biasa kita gunakan pada harian, iaitu;

"Tak kenal, maka tak Cinta."

sejujurnya, martabat Cinta yang paling sejati tidak pernah letak pada Makhluk kerana keperluan Cinta itu adalah demand paling tinggi berbanding Beras di Hypermarket.
Cinta adalah Essence sebenar yang membuatkan diri Insan itu lengkap sungguhpun maseh kurang sempurna.
Ramai hari ini tersilap langkah, bahkan ambe sendiri tersalah tapak untuk menduga Cinta itu adalah buat Awek,
maka Awek pada satu ketika itu dijadikan idol pengabdian kita dalam harian,
disebut berhari-hari seperti kena pukau..disuruh apapun malah seperti terkena Nasi Kangkang dah diturut apa sahaja.
itukah Cinta yang kita diperkenalkan menerusi Filem Twilight yang sesuai sahaja kita volunteer Saleem untuk nyanyikan lagu Cinta Tiga Segi buat menjiwai watak Bella?

Bilamana pencerahan kita terima dari Penyampaian para Ulama atau Guru kita, salah satu Philosophical Value kita terima adalah Syurga dibawah telapak kaki Ibu,
sementara Syurga Ibu terletak dibawah telapak kaki Suaminya. Suami yang Mitsali atau Contoh adalah penghuni Syurga(kata kitalah) tetapi jikalau contoh yang digambarkan tidak baik..Bagaimana angan kita pada akhirat?
Sudah tentulah Panduan yang perlu Suami ikut untuk menjamin matlamat untuk kembali ke Syurga adalah melalui Syafaat, iaitu Networking kita dari Hasil Usaha Sungguh menuruti Perintah dan Larangan Rasulullah.
secara tidak langsung, perasaan yang dirasakan hendak menjaga belaka adalah datang dari Hati yang Pilih Kaseh, kita anggap bahawa Bagindalah sebaik-baik Kekaseh pada kita.
Rasulullah berusaha sedaya upaya kerana Cinta nya kepada Allah yang teramat-amat sangat.
buat ambe, itulah Cinta yang paling Ultimate.
buat kaum Wanita yang sudah bersuami tidak menjadi bersalah untuk menCintai suami kerana Tuhan. Malah itulah yang dianjurkan dalam Islam jikalau Imam Solatnya adalah Suaminya, bermaksud Suami yang Benar Cinta kepada Allah.

dalam soal Kenal;
Penceraian-Nikah menjadi rujukkan buat kita mengenai soal Kenal atau Tidak akan seseorang,
Bila seseorang Memohon atau sudahpun Bercerai dari lafaz Talak..Alasan selalunya adalah Tiada Persefahaman atau Tidak Sehaluan,
Alasan tersebut(yang mungkin bila disenaraikan boleh mencecah hampir 1001 macam yang lain) disandarkan sebagai penutup Kegagalan.

Ambil iktibar dari hal tersebut yang mungkin sudah berlaku dikeliling Hidup kita sendiri bahkan didalam keluarga kita sendiri,
kita maseh gagal menyempurnakan perintah Allah yang menyuruh kita untuk saling kenal-mengenal. Dan tak malu mukanya dah mengaku Gagal BerCinta,
menjadi down se-down down nya kerana kita memang pada keadaan yang hampir selangkah lagi untuk berada pada posisi "down" for good iaitu Down to the Ground.

Hari ini adalah antara hari yang istimewa buat ambe,
kembali pada tempat dimana ambe dilahirkan ke Dunia..iaitu Hospital Besar Terengganu..
Berbeza dengan adik beradik lainnya, ambe sahajalah yang dilahirkan di Hospital Kerajaan.
Mengenang belaka, bertalu-talu diserang macam-macam penyakit ambe tetap dikembalikan di Hospital. lebih dari 10 kali dah rasanya dan lebih 40 hari tidak silapnya jumlah hari ambe berada disana, ada orang Badi dengan Hospital tetapi semakin banyak hari ambe habiskan, semakin suka.

Pelik?

Bukanlah ambe suka tengok orang sakit kerana tersiksa itu..tetapi reminder note yang dipanggil Memory itu dituliskan dengan pengalaman mengurus kesunyian sepanjang keberadaan, melayan karenah Pesakit lain disebelah katil atau melawat kawan-kawan di ward lain, memerhati Pekerja yang commit life sesungguh-sungguh hati mereka untuk bantu orang lain seumpama Doctor atau Nurse ataupun memandikan dan mengkafankan Jenazah buat ambe adalah Hadiah paling bermakna buat ambe.

Tatkala hari ni menjadi visit regular ambe yang lama dah ambe tinggalkan semenjak dua menjak ni, ketika ambe dan Sahabat ambe tunggu ayahnya siap diurus untuk dibawa naik ke ward, ambe perasan bahawa Nurse-nurse atau Jururawat yang ada, memang ramai dan malah makin bertambah jumlahnya..Kerana dengan duduk di Emergency Ward pun boleh dapat gambaran mereka yang baru masuk kerja atau balik kerja itu memang ramai..Berkumpulan-kumpulan, melucukan kerana kadang dapat gambarkan seperti Kumpulan Ikan-ikan Bilis yang adanya di dalam sebuah Kolam yang berpusu-pusu lalu lalang menyibukkan diri masing-masing..dalam 2 jam, lebih kurang 10 kumpulan yang lalu lalang..cuba bayangkan kalau di Hospital Besar lain lagi dan tambahkan belaka jumlahnya. Ramai tak Jururawat dari Doctor?

Fikiran itu menggambarkan pada ambe pada Nisbah semakin ramai Wanita ada menjelang Akhir Zaman, bukanlah hendak menakutkan tetapi ambe hendak cuba lah beri pencerahan pada lelaki diluar sana yang rasa down kerana Cinta nya akan jumlah Wanita yang ada menantikan orang yang baik seperti anda. Cinta pada awek memang mengecewakan, sebab itulah Nabi suruh kita ber Cinta pada Allah sahaja sudahlah. Ikut apa Nabi ajar, cukup.

Sementara kepada Wanita pula, bersyukur itu sepatutnya disaingi lebih dari kaum Lelaki..Kerana yang Berat Tanggungan itu buat Suami, yang mewujudkan "Syurga" pada "Rumahku" adalah tugas Suami..Where every wishes are made possible.
Hanya dengan memahami erti "Beza" tadi,
kita pun malah faham bahawa apa benda di Dunia pun, buat atau usaha bagaimanapun,
kita maseh lah gagal diatas ketidaksempurnaan..bila kita Hilang Pedoman pada Eksistensi Tuhan.

Allah taala sentiasa melengkapkan kita membuatkan kita tampil Sempurna,
dihadapan Makhluk lain.

Mu ingat Allah komang ke mende?
Siapa yang berfirman pada ayat yang mengatakan bahawa Manusia ni adalah Sebaik-baik dan semulia-mulia PenciptaanNya?

Ayoh mung ke Tok mung?

dan explanation kenapa Tuhan Cipta kita sebagai Makhluk yang Grand ini pun tak tercapai akal, hanya kadang Manusia sendiri tersasar fikiran menjadi taksub hingga anggap Nabi Isa itu sebenarnya Anak Tuhan. Atau Keterlupaan kita berterusan hingga Bangsa dijadikan bahan Pecah Belah kerana lupa perjuangan Asal nya..
Sama juga terjadi pada Umat Islam hari ini, yang sibuk mempamerkan kekecohan hanya kerana angkara satu Filem yang kutuk Nabi Muhammad.
Sejujurnya, memang ambe pun akan marah..mu gila ke menda dok maroh.
Tetapi orang tu Kafir, dari kecik sampai besar Kafir, bila tengok orang Islam punya sikap hari ni makin jadi Negative la makanya..

Argumentation akan sentiasa berlarutan,
Demo ke mende ke bukan jalan selesai..cuma "TUNJUK PERASAN"..
Alangkah lebih elok kita ni lebih MATANG dari itu..mengetengahkan Solution sebagai cadangan pada Dunia bahawa Islam bukan begitu?

Itu baharu satu Filem yang diketahui atau satu Kartun yang disedari menghina Islam..
Kita sendiri yang sesama kita yang Prolong kan Issue ini,
orang seberang ketawa dan gelakkan karenah kita..tak rasa ke Humiliated?

Mungkin sahja hari seperti kini,
Agama dan Bangsa yang sibuk kita pecahbelahkan ni berhenti mengamalkan pendekatan "Show and Tell like you care"

..kerana kerosakkan itu dah total.

Perlukah,Perlunya menjadi lebih Realistic atau tidak,
lihat belakang Kulit Kitab Sejarah dimana lebih ramai Orang yang "Lapuk" tu lah duduk buat kerja Nabi Muhammad kita,
yang ambe yakini adalah method "Just Do because you really care about it".
Yang juga adalah antara Perkara mengapa kita perlu ber Bangsa dan ber Agama..

Guna logic akal, kalaulah Nabi Muhammad peduli gila pasal kita hari ni..dah lama Baginda lenyapkan orang Kafir dengan pengaruhnya serta bantuan yang gerenti Allah taala akan sedia membantu dengan himpunan para Malaikat atau Nabi lain yang digambarkan sangat dahsyat Mukjizat mereka yang memiliki semacam Superpowerlah pada bahasa hari ni.

Nabi Muhammad tak pilih itu, bahkan pernah di offer untuk beri bergunung-gunung emaspun..Kaya Duit was NEVER in his list. Padahal boleh beli macam-macam kelengkapan perang ataupun malah bina kubu hebat yang mampu kita sembangkan imaginasi tu bagai ndak rak tak akan habis-habis..

Kerana Baginda tahu serta faham akan apa Allah taala kehendaki pada Manusia ni,
suruh buat Kerja dengan Ikhlas je. Jujur dengan kekurangan serta munafaatkan sahaja kelebihan..tak perlu lah tunjuk kuasa atau kemarahan.

sekejam Hitler pun maseh tinggalkan Yahudi sedikit dan meninggalkan pesan bahawa jika dia hendak lenyapkan Yahudi atas mukabumi ni, bolehlah diusahakan dengan askarnya yang ada..
tetapi sengaja ditinggalkan untuk kita kenal siapa Yahudi tu..tidaklah niat ambe untuk samakan Nabi dengan Hitler pulak, hanya dari ambe ini cuma mengembangkan fikir..

Musuh sebenar kita bukan Yahudi, kerana sebahagian Nabi pun dari golongan Yahudi juga tetapi musuh sebenar adalah mereka yang aniaya orang lain yang belum diberi peluang untuk mengenal Islam. Boleh jadi orang Islam sendiri (sepertimana ambe pernah cerita pada tajuk GERHANA BULAN sebelum ini) ataupun siapapun.

Nabi Muhammad pada zaman kita ini seolah-olah cuba berbisik ke dalam Hati-hati kita sahaja,
seraya memberitahu kalaulah Baginda boleh membantumu..Nescaya Baginda bantu kerana Sejarah tlah membuktikan Kenyataan diri Baginda..

Namun jikalau Baginda bantu kita buat semua kerja kita Zaman ni,
apa guna kita Wujud?
 dan apakah tidak cukup serta kerja sia-siakah Perang Uhud,Badar,Khandaq dan semua peristiwa lainnya tu?

Bermakna Baginda dah commit Hidup-Mati semua demi Akhir Zaman ni..Agar semuanya mudah.
Memang mudahpun, tetapi kitalah yang buat payah pula bagi orang yang minat untuk berAgama kembali atau masuk Agama Islam atau "Masuk Melayu"..yang itupun jadi benda yang juga diambil kecoh.

Tuan, zaman Melaka dulu satu Dunia bertumpu untuk berdagang hingga ramai jatuh Cinta dengan Melayu yang Islam. Hingga "Masuk Melayu" jadi label kononnya Racist sedangkan berpandukan sejarah, itu impact dari Hikmah ber Bangsa yang di Isytihar sebagai Melayu..

ini lah antara wal hasilnya bila kita cuba mencari Perbezaan untuk dijauhkan diri lagi.
Padahal dengan bertumpu dengan persamaan dan diusahakan itu je pun beri macam-macam faedah.

Menjadi Hairan pada ambe bila ramai Filmakers, Directors, Casts, Videographer atau Photo, Scriptwriter ke apa lagi yang bantu industry of filming ni,
Sementara Orang Arab di Saudi atau disini belaka yang kaya raya tu dengan menjadi Billionaire atau Milionaire, tak ada pula ndak invest atau suruh buat filem-filem yang bertaraf Hollywood untuk ketengahkan Sejarah Islam.

Itu malah salah satu persaingan yang tidak memerlukan kita berkata apa kecuali buat filem dan bersaing dengan elok.
Protest atau Demo cuma Memanjangkan Masaalah..itu pada ambe lah.
tapi kalau dah rasa semua orang lain kata tak betul,
semua orang salah.
tak kiralah siapapun atau Parti mana pun.

Beza..memang berbeza.

tetapi Tujuan Membezakan ada faham atau tidak?

Intiha Al-Kalam,
HKM

Sunday, September 16, 2012

ANAK EMAS


Perutusan kali ini adalah garapan yang datang dari diri Patik ini,
 yang masehlah sedang berusaha sedaya upaya agarnya jadi baik bicaranya kepada diri hamba pacal yang bodohnya sehebat lembu dan hinanya seperti pengembala nian mengukir kata menjadi lah bahasa yang datangnya dari kalam Ibu Jawi yang Melayu namanya,
adalah Patik merakam ampun maaf terlebih-lah dahulu kepada Orang Kaya Besar Dihulu mahupun Dihilir dan Pemimpin yang tersangatlah Adil untuk menilai lagak bahasa hamba fakir yang mengarang dengan buruk gayanya.

Lalu diizinkanlah bahagi Patik mengarut seketika,
mencarut selamanya,
menurut segala Amarah yang tersimpan didalam dada,
semoga contoh yang tiada langsung punya kebaikkan ini menjadi pengajaran yang bakal menangisi Kalbu masing-masing agarnya diabadikan pada iktibar sendiri untuk diikhtiarkan pada masa yang tiba,
andailah Tuhan Allah mengizinkan.

Tuanku-tuanku yang beranak-pinak,
bersepupu-sepapat, bersahabat, berpuak-puak,
bersaudara-maralah kalian diatas Mujahadah orang dahulu(yang kita abaikan sebagai Sejarah),
Kematian Tokku-tokku yang Jihad atas Jalan Tuhan Allah tlah melahirkan orang Malaysia yang kaya Ilmunya..tetapi sayangnya, teramat sempit Akalnya dalam Hukum Agama,
"Tinggi"mu hanyalah dari antara nama-nama Allah yang dipinjam seketika untuk dirasakan,
betapa hebatnya menjadi "yang berkuasa" atau betapa saktinya menjadi "Tuhan" sementara.

Patik Takrifkanlah "Keberanian" diatas kerisauan Tuan-Ku belaka yang ada siap untuk menjamu mata dengan sungguh teliti lah membacanya.
tiada Berani itu jika hanya Perkasa lakunya,
..adi kerna Kegagahan itu tidak semestinya Berani,
..malah Ketegasanpun sekadarlah Batasan..amatlah jauh sekali untuk dikatakan Keberanian,
"Keberanian"..
tidak pernah sama sekali untuk diumpamakan dengan berhimpun pada kadar puluhan, ratusan atau ribuan Sekutu-sekutu yang kurang Berkenan mahupun Bersetuju,

Yang dipamerkan adalah kepengecutan untuk menerima Salah Segalanya bermula dari diri sendiri..bukanlah mereka diatas sana, atau dibawah sini,
tidak juga salah dia ataupun kita akan tetapi Tuan Empunya Jasad yang Bernyawa itu yang maseh serta akan merasai betapa "sendiri" pada akhirnya..
Yang memiliki Roh yang hilang rupanya.
yang dihadiahkan tuah dari Tuhan sepetala Masa untuk menghargai Agama disebalik kemuliaan Bangsa yang tlah Bangsat sekarang kerna kebodohan sikap sesama.

Siapa yang punya pengetahuan yang mampu mendakap semesta untuk berani-berani berkata bahawa itu atau ini-lah "Kebenaran"?,

 biarkan sahaja Kejahilan itu diteruskan jikalaulah Islam itu memang Benar satu-satunya Agama yang sarat dengan Kebencian dan Keengganan untuk kunjung peduli pada erti berkaseh sayang.
Yang mungkin sahja sudah merasakan "Kebenaran" itu hanyalah buat Tuhannya, dan Agamanya sahaja..


Tuanku-tuanku pemegang mohor Rakyat "Malaysia" semua,
Puan Seri- Puan Seri belaka yang "rendah diri" dan "malu-malu" belakanya yang kian ramai mengisi Dunia Malaysia ini yang kini tlah tertabal dengan gelar sendirinya menjadi Anak-anak Raja yang begitu tinggi martabatnya hingga tak terjejak di Bhumi nyata..Gahara atau tidak, mika sudahpun menjadi sebahagian Khazanah Negara yang disayangi. Yang dibelai manja dengan segala kemudahan yang kita katakan kepayahan, yang diusap-usap kepalanya dengan kesejahteraan sejagat yang disangkakan perpecahan..

Adalah mungkin sahaja menurut andaian Patik, Tuanku yang membaca ini tertanya-tanya akan tajuk Patik kali ini dengan pertanyaan Mengapa?
Olih yang demikian Patik segeralah menjawab kebuntuannya,
Kerna itulah sengaja dari Patik namai perutusan ini dengan "Anak Emas Negara"..Bukan Perak ataupun Tembaga, juga bukanlah Timah atau apa macam namanya Besi-besi lainnya. Tetapi adalah sebaik-baik Emas.
Kerna diri Tuanku begitulah berharga buat Patik.

Hinggakan yang Sempurna segalanya Tuan Putera-Puteri Bhumi Malaysia ini dahaga, tlah menjadi bingunglah pada Patik untuk cuba memahami selera Keserakahan semua Tuanku-tuanku, Toh Puan-toh puan, para Gundik-gundik simpanan, Orang Kaya Besar atau Kecil, Menteri, Kuli Istana-istana mahupun kalangan Marhaen Belaka..

Ampun Tuanku, Ampun Tuanku beribu Ampun..
Sembah patik pada Allah taala, Harap diampun.
Daripada Patik,
yang tak bernama.
...............................................................................................................................................

Sebuah peringatan yang ambe sering singgungkan diri sendiri agar terus diperingatkan,
meskipun kata kita Merdeka itu adalah Past Tense sementara Present Continuos itu adalah Keadilan, Kebenaran dan sebagainya.
Ambe menulis bukan untuk dikenali sebagai penulis, tetapi hanyalah penilai akan diri sendiri. Apa ambe tulis menjadi bacaan ambe sendiri jika ia tidak dibacakan oleh sesiapapun. Namun ambe tetap berfikir positive bahawa ada orang diluar sana yang menelaah juga garapan ambe yang serba kurang ini.

Sempena tahun kemerdekaan Malaysia baru-baru ni, telahpun ambe garapkan sedikit pandangan ambe mengenainya. Bukanlah untuk raih pengikut agar kita berkomplot jatuhkan Kerajaan hari ini kerana keadaan sedemikian sama aja macam geng jahat dalam Power Rangers.
ataupun bersama Pembangkang sebab rasa seperti tindakan demikian adalah Noble macam Robin Hood atau siapa lagilah.
Anda boleh katakan ambe ni lalang..tidak mengapa. Hanya pendirian ambe maseh belum terasa well convinced dengan hasutan-hasutan Pihak manapun. Daripada bersekutu, lebih elok ambe mengguna sebelah mata melihat Pihak Pemerintah dan guna sebelah lagi untuk menilai Pihak yang membangkang.. Kesemua itu lebih nampak realistic dari karut.

Anda berbalah dimeja makan dimana tempat terhidangnya sedikit atau sebanyak jumlahnya rezeki yang sememangnya Allah taala dah jamin buat kita hanya kerana fasal Politik?
Mungkin sesetengah orang rasakan ia suatu perkara yang sihat,
mencuit sensitivity masing-masing kepada kepedulian kita dalam bermasyarakat. The good point is there, dimana anda memang ada rasa care pada rakyat juga seperti mereka yang berada pada kasta atas(Pemerintah atau Pembangkang..terserah). Namun point yang tidak sihat adalah dalam tidak sedar, kita sendiri sedang menjana rasa Benci yang meluap-luap pada sesama kita. Walhal, buruk-buruk atau teruk macamanapun Kerajaan kita katakan, mereka tetap tidak tanggalkan kewarganegaraan yang mana membangkang atau mengusir keluar dari Negara walaupun mereka boleh buat begitu. Yang melucutkan Biasiswa sebagai salah satu contoh dari kes Bersih hari kelmarin, hanyalah beberapa orang sahaja..bukan semua. Yang melaksanakannya bukanlah datang dari kesepakatan Pemerintah, cuma Menteri yang seorang itu sahaja. Anda sebagai penilai dan pembaca, percaya atau tidak bahawa didalam entiti Politik itu akan ada Politik lain pula yang mendokong agenda lain?
Sudah tentu ada lah..

Jadi, mengapa kerana hal Biasiswa itu ditarik balik jadi issue yang besar sedangkan kita semua melihat bahkan turut terlibat dalam demo yang diadakan. Fikir logic, kalaulah dibuat semacam Fundraising(mungkin dah buatpun..cuma kita tak tahu) untuk kumpul dana bantuan sambung pengajian mereka yang kita anggap "dianiayai" tu, RM10 dari setiap orang kalau dah 3000 orang atau lebih..Mungkin aja kita boleh buktikan sense of will kita yang tak lapar dan harap dengan Bantuan Pemerintah manapun, kita maseh boleh survive macamanapun oleh kerana kita semua bukan lagi bermasyarakat biasa, tetapi bersaudara.

Cuba aja kita kemukakan pada orang yang benci sangat pada Pemerintah dengan persoalan sebegini, confirm memang ada yang hendak berlawan hujah. Ambe bukan hendak lawan hujah atau debat,oleh kerana kita tetap baca Quran tidak kiralah Politically kita ni sebelah siapapun..  Hanya mempersoalkan "action" atau tindakan kita. Kebelakangan ni, bukan sahaja trend Artis Hijrah jadi Mainstream malahan trend Demo ni pun dah macam satu Tabiat yang kini makin rancak. Perhatikan aja Chronology Sejarah Negara kita, semestinya kita rasa perkara ni dah jadi semakin Obvious dari Biasa.

Pada sudut Pembangkang pula, sememangnya kerjanya cari Issue untuk dijadikan perkara untuk diketengahkan. Kalau tak ada Issue..Itu bukan namanya Pemerintahan yang Dynamic. Sama digunapakai pada mana-manapun bidang pekerjaan sekalipun, kalau tak ada Critique..sampai bilapun kita terus begitu dan tidak berkembang-bukan?
Namun sayangnya, bila Issue diketengahkan..tiada ruang diberikan untuk dinilaikan oleh mata kepala sendiri. Ada media, tetapi tidak semua berfungsi sebagai bahan pengantara. Hanya berpihak pada satu pihak kerana itu lebih untung..katanya.

Kita cerita hal Politik apapun takkan habis, kerana didalam kekotoran laku ahli Politik pun ada Ilmu-ilmu buat kita pelajari. Kalau kita rasa belajar dapat Diploma atau Degree itu belum cukup untuk belajar lah...Dalam Kuala Lumpur yang jelas di Metaphor kan(sengaja atau tidak) sebagai Kuala yang dipenuhi Lumpur, terkandung padanya banyak butir-butir Permata yang sangat berharga. Orang-orang yang bijak pandai, usahawan ataupun visionary yang berkebolehan untuk ubah Negara kita yang mundur ni kepada Negara yang maju dengan kecanggihan Idea dan bernasnya fikiran..Bahkan kita hari ni pun banyak consume end product, idea atau ilmu yang datang dari "KL" walaupun menurut sesetengah orang itu tetap aja menafikan dan benci orang Kay-el.

Ikutlah Pandai mung..Pada ambe ia jelas menunjukkan setiap Manusia yang ada, Allah taala tak pernah sia-siakan kepada tiap kita yang Hidup bersama untuk saling menampung yang kosong.

"Anak Emas" adalah tajuknya, dan ambe banyak bahasakan Patik secara sarcastic kepada pembaca yang rasa lebih dari orang lain..Sedangkan Penulisan ini cumalah Sampah.
dan Perli ambe bukan pada orang UMNO atau BN sahaja, tetapi semuanya..yang rasa berhak untuk claim itu dan ini sedangkan hak kemanusiaan pun belum selesai.
Kelmarin dahulu ketika Nurul Izzah Anuar datang ke Terengganu untuk berceramah, ambe pergi lah untuk mendengar Issue apa..Sekadar ambil tahu ajalah. Sedang syok melayan ceramah terbukanya ditengah tapak ceramah yang dikelilingi Sawah, dengan cuaca baru selesai Hujan sudah tentulah lumpurnya dimana-mana aja, dah dapat tempat strategic untuk berlabuh ambe tercegat ajalah berdiri sepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.

Didepan ambe, adalah beberapa orang duduk berlapikkan surat khabar..Ralit sangat mendengar, adalah satu orang ni lalu depan kami, usia lebih kurang 50 lebih, berkopiah dan berjubah..Tiba-tiba bunyi meletup kecik di atas tanah menandakan ada benda yang dia pijak sedang dirinya melintas. Orang yang duduk dihadapan ambe tadi memang mukanya tak puas hati, kerana yang dipijak orang berkopiah dan jubah ni adalah cuka keropok lekor yang dibuang merata itu tersembur habis dibaju dan seluarnya. Ambe alih pandangan pada orang tua tu, dia buat muka tegang dengan tiada maaf..pergi macam tu aja. Akhirnya ambe tengok ke bawah untuk cari dimana puncanya, rupa-rupanya tak adalah jauh dari ambe hingga ambe pun sedar bahawa ambe pun kena juga..

Tiba-tiba aja ketika tu dalam ingatan ambe terlintas untuk fikirkan apa yang berlaku dipetang hari tadi di daerah Medan, dimana tempat Pengikut PAS dan mungkin para NGO-NGO yang ada buat Demo untuk menunjukkan bantahan keras Filem yang dikatakan mengutuk orang Islam dan Nabi Muhammad. Andaian ambe membayangkan, mungkin aja orang tua tadi terlibat juga kot..kalau tidak pun, kita assume aja bahawa orang yang bersikap demikian terhadap mangsa cuka keropok tadi tu termasuk ambe terlibat. Tengah hari mengakui Islam itu Agamanya, malamnya pula lain cerita. Sememangnya itulah kebimbangan buat ambe sendiri, yang Rasul pernah katakan bahawa akan ada orang diakhir zaman yang Islam pada pagi dan Kafir pada petangnya.
Dan janganlah pulak kata ambe mengkafirkan orang yang cuma TER-pijak cuka tadi sebab ambe bukanlah yang reti menilai siapa kafir dan siapa benar-benar Islam. Hanya perkara ini buat ambe menilai balik apa kita duduk sibuk bising-bisingkan dengan apa kita amalkan dalam Hidup. Adakah sama dan menepati?
Contoh incident cuka keropok yang bodoh tu pun buat ambe fikir, yang orang Tua pun tak reti nak hormat orang muda darinya..macamana nak orang muda Hormat orang Tua?
dan mengenal Allah yang maha Pemaaf, kita ni payah benarlah untuk meng-Ghaffur atau Ghaffar kan diri atau orang lain.

Issue Filem hina Islam dan Nabi kita, ya iyalah ambe pun rasa tak patut buat begitu. Namun difikirkan dengan lebih elok, yang bikin tu orang Kafir, yang mungkin beranak pun dah menganut Agama yang selain dari Islam kerana dikelilingi oleh masyarakat yang Bukan Islam dan duduk di negara Bukan Islam. Sebelum ambe guna lebih banyak ayat Kafir untuk mengkafirkan orang Kafir, ambe ndak ajak anda pembaca belek kembali buku Kamus dan cari Istilah Kafir..Apa maksudnya?
Orang yang Bukan Islam.
Murtad?
Orang yang keluar dari Islam.
jadi menurut pemahaman kitalah, orang yang buat Filem ni..dia ni mungkin aja tlah dididik atau diajar untuk benci Islam atau Agama lain hasil dari Doctrine-doctrine orang tua atau masyarakat nya. Benda ni lebih kurang aja dengan kita (kalau salah tolong perbetulkan ambe), yang terima Islam kerana sejak hari pertama lahir dah diazankan oleh Bapa yang Islam dan keluar dari perut Ibu yang Islam..tetapi tengok Negara jiran kita, Indonesia sebagai contohnya, yang memperbolehkan Nikah campur, Bapa Christian dan Ibu Islam, Bapa Buddhist dan Ibu Christian dan sebagainya sementara nasib anak hanya diketahui bila dah matang, pilih ajalah Agama nya kata orang tuanya..Kita pernah tak rasa bersyukur dengan kedudukan kita yang TIDAK begitu?
lalu apakah Walhasil kita yang tlah dimaktubkan pada Lauh Mahfuz Allah taala bahawa dari hari pertama hingga hari ni, Kita dipilih sebagai orang Islam.

Lalu dengan dilayan dengan Special serba satu, macam ni ke kita tunjuk pada orang yang bukan Islam bahawa Islam ni memang selalu perlukan kekerasan tidak cukup dengan tanggapan yang tlah di set up kan atau disengaja biarkan oleh Pembesar atau Pemerintah Arab-arab sana dengan tragedy yang berlaku berulangkali dan hingga hari ini sepertinya tiada henti?
Siddiq mungkin dipilih sebagai salah satu Option untuk menangani masaalah..Ertikata lain, kalau payah sangat ndak berbahasa sebab dah lama bantu dan tolong individu tertentu..tegurlah dengan mengetengahkan Kebenaran yang sewajarnya..tetapi bukan semua benda kita boleh Protest belaka kerana maseh ada cara pendekatan yang Amanah, Tabligh mahupun Fatonah.

Dahulu ketika ambe bersekolah menengah, jadi Skinhead dan perjuangkan Anti Racism, Protest pada mereka yang Assobiyah/Racist..Orang Melayu dan Orang yang mengaku Islam pun bising, katanya itu ideology Barat, Protest ni tak bagus..Budaya Skinhead merosakkan, ok ambe ikut dan ambe dah sedar dengan kesilapan ambe..Namun hari ni, semua tu seperti mengubah pandangan ambe pada orang-orang yang ambe sendiri harapkan untuk membantu kita.

Hari ni, semua berpecah belah..Itulah kenyataannya. Orang berpegangan Agama dengan Panji Bulan tetapi hari demi hari mengeluhkan Aib orang lain, kalau cerita pasal perlaksanaan kerja tak betul..boleh lah kira ok lagi. Tetapi sampai hal Pribadi pun jadi barang bandingan, kita sebelah ni Suci sangat? Belum tentu..bahkan Iktiraf Suci hanya diketahui pada mereka yang menghindari Kekotoran, bukanlah yang membalas dendam dengan guna Agama hentam orang yang sama Bangsa. Allah jadikan kita berbangsa-bersuku-berpuak untuk tujuan apa? Bukankah untuk kenal mengenal? Kita ni dah kenal sangat ke secara pribadi dengan orang yang kita kutuk tu atau belum?

Kita hentam orang Kafir atau Protest hanya kerana Filem, mungkin pada Allah taala semuanya beres kerana kedua-dua nya dah terjadi dan diizinkan..Hanya kita yang lebih dekat pada Allah dan Rasul sepatutnya, kita hendak buktikan Kegagahan Islam? Zaman Salahuddin Al-Ayyubi atau Othmaniah lebih hebat dari empayar Melayu kita hari ni. Perlu kita adakan sesi Protest untuk tiap 10 kali atau 100 kali Filem lain yang tlah diproduce dan dikesan mengutuk Islam?

Rasanya itu semua hanya Nonsense. Sebab kita cuma membuang masa dengan kebodohan "kita rasa macamtu"..Nabi Muhammad dikutuk, dicaci, dimaki, dihina dilempar najis dan dikhianat malahan di buru untuk bunuh, namun baginda tetap buat tidak tahu,
kerana menyedari bahawa build up Agama Islam itu lebih penting untuk dijadikan Solution Akhir Zaman nanti..

Hal level anak-anak atau adik-adik kita, reti pulak kita kata "alah buat bodo dah la..dia reti la nanti untuk give up"..Issue yang konon rasanya, bukan untuk budak-budak..Kita malahan tunjuk sikap yang lebih Childish.

Mungkin akan ada hujah lain lagi lah untuk beta dan terus beta pendapat ambe, sepertimana ambe beritahu selalunya..Ini hanya satu dari berpuluhan ratusan penulis yang ada. Kalau anda rasa ambe mengarut, anda lebih mengarut..kerana tlah memilih masa untuk baca karut ambe dari menulis sesuatu yang datang dari kepala anda sendiri.


Kamu yang berBangsa Melayu,
apa Saktinya Keris mu yang hanyalah Besi yang tumpul Ilmu?
Kau yang berAgama Islam,
dimana Khidmatmu dijalan Rasul?

Kedua-duanya keperluan bahagi Fitrah/Natural diri kita,
yang berbangsa Allah taala perintahkan untuk kita saling kenal mengenal..
yang berAgama untuk menyatukan kita semua sebagai Ummah yang diharapkan Selamat di Akhirat.
Dok gitu? Tolak satu bermakna anda tolak apa Allah taala sediakan untuk kita.
Memang tak ada Bangsa tertentu masuk Syurga, kalaulah ndak main banding Melayu dengan Yahudi (yang kita suka kutuk atau boikot tu), Yahudi tu lebih layak untuk masuk Syurga(pada logic fikiran bodoh ambe lah) kerana Nabi-nabi pun terdiri dari Bangsa Yahudi juga.
Tetapi Allah taala tidak pilih kita sebagai Bangsa apa, hanya taat pada Agama apa. Bangsa cumalah task kehidupan kita diatas Dunia,
mungkin itulah maksud Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"..
Sebab yang Matinya dan Ditanamnya sebagai Melayu, balik ketanah juga akhirnya..

Nilaikan semua ni, hadam dan fikirkan dengan jernih..
Kita ni sebenarnya Anak Emas belaka, Bumi Putera yang sangat Superior diatas tanah, tak kiralah Cina,India atau siapapun yang duduk atas Tanah Melayu ni, tetaplah Bumi Putera..
kita namakan Malaysia, mungkin selepas ni ubah nama Negara Saka ke apa tu..Wallahualam.

Keruntuhan,kehancuran dan kemusnahan sememangnya akan berlaku dimasa akan datang, kita tak boleh ndak speculate everything to be as it atas apa akal kita corakkan ia menjadi..Kerana ini adalah "Dunia". yang berusia lebih Tua dari siapapun yang ada diatas Dunia sekarang ni.
kita hendakkan "Kebenaran", inilah Janjinya.
kita hendakkan "Keadilan", inilah akan berlaku..kerana Allah taala dah pun berfirman pada Nabi kita kalaulah semua permintaan ditunaikan belaka sepertimana Manusia kehendaki, Musnah Dunia.
Kita lupa diri, kita ni menjalani kerja Khalifah..yang belum tentu Khalifah betul ke tidak, cuma buat kerja sahaja dengan berkhidmat. Tak ada Architect adalah Architect kerana tetap timbul Kesilapan Technical. Maknanya semua kerja ada kegagalannya, kegagalan itu adalah Human Factor..Siapa yang tak expect kegagalan atau kekurangan atau kesilapan..Mungkin sahaja lebih bagus dari menjadi Manusia. Jadi, sudah-sudahlah dengan Iblis Factor yang rasa "aku lebih bagus dari kau"..teruskan Hidup dengan berusaha memperbaiki dan terus baiki maka kitalah yang lebih beruntung.

...jikalau Hendakkan Ke-BANGKIT-an..inilah Kenyataannya wahai Tuanku-tuanku.

Ya, kita adakalanya ataupun TER-selalunya sangat memperasankan Keberanian itu adalah kita,
padahal kita Takut pada Hakikat Diri sendiri yang sebenarnya tiada apa-apa yang boleh offer siapapun. dan sangat seram dan amat "badi" untuk menilik kekurangan diri sendiri..Hingga apa orang kata pada kita, semuanya reject dan pertahankan walaupun kenyataannya dah macam cuba menegakkan benang yang basah.

kalau ada pun, bukan dari kita atau tidak berhak pun untuk mengaku Aku Punya.
kerana "Anak Emas" hanyalah Ujian atau bahagi ambe, sekadar Sumpahan.
Hampir 26 tahun ambe memikul diri dengan nama Raja Badruddin Hakim Shah.
Yakin ajalah, ia tak seindah mana yang anda dapat bayangkan menjadi "Anak Raja" yang digambarkan dalam cartoon-cartoon Cinderella ke apa benda lagi tu..
Itu mimpi belaka, bangkit-bangkitlah dari pembaringan yang lama tu.

Bersahabat kembali,
dan yang lebih pentingnya..Bersaudaralah kembali.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Tuesday, September 11, 2012

GERHANA BULAN


entah daripada mana dan tiba-tiba sahja kalimah ini menari dihadapan Mata ambe, seolah-olah mengejek akan reality dan mematahkan semangat fantasy sendiri:

"Al-Islamu Mahjubun bil Muslimin"

yang ditafsirkan kepada Bahasa kita bermaksud,
Islam ditutup oleh Muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri.

Kalau Saddam Hussein itu Zalim dan Dictator, yang salah itu Islam.. Andai Ghaddafi itu Perosak Agama, yang salah itu Islam.. Begitu juga Pemimpin Negara lain (yang maseh mengaku berAgama Islam) atau Taliban-taliban yang dihukum oleh Amerika diatas alasan Keganasan.

Untung aja yang salah semuanya orang lain, sedangkan para pemimpin-pemimpin itu mungkin terhijab dari Hidayah oleh kerana Rakyat-rakyatnya menerima faedah yang lebih berlipatganda jasa dari sang Dictator atau siapapun Pemimpin yang "tidak adil" kita gambarkan..
Mudah sungguh Hidup yang kita biarkan orang lain dihukum dengan tuduhan,
sementara kita jadikan semua kesah itu menjadi bahan Umpatan dikedai-kedai kopi kononnya untuk belajar menjadi Orang Islam yang lebih elok begitulah caranya,
kita hukum natijah orang lain dalam Hidupnya untuk menyelamatkan punggung sendiri.

Kita jangkakan Perubahan,

Malangnya sehingga hari ini, morality kita sendiri maseh tiada perubahan.
padahal istilah "Islam" sendiri adalah Agama yang memperbetulkan diri serta keadaan.

Keadilan dan Rahman Allah taala tidak terbatas hingga seperti telahpun menghadiahkan Peluang didalam pemberian semacam Privilege kepada Orang yang belum Islam untuk menilai Zahirnya Islam.
tetapi yang buat malu dengan Agama itu, tidak dapat dinafikan, tidak mampu disembunyikan...maseh lah mereka yang tergolong dari antara diri kita sendiri.

mungkin kita boleh usir Irshad Manji diatas "attempt menyelewengkan cara fikir orang Islam menjadi Liberal".
Tetapi tanggapan tersebut akan kekal lekat dikepala orang-orang Kafir ataupun mereka yang maseh belum tahu untuk pilih Agama mana menganggap bahawa Islam ini ganas dan tindakannya sangat extreme hingga melupakan soal perikemanusiaan.

Memang ada istilah "Laqum din nuqum waliad-din",
 Agama mu adalah Agama mu dan Agamaku adalah Agamaku.
tetapi apakah itu alasan untuk menceraiberaikan semua Orang lain dengan cara "Islamnya" kita sementara orang lain juga terdiri dari fahaman Islam yang didapati dengan cara yang tersendiri?
Pendek kata, tak boleh ke tegur dengan cara elok dan confront dengan kaedah "Islam" yang berkaseh sayang?

Kelmarin adalah antara hari-hari yang lebih-kurang sama macam hari lain,
Tatkala ambe melukis gambar Ustaz Azhar Idrus yang mimic-kan Statue of Liberty America, macam biasalah- oleh sebab ambe ni bukanlah Artist Conventional yang guna medium Canvas bersama Berus dan Cat..cuma berkarya guna A4 paper dan Mechanical Pencil sahaja.
Ada lah Hamba Tuhan sorang ni mari menyampuk, tanya Hukum boleh ke lukis gambar orang Hidup?..Pada Profile Picture nya, seperti ambe jangkakan lah..Gambar Kaabah aja dia, Islam.
Satu perkara yang kadang kita lupa untuk ambil ingat adalah apa kita catitkan atau comment di FB, akan dibaca dan difahami oleh sesiapapun..Kecuali anda Private kan.
Dah tu, buat menda ada Facebook tetapi Private belaka? It all seemed Irrelevant, (jika ada kata atau rasa Relevant dengan Private memPrivate ni) due to todays limitless knowledge, everything that has been saved is indeed Hackable.
Menyambung kesah Hamba Tuhan ni bertanya macam tu, ambe terpaksalah balas sedikit. Berpendapat kalau Niatnya hendak menyampaikan sesuatu berguna, itu boleh lah. Kemudian dibalas lagi(ambe ingatkan dah selesai), buat lebai dan comment lagi. Malas ndak layan ambe post ajalah Video Ustaz Azhar sendiri jawab di Youtube. Yang dah lama gila berada di Youtube, hanya nanti di Search aja..Sebenarnya dah dari semalam ambe terfikir tentang Saudara ni, dia ni pengikut Tega UAI memandangkan dia bukan dari Friendlist ambe, takkanlah tak boleh Search aja di Internet?

Timbul rasa Kelakar dan Terhina pada masa yang sama.
Anda kerja Bank America tetapi Islam, namun bersubahat dengan Pengagihan Harta Riba juga. Kerja Insurance namun aniaya orang tetapi menggunakan teknik pendekatan yang berbahasa Hadis dan Sahih untuk yakinkan bahawa ia Islamic dan anda Islam tetapi Boss Syarikat Insurance tetaplah Kafir.. Mana mau lari jika kita mula buat pertikaian begini?
Itu bahagian Kelakarnya.

tetapi bahagian terhina, ada beribu-ribu tan perkara yang orang yang dah rasa Superior dengan Ilmu Agamanya sedikitpun tidak rasa risau dengan Ujian Berat mereka dikenakan atau sedang hadapi atau barangkali bakal dihadapkan, bukan setakat menghadapi Syaitan tetapi diri sendiri yang boleh berubah hati jadi Syirik dengan diri sendiri hanya dengan sedetik kiraan masa sahaja.
Ambe, terdiri dariantara penggiat-penggiat seni yang adanya melata di Bumi ini. Kerja kami, memang buruk pada mereka yang kerja Kerajaan ataupun Swasta..

Pada kehidupan Hari-hari Pemikiran Makhluk Conventional Otak Longkang ni kutuk Penggiat Seni sana sini.. Namun saat Hari Kenduri Perkahwinan,
kamu ajak siapa datang duduk bawah canopy 5-6 jam tengah panas terik untuk Meriahkan Majlis tu? paling tidakpun..CD atau Mp3 pun adalah pasang di Radio untuk disalurkan bunyi-bunyian di Speaker. Kamu panggil siapa Design Card? atau Hias Pelamin atau Baju? semua memerlukan kerja Halus iaitu Seni..

Berbusking atau main music dijalanan, sememangnya buat ambe sendiri kena "diatas dahi sendiri" dan menamakan ia sebagai Pengalaman Hidup. Kita bernyanyi lagu M Nasir atau Ramli Sarip dijalanan, orang yang kelihatan sangat Warak dengan gaya pakai datang bertanya "Kamu rasa Music ni buat Tuhan marah tak?"..dan teruskan lagak Ustaz Know it all.
Nabi Muhammad berdakwah pun tak adalah semua hendak hentam melainkan bersama dahulu dengan puak-puak Largha ni kalau betul benar Largha berhari-hari hingga terbiasa dan mesra baharu lah ditegur dengan elok, Ustaz manapun rasanya kalau tak ditanya..takkanlah nak test power kot.
ambe tergamam, terkesima sebab statement Tuhan yang dipersoalkan itu langsung tiada hesitation untuk berfikir sebelum bertanya..Kebiasaan, ambe senyum dan diamkan ajalah orang gini kerana ambe tidak rasa convinced dengan statement sesetengah orang hari ini yang rasa Islam tersebah kerana berlawan Hujah atau Debat..Sememenangnya ada dan pernah berlaku tetapi ambe tak fikir itu je cara ndak ber-Fathonah. Ambe sendiri memang bodoh, sebab tu ambe tahu dan kenal apa itu Bijaksana.

Namun tatkala adapun mendakwa Music itu Haram, ambe tak pertahankan, tidak juga biarkan..Kerana dari asbab Music jugalah Hinduism atau Buddhism menerima Islam suatu ketika dahulu, apa kita langsung tidak berfikir terlebih dahulu sebelum memberi statement-statement bodoh sedemikian? Barangkali orang-orang seperti ini lah agaknya berketurunan Majapahit yang menentang keras perjuangan Sunan Bonang. Itu, baharu satu-dua kesah... Ndak cerita sini tentang zaman Andalusian yang malah lebih kaya dengan kesenian, kebudayaan baik dari Music hingga Literacy ataupun Lukisan..Sehingga dapat dibayangkan bagaimana orang seni bergabung dengan ulama-ulama untuk berusaha tauhidkan Agama Islam.

Hari ini?

Persoalan Popular,
Katanya kerja bahagian Seni itu tak ada Salary tetap.

Sabar mereka jauh daripada Kesabaran CEO Corporate Company yang bersepah di KL sana,
sebab? Mereka tak pernah Predict Future mereka, melainkan berusaha,berikhtiar dan berserah..Tawakkaltu Al Allah...berbanding dengan UsahaSawan-usahaSawan yang bekerja pada bidang yang mereka pun kadang tak suka, tapi nak buat macamana..yang ada menyimpan bara impian "Malayan Dreams" mereka untuk jadi Jutawan dan sudah tentulah..Memiliki Kereta Bermeter 200km atau 300km agar suatu hari itu mereka ditempatkan diatas dijalan yang hanya limit lajunya adalah 110km sahaja.
Dua tiga tahun, sebab cekal dan berusaha sungguh..Mereka dapat belaka sepertimana kawan-kawan sekolah ambe hari ini dah capai. Namun semua itu Predictable dan Boring oleh kerana tersangat lazimnya berlaku hari ni(tapi hairannya selalu memenangi hati Editor Majalah atau Paper dalam column Inspiration).
Kaya hanya Duit, tetapi Nikmat Hidup dan Hargai tiap Hari itu tiada, sebab? Kepala dah set untuk berada di tempat Impian kita berada iaitu pada ketika Kaya itu benar-benar terjadi..Semua yang dipijak hari ni dan esok pada mereka dah macam tiada,
kerana Jiwanya dah terpacak dihujung Climax mereka..Mencapai Impian 9 Tahun.
Dah kaya, hendak lagi kaya, dan terus kaya....mana Hujung? What a Restless life of Nothing..

Berbeza dengan mereka yang dinyatakan tadi, ambe dapat umpamakan Side B perbandingan ini seperti sahabat-rakan ambe yang ada dibidang Kesenian mereka masing-masing, Photography suatu ketika orang pandang remeh..Hari ni jadi antara sumber saradiri yang paling laris. Atau Pelukis mahupun Penulis malah Penyanyi ataupun Penulis Lirik dan Lagu..Mereka yang Istiqamah dengan cara masing-masing..Keluar modal dan gerakkan Syarikat dengan Intiative seorang diri atau berdua mahupun berkumpulan. Ambe tumpang gembira diatas kecekalan mereka yang maseh memperkayakan Seni diatas Negara yang Jarang Hargai Orang Seni..

Barangkali kerana terlalu warak atau ralit dengan kegiatan Syok Sendiri.

Anda hendak berTuhan atau berAgama, amalkan dengan cara elok-elok. Mula dengan berhati-hati dengan orang lain, kerana itu kita lupa selalunya. Perasaan orang tidak sama seperti kita, cara berfikir orang lain tidak semestinya memenuhi kehendak kita.

Apakah kita lupa dengan struggle kita untuk sekadar ber-SABAR disaat-saat kita rasa tercabar atau tergugat? padahal SABAR atau SOBUR itu pun antara Nama Allah taala juga.

Malangnya duduk sebut sangat Quran dan Hadis tetapi sikap macam budak yang baharu start class mengaji lepas maghrib di rumah Tok guru.
yang diketika ndak pergi mengaji bukan main buat baik dengan Jiran tetangga,
 sebab ndak pergi sama-sama..Tapi dah habis mengaji aja sanggup tinggal kawan yang kena giliran terakhir tu balik seorang diri dalam gelap pekatnya malam..It all seemed Foolish and as the Real Fool of all is Us living today by that Stupidity of Selfishness.

dan dengan me rephrase akan statement:
"Al-Islamu Mahjubun bil Muslimin"

ambe kirakan anda dah jelas dengan perception hari ini yang semakin menggerhanakan Bulan Penuh tersebut. Kita lah mengundang kebencian orang lain pada Sunnah Rasul, kitalah yang menyebabkan Islam semakin Botak dari Kehormatan..Kitalah yang saja-saja rasa jengkel dan sinister dengan amalan orang lain yang juga berAgama sama..

Guna Akal, dan fikirkan berapa banyak kerosakkan kita dah buat bila kita ni mengaku salah seorang Mukmin iaitu Penjaga?
Siapa yang gelapkan Dunia dari mengenal Agama?

Kalau dalam Movie Eropah selalu guna ayat "..a Christian Way" hingga dah jadi semacam label atau branding bahawa Baik itu synonym dengan Christianity. Bukanlah ndak ajak perang tetapi tak ada rasa Malu ke?? Ambil kaki sendiri, tendang punggung sendiri..

ambe disini bukanlah berkhutbah atau bersyarah, hanya menyampaikan apa dari ambe.
Dosa gok ke tu?

Ludah di langit, tunggu langit Jawab apa..

Intiha Al-Kalam,
HKM

Saturday, September 8, 2012

SICK JOKE

Sebuah Fakta yang melucukan membuatkan ambe terasa untuk turut ajak pembaca ketawa bersama adalah pada ketika Timbalan PM ada berucap dengan penuh api-api dalam berita tengah hari TV3 tadi bahawa kalau ada orang-orang dalam UMNO yang sabotage ketika berlangsungnya PRU13 nanti, mereka akan disingkirkan langsung dari UMNO.

Sememangnya dalam Sebuah Parti(tak kiralah mana-manapun) yang berkongsi kononnya Satu Matlamat yang sama, akan ada Agenda-agenda lainnya pula yang datang dari kepala bapak masing-masing. Itulah maksud ambe pada Article sebelum ini bahawa Politikos tak kan bantu apapun kecuali merelevant kan Kehancuran secara Perlahan-lahan..dalam Politk ada Politik-politik nya yang lain. Itu perkara yang biasa, hanya jadi luar biasa buat mereka yang baharu mentah bergiat dalam bidang Politik ni.

Akan tetapi Article kali ini bukanlah hendak celoteh mengenai Politic atau membuat kesimpulan sendiri tentang siapa menang atau kalah atau siapa next PM sebab itu semua buat ambe tidak lah penting. Kerana reality yang sebenarnya kalaulah kita tahu Pemimpin mana sesuai untuk Rakyat 100%, orang yang antara lingkungan "kita" tadi lah sepatutnya jadi Pemimpin kerana sudah discover Rahsia Kepemimpinan dari dalaman diri sendiri..

Hanya Sick Joke kali ini adalah dengan menelaah, meneliti, memperhalusi, merinci, me apa-apa lagi lah dengan penuh detail akan Sejarah Negara sendiri diatas build up bagaimana sesebuah tamadun Manusia itu dibangunkan.. Ambe sedar bahawa Allah taala hendak kita benar-benar menyedari bahawa Manusia ini lah species yang paling Istimewa dan Manja sangat-sangat.
Kita tak adalah berperang sehebat zaman Khalifah dahulu. Tetapi kemenangan Kita dapat dari Pengorbanan, Struggle, Determination orang Melayu dahulu kepada Umat "Malaysia" hari ini.
yang kalau hendak dibanding tarakan dengan Korban Kematian..tak adalah dahsyat mana sangatpun, cuma memanglah Obvious ada Kematian sebab itulah dinamakan Korban Kematian.
Hendak kita bising tentang Struggle seperti Bosnia dahulu atau kini di Rohingya(sebenarnya orang luar negara dah kecoh sejak 3 tahun lepas dah..cuma kita baru sedar hari ni je) untuk berAgama dan Hidup sepertimana orang lain di Negara mereka.

Determination atau Kesungguhan?..Pada ambe perhati hari ni, Israel sebuah Negara Kecil yang asalnya tak ada, hingga hari ini tak dinafikan bahawa mereka sememangnya sudah berjaya disudut itu bahkan banyak lebih contribution mereka mengaut keuntungan dari Dunia hari ini.
Bahkan Jutawan-jutawan yang ada hari ni semuanya orang Yahudi.

Mu yang mengaku Melayu bising sangat pasal Yahudi itu ini disini..ada ke orang Yahudi sini? yang berfikiran macam Yahudi yang Assobiah malah hari ni kita sendiri boleh nilaikan siapa(kalau mahu) tetapi itu kah point kita?.. Hairannya orang Arab geng-geng jaga Pintu Kaabah pun tak ambil peduli bahkan lebih pentingkan Account Bank masing-masing. Negara jiran Palestine atau Afganistan pada ketika diserang dahulu, Saudi mana? Jordan mana ketika itu? Mereka pun tak ambil peduli sedangkan Bahasanya pun dah berhawa-hawa Al-Quran. Fasih malah.
Kita dengan masaalah orang jauh sana untuk nyatakan kepedulian kononnya, masaalah dalam Rumah sendiri pun tak selesai-selesai lagi hingga hari ni. Kelakar kan?

Sememanglah kepura-puraan kita yang lebih "autar" berbanding yang authentic itu adalah sangat Lucu. Kita menjulang nama Negara dengan lagu-lagu yang membohongi diri sendiri, kita belum Berjaya meskipun orang tetap menyanyi "Malaysia kita sudah berjaya"..Sukan baharu ni tak ada yang dapat Emas dan langsung tidak tersenarai dalam list top 10 tetapi investment sia-sia tlah dicurah-curahkan dengan percuma kononnya untuk kebanggaan Negara.
Nak kata apa lagi? Ini bukan hasutan tetapi inilah reality yang patut kita telan. Bahawa Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dikatakan kerja senang. T Team atau Bolasepak Terengganu yang terdiri dari kebanyakkan kawan sekolah ambe sendiri, naik lah kejap nama sebab pada satu ketika Terengganu itu kuat..Kemudian disebabkan terlampau "mabuk" dengan kejayaan yang sementara itu, prestasi merudum ketanah. Itupun maseh ada lagi controversy hendak salahkan orang lain lagi sebelum periksa diri sendiri.
Mana lebih elok sebenarnya, mengaku salah walaupun bukan salahnya untuk tujuan baiki diri atau tidak mengaku salah walaupun dirinya tahu bersalah?

Dan paling memecahperutkan adalah disebabkan hendak puaskan Hati setompok Halaqah Manusia,
sekeping tanah itu dinamakan Negara,
yang jadi hak milik orang ini atau itu sebab mereka ni Pelopor..faham ke tidak tentang istilah Hak ketika itu, entahlah..
didalam sebuah Negara yang tidak lah besar mana pun kalau hendak dibanding dengan Indonesia..
tetapi tidak la kecil sangat seperti Singapore,

yang terbelah lagi Cake Tanah-tanah itu sebagai Negeri kemudian ber Daerah, Mukim dan bermacam Kampung ada lagi wujud Parti Melayu, Cina, India yang ada Puak-puak lainnya pulok..

MLM ke apa benda ni?

..Mungkin sahaja pada andaian ambe mengenai kesan apabila kita meremehkan yang kecil, sehingga kita sendiri lupa bahawa setiap apa masaalah itu bermula dari yang sedikit aja hal nya. Tiada penyelesaian kecuali mengheret terus untuk dijadikan modal canang-canang Kebodohan sama sendiri.

Mu kata "take it easy lah, jangan over think sangat" diatas jaminan kononnya kaedah itulah menyenangkan Hidup..
Bila masa ada Mati yang senang? yang ambe nampak,
Kematian malah buat ramai orang sekeliling Payah dan Sukar untuk terima.

Seseorang yang mungkin anda pun tidak akan kenal jika tiada istilah Agama, yang kita namakan Baginda Nabi yang bernama Muhammad Bin Abdullah Pecah Kepala fikirkan masaalah "orang akan datang" iaitu kita tahu itulah kita dariantaranya.

Kita?

Samaada Artikel ini berjaya membuat anda ketawa atau tidak,
Sick Joke tetaplah Lucu didalam Satire Message, disebalik Cliche yang sangat lah Bodoh dan malah menyakitkan Jiwa. Dan yang mampu merubat Jiwa kita hanyalah kembali pada Allah taala dan ajaran Rasulullah..
Nok kata ambe Hasut mengajak orang benci Pemerintah jugok..loh gi lah wok wei.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Thursday, September 6, 2012

MASA-ALAH

masa semakin singkat..atau dalam terjemahan langsung dari pepatah bahasa orang Inggeris,
masa sedang berjalan keluar.

lalu kita bertanya, keluar ke mana? maka masa pun seperti diri kita juga iaitu akan menemui takdir iaitu "akhir"nya, sebab kita sudah puas menjamu awalnya dengan rakus sehingga lupa..
dah tu? apa kita perlu buat jika realitynya, masa memang benar singkat? kalau dahulu kita boleh makan dengan kadar relax, kini kita terpaksa berkejar-kejaran hingga kita lari terbirit-birit.

hari ini ternyata ada banyak bezanya dari dahulu(duh!), dan oleh kerana statement cheesy demikian kita perlu akur bahawa semuanya perlu diambil serious dan berjaga-jaga hingga semuapun jadi seolah-olah benda yang tidak kena dengan kita maka mentality Ikan kita yang serba Hanyir dengan Fishy atau Ragu-ragu kita kepada setiap apa yang terjadi atau sedang berlaku ataupun bakal berlaku.

Politikos atau tidak, Hidup tetap ada..oleh kerana istilah nya pun datang daripada Aristotle. Seorang manusia dari masa lampau yang terkenal di kalangan masyarakat Greek atas kewibawaannya(sebab semua disekelilingnya diketika itu amat Bodoh agaknya). 
Cuma dan Hanya oleh kerana adanya istilah Politikos yang berfungsi sebagai salah satu element penting dalam Hidup dalam membetulkan hubungan dengan rakyat, hingga hari ini ramai lah orang yang berkepentingan atau ada kepentingan(baik secara Individualism ataupun Collectivism) mengguna ulang-pakai method tersebut untuk menawan tarikan orang ramai untuk memenangi tempat agar dirinya dipercayai. 

Kesudahannya? 

Anda pembaca dan pemerhati lebihlah tahu dimana tempatnya para ahli Politikos berakhir,
kerusi empuk, meja besar berserta berkeping-keping wang yang diserahkan oleh orang ramai atau rakyat atau masyarakat untuk diuruskan.
sementara yang tidak mendapat tempat, mereka akan mencuba lagi dimasa akan datang bilamana Pilihan Raya datang lagi..dan obviously pihak manapun akan mula menunjukkan salahnya masing-masing hingga hakikat perangai berbalah prihal yang cenderung kepada hal Pribadi dari hal Pekerjaan membuatkan kita rasa;
"dia orang ni macam budak-budak ajalah"..walaupun anda mengaji apapun, pergi belajar jauh manapun jika tetap dengan sikap suka mengaibkan pihak manapun membuatkan Politikos kelihatan seperti Jenaka harian yang kita consume pada zaman kita membesar ni. Sementara kes bunuh-membunuh, tikam atau menembak, memukul atau menganiayai dengan menggunakan bidang authority pada yang membantah sememangnya sesiapapun dapat nilaikan bahawa these is way over/ ini dah melebih sangat dah..

Lalu anda bertanya pada ambe diatas justification ini, apa guna nya kita ini? yang tak berbuat apa kecuali menilai dan terus menilai? apakah kita patut terus menganjurkan kerosakkan pada Negara sendiri dengan budaya Tengok Sahaja?..ataupun wajarkah kita sokong yang membangkang pula?
kalau menurut ambe, lebih baik kita tidak perlu mengundi pun dan isytihar mogok undi sedangkan ada segelintir kelompok yang sanggup mogok lapar, mengapa tidak kali ini kita ajar mana-manapun agar tengok reality sebenar bahawa yang melantik Pemimpin bukanlah Kita tetapi Allah taala, kerana Dia lah Ya Alim lagi maha segalanya. Cukup sahajalah atas apa yang sudah diperlihatkan pada kita sepanjang zaman diatas banyak hal perihal yang sepatutnya kita pelajari.
Didalam ketika kita rasa kita dah nampak siapa pemimpin akan datang kononnya, satu hal kita lupa..iaitu tiada ruang dan peluang buat kita untuk duduk dan belajar daripada Sejarah.

Boring? 

tutup sahajalah Al-Quran dan bakar sahaja semua Hadis atau Bible atau Sutta Pitaka atau apapun barang yang mencatit apapun kerana semua itu pada dasarnya adalah daripada sesuatu yang sudah berlaku, Alamanac atau Chronology atau Theory..terserahlah diatas apapun pemahaman atau pengertian anda tetapi disebab kan mereka yang dahulu itulah adanya kita, kerana ada yang mengajar "Pakai Baju dan Seluar elok-eloklah" kita hari ini reti bergaya mengikut cara kita yang tersendiri. Ataupun sebab ada yang memerintahkan "Azan untuk beritahu semua Muslim bahawa dah masuk waktu untuk Solat" itulah hari ini kita tak diajar pun reti bahasa dan faham untuk hormati Agama orang Islam. Cina dan India di kebanyakkan tempat ambe pergi yang berAgama lain pun reti diam dan tutup radio tatkala Azan berkumandang, kita yang Melayu yang ditakdirkan Islam pula yang pasang lagu kuat-kuat atau bersembang dengan begitu lebat daripada ribut lagi malah. Dan dengan mengetahui SIAPA yang ambe maksudkan pada yang ADA yang tlah PERINTAH kan Azan tadi, tidak lain tidak bukan, Baginda Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam.

Politikos tidak merubah apapun, hanya mencipta Illusion Kebenaran kearah yang lain pada Keadaan yang lain sehingga kita berpendapat bahawa ADA PERUBAHAN sedangkan reality semuanya maseh mereput dan membusuk.
Ambe tidak boleh beritahu kepada ahli Politikos yang kini dikatakan sudah lama menjadi Penyokong Parti yang tegar selama umur Hidupnya ataupun Wakil Rakyat yang ada untuk Berubah tetapi mungkin sahaja buat anda yang membaca, mungkin inilah peluang untuk menilaikira apa ambe tlah beritahu tadi agar dibebaskan pemikiran kita dari dijajah untuk mengikuti setiap jejak yang patut dan tak patut kerana kita dah ada reference yang terbaik iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Namun demikian dengan menerima reality bahawasanya kita tak mampu "potong tangan" para pengundi semua untuk berikan masa untuk kita fikirkan kembali belaka dari Sejarah..Mengundi kini tlah menjadi suatu tindakan yang Harus kita lakukan agar berikhtiar kemudian Tawakkal kepada Allah taala yang menentukan, bukan SPR atau siapapun. Dan ambe berkata tidaklah diatas dasar sentiment Agama yang berbaur Parti Pembangkang ataupun bersifat Hypocrite, ambe berkata diatas dasar kerisauan kita kepada penghuni yang bakal meneruskan sisa Hidup kita ketika kita dah Tua Bangka dan tidak berguna nanti..Fahami bahawa keputusan kita ini mempengaruhi cara Hidup anak-cucu kita nanti oleh kerana masa hadapan kita sendiripun tlah kita bakar dengan gembira sekali. The Moral here is don't fuck with others life when you've totally fucked yours..sememangnya hodoh pada pertuturan bahasa ambe, namun tujuan ambe adalah hendak memastikan agar ia melekat di sudut Sensitivity kita pada Hidup orang lain, sungguhpun kita ada our own piece of mind..Penyudahan kepada Persoalan "Siapa Salah dan Siapa Benar?" itu sememangnya satu serial penjelajahan minda yang menarik, tetapi kalau terlampau banyak series yang berlaku memaksa atau mendesak kita untuk nilaikan belaka. Akhirnya kita sedar bahawa kita terbatas untuk memilih Justification kita sendiri. Kita naik letih kerana malas untuk menjelajah hingga berpatah arah dan buntu sendiri dalam kotak fikiran sendiri. Sedangkan kita dah dicerahkan pada keliling kehidupan kita dengan berbagai incident seolah-olah Tuhan sedang memberitahu anda bahawa "Two wrong's doesn't make one right"..kerana memang benar, Tuhan lebih benar dari segala-galanya.

Undi yang mana? itu belum penting, tetapi Kaji lah Sejarah kita sendiri serta Negara orang Lain  memandangkan Pilihan Raya kita ni pun kabur di mata, dan bermacam-macam ramalan ada yang memberi pendapat bahawa Pilihan Raya ke 13 kita ni pada November, ada yang menjangkakan ia akan diadakan Tahun depan..entah!
Pertama dalam sejarah Pilihan Raya kita yang berlaku begitu banyak penundaan tarikh.
Sejujurnya, sememangnya ambe sendiripun mengakui dengan kekecewaan ambe terhadap apa sedang berlaku..Akan tetapi dengan ruang yang diberi ini, mungkin sahaja adalah Peluang untuk kita Duduk Diam dan Belajar dari apa yang telahpun sudah mudah-mudahan itulah kehendak yang datang dariNya..

Baharu-baharu ini kita dikhabarkan dengan berita Pijak Gambar Pemimpin dan Bendera baharu, dan secara terus terangnya ambe sendiripun pernah menulis pada post sebelum ini turut mengutuk Bendera Negara sendiri disebabkan rasa kita ni ketandusan Idea untuk melambangkan Negara sendiri yang kelihatan lebih kurang aja dengan bendera USA sahaja yang diubah bintang-bintang kepada Bulan dan Bintang yang bercabang 14 sahaja. Wallahi, ambe sendiri pun tidak aware jangankan tahu dengan kes Bendera Baharu Malaysia (kerana ambe tak ada masa untuk menelaah kesemua blog yang mendokong perjuangan pembangkang atau pemerintah) sehinggalah ia disebut-sebut dan ternampak di News Feed Facebook..Itupun setelah ambe publish Post yang ambe tuju khas buat Merdeka.

Semua ini hanyalah Porak Peranda, ertikata lain dari "Propaganda". Yang agak Childish dan Pre Mature kalau diambilkira atau diambil tindakan, sebab jika kita perhatikan dinegara lain..tentangan masyarakat atau rakyat segelintir yang tidak puas hati dengan pemerintah pun buat perkara yang sama juga, poster lucah atau siaran TV bahkan dalam cartoon Simpsons pun malah ada menyindir President Obama ketika Pilihanraya mereka berlangsung.
Orang kata, "ye lah..itu negara orang..takkan nak samakan dengan negara kita ni"
maksud ambe hanyalah jangan lah jadi bodoh sangat sampai tak dapat jangka orang kita pun boleh buat begitu.
Dengan logic akal sendiripun kita boleh menilai, bahawa untuk kawal semua bahkan setiap rakyat jelata yang ada..Kita tak mungkin boleh buat. Bahkan Ibu yang mempunyai anak 13 pun tak terjaga kesemuanya dalam membahagi kaseh sayang, yang ada 8 atau 6 sedia ada pun maseh ada anak bengong yang rasa Ibunya tak sayang dia..Ayah yang tugas rutin selalunya kita lihat iaitu Rotan atau Marah jika ada anak buat hal, pasti ada anak yang terlepas dari Hukuman disebabkan terlepas pandang.

Sebagai antara penilai yang tidak bertauliah, tidak berpendidikan sarjana apapun, tidak ada achievement apapun untuk dikatakan respectable yang duduk dari jauh dan adakala berada sangat dekat dengan PM ataupun Pemimpin Pembangkang yang pernah ambe diketemukan, ambe hanya boleh katakan bahawa Keberkesanan adalah Utama sekarang.
Orang ramai dah bosan dengan Janji bermacam-macam kerana dah cukup Badi, tetapi kini lebih pentingkan jika ia benar Effective. Sebab Effective hanya hadir dari kesepakatan perlaksanaan dan analysis yang terancang.

Kalau hendak kira sensitivity aja. Dengan melihat atau dengar cerita ada orang TER jentik tahi hidung TER kena orang kita sayangi pun kita marah dan hukum; sedangkan dah jelas dua TER menunjukkan ia adalah tidak sengaja, walaupun ia adalah tabiat yang kurang baik. Atau orang yang melepas Kentut dalam Istana pun akan ditangkap sedangkan semua orangpun tidak pandai atau reti tahan Kentut kerana ia adalah perkara yang nature bukan artificial atau reka-reka..Kalau melepaskan Kentut dalam Jamban Istana pun jadi salah, are we being a nonsense in the sense we claimed ourselves a very Sensitive Leader?

Ambe sendiri adalah seorang yang sensitive pada suatu ketika dahulu, hingga semua kata-kata orang ambe ambil kira untuk disimpan dalam Hati..Hingga ambe sedar bahawa tabiat Ambil Hati ni sangatlah merosakkan diri sendiri sebelum kita mengenal orang yang berkata itu terlebih dahulu. Ambe malah menerima kesakitan yang ambe pilih sendiri agar disakiti terus Hati sendiri. 
Monolog sendiri ambe sering bertanyakan diri apakah perlukah kita react pada setiap Kata Orang?
Mungkin kita belajar banyak dari kesakitan tersebut, tetapi takkanlah semua orang kena rasai sakit yang bermacam-macam baharu ndak kata "ok lesson learned"?

Banyak Penghinaan kita terima setiap hari, sebagai contoh: anda disuruh ke Sekolah. Sedangkan anda tidak mahu bersekolah dan tidak tahu pun apa itu sekolah. Namun ada barang yang kita kunjung sedar untuk pelajari. Bahawa di sekolah kita dapat menilai kawan yang mana..walaupun babak menyedari Kawan sebenar itu akan datang tatkala anda tamat Sekolah nanti atau Dewasa nanti. Ada Hikmah dari Perintah apapun. Bahkan bekerja dan dimarah oleh Client sebab kita ada buat salah-silap, itupun satu bentuk Penghinaan yang diajar Barat bahawa ia tak adalah Hina sangat pun sebab barang berbayar. Ambe nak tanya anda, adakah berbaloi penat lelah dan korban masa anda itu dinilai dengan harga yang dirunding pada nilai yang boleh habis sekejap sahaja?
Dignity atau Maruah kita berada dihadapan Hidup tiap hari, sebagai Orang Islam kita diprovoke oleh Orang Islam sendiri yang lain akan hal yang mereka atau kita belum kunjung tahu pada Ilmu Islam. Apakah kita perlu react pada semua itu? atau perlu kita ambil Hati dan cuba ajalah Please Hati semua orang dikeliling dan membantutkan Hidup anda sendiri didalam menyedari bahawa semua itu tetaplah sementara.

Ramai orang tanya mengapa ambe menulis, berbagai Blog atau perkataan yang tlah ambe ceraikan pada Kata-kata..tetapi kita tidak pernah tertanya mengapa kita membaca walaupun kita dah tahu ia memenatkan.

Jawapannya kerana didalam suara Hati kita yang sebenar, ada berbisik halus bahawa ada Kebenaran yang kita Yakini ada didalam tiap Curiosity/ingin tahu.
dan Ingin tahu itu akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa contoh untuk dinilaikan,
sementara yang menentukan itu adalah kita sendiri.
Trial and Error atau Sebagainya..Effectiveness sememangnya ada.
dari mengaduh sakit aja, baik kita kemukakan solution.
untuk Penyelesaian..perlukan kita Akhirkan Masa kita dengan Tindakan yang Terbaik, walaupun Permulaan Masa kita tidak berbuat apa kecuali kekal dengan budaya Tengok Sahaja..

Masa dah semakin singkat, kata sesetengah penceramah.. Padahal masa itu senantiasa taat pada detiknya..tidak pernah berganjak kecuali dengan izinNya..Kita yang sibuk, kita Salahkan Masa untuk tak belajar dari perkara-perkara yang sudah berlaku iaitu Sejarah.
Al-Quran akan menjadi antara koleksi Buku Sejarah di rak buku tunjuk pandai kita,
 jikalau mereka yang tidak yakin akan Pengunaannya buat Sepanjang Zaman yang manapun.

Sememangnya banyak Pesanan dari orang terdahulu kepada kita, yang menegah kita untuk terlekat atau tersesat dalam timeline sejarah silam sendiri sebelum sampai ke zaman Rasulullah maseh bersama moyang kita, 
yang memesan bahawa janganlah terlampau asyik dengan bermimpi tiap hari dan minggu dengan tidor yang panjang seolah-olah kita ni Hidup macam Kereta Display yang hanya gunanya untuk test-drive..hendak dibeli, tak ada value..
Priority atau Keutamaan kita adalah beri tumpuan pada kalimat atau moment "Kini".

Oleh kerana itu sahajalah dapat menilaikan diri kita(yang sendiri juga akhirnya) sejauhmana  menghargai moment Dahulu, Kini dan Selamanya.

anda berMasaalah?...semua orang bermasaalah.
hanya apakah sikap kita abdi pada MASA kita untuk meng ALAH atau mengenal ALLAH hingga kunjung sedar bahawa ejaan sebenarnya adalah MASA paling ideal untuk mengadu pada ALLAH? 

Be Realistic,
on Life nor the Times given, 
don't Cheat.

Intiha Al-Kalam,
HKM

Saturday, September 1, 2012

KANTA & CHERMIN


Pujian, hanyalah dapat dibayangkan..diperayat-ayatkan atau diolahkan bermacam-macam kata pada saat berjauhan,
kita boleh menafsir kecantikkan Bunga daripada jauh, menggubah kata hingga Bunga pun mampu layu atau terbakar pada puji-pujian yang ramai.

Keburukkan, sekadar apa yang ada bersama..bila yang dekat menjadi hampir, yang hampir malah merapat untuk dimesrai. Bunga tidak lagi indah sepertimana perumpamaan bahasa, oleh kerana kehadiran Taik atau Najis yang dilapik bahasa menjadi Baja itu malah lebihlah kuat bau nya. Hinggakan hendak menulis ayat pada suasana yang demikian pun mustahil, sebab terlalu busuk baunya..

itu fasal yang pertama mengenai Perception, tidaklah berkata bahawa A adalah A walaupun bahasnya A tetaplah A.

Memang  sudah menjadi semacam kesukaan kita menghidang halwa telinga dengan kesah buruk orang lain(itu reality).. hidangkan sahaja berlauk-pauk makanan mahupun minuman bahkan sediakan sahaja sebuah Mahligai indah rupanya bertatahkan berlian dan berlantaikan permata sekalipun, kurang Syukur..Semuanya boleh jadi barang Kufur. Kalaupun pada ucapan meleret kalimah Syukur, hati belum tentu tetap atau jauh dari Takkabur. Istilah "Redha" pun bukanlah perkara yang mudah untuk di isytihar melainkan untuk simpan buat pengertian sendiri.

Jantan yang gagah, perlukan Bangkai yang banyak untuk tubuhnya yang perkasa, Daging jenis itu, Lemak jenis ini dan bahan Kimia seperti Steroid atau Morphine untuk membuatkan dirinya rasa BerTenaga atau Kebal sedangkan kesan sampingannya tetaplah membebankan serta membebalkan diri untuk berfikir lurus atau think straight.

sementara Betina yang cantik rupawan, mendahagakan bermacam Sampah untuk memerlihara Jasmani nya.. Pasir Pantai, Kulit Kerang, Tanah, Daun, Kulit Kayu ini dan itu, Akar itu dan ini, Darah Haiwan dan hingga ke hari ini..Janin pun malah menjadi semacam Alternative.

itu pula fasal yang kedua mengenai Obsession, walaupun semua pada Kenyataannya Tewas, sepertinya kita ni tidak mahu mati begitu sahaja sebaliknya mati dengan kehormatan dalam berusaha untuk sesuatu.

Sambungan kesah Jantan dan Betina akhirnya menemui cara mati yang agak memalukan,
Kalah dengan seekor Kuman didalam Tubuh, sementara Betina mampus begitu ditelan Zaman..lalu apakah bukti kita Hidup selama?
definition Selama bahkan tidak larat ditakwil oleh Ahli Fikir, kerana ia berkadar infinitive..Kesudahannya hanya kita sendiri sahaja akan ketahui dan fahami kerana kita yang bakal lalui.

Ramadhan yang lalu, apa kita belajar? Budaya orang berAgama Islam yang belajar menguasai Nafsu Keinginan Sendiri atau Budaya orang berBangsa Melayu hari ini yang tahan lapar dan dahaga sahaja?

semalam tatkala tertengok sambutan kemerdekaan Negara kita, rasa agak kecewa dengan perpecahan kita alami. Hanya kerana Ideology dan dokongan sendiri yang dirasakan lebih elok. Hubungan kita malah lebih terbatas untuk diertikan Merdeka. tak tahu lah kenapa tiba-tiba terasa macam ada persamaan di sukan Olympic baru-baru ini di England sedangkan tak adalah se grand manapun apa kita raikan kemerdekaan.
Mungkin sebab terasa maseh ada Agenda disebalik sesebuah Agenda, bukan lah Sukan Olympic itu jadi semacam acara yang Neutral, tetapi menurut sebahagian orang yang memerhati..macam ada banyak Unsur Freemasonry.

Sementara Agenda Merdeka semalam dengan laungan Slogan Merdeka kali ini agak bercelaru, sekejap laung Janji ditepati, sekejap laung 1 Malaysia, sekejap laung Malaysia Tweet! Tweet! pula..seolah-olah sangat Desperate hingga terpaksa buat cabutan bertuah dengan hadiah beratus ribu, barangkali kerana itu ajalah ramai orang datang..Obviously pada ambe walaupun ambe bukanlah orang Berpolitik. Sekadar menganalize daripada luar dan dalaman berdasarkan sumber yang terpakai. Namun dengan merasakan seperti Olympic juga perayaan semalam, tanah yang Neutral ini terpaksa di jadikan mangsa menyampaikan Sentiment atau Agenda sendiri.

Mungkin sahaja setelah Najib ini akan ada pemimpin yang Muda pula untuk mengejutkan Dunia? itu sebenarnya apa ambe harapkan dari Malaysia.
Sebab Pemimpin yang ada sekarang ni pun(maaf kata) dah makin merapu dan Nyanyuk..Dah sampai masanya mungkin orang Muda jaga orang Tua-tua mereka. Duduk diam biar yang muda teruskan dan arahkan ia ke generation yang lebih proactive.

Siapa calonnya? Wallahualam..tetapi kalau dibawa cerita dikedai kopi, ini bahkan jadi laughing stock ajalah.
Hanya ambe fikir lebih baik ada Pemimpin yang muda, boleh ditegur serta flexible walaupun mereka Pra-Matang dengan hal-hal kepemimpinan..But yet its not too late to make it right kan?..Tambahan, yang buatkan kita Matang tetaplah Pengalaman bukannya Reputation orang kata aja..Ambe serahkan pada pembaca berfikir seketika akan hal ni. dan Doa kan bersama kalau benar itulah harapan kita untuk majukan Negara yang lebih terpelajar, kritis dan optimistic..
Hanya yang maha Alim maha mengetahui akan perihal Ghaib-ghaib masa Depan nanti..

hari ini, ambe jadi sedikit malas untuk berkata apa. Kecuali menelaah kembali penulisan sendiri. Mencari Kaki sendiri untuk menendang Punggong Sendiri. Dengan izin berkata; "Kick my own Ass."

its time to pause and think as we look back and flash forward into life.

kepada anda yang dilanda kekecewaan, jangan give up untuk bersyukur.
kepada yang dilanda kegembiraan tiap masa dan ketika, please give in a little bit of the times and share it to the others who fought with their lives to survive..till today.

sementara ambe, kembali mengenal pasti apa Perception ambe,
dan apa Obsession ambe..kerana adalah mimpi buruk kepada diri yang buat semua ini kerana Obsess dengan pendapat sendiri atau Obsess dengan kehebatan diri.
Im looking for God,
for the cause that im not that Good enough..

Intiha Al-Kalam,
HKM