Monday, August 20, 2012

PUAS HATI?


Sudah hampir lebih kurang setengah tahun ambe korbankan diri dari bergiat bersama Dendang Anak,
adapun para sahabat ambe pernah berkirim pesan mengatakan betapa rindunya saat bersama,
ambe sendiri memang rindu..Alangkah Room Mate Hostel pun boleh rasa rindu walaupun cuma duduk setahun dua aja, jangankan pula 7 Tahun!

dan reality hari ini ambe dengan menjadi antara Penonton atau Penyaksi akan "Miracles" Dendang Anak begitu kagum dengan perjuangan mereka, sungguhpun hanya dikenali sebagai Kumpulan Musisi pada Masyarakat Umum..
Pendirian ambe dari dahulu hingga hari ini tidak sekalipun menafikan bahawa Dendang Anak ini lebih daripada sekadar Hiburan..

oleh kerana banyak penyaksian daripada ambe dapati ketika 7 tahun sebelum ini berkhidmat bersama, begitu banyaklah usaha mereka dalam menjadi sebagai sebuah kumpulan yang kecil, cuba menyatukan atau mengembalikan orang kita agar menghargai perjuangan orang Melayu dahulu,

yang sememangnya adalah "Kota" pada Agama.

dan hingga hari ini, begitu ramainyalah sudah para Pelapis Muda Dendang Anak dari Pekanbaru & Padangpanjang dari Indonesia, Melaka, Selangor, Perak dan Terengganu. yang sangat diharapkan dan diusahakan agar menjadi penerus usaha menyambung pesanan dan wasiat Nabi.
Solat dan Umat.
Umat untuk diajak menunaikan Solat,
dan Solat sendiri untuk menyatukan Umat kembali berjemaah.

sebenarnya sejak controversy atau kejutan ambe menggunting rambut yang panjang kepada pendek terus pada akhir bulan 12 lalu tlah banyak menimbulkan prasangka kepada ambe,
bahagi mereka yang kenal ambe yang Ku Bad dari Dendang Anak,
mereka seringkali akan ajukan soalan seperti;
"Kenapa tidak lagi bersama DA?, ada benda tak kena ke?"
atau
"ke.. sebab Kahwin?"
 atau
"ada main hati/masaalah dengan ahli DA ke?"

dan bermacam-macam lah laginya ambe dipersoalkan, selalunya ambe akan senyum dan diam sahaja ataupun kadangkala ketawa ajalah untuk membaluti hal sebenar.

Hal sebenar nya pun tidaklah terlalu complicated pun, takkanlah kerana nak Kahwin ini jadi semua berhenti..Hasrat ambe untuk menggunting rambut itu bahkan ada sejak berbulan-bulan sebelum ambe berjumpa dengan Isteri ambe lagi malah, dan tiada pun sepanjang bergiat bersama DA mensyaratkan bahawa SEMUA ahli itu WAJIB berambut panjang, tetapi ia adalah optional..Pilihan masing-masing, oleh kerana DA yakin bahawa itu adalah antara Sunnah Jibliyyah Nabi dari petikan Hadis yang mengatakan Rambut Nabi itu menyentuh bahu, dan tidaklah mengatakan berapa panjang secara amnya.
jadi, secara terang dan jelasnya..Memotong rambut itu hanya datang dari diri ambe sendiri yang fikirnya hendak memudahkan perkahwinan ambe, dan tidaklah memenatkan mertua atau ipar ambe semua jenuh menjawab issue rambut tersebut.

Rambut akan Tumbuh, dan juga akan Gugur suatu masa nanti. Bahagi ambe, it's not a big deal to relate the hair issue to say that i quitted or hated Dendang Anak at all. Tidak sama sekali membuktikan apapun kecuali tujuan sahaja.

Namun demikianlah apa yang tlah berlaku, ambe tidak salahkan siapapun yang menyangka sebaliknya ambe sering menyalahkan diri ambe kerana ambe tidak reti untuk memberi penerangan yang memuaskan hati setiap yang bertanya. Demikian ambe cuba menulis sebaikmungkin.

Kalaupun sebab ambe berkahwin itu jadi halangan untuk ambe terus bersama DA, itupun kurang lah daripada tepatnya. Sebabnya, memang majority antara ahli DA yang tlah berkahwin dan bahkan beranak pinak lagi bergiat pergi menghadiri jemputan persembahan dimana-mana sahaja. Alhamdulillah dari pandangan ambe, semuanya maseh tetap bersama..tak ada sebarang halangan untuk mengatakan bahawa berkahwin aja kena stop DA dengan segera..jadi jelaslah bahawa itupun bukanlah alasan ambe pun untuk berhenti dengan DA.

dan sepanjang bersama atau setelah berjauhan hari ini,
ambe dapati banyak soalan bodoh lebih daripada soalan yang cerdik sedikit dari budak-budak, bahkan bila ambe ingat kembali, tiadapun soalan yang berguna untuk membenarkan Akal kita ruang untuk berfikir sedalam-dalamnya,
yang selalunya orang akan tanya, "Bila Album nak keluar?" "Nak cari mana lagu?" "Liriknya dimana boleh dapat?"

maaf, tetapi inilah FAQ atau Soalan yang selalu di tanya..sebab dahulu, ambe memang diberi kepercayaan untuk jaga bahagian Myspace, Facebook dan Q&A Kumpulan Dendang Anak.

oleh sebab ambe selalu fikir bahawa yang menjawab soalan ditanya itu adalah Wakil semua DA, maka jawapannya ambe selalu lah Copy-Paste aja dari soalan sebelumnya. Tetapi kan, kalau kita ni jenis fikir betul-betul..Kita akan tanya ke soalan ini untuk penuhi Interest kita sahaja? dan kalau iya sekalipun buat yang baharu tahu atau kenal kemudian dah periksa Myspace,Facebook, Blog, Youtube atau Website DA itu sendiri dan mendapati tiada katanama "ALBUM", atau baca keseluruhan isi page dah terang-teranglah Album belum keluar secara Rasmi, dan kalau tak ada Album, dah tentulah Cari Lagu DA itu di mana ada ajalah, ataupun pergi ke tempat persembahan yang DA akan beraksi untuk mendengarnya.
Sememangnya, dah bertahun-tahun DA hendak buat Album, tetapi seringkali Budget untuk menghasilkan lagu-lagu DA memerlukan kepakaran yang tidak banyak ada di Negara ini, composer, technician, mixer, engineer yang benar-benar faham akan jenis lagu DA sememangnya boleh ambe katakan bukan menjurus kepada genre Asli sahaja, atau Dikir, maksud ambe tidaklah specific kerana DA adalah keseluruhan dari apa adanya..

Apapun, itu menurut pandangan ambe sahajalah, yang menilaikan sejak mula bersama hingga hari ini. Tetapi yang pahit selalunya perlu ambe telan adalah orang yang buat-buat minat tetapi bukannya minat, yang sekadar habis persembahan tunjuk jari best sahaja kemudian bukannya faham apa yang cuba disampaikan. Walhal penghargaan terhadap satu karya seni itu bukan setakat itu, kita minat Westlife sebagai Contohlah, kita sanggup cari lirik atau dengar betul-betul dan salin semula lirik hingga semua sejarah ahli Westlife pun kita ambil peduli.
Sementara DA, bukanlah popularity yang jadi matlamat. Tetapi sering diingatkan adalah Pesanan itu sahaja. Kalau duk laung Sejarah Melayu, berapa ramai pendengar yang peduli dan ingin balik membelek sejarah bangsa sendiri dan cuba mengetahui apakah intention Tuhan menciptakan Bangsa itu?
yang ada selalunya peristiwa 13 Mei sahajalah yang sering ambe dengar melalui perbualan-perbualan orang yang mula ada interest atau dah lama bangga dengan bangsa Mutaakhir ini, atau keramat Hang Tuah sampai gitu gini lah dia, sementara Sejarah para Waliullah yang Melayu berusaha dan berperang untuk pertahankan Agama berapa kerat sahajalah yang tahu?

berbalik pada permulaan ambe katakan tadi (jika terlupa),
bukankah Bangsa ini sebenarnya Kota pada Agama?

dan kembali pada soalan-soalan cerdik dan berguna untuk kita tanyakan seperti;
"mengapa DA maseh survive hingga hari ini walaupun terdapat banyak masaalah yang mereka hadapi?"

dan jawapan ambe adalah sangat Mudah,
kerana Pertolongan Allah itu sangat Hebat pada yang dianiayai.

Bayangkan, disuatu masa dahulu ketika ambe bersama DA di Indonesia yang dimana wang begitu suntuk untuk kami pulang ke Malaysia(oleh kerana jumlah kami keseluruhan memang 25 orang walau dimana-manapun kami pergi hadirkan diri).
Setelah berikhtiar dan Solat Hajat bersama, keesokkannya bantuan dari pihak yang kami sendiripun tidak jangka untuk bantu itu datang beri pertolongan, lantas kami senantiasa bersangka dan cukup yakin walaupun kadangkalanya ada rasa sedikit ragu dengan keajaiban, Allah taala senantiasa mengagalkan andaian kita atau prasaan kita yang sering berbolak-balik.

ini antara "miracles" yang ambe sendiri saksikan, dan sebenarnya lebih banyak lagi dari itu untuk ambe kesahkan..tetapi bukanlah tujuan ambe beritakan ini untuk Paksa anda untuk terima fikir ambe sebulat-bulat,
kita ni semua datang dari banyak cabang kehidupan yang lahir di keadaan yang cukup berbeza, tetapi setiap aliran berlainan kita ambil suatu masa tetap lah kita akan ditemukan.
macam makan lah juga,
lain orang, lain seleranya, tetapi tujuannya sama sahaja..untuk mengecap Nikmat dan Keberkatan dari Rezeki yang dihidangkan, baik ianya Halal ataupun Haram, Nikmat tetap ada, hanya Keberkatan itu tidak akan disetujui oleh yang jelas Haram.

Kalaulah Simpanan Otak kita ini berlainan input, tujuannya tetaplah sama iaitu untuk berfikir mengenai sesuatu, buat pertimbangan dan membuat pilihan untuk terima atau tidak.
Tujuan ambe mengesahkan kepada anda mengenai Kumpulan Hebat ini bukanlah untuk anda setuju dengan kata-kata ambe, tetapi buat pertimbangan sendiri dan berfikirlah sejenak. Apakah DA itu sama dengan kumpulan Nasyid lain yang mendendangkan lagu keTuhanan? Merekapun menyanyikan lagu-lagu Kebangsaan yang mungkin ada relative dengan M.Nasir..tetapi adakah sekumpulan pemuzik yang perlu seramai 18 orang paling kurang ini wujud di Malaysia atau Asia ini yang cuba menggabungkan kedua-dua Element Hidup ini iaitu Agama dan Bangsa?

Maseh belum ada atau dah ada, Wallahualam. Setahu ambe, Dendang Anaklah satu-satunya.

Menurut perkiraan ambe, Wujud Dendang Anak yang anda lihat hari ini, dah 15 tahun usianya bahkan!
dan mereka bermula di Terengganu, merantau disana sini hinggalah sepertimana anda lihat di Wikipedia Kumpulan Dendang Anak yang ambe pernah selenggarakan dahulu buat pengetahuan anda semua.
Bahkan Blog bertajuk: Kumpulan Dendang Anak dahulupun ambe pernah karangkan Journal mereka, dan ambe berhenti menulis kerana ambe yakin pasti akan ada sang Pencatit yang lebih elok dari ambe lagi untuk menerangkan kepada anda.

Sebenarnya, memang ambe sangat sayangkan Dendang Anak. Sungguhpun ramai cuba menafikan, ambe tak kesahlah, kerana ambe ada Keyakinan ambe buat DA dan perjalanan ambe ambil ini, yang sengaja menghumban diri ke alam lain ini pada usia yang maseh Muda ini.
Buat para pemimpi ambe yang sering membaca garapan ambe dari Apikalam hingga BANGKIT, ambe selalu dah khabarkan bagaimana takutnya ambe dengan alam perkahwinan ini. Maka untuk jadi lebih berani adalah dengan menghadapi ketakutan itu sendiri. Risiko tetaplah Risiko, Hidup diselubungi Takut sahaja, apapun tak mampu dilakukan.
Cukup-cukup ajalah ambe berburuksangka dengan Allah taala yang senantiasa memberi jaminan pada tiap-tiap makhluknya, tiba lah masanya ambe berjalan untuk keyakinan diri ambe agar boleh lah satu hari itu nanti jadi "alat" untuk faedah Agama. Hanya buat kali ini, pada usia sebegini..ambe maseh ada banyak perkara perlu ambe belajar, yang bukannya di College yang sangat kecil itu tetapi Hidup dan Mati.

Untuk kali terakhir dari ambe dalam issue Dendang Anak dan Ku Bad ini, ambe semadikan bersamanya. Ambe anggap itu suatu keputusan yang sudah ambe ambil, dan ambe tidak perlu apapun alasan untuk menjawab soalan bodoh atau cerdik yang bertanya mengenai ambe dan DA.

kerana di Hati ambe yang pemegang rahasia sebenarnya digenggam oleh Allah yang maha mengetahui itu akan beritahu pada anda bahawa DENDANG ANAK itu ada,
dan ambe adalah penyokongnya yang no 1 dari semua yang adanya.
Kerana buat sahabat-sahabat seperjuangan ambe dalam DA, mereka sedar atas bukti-bukti yang tlah ambe lakukan serta laksanakan hingga antara Matlamat ambe untuk sambung kembali pertalian Negara Malaysia dan Indonesia itu sudah sampai pada qadar mana ambe mampu usahakan(pada usia sebegini) dan mereka cukup faham betapa Sayangnya ambe kepada DA.
Jadi, kepada yang belum pernah bersama dan berada diatas pentas, tidak kiralah membuat persembahan di kenduri kahwin, di tepi jalanan, di "show" kena tipu oleh penganjur, berdendang hingga 5-8 jam setiap malam, ataupun membuat persembahan peringkat Antarabangsa dalam acara-acara yang penting atau genting..atau bermalam di hostel sempit, rumah sewa atau manapun lagi pernah DA lalui sepanjang perjalanan...Jangan cakap banyaklah, sebab andapun belum sedikitpun rasai bagaimana Dendang Anak Usul tlah lalui.

bukanlah tujuannya untuk berbangga diri, hanya ambe harap walaupun sedikit dari harapan yang beribu-ribu itu, kami tlah berjaya mengembalikan namaNya yang maha membanggakan diatas usaha yang sangat sangat sedikit ini. dan moga-moga kesah ini jadi penceritaan kepada pelapisnya dan mudah-mudahan diabadikan Inspiration ini untuk meletakkan Dendang Anak sebagai Suara Bangsa yang Mendaulatkan Agamanya. Dan tidak lupa bahawa ambe BANGKIT pun kerana Dendang Anak juga..ambe tidak pernah lupa diri dan akan senantiasa ingat bahawa kerana DA lah, ambe menjadi semakin Kaseh akan Agama Rasulullah.

dan bila ambe ertikan "dianiayai" pada petikan diatas tadi mengenai pertolongan Allah atau Nusrah itu, faham-fahamlah kepada pihak mana yang selalu ambil mudah dan perlekehkan DA, kalau hari ni boleh ambil kesempatan untuk menipu atau gula-gulakan dan minta free atau underestimate DA, jawab lah diakhirat nanti dengan Allah taala. Sebab case ini sangat-sangatlah obvious hari ini jika hendak dibandingkan dengan dahulu pada peringkat permulaan.
kepada para Pelapis,
Kekanda sering pesan, jangan buat DA ni sebagai walk in or walk out or walk about, ini bukan club..tetapi movement yang sangat serious dalam menyokong causes atau permasaalahan kita semua hari ini. Kita semua membela nasib orang-orang yang disisihkan masyarakat kerana kelemahan mereka.. Berusahalah lebih dari itu..jangan katakan tidak boleh sebelum mencuba betul-betul.

semoga semua jawapan anda terjawab walaupun tidak sepenuhnya sepertimana anda mahukan ia dijawab, ber Syukur sahajalah akan apa adanya setidaknyapun..kerana kalau maseh ada rasa tidak "puas hati", ketahui sahajalah bahawa itu bukan lagi dari hati..tetapi Nafsu yang terlalu tamak untuk bertanya..
dan kepada mereka yang datang dari kalangan yang "Pom Pom Team" Dendang Anak pernah menghukum ambe "Sombong" hanya kerana hari perkahwinan ambe tidak sempat untuk melayan, fahamilah bahawa ambe tidak pernah meminta untuk buatkan majlis sebesar itu apatah dengan bermacam-macam acaranya, wallahi, wanabiyyi. Sejujurnya ambe memang dah expect bahawa dengan majlis yang berbagai-bagai begitu, ambe takkan sempat melayan semua. Demikian ambe cubalah berusaha untuk kurangkan pengisiannya sebaikmungkin walaupun akhir-akhirnya malah lebihlah parahnya.

sepertimana maklum ambe dah semadikan Ku Bad atau Paduka dengan Dendang Anak,
oleh kerana disitulah mulanya..dan dengan "Hakim" tidak pernah menyakiti sesiapapun sebab itulah gelaran ambe ketika ambe mulakan Hidup ambe dahulu.

Akan tetapi kalaulah maseh hendak terus mengatakan ambe ni "Sombong" bila ambe dahpun maafkan ataupun kepada anda yang berkata itu pun tidaklah kenal siapa ambe yang sebenar dengan nama Hakim ini hanya semata-mata untuk puaskan hati-hati yang ada ni, bahkan Nabi pun banyak berpesan pada akibat sombong ni walau ada se zarah pun masuk Neraka kerana Allah taala sangat benci- mu ingat aku nok sangat ke rasa Sombong yang menolak kebenaran dan pandang rendah pada orang lain tu hanya kerana rasa sebab Keturunan ambe ni? Kalaulah dibolehkan tukar tempat, ambil ajalah dengan pantas dan percuma, tetapi kalau itu maseh belum Puas kan Hati,
tanyakan kepada Kepuasan Hati sendirilah;

Apa dah jadi dengan Ramadhan semalam?

Intiha Al-Kalam,
HKM