Tuesday, August 14, 2012

CINTA YANG BUTA


ramai orang tersilap dalam mengertikan Cinta,
kita slalu dengar dan belajar pelbagai istilah atau pepatah Cinta,
namun hanya dengan pepatah "Cinta itu Buta" buat kita jadi bodoh tak menentu arah hanya kerana satu makhluk.

tetapi bahagi mereka yang seriously in Love akan faham bahawa Cinta itu hanya khas buat yang Maha Esa dan Rasul SAHAJA. tidak perlu pun untuk berlagak Alim untuk tahu itu, hanya dengan mengenal karekter buah hati masing-masing itu kita pun tahu dan cukup masak dengan kenyataan bahawa memang penuh dengan kekecewaan sahaja, baik dari rupanya, gaya hidupnya ataupun kata-katanya..hampeh sebenarnya kalau kita tatahkan Cinta ini pada Manusia yang rawak kalau ikut dimana-manapun celah anggotanya memang ada najis, baik di mata, ada taik mata, di hujung kuku kaki pun ada semacam specimen kita panggilnya cengkam yang ada taik kuku.
fikirlah seketika, Suci dari celah mana tu Manusia hanya lah dari perjuangan sahaja, tetapi zahir ditubuh badan pun penuh dengan najis-najis.

oleh kerana tajuk kali ini adalah Cinta, eloklah kita pantulkan hal tersebut pada diri kita..dan tanyakan apakah benar diri kita ini mampu meneruskan perjuangan hidup kita seperti Muhammad bin Abdullah?
Belum dari tentunya, andai kita pergi pada kesah perjuangan sahabat-sahabat pun, kita punya contribution atas nama Cinta pun belum layak untuk dikatakan sama.

dengan mencerna semua maklumat kita perolehi dari rujukkan sahih-sahih akan sejarah-sejarah orang yang terdahulupun kita maseh jauh dari mencapai martabat Cinta, bahkan perjuangan Abdul Rahman Limbong suatu masa dahulu menentang penjajah yang cuba membawa fahaman Kafir di Terengganu pun terpaksa berhadapan dengan penjajah seorang diri, sambil disaksikan oleh ratus ribu orang tempatan yang lebih kurang macam hari ni jugalah, yang tahu tengok ajalah beramai-ramai..
itulah sumber sejarah paling dekat dengan kita untuk diambil iktibar, apa sebenarnya Cinta yang sejati? Mereka tidak seperti ambe hari ni yang tahu cakap banyak, celoteh lebih-lebih dan bermadah-madah. Hanya tahu berfikir dan melaksana.

mungkin sahaja pada tahap kita ini cuma pada kadar Nafsu sahaja, semurni atau suci manapun kita rasa perasaan itu terhadap seseorang Makhluk itu..tetaplah ada Pasang dan Surutnya.
Jangankan kata kaum ibu-ibu kita semua dalam masyarakat ni pernah atau sedang berlaku curang terhadap ayah-ayah kita, malahan datuk-nenek kita pun antara pembawa semacam penyakit itu, kita akhirnya terjebak dalam hal sama walaupun pada permukaannya boleh dikatakan "saya ok je" tetapi pada dasarnya tersangat-sangatlah ok nya.

pelbagai scenario sepanjang ambe jalani diatas titian Hidup ini, begitu juga dengan anda, apa kita tlah saksikan sememangnya akan dipersoalkan nanti dengan soalan-soalan seperti "apa yang kau tlah buat untuk bantu orang sebegitu?" atau yang patut kita bimbang sekarang adalah "apakah kau tidak memikirkannya?" yang dimana kalau anda baca Al-Quran pun, berkali-kali persoalan itu Allah taala tlah tanyakan kepada kita yang membacanya.

The least you could do is think about it, if you can do nothing about it. Oleh kerana Nabi pun pernah tinggalkan pesan kepada kita seperti:
"Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun"
menunjukkan berfikir itu sendiri adalah satu perkara yang tidak boleh kita ambil mudah.

kadangkala, dengan menggunakan kesah orang lain dapat memberi iktibar kepada kita. seperti kesah Cinta Tiga Segi yang kononnya satu masa dahulu pernah ada kaitan dengan lagu Trilogi Cinta, hingga tak pasal-pasal jadi top list download dan search di internet hanya semata-mata untuk penuhi curiosity masing-masing yang ingin tahu apakah benar banduan tu bikin lagu ini atau nyanyikan lagu ini untuk aweknya yang dibunuh hanya kerana Cinta tersebut dicurangi(duh!).. itu antara hal yang kadangkalanya, tetapi banyak masanya kita tidak perlupun guna kesah orang lain untuk belajar mengenai Cinta, bahkan dengan perhatikan Hidup kita sendiripun banyak benda yang maseh belum kita pelajari.

dahulu, ambe pernah mengertikan Cinta itu pada Pandangan Pertama ambe di permukaan Blog lama ambe, hari demi hari.. hingga hari ini, yang dipandang itu Alhamdulillahirabbil alamin tlahpun menjadi Isteri buat Hidup ambe. Hingga ambe sendiri jadi kunjung tahu bahawa Isteri ambe bukanlah Cinta, tetapi pengertian kepada Cinta. Sebab Cinta kami fahami ini tidak akan sempurna buat Rasul dan Allah sehinggalah Agama itu diamalkan sepenuhnya, terus..kepada mereka yang dah bernikah hampir berdekad tu apakah sempurna Agamanya? bertanya dan jawablah dengan kejujuran mata anda melihat, itu buat ambe sendiri berfikir untuk terus perbaiki dan terus baiki kekurangan yang ada..bukan sekadar bersandar dengan selesa pada bantal menyalahkan salah orang lain ataupun bahagia dengan menuding jari silap orang dikeliling.

tahap kami hanyalah Kaseh, sebab itu ada istilah "Kekaseh" buat Manusia. Sebab Nabi Muhammad Cinta yang amat pada Allah taala, diuji dengan bermacam-macam ujian demi sebuah pembuktian kepada kita bahawa Agungnya Cinta Allah kepada Makhluk yang memang Ikhlas mengkehendaki akanNya.
Dinaikkan Darjat Baginda sebagai Rasulullah yang Habeeballah iaitu ditafsir kepada bahasa kita, Kekaseh Allah.

"Cinta itu Buta"
itulah kalimat Agung yang membodohkan kita untuk mengertikan bahawa Cinta itu untuk Manusia yang biasa dari luarbiasa seperti Rasulullah,
yang adalah murni kalaulah kita sedia bunuh diri demi Keagungan Cinta tersebut.
yang sebenarnya adalah bodoh bila kita lah yang salah faham dari istilahnya. oleh kerana memang Cinta itu tidak menggunakan Logical untuk membahaskannya, sebab Cinta tak akan pernah selesai pada membicarakannya, ia akan buatkan penghidap demam Cinta pun Gila dan memeningkan kepala, kerana Cinta itu tidak layak untuk ditanggung oleh Akal bahkan Hati kerana tersangatlah menyeluruh rasanya..sungguhpun bermacam-macam puisi yang tertulis untuk menceritakan keAgungan Cinta tetap tidak akan jumpa penghujung nya. dan rasanya, itu bukanlah theory dari kepala otak ambe sahaja malahan ia adalah fakta yang berlaku didalam Hidup kita sendiri.

Kita akan buta, dan terus membutakan Cinta dengan menafikan "Kebetulan" atau Co incidence yang berlaku dengan menganggapnya suatu incident yang tidak disengajakan, menunjukkan Allah taala itu tidak pandai Manage Taqdir makhluk-makhluknya.walhal sejak belum adanya makhluk pun, Para Malaikat sudah diperintahkan Allah taala untuk catit segala-galanya dalam "Archives" Taqdir yang kita kini tahu ia dinamakan Lauh Mahfuz.

Kita akan kekal Buta dalam mengenal Cinta selagi Mata Hati kita tidak celik sepenuhnya. Sebab dengan mengharap Mata kita yang ada ini pun akan selalu dan sering menguji kita dengan berbagai andaian diatas pelbagai andaian, perlu berbagai persoalan untuk dijawab oleh kata-kata kita sebelum turun ke Hati.

Silap dan salah yang seringkali berlaku didalam Hidup kita semua adalah membenarkan Hati kita dimasukki oleh orang yang kita sendiripun tidak kenali,
ok, kita terpikat dengan physical seseorang yang Handsome ataupun Cantik..itu tidak menjadi salah sehinggalah kita benarkan Rupa itu memperdayakan diri kita.
Baiklah, kalau kita kata orang tu sahaja lah yang paling handsome atau Cantik di Dunia, tetapi secara fakta nya, kita sedang berbohong dan menafikan bahawa manusia lain yang bermillion-million yang terdapat di Dunia ni tidak setanding dengannya..kenyataannya memang ada yang lebih dari apa mata kasar kita diperlihatkan.

Kemudian kita pergi kepada scenario kedua terbesar yang seringkali berlaku selama ini, iaitu dari Budi Bahasa yang sengaja dan mudah bahagi kita benarkan ia masuk ke Hati.
Jangankan bahasa indah, tetapi cercaan, hinaan dan kuasa Fitnah Manusia pun malah sering buatkan hati kita ini tercalar balar lalu menjadi kecewa.
Ambe sendiri antara penghidap penyakit "suka dengar cakap orang lain" ke tahap serious ini bahkan menanggung penyakit yang bermacam-macam hingga Doctor pun mengaitkan sakit ambe kepada satu penyakit yang tidak ada ubatnya..kata Doctor lah. Hingga ambe Hidup bertahun-tahun macam Penagih Dadah yang makan ubat setiap hari hanya semata untuk rasa "semuanya baik"..Ambil langkah untuk berhenti makan ubat yang disuruh Doctor dan Hidup seperti orang lain dengan lebih baik. Ambe beritahu diri ambe sendiri, kalaulah ambe terus begini..apakah guarantee atau jaminan Doctor boleh beri untuk tetapkan kebahagiaan ambe? Bahkan majority Doctor yang adapun dah commit Hidup-Matinya dengan kerja membantu orang lain..dan amat sedikit Kebahagiaan mereka Nikmati selain dari Kerjanya.

Alhamdulillah buat Hidup ambe, ambe Bangkit dari terjebak dengan "mimpi buruk" itu.
ambe anggap kekecewaan Cinta yang ambe andai-andaikan selama ini baik pada sudut Kemasyarakatan, Persahabatan, Kerukunan, Kekeluargaan bahkan Kehidupan ambe sendiri ini semuanya tidak akan penuhi expectation sepertimana ambe sendiri kehendaki, dan fakta hanya mereka yang sendiri itu jugalah akan mengubah nasib mereka sendiri. Kita yang dikeliling mungkin sahaja boleh membantu pada kadar yang mampu, seperti menasihati, membantu atau Iqram, mengusahakan walaupun bersama selama bertahun-tahun lamanya pun tidak akan buat seseorang itu berubah..mereka akan tetap begitu jikalau mereka hendakkan begitu, sungguhpun petunjuk demi petunjuk Tuhan turunkan pada seseorang itu maseh mampu dinafikan..adalah silap kita sendiri yang menghalang Hidayah dan Hikmah pencerahan dari Allah taala..bukan orang lain.

Perubatan apapun baik yang Zahir dan Batin tetap akan memesan kita bahawa Ikhtiar kita itu adalah langkah kaki kita yang sebelah sahaja, sementara Tawwakkal itulah langkah kaki kita yang kedua.
Susah sebenarnya bahagi mereka yang menanggung penyakit Jiwa ini dibantu melainkan mereka sendiri bantu diri sendiri.

Untuk reject penampilan atau rupa, kata-kata yang belum tentu benar belaka diamalkan oleh empunya kata, ataupun gaya yang ditunjuk-tunjukkan..semua itu berbalik kepada diri sendiri untuk menjadi pelajar sepenuhmasa dalam siri pengajian Hidup ke Akhirat.

dukacitanya memaklumkan bahawa sehebatmanapun kita rasa dah achieve untuk miliki Cinta, itu hanyalah Illusion..tahap kita hanyalah sekadar Mengasehi dan membuat Pilihan.
Cinta bukan Pilihan, tetapi satu-satunya ketentuan yang tlah ditetapkan oleh sang Khaliq. Jika itulah orang nya, walaubagaimanapun kita cuba menolak Suami kita yang dah dipilih sejak 20 atau 30 tahun sebelumnya dengan mencuba hina dan keji Suami sendiri, berbalik sahajalah kepada surah An-Nur yang mengatakan bahawa Lelaki yang baik adalah untuk Perempuan yang baik, Lelaki yang jahat adalah untuk Perempuan yang jahat..
mungkin sahaja kita ini maseh tidak nampak, ataupun lupa bila kita cuba mengutuk seseorang..kita sendiri pun malahan jauh dari kesempurnaan yang baik. Bahkan baik gila setara manapun anda yang belajar Agama kesana kesini, kita lupa dan terus melupakan Hakikat kekurangan diri kita, tidak kiralah Lelaki ataupun Wanita.

maseh berkeliaran diluar sana Lelaki yang jantan yang hebat dengan pengetahuan Agama, memperbodohkan diri untuk berada dibawah kaki Perempuan pilihannya. Walaupun sudah berkali-kali Tuhan tunjukkan pilihan kita itu tidak betul, kita tetap berdegil kerana sudah tertipu dengan Rupa, Budi Bahasa yang lahir dari Harta Kata-katanya ataupun Keturunan yang banyak kaitan dengan Gaya Hidupnya, semua itu pada kenyataannya akan tetap binasa..Kecuali Agama.
Kerana itulah Rasulullah menyeru Umatnya membuat pilihan yang bijaksana,
samaada memilihnya diatas Rupa sahaja, atau Harta Bahasanya sahaja, atau Keturunan/Gaya Hidup?
namun Baginda menyarankan bahawa pilihan Agamalah yang sebaiknya..
Itupun kalau masing-masing bersedia untuk berubah kepada arah yang berguna, bukan untuk tegakkan salah itu sebelah pihak walaupun jelas dan terangnya salah kerana Tuhan anda cumalah Ego sahaja.

ambe bukanlah pakar Cinta, namun itu sahajalah daripada pengetahuan ambe perolehi dari guru-guru yang pernah ambe pelajari. ini sekadar kesimpulan dari ambe, hanya untuk cuba setidaknyapun ubah perception kita pada Cinta.
Tiada Cinta yang akan bertepuk sebelah tangan jikalau dari mula Cinta kita untuk Allah dan Rasulullah. Tiada Cinta yang Buta jikalau Mata Hati kita sudah daripada terang menyaksikan nilai-nilai Cinta yang Tuhan tlah turunkan kepada kita untuk terus belajar dan pelajari dari segala "Co-incidences" yang berlaku.

Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita, hanya kita aja kadang cuba menafikan. Kita kuat dengan keputusan kita kerana kita fikir Allah tidak tahu apa kita mahukan..bila berlaku sesuatu tidak kena, kita pula persoalkan pada Tuhan, "kenapa aku yang dikenakan nasib begini?" dengan Bodohnya..
kalau tidak Bodoh, kenapa Nabi suruh kita beristiqarah?

hanya untuk memastikan dan meyakinkan kita..keluarga mungkin akan cuba lawan kita tetapi satu ketika terpaksa akur dan berpura-pura setuju, sebab bimbang diri kita ni tak mampu guna Mata Kepala dengan sepatutnya hingga memilih untuk binasakan diri sendiri.

Pilihan anda tetaplah Risiko anda sendiri akan ambil.
persoalannya, apakah kita akan susahkan keluarga kita lagi setelah Pilihan yang dah tentunya menempah Risiko itu kita ambil dengan mudah?

amat sedih dan mengecewakan, bila Cinta kita letak pada Manusia itu kita dewa-dewakannya..
Hingga kita yang sakit tenat terlantar dengan jiwa tidak tenang itu pun tidak sedar, siapakah yang menjaga kita selama ini?
malah ada (dimata ambe yang pernah menjadi saksi) juga anak yang biadab memarahi orang Tuanya atau mengguna orang Tuanya untuk bolehkan Hajat sendiri itu sampai. Sebijik macam Budak-budak..
ataupun para Isteri yang maseh lagi kekal dengan perangai buruk dahulunya atau cuba buat berbagai masaalah hanya untuk dapatkan perhatian Suami..sebabnya dah di duakan atau ditigakan, salah silap sendiri menjadi semakin lupa. Yang dihidupi adalah api-api hasad dengki yang dalam sedar atau tidak, kita merosakkan dan membuka pekung keluarga kita sendiri pada orang ramai dari tidak tahu jadi tahu.

mungkin dari kata mereka, mudahlah untuk ambe cakap begitu, ambe ni tidak tahu menahu bagaimana rasanya..Habis tu, apa berlaku pada kita sebelum ni yang mudah dimanipulate oleh orang?
dan yang paling mengecewakan adalah soal SIAPA sebenarnya yang membangkitkan kita dari sakit itu? dan MENGAPA kita diuji sehebat itu bila menginginkan CINTA dari Tuhan..
Allah sebagai Ya-Wadud(yang maha MenCintai) atau Ya-Raheem(yang maha Mengasehi), boleh je beri pada kita apa kita kehendaki..bila kita dah mula rasa elok sebab Tuhan perkenan apa kita minta tiba-tiba berimaginasi dengan rasa Hero/Heroine nya kita.

Kemudian kita yang rasa amat berbisa dan suci murni nya rasa Tuhan layak terima Cinta kita, tetapi kenyataannya Tuhan tidak perlupun Cinta kita, cukup sahaja Rasulullah sebagai Muttakabir Nya..kita yang biasa-biasa ni disuruh ikut titah Baginda yang Habeeb Allah pun banyak degil dari taatnya.
Tambahan untuk memberi wake up call kepada diri sendiri juga pembaca, Cinta kita ada inipun bukannya MAHAL dan SPECIAL sangat pun kalau setakat diri kita yang mengaku Cinta sana sini banyak mengecewakan orang lain, jangankan DiriNya...Tuhan suruh kita buat kerja Ikhlas pun kita(termasuklah ambe) sampai hari ni pun maseh dalam mode menuntut balasan demi balasan, kita langsung tak ada rasa Syukur dengan Nikmat yang tlah tersedia ada. melainkan terus belajar dan terus membuka Fikir kita untuk menerima Fikir orang lain untuk dinilaikan sendiri. Jadi peringatan..hinggalah Tua.

Bukalah Mata Hati anda dengan tawaddhuk hina diri, ambe yakin Hidup kita akan nampak dengan lebih terang bahawa Hidup perkahwinan ini bukan lagi untuk ambe seorang diri lagi. Tetapi demi seseorang yang ambe memang Suka, Sayang dan Kaseh..dialah Rasulullah.

sedangkan orang Buta pun Cinta Agama Rasulullah. Buktinya mereka berusaha meneruskan Hidup dengan Kadar mereka dan bersyukur dengan kemurahan Allah, apa adapun..kita yang celik ni, Hijabkan lagi Mata Hati sendiri.

dan kerana Rasulullah sahajalah ambe teruskan hidup menyayangi Isteri ambe dengan penuh Kehormatan. Kepada anda yang mengikuti kesah ambe pada Blog sebelum ini iaitu bermula dari Apikalam-Bilek Tidor, ambe harap sudah jelaslah daripada mata yang membaca semuanya ini kenapa ambe maksudkan Cinta itu Buta, sebab Allah memberi penyaksian demikian kepada orang yang tidak ambe kenali menjadi kenal, hanya diatas incident Pandangan Pertama dahulu.
Purely, tiada interaksi apapun dari ambe kepadanya..hinggalah pertemuan itu diatur hanya dari berkat Kesabaran selama 3 Bulan lamanya berdiam diri dan cuba melarikan diri dari Cinta.

Hingga bernikah, dan kami saling mengetahui bahawa ini hanyalah 1st step kepada Cinta yang Hakiki.
walaupun sukar berada dikeliling masyarakat yang payah terima Sunnah Keluarga Nabi, Bi iznillah kami cuba usaha dan tidak berhenti belajar apapun yang menunggu dan tlah ditetapkan Allah di masa akan datang.


malangnya maseh ada yang keras meminta-minta Cinta dan Kaseh dari Allah taala,
kau ingat MURAH ke? atau kau ingat semua tu akan berlaku macam dalam Movie atau Drama Swasta belaka ke? give me a break..
kalaulah dah tahu MAHAL, earn it dengan Doa dan Usaha/Usaha dan Doa terus menerus..
and stop being a pathetic!
because i've been that before.


Intiha Al-Kalam
HKM