Saturday, August 25, 2012

INTELEK & BARANG SPELEK

Arguements adalah situation yang dicipta untuk golongan Intellectual.
Adalah khabar gembira pada kita semua bahawa untuk menjadi Intellect itu tiada persyaratan apapun kecuali Menyerah. Kerana tidak dinafikan bahkan orang yang Gila terputus wayar Akal nya pun lebih effective dalam mengutarakan contoh atau mitsal yang Out of the Box atau yang lari dari Predictablility kita yang mungkin pernah atau belum lagi berkongsi train of toughts yang sama.

Sebelum kita ke pada arah memahami orang yang kita tidak akan kunjung kenali seperti orang Gila, fahami secara theory bahawa orang Gila akan menjadi Gila kerana ia memerlukan Sebab untuk Hidup yang ia sanggup pergi kehujung pengetahuan untuk memburunya walau apapun tekanan atau risiko yang dikenakan padanya. Pada situation seumpama itu, orang yang normal seperti kitapun maseh sama, semua mengejar Sebab dan perlukan Sebab yang Sahih untuk capai sesuatu..yang sangat Obvious adalah perihal Cinta. yang tak tertampung dek Akal untuk tafsirkan kerana betapa banyaknya tafsiran orang-orang yang dah lalu sebelum kita memberi kan pandangan mereka yang sudah hadapi sendiri.
mengelirukan, mengusutkan dan mencelarukan hingga Akal pun kadangkala tidak bersetuju dengan Hati kita yang menanggung rasa yang berbagai-bagai.

Sementara dalam pemerhatian ambe sendiri mengenali orang Gila, kegilaan itu bukanlah suatu perkara yang mewajibkan kita pada melawan Normality Kehidupan, sebab definiton "Normal" itupun ditetapkan oleh orang juga. Bahawa orang yang Normal perlu bercelana dan berbaju, bertutur bahasa sama, berbudaya yang lebih kurang sama, berfikir lebih kurang sama dan sebagainya yang menjurus ke arah sama. Di tahap inilah keperluan seseorang yang Matang berfikiran mula mencari Agama, kerana Agama apapun kalau kita teliti dengan elok cuba memadukan Reality dan Fantasy. Sesuatu yang dianggap karut kerana ia Fantasy sebab kita tidak pernah tengok rupa paras Syurga sedangkan Reality nya kita merasai Nikmat yang berbagai-bagai datang dari perkara yang sangat simple seumpama membuang Air Besar, ternyata ada Nikmat nya yang tersendiri walaupun ada kesakitan ke apa ke, tetaplah Rasa Lega yang didatangi setelah berjaya membuangnya-kan?

Cerita mengenai Pahala dan Dosa yang dikumpul untuk menuju Syurga atau Neraka pun tidak akan pernah terlesai.. Sedangkan cerita Rugi dan Untung Harta berbentuk Duit yang dihimpun untuk mencapai kehidupan yang Kaya atau Muflis pun tidak habis-habis dibahaskan di dataran Dunia ini.
Akhirnya mereka yang dah capai point kesedaran, mereka tidak mengharapkan Balasan apapun kecuali berlaku Ikhlas, kerana Agama ajar kita menjadi orang yang Ikhlas berbuat apa sahaja tanpa memohon balasan kecuali dibiarkan diuji dan terus diuji hingga ke akhirnya, kerana itulah rahasia menjadi orang yang Berjaya seumpama Rasulullah yang tidak Obsessed dengan Kesucian(seperti sesetengah kita yang ralit dengan Syok sendiri) bahkan hanya buat dan terus berbuat "lillahitaala" kerana Allah taala.
Sementara yang terasa dah Ikhlas, mereka atau kita sendiri mula menuntut sesuatu berdasarkan Expectation kita sendiri sahaja. Dan yang paling menakutkan adalah mereka cuba menolak dan menafikan bahawa mereka maseh Ikhlas, padahal Kejujuran menyimpan Ikhlas itu ternyata tidak transparent sebaliknya bersifat seolah-olah Munafik/Pembohong kepada diri dan Tuhan dengan memberi bermacam-macam alasan yang bermula dengan "ye lah" dan disambung dengan kalimat "tapi".

Berapa ramai Orang Gila yang tlah Inspire kita dalam Hidup?
yang sanggup jadi Bodoh pada Kenormalan Hidup yang berjaya sedikit sebanyak dengan Izin Allah bahawa mereka dah achieve sesuatu yang disangka unachievable. Albert Einstein seumpamanya seorang pesakit Dyslexia yang tegar dibuang University kerana pemikirannya tidak mampu ditampung oleh sebuah "pusat Ilmu", berapa banyak Munafaat kita dapati hari ini berdasarkan pengetahuan yang disalurkan kepadanya?..bahkan Nabi Muhammad sendiri yang Buta Huruf mampu memberi munafaat kepada kita hingga hari ini dan ajar manusia yang Celik Huruf membaca karya AgungNya iaitulah Al-Quran.
Sebenarnya Orang Gila itu bukanlah satu darjah kehinaan menurut Tuhan bahkan golongan ini tlah dibayar semacam imbuhan Syurga yang menantinya di Akhirat kerana Kifarah atau Sesi Pembuangan Dosa itu tlahpun berjalan hanya dengan caci-maki, hinaan yang datang dari orang Normal seperti kita yang maseh punya Akal yang belum terputus, atau dipulaukan kerana kekotoran mereka yang zahir baik dari pakaian atau perkataan atau perbuatan..Menghadam semua ini, ambe sendiri yang memerhatikan Orang Gila yang disangka orang ramai ini nyata lebih memberikan contoh pengabdian yang lebih berguna buat yang mampu berfikir, kerana kekotoran dan kebusukkan mereka pakaikan adalah Symbolic kepada kita yang perasan Suci, tetapi dalaman kita teramatlah jijik nya yang kita simpan.

Najis itu bukan sahaja berada di dalam Perut, tetapi berkebolehan untuk berada dimana-mana sahaja seperti di liang rongga kulit kita, bahkan terjaga dari tidor pun kita akan dapati ada taik mata, atau air liur basi yang datang dari air perut busuk kita, atau taik telinga-hidung bahkan dicelah-celahan gigi pun ada walaupun kita memberusnya dengan clorox sekalipun. Daki-daki dicelah lipatan badan kita atau terselit di kuku-kuku kita bahkan menawarkan bau-bauan yang sangat exquisite.
Dan bila kita merenung dalam sedikit jasad kita, lemak-lemak yang menyalut tubuh kita atau darah yang mengalir diseluruh anggota pun tidak kurangnya Agama Islam mengatakan bahawa ianya Najis.
Kita seolah-olah sebuah bag Najis yang membawa mayat yang Hidup kesini kemari tanpa ada haluan, kecuali tujuan yang singkat. Yang kita kejar adalah apa yang orang-orang lain kata kena buat, kemudian kita yang buat, orang lain ada itu kita hendakkan yang itu juga. Kehidupan yang sama seperti Binatang yang Hidup bergantung pada persekitaran, yang Ulama Tarekat meletakkan tahap Roh yang Jasmaniah..sedangkan Roh kita mampu dibersihkan dengan amalan cara Hidup yang Islamik menurut Sunnah.

Sunnah bernasihat hari ni pun maseh ada yang menjadi geli, sebabnya dengan memerhati luaran Manusia yang Hina itu..atau merasa buruk sangka itu lebih baik daripada berbaik sangka sahaja dalam memantapkan Habluminannas/Hubungan sesama Manusia kita. Sunnah bertutur pun adakalanya dianggap sarcasm sedangkan ambe sekadar bercakap aja, yang mengambil tanggapan perli atau sindir tu siapa?  Namun itulah rencana Tuhan dalam Hidup ambe duduki sendiri, mengecewakan kerana yang sering mendoakan yang tidak baik itu adalah datang dari kalangan yang ambe Muliakan dan angkat Darjat dalam Hati ambe sebagai orang yang penting. Tiada mereka tiada lah ambe. Dan tugas mencanang kesah ambe bukanlah untuk meraih sympathy dari pembaca tetapi AMBIL PENGAJARAN dari apa anda baca. Fikirkan ajalah yang mampu di Akal Budak mampu fikirkan, daripada menulis berbuku-buku dan bazir masa di Kitab Digital ini, adapun lebih baik ambe pergi main game online atau buat perkara yang lebih bermunasabah dari bercakap seorang diri di Dinding Puteh ini.

Yang ambe bukanlah datang dari golongan Intellect, sebab itulah berbalah itu bukanlah profession ambe. Ambe lebih suka memberi pandangan ambe yang ambe tahu dan faham sahaja tetapi ambe tidak pernah memaksa sesiapapun untuk berfikir sebutir seperti ambe fikirkan. Ilmu Allah begitulah luas, walaupun ambe dah kemana sahaja konon ndak menimba Ilmu, tetapi balik dikampung halaman ambe di Terengganu, di bilek tidor pun lebih dari mampu menerima Ilmu apapun dengan Deep Thinking memerhati apapun. Ini bukanlah riak atau perasan bagus, tetapi reality yang siapapun boleh capai jikalau mereka bersungguh.

ada sahabat ambe membela Ikan, dan sangat menyukai Ikan, dan hingga sanggup menghabiskan wang kerja nya berjam-jam untuk membina semacam Aquarium dirumah dengan berbagai kecanggihan hari ini untuk punyai "Lautan" di bilek tidornya. Katanya disetiap hari pulang dari kerja, stress nya dapat disejukkan dengan memerhati balang kaca yang diisi Ikan air masin yang dirinya bela, beri makan dan bersihkan. Kalau kata kerja membela Ikan itu dapat menjiwai Ketuhanan, boleh jadi juga kerana seolah-olah Ikan itu berharap bahawa yang membela nya itu beri makan dan bersihkan habitatnya..Kalau kita yang bujang tinggalkan atau lupa dengan tanggungjawab itu, Ikan-ikan itu akan mati kerana sebab-sebab yang munasabah seperti tidak beri makan, kawal suhu dan bersihkan filter air nya. Dihujung rasa betapa "Tuhan" nya lah aku ni, kita sedar bahawa Ikan itupun bukan ciptaan tangan kita sendiri, atau balang kaca yang besar atau hebatmanapun binaan sendiri itupun maseh belum layak dikatakan ciptaan kita, semua berunsur dari kejadian yang Allah hu rabbil alamin jadikan...Tanah, Air, Angin dan Api, anda kurang satu..musnah semuanya.

Bercakap mengenai prihal Ikan, ambe banyak menemukan golongan yang bermentality Ikan ini, yang sangat sempit dan cemas adakalanya. Bila diletakkan sesuatu Kebenaran didalam pengetahuannya, ia cemas dan lari..Kononnya dengan lari itulah solutionnya. Tetapi kalaulah anda itu sejenis Ikan laga yang rasa hebat dengan keperkasaan dan kekuatan anda, anda maseh tewas dengan perjudian Manusia yang suka lagakan anda dan yang lain, bahkan sebelum bertarungpun kita dah tewas dengan terbelenggu dan terperangkap didalam balang botol yang kecil sebesar botol Ho Ho Horlicks!

atau kita ni dah rasa macam Ikan emas yang paling cun dari Ikan lain, diminati dan digilai oleh kalangan yang lain tetapi tiada munafaat apapun yang didapati kerana Isi nya pun tak sedap langsung.

take note, bahawa Binatang atau kehidupan di Dunia lain semua Guru Kehidupan kepada kita,
Allah taala mencipta apapun barang bukan sebab Kebetulan tetapi adalah Kebenaran untuk kita sedia hadam bahawa tahap kemanusiaan kitapun belum lagi tercapai.

yang kita tahu adalah berlaku Fishy atau Curiga dengan apapun kejadian yang dah terjadi, bila perkara tidak lewat pada expectation kita aja kita mula skeptikal dengan yang keliling,
and you call that's Life? sedangkan tanpa orang keliling andapun, anda belum tentu kenal Hidup yang senantiasa berupa Reality dan sebaliknya terlalu berkhayal dengan Fantasy andaian sendiri.

Keluarlah dari kelompok Intellectual kerana kita ni semua sebenarnya yang dikatakan,
Barang Spelek(bahasa Ganu yang bermaksud Barang Buangan).
Jasad ni, Najis belaka..jangan tanya ambe apa benda ambe boleh beri mu sedangkan mu belum lagi bertanya pada diri sendiri,
apa benda yang sebenar-benarnya yang mu boleh offer dengan Tuhan?

mu duk kata orang Gila itu Gila sedangkan orang Gila pun tak tahu bahawa dia Gila,
itu panduan buat kita akan makna Kesucian dan Orang Suci.
Gila cuma accusations atau tuduhan atau andaian Akal sebesar Ikan Bilis kita aja, bukan sesuatu yang fakta pun walaupun Institute Gila manapun boleh sahkan Gila itu bagaimana.

kalau semua itu tipu, ambe tak pernah suruh pun anda percaya. tetapi Yakinlah dengan apa yang tlah kita lalui sebagai peringatan bahawa Allah taala sebenarnya sayang sangat pada kita..demikian perhatikan sahaja lah pada petanda dan petunjuk dari Hidup kita dengan menganggap semuanya itu bukan Kebetulan walaupun orang kata itu penuh Conspiracy ke apa ke, yang penting kita jumpa Solution dari Problem maka kita lebih Progressive dalam berusaha terus menerus iaitu Istiqamah.
sebab itulah Dia sanggup korbankan Insan paling special untuk pernah bersama kita, bantu kita..bahkan dikorbankan untuk jadi subject Hina paling Maximum.
Kalau mu boleh terasa dengan kata orang sedikit, Tuhan bahkan lebih maha terasa dengan apa yang kita cakap dan ejek-ejekkan dari ayat-ayat KekasehNya.

Intiha Al-Kalam,
HKM